Monday, January 30, 2012

Hati Di Bumi Uthmaniyyah 4

Hari 4: 24 Januari 2012: Meredah Bayu Beku.
Pagi-pagi itu kami ke Universiti of Istanbul. Berjalan di sekitar kawasan melihat mahasiswa-mahasiswi Turkey meneroka dunia ilmu di dalamnya. 

pintu gerbang.

Sempat memasuki library yang dikategorikan mengikut pengkhususan. Tidak besar. Cuma ruang petak luas yang dipenuhi meja-meja tersusun cantik dan kemas. Manakala dinding-dindingnya dipenuhi rak-rak buku. Bak kata Syida dan kak Adnin, "macam library cerita Harry Potter.."

Kutuphane Hukuk
library untuk pengkhususan perundangan.

 

Iktisat Fakultesi Kutuphanesi
Library untuk pengkhususan Iqtisod (ekonomi)



kanak-kanak yang sedang mengambil semangat belajar.=)
(syida, saya dan kak Adnin)
 

Kemudian bergerak ke Eminonu untuk menaiki kapal berlayar di laut Bosphorus yang menjadi pembeza antara benua Timur dan Barat. Dan lautan ini yang menghubungkan antara laut Marmara dan laut Hitam.

Selat Bosphorus.


Lebih lanjut boleh rujuk di sini.

Malah untuk menyeberangi laut inilah, 70 buah kapal perang telah dilayarkan di atas gunung dalam tempoh 1 malam akibat sekatan rantai besi oleh tentera Konstatinople.


masyarakat mengatakan bahawa bukit itu yang pernah menjadi saksi peristiwa terhebat
dalam sejarah peperangan dunia.

Jujur. Saat melewati ombak biru dan angin beku, dihiasi istana-istana indah sepanjang perairan bahagian barat, imaginasi suasana bahtera-bahtera yang gah melayari selat Marmara sebelum ditarik merentasi bukit di daerah Galata. Pernah digelar sebagai taktik yang paling tergila namun akhirnya diakui sebagai warfare strategy yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

Malah suasana malam itu menjadi saksi gabungan antara kuasa tenaga manusia dan kuasa ghaib yang dihantar dari langit.
 
Allahuakbar.

Perjalanan yang memakan masa sekitar +2-3 jam bersama sapaan deru beku yang mengeraskan wajah, membuatkan selepas selokan pulang, hanya mampu duduk di bawah.


Domulgeci Palace
istana pemerintah yang menggantikan Topkapi Palace
dibina semasa pemerintahan Abdul Mejid 1.
turut menjadi istana kepada Mustafa Kemal atTarturk.

Selepas berlabuh, bergerak ke dataran yang menjual 'burger ikan'. Sedap. Walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa keistimewaan tetapi mungkin bagi pelajar Jordan, agak mengujakan setiap kali berjumpa makanan seafood. ^^.

kawasan gerai-gerai yang menjual burger ikan.

Kemudian pulang semula ke station Masjid Biru untuk sesi penjelajahan Istanbul via 'Istanbul Open Top Bus Tour'.




Bersambung..


Nota kaki:
-Alhamdulillah, selamat sampai di Irbid sekitar jam 9 malam semalam.
-handphone hilang di bumi Istanbul. Sebarang urusan buat masa ini boleh hubungi melalui inbox msg FB ya sebelum sebarang tindakan lanjut.

Saturday, January 28, 2012


Kubu Kota Konstatinople itu.


Angin membeku.
Namun ada hangat yang mencair
Dari hembusan bumi sana.

 
Benar tidak sempurna,
Kerana itu
Perlu terus belajar.
Bertatih dan melangkah.
Hati-hati
Dan teliti.

 
Bukankah itu lebih indah?
=)

 
2214
28012012
Cordial Hotel, Istanbul.

 

Nota kaki:
-harap-harap tidak ada orang baca.
-bakal mengucapkan selamat tinggal buat tanah alFateh esok. Sobs. insya-Allah akan datang lagi.
-Allah izin, angin ribut. Maka perancangan untuk ke Troy terpaksa dibatalkan. Mungkin Allah murka kerana mahu berfoya-foya.
-terima kasih juga untuk kamu.

Friday, January 27, 2012

Hati Di Bumi Uthmaniyyah 3



Hari 3: 23 Januari 2012: Sarungan Baju Besi.


Pagi-pagi itu kami bergerak ke Masjid Biru atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmad.


Sebelum itu, singgah di German Fountain yang merupakan hadiah dari Kerajaan Jerman, Wilhem II kepada Sultan Abdul Hamid II atas rasa hormatnya dan ucapan terima kasih buat layanan kerajaan Uthmaniyyah terhadapnya sepanjang keberadaannya di Turkey untuk lawatan.

German Fountain

Masjid Biru: Zuhud Sang Sultan.


Rasanya tidak perlu diceritakan lanjut berkenaan Masjid Biru kerana rasanya bangunan ini sudah cukup terkenal menjadi objek tarikan pelancong seperti mana kuatnya daya tarik Haiga Sofiya yang terletak berhadapan dengannya.


Masjid ini mula dibina pada tahun 1609 dan selesai pada 1619 sekitar zaman pemerintahan Sultan Ahmed 1. Lanjut berkenaan Masjid Biru ini boleh dirujuk di sini.


Tidak mahu mengolah dari sudut seni binanya kerana tahu, sudah jutaan arkitek yang menjunjung tinggi aspek tersebut. Sekadar mahu berkongsi kisah seorang khalifah di balik bangunan yang gah itu.


Ketika binaan sedang dilaksanakan, Sultan Ahmed 1, meminta agar arkitek meletakkan palang yang ketinggiannya menghalang penunggang kuda untuk masuk di hadapan pintu masuk. Dan sultan ditanya atas faktor apakah arahannya itu dikeluarkan.

saya kira mungkin seperti ini palang tersebut.

Jawab Sultan yang menjadi ketua kaum muslim seluruh dunia,
"aku mahu ketika aku memasuki masjid untuk bertemu Allah, aku berjalan seperti manusia biasa dan sedar bahawa AKU CUMA HAMBA..". SubhanaAllah.


Sedahsyat itu rasa kesungguhannya untuk sentiasa menanam rasa takut kepada Allah dan menjiwai jiwa seorang hamba kepada Sang Pemilik kekuasaan pemerintahan yang sedang dia miliki saat itu.


Jika difikir secara realiti, pastilah seorang raja yang menguasai sebahagian besar jajahan dunia, dijulang tinggi kehebatan pemerintahannya dan memiliki kuasa kekayaan isi rakyatnya akan lemas dalam dunia pemerintahannya dan tenggelam dalam lautan kemewahan emas dan permata berlian. Namun tidak bagi seorang raja beriman yang takut kepada Allah serta kemaksiatan kelalaian kepadaNya.


Sungguh. Jika saya sendiri, saya tidak pasti untuk cukup kuat melawan fitnah dunia sehebat Sultan Ahmed 1 itu. Bukan mudah dan bukan ringan untuk kekal menjiwai syu3ur hamba saat dunia di sekeliling menyenangkan.

taman di sekitar masjid.

berlatar belakangkan Haiga Sofia

Kemudian bergerak ke Topkapi Palace.

Fountain yang terlupa namanya.
terletak dihadapan pintu masuk Topkapi.


Topkapi Palace.


Topkapi Palace merupakan istana yang mula dibina semasa zaman Sultan Muhammad alFateh pada tahun 1459 sebelum fungsinya dihentikan selepas Sultan Abdul Mejid 1 memindahkan keluarga di raja ke Dolmabahce Palace pada tahun 1856.


Rujukan lanjut di sini.

model Topkapi Palace.

Banyak yang diperoleh di sini terutamanya di dalam ruang peralatan dan pakaian perang.


Ruang gelap yang dipenuhi senjata-senjata yang pernah digunakan oleh panglima-panglima suatu ketika dahulu bersama iringan bunyi latar yang mencetus perasaan membuatkan diri terdiam seketika di hadapan tubuh patung yang disarung lengkap baju, topi besi serta aksesori kelengkapan perang yang lain. Terfikir dalam.


Bagaimana ya perasaan isteri-isteri mereka ketika menyarungkan baju besi itu ke tubuh suami-suami mereka dengan rasa tahu bahawa perginya suami-suami tersebut, belum ada jaminan untuk pulang semula?


Sungguh. Saat zaman ini, banyak isteri-isteri menjadi faktor lemah jiddiyah suami dalam amal Islami, mereka menjadi pendorong dan pendokong di belakang suami-suami mereka.


Bersebelahan dengan ruang pameran senjata, ada ruang mesyuarat dan tempat rakyat bertemu khalifah. Sungguh. Tampak jelas betapa pemerintah itu berkhidmat untuk rakyat, menjiwai kesusahan mereka dan tidak membina jurang untuk menjadi bapa, yang mendengar permasalahan rakyat jelata.


Baik. Selebihnya tidak larat untuk ditulis. =)

ruangan khas untuk Harem. 
(wanita-wanita istana)

Perjalanan pulang, singgah di Masjid Beyazid yang berdekatan dengan University Of Istanbul.

bersambung..

nota kaki:
-mendapat gelaran cik wikipedia dan wikipedia bergerak. haih.-_-#
-ada syabab dalam group volunteer untuk jadi muroqib ke Bosnia. Menarik.



 


 

Wednesday, January 25, 2012

Hati Di Bumi Uthmaniyyah 2

Hari 2: 22 Januari 2012: Roh alFateh

Pagi-pagi bersarapan di kafe hotel. Sekadar bun roti sedap berserta pilihan, jem, coklat dan telur rebus.
Kemudian bersiap ke Masjid Fatih yang dibina oleh Sultan Muhammad, Sang Pembuka. Melalui jalan yang mendaki bersama debar hati yang bersembunyi.


Di hadapan gerbang masuk, kelihatan sebiji van putih yang berwarna warni tulisan dan lukisan. Awalnya tidak endah, tetapi tergerak untuk membaca semula.


suatu makhluk yang mengujakan saya.

"kak Adnin..!!!! come and have a look here..!".
(Ok. Memang kalau saya teruja, saya akan berkelakuan kanak-kanak.)


Serius teruja. Van IHH (Insani Yardim Vakfi) yang pernah saya sebut kepada kak Adnin untuk saya cari pejabatnya di Istanbul sebelum kami bertolak.


"haih..hyper excited.." komen kak Adnin yang sebenarnya 2 kali 5 keterujaannya. -_-.


Masjid Dan Maqam Sultan alFateh.


Masjid Fatih

Allah izin, ketibaan kami di Masjid alFatih saat tubuh itu sedang dibaik pulih dan kami tidak dibenarkan masuk. Sedikit kecewa. Namun, langsung terubat ketika kaki melangkah ke dalam bangunan kecil yang menyimpan khazanah ummah.


Wangian yang menyinggah deria bau ketika tapak dimulakan untuk masuk, membuatkan rasa sebak menyerbu. Sungguh. Air mata diseka dari jatuh menitik.

alFateh.

Ini tubuh mulia yang saya berdiri di hadapannya dalam ketidak percayaan seperti mana saat saya berdiri di hadapan tubuh Salahuddin alAyyubi, Sang Pembebas alQuds setahun yang lalu.


Nama yang sentiasa disebut dan dijadikan ikon untuk saya contohi bondanya sungguh-sungguh. Benar, antara yang membuatkan seerah alFateh lebih dekat dengan jiwa ini adalah lantaran kisah didikan bondanya yang unik dan mulia.


Bondanya dari semenjak usia beliau kecil, telah membimbit tangannya sambil mendaki tanah yang tinggi untuk memperlihatkannya bumi Konstatinople yang masih terkurung dari peroleh cahaya Islam.


"wahai anak, di sana terletaknya bumi Konstatinople. Dan Nabimu pernah bersabda bahawa kota itu akan dibuka oleh sebaik-baik raja, dan memiliki sebaik-baik tentera.. Wahai anakku, engkaulah yang bakal menjadi pembuka kota itu".


Bait motivasi terbaik dari sang bonda buat si kecil ditanam setiap hari tanpa jemu. Ya. Tanpa JEMU.


Mata jadi pedih. Dan tahu bahawa takungan itu mahu tumpah. Wangian semerbak tidak hilang dan sentiasa ada. Langsung rumah untuk bakal penghuni, diusap penuh harap.


"wahai anak, ini adalah qudwahmu untuk membesar dan dewasa bersama cita-cita. Semoga lahirnya kamu di dunia menjadi buah yang bermanfaat buat Islam dan ummahnya..
Bonda telah berusaha untuk menjejaki setiap tubuh-tubuh mulia untuk kau tatapi dan teladani bersama rasa dekat dengan roh mereka..Moga cita-cita ini Allah makbulkan.".
T_T.


Dalam perjalanan keluar, terfikir satu perkara berkenaan kisah Sultan Muhammad alFateh selepas peristiwa pembukaan Konstatinople.
"siapakah yang pernah meninggalkan solat tahajud semenjak usia baligh sehingga hari ini, sila duduk..!". Maka, seluruh jentera tenteranya duduk kecuali beliau sendiri. SubhanaAllah.


Betapa proses kekuatan jiwa dan azamnya bermula dari usia kecil dan istiqamah sehingga dewasa. Bermakna, sebelum melahirkan anak-anak yang menjiwai qiyammullail dari seusia awal baligh, maka bondanya dahulu perlu mewajibkan diri menjaga tahajjudnya, insya-Allah.


Serius. Melahirkan anak memang mudah. Tetapi membentuk anak itu yang susah lantaran perlu bermula dari keperibadian ibu bapa anak-anak itu sendiri.


Berjalan keluar untuk ke Suleimaniye Mosque. Sekali lagi keterujaan berlaku.


"kak Adnin…!!!!!!!! Pejabat IHH…!".


Menjerit sambil memanggil kak Adnin dengan bersinar-sinar. Allah izin pejabat tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Menyimpan azam untuk singgah semula sebelum pulang jika berkesempatan insya-Allah. ^^.

 
Tugu Sultan Muhammad alFateh.


Suleimaniye Mosque.


di Masjid Sultan Suleiman

Sultan Suleiman diberi gelaran tambah di belakang namanya dengan gelar alQonuni lantaran pada zaman beliaulah, Kanun Kehakiman Kerajaan Uthmaniyyah dilengkapkan.



Berkenaan Sultan Suleiman di sini.

main sorok-sorok.
(saya, syida dan kak Adnin)

Kubur Mimar Sinan.


Mimar Sinan merupakan seorang arkitek terulung dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyyah. Merupakan pereka seni bina bagi Masjid Suleimaniye dan Masjid Selimiye serta mampu membentuk pewaris iaitu Mehmet Agha yang merupakan arkitek bagi Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru.



 kubur Mimar Sinan

Lebih lanjut berkenaan Mimar Sinan di sini.


Dan malam itu, kami beraktiviti bebas. Saya, Syida dan kak Adnin memilih untuk berjalan-jalan menikmati malam Istanbul sehingga ke Masjid Biru dan Haiga Sofia. Bergambar sekeping dua sebelum pulang berehat.

Masjid Biru di waktu malam.

Bersambung..


Nota kaki:
-hari tersebut adalah hari yang amat santai. Agar bosan.

Monday, January 23, 2012

Hati Di Bumi Uthmaniyyah 1



“hasna’ nak pergi Turkey?”. Tanya bonda ketika saya sedang membaca buku.
“kenapa mak tanya?”.
“tak adalah..kalau nak pergi, tadi depa cakap, ada iklan untuk ke Turkey..”.
“mak nak belanja ya?”. Tanya saya sambil ketawa.
“tu la, kalau nak pergi..boleh ja..”.
Wah. Serius terkejut. Dalam hati, “alhamdulillah..tak perlu guna duit sendiri. ^^.”.
Rancangan awal semua ahli rumah (4 orang) akan ikut serta, namun rancangan Allah berbeza. Salah seorang dari kami, Nusaibah lebih bertuah kerana akan memijakkan kaki ke tanah haram untuk umrah insya-Allah, kerana memiliki mahram di sini. Manakala lagi seorang, tiba-tiba menarik diri.
Dan sahabat baik, syida sayang pula berhajat untuk turut serta, maka ini merupakan kali ke-4 saya dan syida ber’travel’ bersama. Alhamdulillah. =)
Hari 1: 21 Januari 2012: Terbang Di Awan Biru.

pai pai Jordan

Bertolak dari Irbid sekitar jam 7.30 iaitu lewat 1 jam daripada waktu yang dijanjikan. Mujur sempat tiba di Queen Alia International Airport sebelum waktu check-in. Kemudian menaiki flight Royal Jordanian tepat jam 11 pagi untuk terbang ke bumi Uthmaniyyah.
Duduk bersebelahan dengan seorang wanita muda dari Khartoum, Sudan. Tidak mahir dalam English dan arab. Sedikit aneh kerana setahu saya orang Sudan bertutur dalam arab, bukan? Dan Allah izin, wanita itu mengalami mabuk udara. Kasihan. Hanya mampu membantu sekadar termampu. Langsung teringat beberapa orang kenalan pernah perli,
“susah-susah, suami hasna’ nanti beli airplane ja..sebab itu ja yang dia tak mabuk”. Heh. -__-#
Tiba sekitar jam 1 petang di Ataturk International Airport, Istanbul Turkey dengan suhu serendah 9 darjah, agak normal setanding Irbid.
Kemudian menaiki metro ke Zeytinburnu sebelum bertukar menaiki tram ke Cemberlitas.


peta metro dan tram sekitar Istanbul

Kisah Lucu Di Awal Hirupan Udara Istanbul.


syiling untuk metro (tidak ingat namanya)

Perjalanan dari airport ke Zeytinburnu yang mengambil masa sekitar 50-60 minit, membuatkan kami mengambil keputusan untuk duduk di kerusi, membuang keletihan mengheret bagasi-bagasi berat sepanjang di airport yang agak luas tadi.
Dan ada peristiwa lucu terjadi. =)
Ketika hampir tiba di station Zeytinburnu, syabab yang membawa kami, senior Faisal telah memesan untuk bersiap dan lekas-lekas keluar.
Masing-masing bingkas bangun bersama bagasi-bagasi yang besar dan memakan jalan. Ketika metro berhenti, semua turun sehingga tiba giliran kak Sharaffi, kak Kama, saya dan Syida di hadapan pintu, pintu tertutup dan metro bergerak laju.
Terkebil-kebil. Diam.
Syabab-syabab di luar, melambai-lambai kami pergi dan senior Faisal berubah muka akibat terkejut.
Kami berempat yang tertinggal di dalam metro ketawa sebentar sebelum kelam kabut mencari idea untuk kembali ke kumpulan asal. Sedikit cuak kerana langsung tidak mahir menggunakan bahasa komunikasi dengan warga Turkey yang sememangnya zero dari bahasa luar selain bahasa Turkey.
Mengambil keputusan untuk turun di station berikutnya, Merter dan berpatah balik dengan menumpang metro ke station Zeytinburnu semula.
Dan Alhamdulillah, selamat sampai dan berkumpul semula.
^^#.
Bersambung..
nota kaki:
-tiket flight RJ: 280 jd.
-menginap di Cordial Hotel yang terletak di lorong berhadapan dengan Cemberlitas. Tidak pasti berapa harga semalam.
-really an awesome panorama of Istanbul.

Wednesday, January 18, 2012

Miliki Kekuatan Sebenar.


Mukhlisah di hari pertama.

Semalam dalam PINTAR (bulatan gembira), berkesempatan untuk mengolah satu hadis yang sangat familiar dalam kalangan kita, berdasarkan buku menarik tulisan Dr as-Sayyid Muhammad Nuh iaitu “Pesan-pesan Nabi-Syarah Hadis dalam perspektif Dakwah Dan Tarbiyah-“.
Tentang hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam asShohih, Kitab al-Qadr iaitu,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Orang Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang Mukmin yang lemah. Dan dalam keduanya adanya kebaikan. Berhasratlah pada apa sahaja yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan Allah. Jangan lemah. Jika terjadi sesuatu padamu, jangan katakan, “seandainya aku berbuat, maka terjadilah itu dan ini”. Tetapi, katakanlah, “Allah itu telah mentaqdirkan. Apa sahaja yang Dia kehendaki, maka Dia kerjakan”. Lantaran, perkataan “seandainya”, itu membuka peluang syaitan.”.
Pendahuluan: Erti Kuat.
Tidak dinafikan, membesarnya saya bersama hadis ini selalunya dalam cerita-cerita aktiviti riadhah mahupun acara olahraga dan temasya sukan. Namun saat mentelaah kupasan Dr Nuh, langsung keterujaan saya datang kerana hadis ini sangat luas makna hakikatnya.
Erti kuat yang sebenar yang dimaksudkan oleh baginda s.a.w. ialah kekuatan jiwa, semangat terus, keinginan yang kukuh, cerdas, jujur, pemikiran yang positif dan bercita-cita besar.
Bukan sekadar bertubuh kuat tetapi punya jiwa yang layu, semangat yang lesu, berkeinginan lemah, perasaan yang beku dan hati yang kecil dan sempit.
Peribadi seorang muslim adalah keperibadian yang kuat dan positif. Dan itulah yang lebih dicintai Allah.
Kedudukan ‘KUAT’ (kekuatan) Dalam Islam.
Kuat dalam erti kata dan makna yang benar tadi punya kedudukan yang sangat tinggi dan istimewa dalam Islam. Kerana hanya dengan kekuatan jiwa tadilah maka amal Islami dan kerja-kerja Jihad dapat dilaksanakan. Bahkan menjadi daya tolak untuk seorang Muslim konsisten dalam melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Benar bukan?
Pastilah sangat mustahil seorang manusia yang punya emosi kesedihan berpanjangan, kemurungan, jiwa yang sensitif terlampau, pemikiran yang tidak bercambah, mudah terguris, mampu untuk menjadi seorang muslim yang bermanfaat kepada orang lain bukan?
Lantaran itu, Allah memang sangat memerintahkan hamba-hambaNya menjadi ‘kuat’.
“dan siapkan untuk menghadapi mereka , kekuatan apa sahaja yang kalian sanggupi”. (an-Anfal:60)
Dan juga doa baginda s.a.w. dalam himpunan doa-doa ma’tsur:
“aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas..”


bonda bersama cucu pertama.(1st day keluar hospital)
'teita' yang berjiwa muda sehingga orang komen, seperti ibu dan anak.


Contoh-Contoh Kuat Dalam Kehidupan.
1. mereka yang ‘kuat’ dalam amal Islami dan tampil berani menegakkan yang hak dan meruntuhkan jahiliyyah. Antara yang dapat kita selak kisah mereka seperti, as-Syahid IHAB, AS-Syahid SQ dan sebagainya.
2. mereka yang ‘kuat’ mencintai jihad dan bergegas berangkat apabila mendengar seruannya. Seperti kisah Handzalah r.a., asy-Syahid Ahmad Yasin dan lain-lain.
3. mereka yang ‘kuat’, mampu sabar dan teguh atas segala ujian dan kesulitan seperti kisah generasi alQur’an yang Unik. Mereka adalah suatu kaum yang berhadapan dengan pelbagai seksaan dan pembunuhan, namun Allah menguatkan mereka dengan memiliki jiwa yang bangun dan hidup. Antara kisah yang tidak asing lagi, kisah penyiksaan Bilal r.a., kisah Ka3ab yang dipotong satu anggota ke satu anggota sehingga syahid dan sebagainya.
Jauh sekali dengan kita, yang hanya diuji sedikit, telah jauh keyakinan dan pengharapan kita pada Allah. Lantas memilih untuk murung dan terkurung.
4. orang yang ‘kuat’ akan mampu konsisten melaksanakan ibadah-ibadah. Mereka akan melaksanakannya dengan semangat yang tinggi dan rajin, mencontohi seperti mana hebatnya ibadah sahabat-sahabat generasi awal yang bersungguh.
Itulah kekuatan sebenar yang bukan sekadar omongan kisah dongeng TETAPI catatan yang hidup dan terbina oleh sekelompok manusia yang memiliki keimanan yang benar sekali gus melahirkan kekuatan jiwa yang dahsyat.
Bagaimana Untuk Membina Peribadi Yang Kuat?
1. Ikhlas semata kerana Allah.
“katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tidak ada sekutu baginya. Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah yang pertama berserah diri”. (al-An’am: 162-163)
Allah sesekali tidak akan mensia-siakan jiwa-jiwa yang berserah diri secara TOTAL kepadanya, yang terhapus ikatan antara jasadnya dengan dunia dan tidak ada pengharapan dalam dirinya melainkan mengharapkan semata redha dan ampunan Allah. Dan merekalah yang sangat dekat dengan pertolongan Allah.
2.mujahadah melawan hawa nafsu.
Tidak ada daya dan kekuatan melainkan yang datang dari Allah. Sabda baginda s.a.w.:
“perbanyakkanlah mengucapkan,’ Tidak ada daya dan upaya kecuali dari Allah,’ kerana itu salah satu dari kekayaan syurga”.
3. tidak lemah dan layu.
Tidak lemah dan layu ini ialah tidak mmemiliki sifat lemah keyakinan diri dan tidak punya semangat untuk melaksanakan sesuatu yang bermanfaat.
4. berhasrat pada apa sahaja kebaikan.
Dan pastilah TIDAK ada kebaikan dan manfaat yang lebih besar melainkan manfaat menghidupkan manusia amnya dalam ketaatan kepada Allah dan dipayungi sistem ciptaan Allah. Sabda baginda s.a.w.:
“berhasratlah pada apa sahaja yang bermanfaat bagimu”.
5. konsisten mengerjakan ibadah-ibadah wajib dan rajin melaksanakan ibadah-ibadah sunah.
Tertarik dengan sebuah hadis qudsi yang dikongsi oleh penulis, bahawa Allah ta3ala berfirman,
“HambaKu mendekat kepadaKu dengan (mengerjakan) sesuatu yang amat Aku sukai, iaitu apa sahaja yang Aku wajibkan kepadanya. hambaKu senantiasa mendekat kepadaKu dengan (mengerjakan) ibadah-ibadah sunah hingga Aku mencintanya.
Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi telinga yang ia pakai untuk mendengar, matanya yang ia pakai untuk melihat, tangannya yang ia pakai untuk berbuat, dan kakinya yang ia pakai untuk berjalan. Jika ia meminta kepadaKu, maka Alu pasti memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepadaKu, maka Aku pasti melindunginya”. (riwayat Bukhari)
subhanaAllah..
Tidakkah itu menampakkan ciri-ciri TAQWA?
Bila mana kita berusaha bersungguh untuk mentaati Allah, tunduk kepada semua perintahNya dan meninggalkan segala larangannya, maka Allah akan sentiasa menjaga kita dari kemaksiatan kepadaNya. Allah akan sentiasa mencampakkan rasa takut kita kepadaNya ketika ramai atau sendiri, ketika terang mahupun gelap dan ketika sedar mahupun tidak.
6. membiasakan hidup susah dan keras. Tidak mewah, santai dan lengah sehingga mencabut latihan untuk sabar dan bersiap menghadapi ujian serta kesulitan.
Teringat SQ pernah menulis, “kemewahan umpama ulat-ulat yang memakan amal”.
7. menela3ah sejarah hidup generasi terdahulu, menghayati betapa besarnya kesulitan, seksaan, ancaman dan ketakutan yang mereka alami.
Teringat cikgu AB pernah memberi pesan, “seorang daie tidak layak untuk membicarakan tentang DnT jika belum betul-betul hidup dengan seerah baginda yang bermandi darah dan air mata”.
8. muhasabah diri dan alam raya yang luas.
“dan di bumi itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan pada diri kalian, apakah kalian tidak memperhatikan?” (adz-Dzariyat: 20-21)
Sungguh. Melihat alam yang hebat mampu membuatkan jiwa yang hidup tunduk an basah. Malah jika dalam solat, ayat pertama alFatihah sahaja sudah mampu merembeskan air mata dengan izin Allah.
Cuba ketika membaca, “Segala puji bagi Allah, Rabb (Pencipta, Pemilik dan Pengatur) sekalian alam”..kita imaginasikan dari titik berdirinya kita saat itu dan naik semakin ke atas. Merentasi dataran bumi yang penuh dengan kehijauan dan tumbuhan, haiwan-haiwan yang melata, air terjun yang jernih jatuh dari puncak, gunung ganang yang besar, awan yang memutih, langit yang membiru, kemudian angkasa yang hitam. Dihiasi planet-planet yang berlari dalam orbitnya, mengelilingi sang gergasi api sebelum naik melihat galaksi-galaksi yang berbilion banyaknya.
Tidakkah saat itu kita merasakan betapa sekelumitpun tidak ada dalam penglihatan kita titik berdirinya kita saat itu? Bukankah saat itu kita melihat betapa kerdilnya kita? Lantas, apakah yang membuatkan kita bercahaya sehingga menarik cinta Allah?
Itulah TAQWA, sahabat..
9. rajin menimba ilmu dan menghadiri majlis-majlis ilmiah.
Cara ini bukan sahaja menambah pengetahuan kita, malah membuatkan kita menemui manusia-manusia hebat yang memiliki syakhsiah yang lebih mulia dari diri kita untuk dijadikan contoh. Kita akan dapat melihat keaiban yang ada dalam diri kita dan cara-cara untuk membersihkannya. Dalam masa yang sama, Allah mencampakkan rasa tenteram, nyaman dan nama disebut oleh penghuni langit.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika ada sekelompok orang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca alQur’an dan mengkajinya sesama mereka, maka ketenteraman turun kepada mereka. Mereka diliputi rahmat, dikawal para malaikat dan disebut Allah di makhluk yang ada di sisinya”. (riwayat Muslim)
10. senang bersahabat (bergaul) dengan orang-orang soleh.
Peluang ini diizinkan oleh Allah untuk kita diingatkan saat terlupa dan dibantu menguatkan saat tersedar. Dan apakah ada hadiah yang lebih baik selain sahabat yang baik, yang sudi memaut tangannya dengan tangan kita, menarik kita ke atas saat kita tergelincir jatuh menjunam neraka?
Hadis Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa dikehendaki kebaikan oleh Allah, Dia memberinya teman soleh. Jika ia lupa maka diingatkan temannya tersebut dan jika ia telah ingat maka dibantu temannya itu”. (riwayat Abu Dawud)
11.menjauhi maksiat dan dosa.
Maha suci Allah yang memilik segala kekuasaan dan kehebatan. Hanya kepada selayaknya kita mohon kekuatan sungguh-sungguh agar kita mampu memiliki kesungguhan yang maksimum untuk menjaga hati dari kemaksiatan kepada Allah.
Kerana kemaksiatan itu yang menggelapkan jiwa dan mematikan kelazatan ber3ubudiyah kepadaNya. Jika tidak lazat, bagaimana mampu untuk mencintainya?
12. menjaga kecergasan jasmani dengan beriadhah.
Di akhir segala huraian, baru tercatat kecil urgensi memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat.


Mukhlisah di hari ke 6.

Penutup: Miliki Kekuatan Sebenar, Bukankah Itu Lebih Dicintai Allah?
Untuk memiliki jiwa yang kuat, matlamat yang besar, fikiran yang positif, bersemangat tinggi, dan keperibadian yang bersungguh, tidak boleh sekadar berkata-kata atau bercita-cita.
Tetapi memerlukan usaha. Usaha. Usaha. Dan usaha.
Jika anda merasakan bahawa selama ini hidup anda dalam kesedihan, kesempitan, duka cita, dan kecewa, tidakkah anda merasakan betapa anda telah mensia-siakan sebuah kehidupan yang sangat cantik sebenarnya?
Allah itu tidak zalim dan sama sekali terlindung dari sifat kezaliman tersebut. Dan pastilah untuk membina keyakinan itu bermula dengan membina keimanan yang SEBENAR kepada Allah, sang Pencipta dan Pemilik kehidupan kita.
Jom miliki peribadi yang kuat.
=)


'Aliyah Mukhlisah Binti 'Ali Irfan
membesarlah sayang menjadi wanita yang bermanfaat untuk Islam.


*video untuk Mukhlisah solehah. ^^.

Saturday, January 14, 2012

Kebahagiaan Kakak.



“hasna’..! hasna’…!”, jerit kak Adnin berlari.
“tahu tak kak yam dah beranak? Dekat status abang Ali..”.

“hah?”. Terhenti degupan jantung seperti mana peristiwa terkejut mendengar suara bonda di talian Jordan kerana tiba 6 jam lebih awal dari jadual ketibaan awal.

Terus log in facebook.

“[MAKLUMAN] Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. –Zaujati Hanisah Hazni selamat melahirkan anak sulung kami – srikandi mujahidah – pada jam 11.13pm, 11 Januari 2012. Kedua-duanya sihat sejahtera. Syukran atas doa, titipan dokongan & solat hajat kalian semua.//BH “.

Alhamdulillah. Rasa sebak dan gembira bercampur baur.

Maha suci Allah yang memudahkan. Teringat baru semalamnya (10 Jan) kami 3 beradik, abang, kakak dan saya berbual-bual melalui inbox fb berkenaan perancangan pengkhususan saya (iAllah) dan semestinya berkenaan Mukhlisah.

“hasna', i-allah 19hb ni kak yam pi jumpa pakar kat USM kubang kerian... ^^
so... if as planned, i-allah mungkin la si kecil ni sama tempat lahir dgn awak... doakan yg terbaik”.
“insya-Allah..”. =)

Ketika itu sangkaan Mukhlisah akan keluar pada tarikh yang diletakkan doktor iaitu 2 Februari. Namun susunan Allah lebih menarik dan mengejutkan. ^^.

Wajah Mulus Itu Membangkit Kenangan Hangat.

Meski Mukhlisah selamat keluar menjengah dunia 4 hari yang lalu, gambarnya hanya dapat dirakam hari ini dan buat pertama kalinya saya melihat si kecil yang putih cantik itu. Rasa bahagia dan tenang langsung menerpa meski cuma menatap wajah kaku.


muka bersih yang minta dibuli.

Masya-Allah..secantik wajah bondanya. Kulit yang gebu dan mata yang bulat. Bagai saya melihat wajah kakak di dalam foto-foto album zaman bayinya. Dan pastilah wajah itu mengikut wajah nenek belah ayah yang merupakan seorang Chinese seperti mana kakak turun darinya banyak.

Dan hati disebu kenangan semalam yang hangat. Sungguh, betapa terlalu pantas masa berlari.

Kakak telah menjadi ibu. Sebelum ini, kakak bertukar status menjadi milik orang. 2 peristiwa besar dalam hidup seorang wanita dan pastilah hari-hari yang bermakna buat kakak yang tidak dapat saya hadirkan diri. Tipu jika saya katakan saya tidak menangis.

Teringat ketika hari walimah akak, setiap 30 minit saya telefon dan air mata tidak tertahan. Kakak turut menangis sama.

“insya-Allah hasna’, kak yam bukan diculik orang..kak yam masih kakak awak..”.

Tertawa kerana lucu dengan sikap sendiri yang kebudak-budakan. Tetapi jujur, saya tahu dan sedar, semenjak detik itu, hidup tidak akan kembali sama. Kakak akan punya keluarga sendiri dan saya juga akan begitu. Semuanya akan terus berjalan bersama masa yang bergerak.

Melihat wajah malaikat kecil Mukhlisah membuatkan kenangan bersama kakak muncul dan saya hanya mampu tersenyum.

Kami membesar hanya di halaman rumah kerana ayah tidak membenarkan kami keluar sama sekali dari pagar kediaman. Takut diculik penjahat kata ayah. Maka, membesarlah kami sebagai tiga sahabat. (adik terasing kerana lewat muncul) Mujur punya sedikit tanah sebagai kawasan kami bermain bola sepak dalam lecak selepas hujan turun. Dan di atas tanah itu juga kami bermain camping setiap kali tiba cuti sekolah. 2 buah khemah akan dipacak, 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Barang-barang mainan dapur akan dibawa keluar dan disusun. Namun makanan untuk dijamah tetap datang dari dapur rumah yang dihantar bonda. ^^.

Bermain anak patung Barbie doll yang punya aneka pakaian salinan lengkap berkuda dan kekreatifan kami menambah alatan persekolahan mereka. Bermain rounders dan badminton petang-petang sambil ditonton jiran-jiran. Juga pillow talk malam-malam bergosip cerita di sekolah.

Tidak lupa penambah manisnya cita rasa kisah kami, menjalani hukuman bersama. ^^.

Hukuman rotan, bacaan dan hafalan ayat-ayat pendek alQuran serta hadis yang mewarnai zaman kenakalan kami. Tidak dilupakan suapan sambal pedas atau cili api jika mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dalam pergaduhan mulut.

Teringat satu malam, kami berdua yang berkongsi bilik bergaduh dan ketika itu perkataan yang paling sensitif digunakan iaitu “bodoh”. Bonda memanggil dari bawah. Turun tangga perlahan-lahan dan menuju dapur. Sudah pasti hukuman yang bakal menanti. =).

Selepas tazkirah ringkas, bonda mengambil sambal udang merah yang baru dimasak.

“buka mulut..”. dan masing-masing disuap satu sudu.
“nak lagi?” tanya bonda. Saya yang tidak tahan pedas diam. Tetapi kakak dengan muka yang sangat innocent, “nak lagi..”.
“dah, dah. balik bilik..”. arah bonda selepas suap sesudu lagi pada kakak.
“sedap sambal tadi..”komentar kakak dalam perjalanan kami ke bilik semula. Memang akan ketawa setiap kali teringat semula.
^^#.

Wajah Kesakitan Itu.

Allah izin, Mukhlisah keluar melalui pembedahan kerana kedudukannya yang songsang. Dan saya tahu kesan kesakitannya yang dahsyat.

Teringat pengalaman menjaga bonda selepas menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun 2008 ketika saya dalam tingkatan 5.

Kesan belahan dan jahitan memerlukan tempoh yang panjang untuk berubat. Apatah lagi luka yang banyak pantang larangnya. Tersalah makan, kemungkinan untuk luka bernanah dan lambat sembuh sangat tinggi. Untuk bergerak apatah lagi. Malah di peringkat awal, untuk beralih tubuh sahaja sudah perit.

Semoga kakak kuat insya-Allah.

Dan sekali lagi, saya hanya mampu mendengar cerita dan berimaginasi sendiri sambil berdoa jauh.

Perempuan Kecil Muncul Setelah Sekian Lama.

Lucu membaca twitter abang berkenaan cadangannya membelikan jersey buat Mukhlisah. (merepek abang) Berbeza dengan saya yang mahu membelikan gaun dan skirt pendek comel hadiah untuk si puteri. Senang melihat anak-anak kecil berpakaian gaun dan berhias comel sebelum perlu menutup aurat mereka seperti tradisi masyarakat arab. Sungguh. Masing-masing teruja menyambut Mukhlisah setelah sekian lama tidak mempunyai adik kecil.

Semoga Mukhlisah tidak dilalaikan dengan kemewahan kasih sayang tersebut. He he.

Dan saya sejujurnya kekok melihat ada bayi perempuan dalam keluarga kami. Mungkin kerana hanya punya seorang adik lelaki dan selama ini dimanjakan. Hee..

Agak-agak keterlaluan tak jika saya tidak merasakan bahawa Mukhlisah sebagai anak saudara tetapi sebagai adik? ^^. Bajet masih muda.

Penutup: Membesarlah Sayangku Dalam Fitrah Yang Benar.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَثَلِ البَهِيْمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيْمَةَ، هَلْ تَرَى فِيْهَا جَدْعَاءَ؟
“Setiap anak dilahirkan di atas fitrah maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi Nasrani atau Majusi. Sebagaimana binatang ternak akan melahirkan binatang ternak yang sempurna. Apakah engkau lihat ada binatang yng lahir dalam keadaan telah terpotong telinganya?”

Hadis ini sepertimana yang pernah dikongsikan dalam Halaqah Khas di MATRI oleh sir NS, apa yang dimaksudkan Yahudi ialah golongan yang mengurangi urusan agama dan bersambil lewa dengannya, Nasrani pula ialah golongan yang menokok tambah dalam urusan beragama dan bermaksud untuk memperbanyakkan cabang dalam urusan agamanya manakala Majusi pula ialah golongan yang mereka-reka sesuatu yang sesat dalam hal agama seperti mana yang pernah dibincangkan oleh ulama’ fikriy kontemporari.

Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat sedemikian.

Buat Mukhlisah permata hati kami,

Mengenali bonda dan ayahandamu sekali gus meyakini cita-cita serta harapan besar mereka dalam kelangsungan DnT ini, membuatkan khOlah tahu betapa tinggi impian dan persiapan mereka dalam menyambut kelahiran Mukhlisah di dunia ini.

Panjang persediaan yang telah Allah sediakan untuk mereka dalam perjalanan yang menunt kesabaran sebelum Mukhlisah muncul.
Dan khOlah dapat merasakan kebahagiaan yang sekarang ini sedang meraka lalui dengan izin Allah.


kisah mereka hampir setahun yang lalu.

Justeru wahai permata hati kami,

Semoga Allah sentiasa ada dalam setiap nafas tumbesaranmu, sentiasa menjagamu dan memastikan kamu tidak tergelincir dari fitrah yang benar. Dan menguatkan ayahanda bondamu untuk melaksanakan proses tarbiyah Islamiyah Syamilah Kamilah dalam proses pendidikan terancang buat Mukhlisah sayang.

Segeralah membesar dan dewasa menjadi anak solehah yang mentaati Rabb dan Illahnya, yang patuh kepada kedua orang tua mukminnya, yang memiliki akhlak mahmudah dan syakhsiah Islamiyah yang tertib. Membesar dan dewasalah dalam keadaan sedar dan faham untuk Mukhlisah tahu bahawa masyarakat kian rosak dan memerlukan sang pencerah.

Mekarlah Mukhlisah umpama mawar merah dalam rimbunan yang sesak dan serabut. Biar peribadimu unik dan menjadi qudwah hasanah buat mereka yang melihat dan mendekati.

Jujur, betapa tinggi hajat di hati untuk menyentuh kulit lembutmu saat ini dan berada di samping bondamu menikmati saat pertamanya bergelar ibu. Namun, Allah melatih untuk sabar dan kuat.
insya-Allah, kita jumpa cuti e3id Fitri nanti ya. ^^.

Buat kakak dan abang Ali aka BroHamzah, senang untuk hasna’ berkongsi hadis ini:

Dalam riwayat dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan kedekatan dgn orang tua yg memelihara anak-anak perempuan mereka dgn baik kelak pada hari kiamat:
مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ -وَضَمَّ أَصَابِعَهُ-
“Barangsiapa yg mencukupi kebutuhan dan mendidik dua anak perempuan hingga mereka dewasa maka dia akan datang pada hari kiamat nanti dlm keadaan aku dan dia ” dan beliau mengumpulkan jari jemarinya.

Selamat memegang amanah mendidik seorang manusia untuk menjadi muslim mukmin yang membesar dalam ketaatanNya ya.
:’)

video untuk Mukhlisah solehah:



nota kaki:

-kak yam, sila pastikan bubu Mukhlisah cukup empuk dan gebu untuk saya jadikan bantal peluk cuti raya bulan 8 nanti ya. =)
-doakan khaulah exang last paper lusa (16hb Jan) ya Mukhlisah.
-antara bahan bacaan berkenaan menyambut kelahiran bayi dan tentang anak. sini, sini dan sini

Sunday, January 8, 2012

sweet status.


hidup ini berwarna unik. Tidakkah kita berfikir?

someone shared this quote on her fb wall and i think it's really an incredible-awesome-cute and sweet one. =)

when I'm older and my daughter asks who my FIRST LOVE was, I don't want to have to pull out the OLD PHOTO ALBUM.

I want to be able to point out across the room and say :
"he's sitting right over there, yes, your daddy
"

MasyaAllah. Kept smiling while reading this. May He blesses me with the same great feeling of be able to make him as the FIRST and the last ever love. insyaAllah.

Sincerely, it's not an easy one to keep your feeling away from dunya. And really hope  i am strong enough to make my wish (upper quote) comes true. ameen.

Ops. Forgot to say, 'him' is remain nothing. Please dunnot make any speculation yet, ok? 

foot note:
- sorry mum, just wanna share this beautiful quote. =)
-2 papers will come sooner. 14 and 16 Jan. Kindly, do pray for me ya. Hope will facing them with the best all out preparations.
-"we'll discuss this seriously". mum's words and i asked for a pause till i end up my final. and it makes me thinking twice to dial mum's number after my last paper. oho. May He eases me. 
-will be an aunt sooner insyaAllah. feeling something great to be a new person. (?). Will trying hard to learn having a little girl in our family as i havent ever had any little sis. I guess you'll come out less than a month, isnt it right Mukhlisah? ;)


Parenting starts before marriage and the first child you'll raise is yourself. 
-AimanAzlan-

- Will be out from Irbid, Jordan on 21 till 29 Jan.insyaAllah..
-thinking of writing something about 'women in Islam' that are least known by people specially in polygamy and inherited.
-lastly, nak pergi umrah T_T...serius cemburu dengan mereka yang ada mahram dan dapat pergi umrah musim sejuk ni.

Wednesday, January 4, 2012

Junko Furuta dan Islam

Rasa mual. Loya. Pitam. Geram. Marah. Sedih. Pedih. Dan segala bercampur, meronta-ronta saat membaca kisah Junko Furuta yang berlaku pada tahun 1989.


Lantas menyelongkar segala sumber tulisan mahupun video yang berkaitan. Terus menggigit dan menggigil. Jujur, bagai mahu menjerit sekuat-kuatnya kerana kesakitan yang dia alami mengalir dan saya turut merasa pedih dan terseksanya dia.

Allah. T_T.

Boleh rujuk sini dan sini.

keratan akhbar berkenaan Junko

Kisah Junko Adalah Satu Dari Jutaan Kisah Kekejaman Manusia.

Teringat catatan sejarah tulisan Harun Yahya dalam bukunya, “Zaman Kegelapan Dan Era Kebangkitan Islam” dan “Bencana Manusia Akibat Darwinisme” ada mencatatkan ribuan kisah kezaliman dan kekejaman manusia yang menganggap diri sebagai tuhan sehingga berhak mengambil nyawa-nyawa manusia lain.

Semasa dalam pemerintahan diktator Stalin yang menggantikan kuku besi Lenin di Soviet Union sahaja, korban nyawa menjangkau 20 juta orang. Semasa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, 220 000 jiwa dipertaruhkan. Malah jumlah keseluruhan korban Perang Dunia ke II dianggarkan sebanyak lebih 61 juta nyawa. Tidak termasuk peperangan-peperangan seperti serangan kem Sabra Shatilla, Perang Bosnia –Kosovo, Penindasan Muslim di China, serangan Rusia terhadap Chechya, pengkhianatan saudara di Ambon-Maluku dan 1001 catatan berdarah yang lain.

senarai nama mereka yang terbunuh dalam perang Bosnia

Belum lagi kisah-kisah penderaan dan pembunuhan dalam masyarakat dunia umum. Senarai panjang kanak-kanak yang didera sehingga mati serta wanita-wanita yang diperkosa dan dibunuh. Boleh rujuk sebahagiannya di sini.
T_T.

Bagai dapat didengar jeritan sakit mereka. Terngiang-giang. Bagai dapat diresapi penderitaan mereka. Tersentap perit.

Dan mereka terus meraung sehingga nafas terakhir tanpa ada sesiapa yang menghulurkan bantuan. Malah sejumlah besar penjenayah-penjenayah tersebut terbebas ataupun hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan -
tangan manusia, supaya Allah menimpakan kepada mereka sebagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
-arRum:30-
Di Sini Islam Berbicara.

Seluruh respons manusia saat membaca dan melihat video-video berkenaan Junko Furuto ini seperti yang tercatat di ruang-ruang komen, ialah para penjenayah mesti dihukum setimpal, sama seperti apa yang telah mereka lakukan dan dibunuh.

Malah sejumlah pengkomentar di ruang youtube mahupun blog-blog dan facebook me’volunteer’kan diri mereka untuk mencari lelaki-lelaki terbabit dan menyeksa mereka sama seperti seksaan yang telah dialami oleh Junko.

Sungguh. Ketahuilah bahawa itu adalah fitrah yang Islam telah bawa semenjak 1400 tahun yang lalu. Yang selama ini sehingga hari ini, dipandang sebagai suatu kezaliman malah ditentang habis-habisan.

Hudud Dan Qisas.

Mengambil Fiqh 3Uqubaat sem ini membuatkan saya belajar banyak, lantaran selama ini hanya baca-baca dan dengar-dengar.

Dan jujur, setiap kali pendedahan di dalam muhadharah, maka setiap kali itu jugalah semakin saya meyakini betapa Maha Adilnya Allah dan betapa terlalu cantiknya Islam berlari bersama fitrah manusia.

Mengkaji kaedah hukum-hukum ini (dalam hukuman Islam ada 3:hudud, qisas dan ta3zir (denda)) secara teliti dan terperinci menampakkan secara meluas betapa Islam itu adil terhadap kedua-dua pihak. Bukan menghukum secara melulu dan menjatuhkannya kepada individu-individu yang masih boleh dipertikai kesalahannya berdasarkan ketidaksempurnaan ciri-ciri yang layak baginya dijatuhkan hukuman.
Tetapi jika tersabit kesalahan ke atasnya, maka hukumannya berat setimpal dengan apa yang telah penjenayah itu lakukan.

Seperti dalam kes Junko ini, penjenayah-penjenayah dilepaskan dengan hukuman ringan iaitu penjara sekitar 7-8 tahun HANYA akibat tidak ada bukti yang menunjukkan mereka memBUNUH cuma ada bukti bahawa mereka menyeksa Junko. Lantas, hukuman dijatuhkan atas sabit kesalahan tersebut.
Ramai tidak bersetuju dengan hukuman ini. Begitu juga saya yang terbakar apabila mendapat tahu mangsa kekejaman ini tidak terbela.

Tetapi, jika mengikut undang-undang Islam, sekalipun tidak membunuh yang disabitkan hukum Hudud, kita ada QISAS.
Makna qisas (secara ringkas) itu sendiri adalah: “bunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka dan potongan dibalas potongan”.

Bermakna, jika kes ini dibicarakan mengikut undang-undang Islam, maka segala komentar pengkomentar memang telah terlaksana lama. Dan segala penderitaan seksaan Junko telah terbela. Benar bukan?
Malah sekalipun penjenayah-penjenayah telah bertaubat, hukuman tetap dijalankan kerana taubat adalah antara dia dengan Allah, tetapi jenayah yang telah dilakukan adalah antara dia dengan manusia. Maka manusia itu ada sifat marah dan pendendam yang hanya akan hilang sebaik sahaja penjenayah menerima hukuman yang sama atau setimpal. HANYA melainkan mangsa atau keluarga mangsa memaafkan kesalahan penjenayah yang TIDAK SENGAJA dan perlu berserta dhiyah. Bukan meminta maaf sahaja.

Bukankah tampak jelas betapa mulianya Islam mengangkat nilai seorang manusia itu meskipun dia manusia biasa-biasa?

Jika Terlepas, Maka Yakin Pada Hari Pembalasan.

Namun realiti hari ini, tersangat jauh untuk kita bicarakan tentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut. Lantaran sistem jahiliyyah masih terlalu tebal dan pekat.
Maka, apakah dia yang mampu mengubat duka bagi yang terzalimi?

“Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.”
-Baqarah:48-

Kita ada Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi, yang merajai hari pembalasan, hari di mana tidak ada suatu jiwapun yang mampu terlepas dari penghisaban.

Maka, tunggulah hari itu bagi mereka yang menzalimi dan dizalimi. dan Allah tidak ada kecacatan dalam kiraan amal kita.

Sungguh. Menyelak catatan-catatan berdarah dan kisah-kisah yang menyayat hati, membuatkan saya ingin sungguh bertanya kepada mereka yang tidak meyakini adanya Tuhan dan Hari Kebangkitan. Tidakkah mereka melihat situasi yang berlaku ke atas Junko dan merasakan bahawa dia telah dizalimi oleh perundangan dunia?

Apakah yang menjamin kematiannya terbela dan penjenayah-penjenayah itu dihukum dengan hukuman yang selayaknya dalam situasi hari ini yang mana tiada jaminan dalam keadilan undang-undang? Tidakkah mereka memikirkan hal itu?

Lantas, mengapa tidak kita sama-sama meyakini bahawa akan ada suatu hari penghujung, yang akan membangkitkan seluruh manusia dan setiap amalan baik serta buruknya ditapis teliti. Bukankah begitu seharusnya bagi mereka yang berakal?

Penutup: Tidak Ada Sesuatupun Yang Selayaknya disamatarakan dengan Islam.

“Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai jalan hidup dan Rasul sebagai nabi dan rasul”.
-ma’tsurat-

Sungguh. Maha Suci Allah yang selayak baginya segala ketaatan dan kepatuhan. Apakah masih belum sepenuhnya kita mencintai dan menyerahkan seluruh jiwa dan tenaga secara total kepadaNya?
T_T.


-video kisah Junko-