Maaf ini post peribadi. Saya hajat untuk hadiahkan kepada seseorang. Sila abaikan jika rasa tidak berkenaan.
Saya menulis ini dengan satu rasa sungguh-sungguh. Dan dalam hati juga saya doa sungguh-sungguh. Buat kamu agar kuat untuk percaya kepada kemampuan diri.
Saya tidak mampu berkata panjang. Hanya mampu untuk menyampaikan dari jauh,
"Saya yakin dan percaya dengan kamu."
Tidak ada manusia yang sempurna dan bebas dari melakukan dosa, tetapi selagi mana kita berusaha sungguh-sungguh, Allah tidak pernah meninggalkan.
Hanya perlu ada, pasakkan dalam hati:
Yakin, berusaha dan tawakkal.
Yakin.
Yakin bahawa cinta, rahmat dan ihsan Allah itu terlalu luas. Sifat keampunan Allah terlalu tinggi.
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (azZumar:53)
Tidak cukup lagikah kata-kata pujukan Allah ini?
Berusaha.
Kemudian, berusaha bersungguh-sungguh dengan keyakinan terhadap ampunan Allah itu. Tingkatkan amal soleh dan jauhi kemaksiatan.
Bilamana kita tidak bersungguh-sungguh, bermakna kita telah berputus asa dan hanya pasrah kepada hawa nafsu. Lantas, mari sama-sama kita menjauhi sifat lemah itu dan berdoa sungguh-sungguh semoga Allah terus menguatkan kita dalam usaha menjadi muslim mukmin yang Allah redha.
Tingkatkan bacaan bahan-bahan yang membina kefahaman kita. Rasa cinta itu lahir selepas kita mengambil tahu. Lalu, untuk melahirkan rasa cinta kepada Sang Pemilik, tidak boleh dengan mudah-mudah.
Tawakkal.
Akhirnya, tawakkal sungguh-sungguh. Allah Sang Maha Pencipta tidak akan pernah ada kepentingan untuk menzalimi hamba-hambaNya.
Selangkah kita bertatih kepada Allah, seribu langkah Allah berlari menyambut kita.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah berfirman:'Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau mahu berdoa kepadaKu dan mengharap rahmatKu, maka Aku akan mengampunimu atas segala kesalahanmu dan Aku tidak mempedulinya".
Tidak perlu merasakan bahawa kita tidak memberi apa-apa. Mustahil. Sama sekali mustahil.
” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (al-Mukminun:115-116)
Sungguh. Saya, kamu dan mereka mampu untuk memberi sesuatu. Yakin dan percaya pada diri.
Penutup: Bukankah kamu juga bakal perlu memimpin suatu hari nanti?
Setiap daripada kita tidak pernah tahu apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika tidak memimpin dunia, bukankah kita perlu memimpin dan mendidik keluarga? Apatah lagi seorang ketua keluarga.
Lalu, bermula dari mana kita mampu berlatih dan belajar?
Dari sekarang, bukan?
nota kaki:
-bimbang melihat fenomena rijal-rijal yang lesu mengisi waktu lapang dengan bermain game dan menonton movie. Jika bakal-bakal ayah tidak dibentuk, bagaimana pula dengan bakal-bakal anak ya? T_T.
(dilihat melalui status-status facebook)
how can you believe in someone that not even believe himself/herself
ReplyDeletekerana saya telah temui banyak orang yang tidak yakin dengan diri sendiri sedangkan sebenarnya mereka layak untuk meyakini. ^^.
ReplyDeletemereka ini sebenarnya tahu kemampuan diri cuma buat-buat tidak tahu secara sengaja atau tidak sengaja.
so, based my experiences, they just need some little times untuk kita dekati, perlahan-lahan, tunjukkan sokongan dan sentiasa berikan dorongan positif. iAllah, tidak ada manusia sebenarnya yang tak mampu.
do I look like a motivator? ^~.
Allahua'lam.
saya setuju dan suka dengan statement awak yang terakhir tu. nota kaki tu, :)
ReplyDeletenak lihat pemuda masa hadapan, lihatlah pemuda hari ini. :)