Tuesday, August 23, 2011

Izinkan aku mencintaiMu.


Tangisan itu menitik lagi.
Dan bisikan itu kuulangi lagi.
Lagi dan lagi.
Wahai Pemilik diri,
Izinkan aku mencintaiMu
Sepenuh hatiku.

Jangan pernah tinggalkan
walau sekelip mata
atau masa yang lebih pendek dari itu.

Sungguh.
Izinkan aku mencintaiMu
Dalam seluruh hidupku.
Dan hanya itu yang aku tagih.

11.45pm
230811

sungguh. Kebaikan manusia kepada kita yang sedikit pun telah membuatkan kita tersentuh dan terhutang budi, bagaimana pula dengan kehidupan yang telah Allah hadiahkan?

Kadang-kadang takut jika kita terlalu mengagungkan manusia sehingga mengabaikan hak Allah yang selayaknya menjadi priority utama dalam semua perkara.

"Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu" (hadis ke19)

Apakah Hak Allah yang Paling Besar?

Hak Allah yang paling terbesar yang terlalu sukar untuk dipenuhi ialah keikhlasan kita dalam beramal. Iaitu penyerahan kita secara total hanya kepada Allah dan semata-mata mengharapkan ganjaran dari Allah. Berhajatkan hanya nilaian Allah dan hanya pandangan permerhatian Allah.

Jujur, terlalu mudah tercemar. Kemaksiatan dan pensyirikan yang masuk secara halus. Sehingga kadang-kadang kita tidak sedar bahawa amal itu sia-sia dan kosong.

Takut. Semoga Allah tidak menolak kita ke jauh.

......

nota kaki:
Mode rindu datang lagi.


3 adik beradik: kakak, abang dan adik.
rindu nak mendengar cerita-cerita abang di meja makan.

abang dan sepupu. (macam ayah dan anak ^^ cuma lain bentuk muka dan warna kulit. he he)

adik, mak dan abang. (gambar 'eid fitri tahun lepas)
rindu dengan gelagat abang setiap kali di hadapan kamera. (tak pernah nak matang ^^#)

mak dan adik.
lekas-lekas lah Nov..T_T

Doakan saya ya sahabat..

2 comments:

  1. terkesan membaca riwayat hidup rabiatul adawiyah

    ikhlasnya beramal dalam memburu cinta dan redha Kekasih Agung

    bukan dipinta menjauh dr neraka
    bukan dipinta dikurniakan syurga

    yang diharap hanya tenggelam dalam cintaNya

    p/s-tengok link blog kak hasna' banyak kali.ingat salah singgah td.sebab da tukar background.huhu

    ReplyDelete
  2. betul. Hidup dalam serapan cinta kepada Allah. T_T.
    semoag kita peroleh itu iAllah..

    tiba-tiba rajin nak tukar. Dan alhamdulillah ada masa pula nak kobek2 blog ni..^^.

    ReplyDelete

mohon pandangan.