Tadi petang, duduk-duduk sembang dengan housemate, kak Adnin. Membincangkan banyak benda. Merenung banyak perkara.
Dan Allah susun, masuk topik tentang kehebatan Allah yang memiliki kehebatan tunggal. Tidak ada Penguasa, Pemilik, Penyusun, dan Pengatur selain Dia.
Bukti hebatnya Allah: cinta dan Kasih sayangNya.
Perasan atau tidak, betapa hebatnya Allah terpancar dalam cinta dan kasih Dia kepada setiap hamba-hambaNya.
Uniknya cinta Allah, begitu melimpah sama rata dan memenuhi kekosongan jiwa kita tanpa berkurang walaupun sedikit. Sehingga ketika kita sedang mengadu pada Allah, kita merasakan bahawa Allah hanya menumpukan sepenuhnya untuk mendengar keluhan kita. Sedangkan ketika kita menangis itu, masih terdapat jutaan hamba yang menangis dan mengadu sama seperti kita.
Kita merasakan kepuasan betapa telitinya Allah yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui. Betapa kita merasakan betapa terasingnya kita ketika itu dari dunia luar lantaran asyiknya kita. Kita merasakan bahawa hanya kita dan Allah sahaja yang sedang berantara.
Sedangkan ketika itu, Allah masih Allah yang sama yang memiliki jutaan bilion jiwa-jiwa yang lain. Masih Allah yang menyusun dan menjaga orbit-orbit galaksi. Masih Allah yang mentadbir syurga dan neraka. Masih Allah yang segala sesuatu di dunia ini dan di luarnya, semua di bawah aturanNya.
Hebat bukan?
Allah, tidak pernah memerlukan kita TETAPI kita yang sentiasa berhajat kepada Allah.
Saat menghayati semua itu, mentadabbur akan betapa hebatnya Allah, maka semakin jelas dan semakin terang, betapa kerdilnya kita pada pandangan Allah.
Berimannya kita atau kufurnya kita, tidak ada sekelumit kesan dalam kekuasaan Allah. Bahkan jika seluruh bumi bermuafakat untuk mensyirikkan Allah, tidak berlaku sekelumitpun pengurangan dalam kekuasaan dan kehebatan Allah. Begitu juga, jika seluruh isi bumi berpakat untuk beriman kepada Allah, tidak berlaku sedikitpun penambahan dalam pentadbiran kerajaan Allah.
Tetapi, kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. Sangat-sangat dan sentiasa berhajat kepada ihsan dan cinta Allah. Lantaran tanpa semua itu, hidup kita KOSONG. Menjadi bahan bakar api neraka. Na3uzubillah minzalik.
Penutup: Mari bersungguh meraih cinta Allah.
Allah tidak pernah memerlukan kita. Tetapi kita yang sentiasa dan sangat memerlukan Allah. Justeru, pernahkah kita bersungguh-sungguh?
"Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan bersuara yang lembut" (alA'raf:55)
Jom manfaatkan Ramadhan ini insyaAllah..
*tulisan untuk diri sendiri sepenuhnya.
nota kaki:
-4hb last paper untuk final exam. 'Aqad Zawwaj. Semoga Allah permudahkan.
-mak dan adik akan bersama di bumi Jordan selama sebulan bermula 1Nov-1Dec. Ada sesiapa yang sudi menumpangkan adik dan mencarikan untuknya cikgu alQur'an bagi mengisi waktu lapangnya di sini?
Allah.. Allah..
ReplyDelete*seronoknya Hasna' mak nak datang ^.^. Adik Hasna' laki-laki ke?
akak,seronoknya family akak datang cn =)
ReplyDeleterai: SubhanaAllah. Algamdulillah. Allahuakbar.
ReplyDeletea'ah..^^. adik lelaki, 15 tahun iAllah. dah besar utk brkongsi rumah dgn anak dara2 ^^.
ali: Alhamdulillah..nnti Ali boleh jumpa..^^.
teringat awak cerita pasal mak awak dulu. teringin plak nak jumpa. hehe. ^^
ReplyDeleteramadan kareem hasna~
ehyaka..
ReplyDeletennt boleh jumpa cg kt sana. (",)
insyaAllah. kami bertolak dri sini 4hb.
kak Ainul:
ReplyDeleteiAllah, mak hasna' pun tak sabar nak jumpa senior2 yg baik dn bnyak mmbntu hasna' trutama kak ainul..^^
qawiem: oh. bertolak 4hb sept ya.? iAllah kheir..
boleh kawan dgn taha nnti.^^.
tak sabar mnunggu adik2 nak dtg..^^.