Monday, September 7, 2009

prihatinkah k***j***?

Hari ini ada kisah lucu.

Kisah bermula daripada ibu meminta sokongan JKK berdekatan untuk permohonan zakat bagi pengajian saya beberapa minggu yang lalu. Dan pada minggu lepas, JKK tersebut menelefon ibu.

"Cikgu Shariffah ni.., ibu tunggalkan?"
"ya..ya"
"ha..saya nak masukkan nama cikgu dalam senarai penerima sumbangan YB Dato' A*** *****d.."
"ha?"

Ketika ibu ceritakan peristiwa itu, kami ketawa terkekeh-kekeh. Mana tidaknya, seorang 'datin' akan menerima sumbangan ibu tunggal!

Ibu malu untuk pergi awalnya tetapi saya dan abang bilang, tak apa duit rakyat, memang kita layak dapat..huhu. Lagipun, kata ibu menambah, boleh kita tengok macam mana keadaan dan sumbangan oleh 'pemimpin' yang selalu diuar-uarkan.

Dan pagi tadi, saya menemani ibu ke sana dengan menaiki kereta kancil 'buruk' abang. Menyamar miskin konon.

Sumbangan itu disampaikan di Masjid Muhammadiah, Bukit Keteri. Ketika kami sampai, orang sudah ramai. Kami yang terpinga-pinga ini hanya mengikut arus. Mujur terjumpa JKK yang berkenaan. Beliau meminta kami pergi ke kaunter dan mengambil 2 kupon. 1 untuk barangan dan 1 untuk sampul.

Sekeliling kami, kelihatan masyarakat kampung yang sungguh kasihan. Ada yang punya anak ramai malah ada yang punya anak cacat dan sindrome down.

Ibu berbaris untuk mendapatkan bungkusan makanan kering. Saya hanya ketawa di tepi. Rasa rugi tidak membawa kamera untuk merakamkan peristiwa itu. Ibu tegah semalam kerana bilang ibu, nanti nampak sangat macam orang kaya. huhu..

Awalnya kami bersyukur kerana tidak perlu mendengar ceramah, tapi rupa-rupanya untuk sumbangan sampul, kami perlu berkumpul di masjid. Jadi, kami bercadang untuk menghantar dulu bungkusan ke kereta. Ketika itu, ibu berbisik pada saya, "rasa muka tebal la pulak..". Saya hanya senyum. Jujurnya, saya tak rasa pun. huhu..

Kami berkumpul di biara masjid. Mendengar sedikit ceramah yang ntah langsung tidak punya isi. Ceramah kosong yang berkisar hanya zaman silam'nya', sedikit digaul dengan pengkhabaran permodenan negara dan diuli bersama lawak-lawak yang tidak punya rasa sedikitpun.

Semasa berbaris untuk menerima sumbangan, ibu menyuruh saya menggantikannya. Tambah ibu sambil ketawa kecil, "berbarislah dekat yang Normala Shamsudin tu bagi..".

Selesai majlis, kami terus bergerak pulang.

Dalam kereta, kami berkongsi. Mengapa masyarakat rosak hari ini? Jelas lagi nyata kerana pemimpin sendiri tidak punya hubungan dengan Allah. Apabila pemimpin rosak maka masyarakat seribu kali ganda kerosakannya. Lihat sajalah tadi, ucapan seorang 'pemimpin' dan bekas 'menteri', langsung tidak membawa masyarakat balik kepada Allah. Jika mereka sendiri tidak punya kesedaran tentang Islam, mana mungkin rakyat punya kefahaman mendalam.

Lebih mengecewakan dan menyedihkan, sumbangan hanya bernilai RM30 ! Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk mengikuti majlis ini kerana baru saya tahu betapa rendahnya nilai rakyat pada pandangan mata kerajaan.

Sungguh. Di masjid tadi, ada anak-anak kecil yang menangis berterusan, ada anak yatim yang kehimpitan, ada anak sindrome down yang tidak punya upaya, dan ada ibu-ibu tua yang tidak punya apa-apa, mereka menanti hak mereka untuk dipulangkan, tetapi hanya sejumlah kecil itu yang diterima?! Apakah nilai rakyat miskin pada pandangan mata kalian wahai pemimpin?!

Apakah nilai RM30 pada hari ini? Untuk seorang ibu tunggal yang tanggungan di bawahnya ramai. Bukankah hak mereka untuk dibela? Benarkah kerajaan prihatin terhadap jeritan dan tangis rakyat?

Bungkusan yang diberi hanya diisi dengan makanan kering yang murah. Kata abang, " kita pun tak pernah beli barang-barang ni..". Jenama yang entah tidak pernah diketahui kewujudannya. Tambah ibu, ini jenama untuk harga yang paling rendah.

Sungguh. Tidak ada istilah tidak bersyukur kerana hak rakyat ke atas hasil keuntungan ekonomi negara..Ingatlah, kalian akan disoal untuk setiap penyelewangan yang telah kalian lakukan..

6 comments:

  1. Salam,

    ummi bersimpati dengan jumlah yang dapat RM30, tak apalah yang penting pengalaman sekali-sekala turun menjadi orang susah, sekurang-kurangnya memberi keinsafan kepada kita yang Allah beri rezeki melimpah-limpah. Kak Pah ana bersimpati kerana penat berbaris.

    Mudah-mudahan dgn ini memberi ana kesedaran yang Allah beri rezeki yg lebih sedikit rajin2lah berinfak.

    Wallah'ulam

    ReplyDelete
  2. huhu..sebenarnya bagi pihak kami tak rasa apa-apa pun sebab kami memang tak layak dapat pun walaupun memegang status ibu tunggal.. cuma terkilan dan sedih melihat mereka yang benar-benar layak untuk menerima hak mereka diperlakukan sedemikian.. Macam kerajaan cakap, "kamu orang miskin, cukupla rm 30 tu..tak payah banyak-banyak.." huhu

    ReplyDelete
  3. salam...
    Mak ndak, juga m'mohon maaf kepada hasna' andai ada tutur kata dan p'buatan yg m'nyinggung p'rasaan, s'panjang waktu kita b'sama semuga ukhwah antara kita terus b'kekalan walau jarak dan waktu m'misahkan.
    Mak ndak juga b'doa semuga Allah sentiasa m'beri rahmat dan hidayah-Nya kpd Hasna' sepanjan p'jalanan di dlm m'cari ilmu dan jangan lupa packing sehelai jubah ketabahan dan sehelai selendang kesabaran utk bekalan di perantauan nanti.Sayang hasna' kerana Allah dan salam utk cik pah.

    ReplyDelete
  4. yosh sena'!!
    yg kmu gi tulis normala shamsudin tu pehal??
    kantoi ler a********d tu spe...
    ngee~
    selamat berjuang sahabatku..
    semoga Allah berkatimu..
    kenangan indah bersamamu..
    takkan ku biar ia berlalu...
    isk3..sedih tahun ni tak dapat raya ngan hang..
    jangan lupakan aku naa...
    huu~

    ReplyDelete
  5. salam,
    membacanya memikirkannya

    eid mubarak to hasna' and family~
    ;))

    ReplyDelete
  6. orang jauh tapi dekat9/24/09, 3:37 PM

    wa.. thanks for sharing.. pengalaman berharga..pengajaran bersama..!

    tpi, mesti comel kome dua kat sana kan... alhamdulillah la ada kete kancil tu.. patut tak yah cat kan.. baru lagi real... :p

    anyway, itulah k***j**n yang prihatin kepada rakyat... Rm30 utk semua rakyat... then, ungkit 1000 kali kalau tak undi depa... ish2...

    tak nampak lagikah kalian..???

    ReplyDelete

mohon pandangan.