Bismillahhirrahmanirrahim..
Saya menulis post ini dengan sedikit berdebar..
kerana post ini untuk saya sebenarnya.. untuk saya menguatkan hati saya agar positif dengan Allah dalam apa keadaan sekalipun..dan selalu yakin yang Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya..
'positif dengan Allah'
kata-kata ini saya dapat semasa menziarahi seorang kakak yang juga sahabat saya di Sg. Petani baru-baru ini.. Saat saya mendengar kalimah ini, air mata saya terus mengalir tanpa dapat ditahan..perasaan yang selama ini cuba saya sembunyikan akhirnya terhambur keluar saat kami berkongsi kerisauan yang bersarang di hati.. sahabat saya itu sedang menanti keputusan STAMnya..
Keputusan spm akan keluar tak lama lagi..mungkin 12hb mac atau mungkin 17hb mac..
Entah mengapa, kali ini saya cukup takut untuk menantikannya..takut untuk menerima kegagalan..
kerana gagal bagi saya ialah mempunyai huruf selain daripada 'A' dalam slip peperiksaan..
saya takut untuk menerima itu..
tapi saya perlu yakin bahawa Sang Pencipta saya lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya, bukan? Apa pun yang saya rancang, Allah juga merancang dan dia adalah sebaik-baik perancang..
itu yang sedang saya terapkan dalam diri saya sekarang..
Semoga saat saya mendapat keputusan itu nanti, saya bisa bersyukur dengan apa yang telah Allah susun walaupun saya tahu bahawa redha itu amat mudah untuk disebut tetapi terlalu pahit untuk diaplikasikan...
Doakan saya ya..!
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.