saat saya menulis post ini, hati saya dalam kesedihan, hati saya terasa lemah. entah, saya tidak pasti mengapa..saya rasa bagai ingin selalu menangis..jiwa saya bagai ada sesuatu yang kurang..
sejak akhir-akhir ini, saya sudah jarang menangis dengan Allah..sedangkan kata murabbi saya, lagi banyak kerja kita dalam jalan ini, lagi perlu banyak kita menangis dan mengadu pada Allah..
lagi perlu kita dekatkan hati kita dengan Allah..
Adakah ini punca hati saya selalu diruntun kesedihan yang tidak tahu puncanya?
subhanallah..semoga Allah melindungi saya dan menetapkan hati saya agar selalu dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini..
sebenarnya saya ingin berkongsi sesuatu. Sesuatu yang selalu membuatkan hati saya gundah gulana dan berasa sangat kerdil..bukannya kerdil dan lemah di sisi manusia tetapi rasa rendah di sisi Allah..
tahukah kalian apakah itu?
itulah saudara-saudara kita di Palestin sana..sejujurnya saya terlalu cemburu dan malu dengan mereka..
terasa bagai pengorbanan saya untuk Islam hanya setitis berbanding mereka yang seluas 7 lautan..layakkah saya untuk meraih syurga Allah andai dibandingkan dengan apa yang telah mereka bayar?
sedangkan syurga Allah itu terlalu mahal harganya..
ustaz saya yang baru pulang dari misi kemanusiaan di sana telah berkongsi bahawa mereka sesekali tidak pernah menganggap perjuangan mereka itu adalah perjuangan untuk mempertahankan tanah air atau mempertahankan bangsa Palestina dari kebiadapan yahudi semata tetapi mereka bangga kerana mempertahankan benteng terakhir ummat Islam..
perihal kesejahteraan ummat Islam selalu saja meluncur dari bibir-bibir mulia mereka..
layakkah saya?
saya yang kononnya mengaku selalu risau akan keadaan ummah yang pincang, selalu saja tidur lena di malam hari..dan agak mustahil untuk saya berani menggadaikan darah dan nyawa saya..
tapi mereka?
Ya Allah, layakkah saya?
sungguh. hal ini benar-benar membuatkan saya takut andai nanti ketika tibanya hari perhitungan, saya tidak layak ke syurga Allah kerana telah dipenuhi oleh manusia-manusia terpilih dan mulia seperti mereka..na'uzubillah min zalik..sungguh. saya benar-benar takut..
tapi saya yakin bahawa Allah s.w.t. sesekali tidak akan menzalimi hamba-hambaNya..Allah yang bersifat dengan sifat Maha pengasihNya tidak akan sesekali mengecewakan huluran cinta hamba-hambaNya..hanya itu yang bisa memujuk hati saya...semoga saya turut berpeluang menjadi hamba Allah yang terpilih untuk mati dalam keadaan mulia..
Ya Allah,Engkau telah berjanji bahawa hamba-hambaMu akan bersama dengan orang-orang yang dia cintai di akhirat nanti. Justeru, ketahuilah bahwa aku benar-benar mencintai mereka, saudara-saudaraku di Gaza sana..saudara-saudaraku yang telah menyerahkan seluruh kehidupan mereka untuk deenMu yang akan sentiasa tinggi dan mulia..Ya Allah, justeru tempatkanlah aku bersama-sama dengan orang-orang yang aku cintai di akhirat nanti.. amin..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.