Tuesday, March 10, 2009

muslim yang tidak kenal deen


Bismillahirrahmanirrahim..
saya menulis post ini sebagai gambaran jiwa saya yang amat sedih dan kecewa acap kali menatap masyarakat yang kian hari kian celaru hala tuju mereka..
Muslim yang tidak pernah tahu betapa mulianya kisah agung mereka suatu ketika dahulu..
Pemikiran yang disempitkan oleh sistem berjaya menjadikan jiwa mereka kerdil dan mudah untuk diperbodohkan..
Mereka hanya tahu bahawa kehidupan yang disusun atur oleh sistem itulah suatu jalan hidup yang tidak punya pilihan lain..Mereka ditipu dan bangga dengan penipuan tersebut..
Antara kisah dari kotak hitam jahiliyyah yang saya gemar tontoni ialah Spa Q, iaitu sebuah cerita yang majoritinya dibintangi oleh pelakon muslim yang telah hilang identiti.
Mengapakah kisah ini telah berjaya menarik minat saya?
kerana setiap kali saya menontonnya, setiap kali bertambah keyakinan saya bahawa Islam adalah satu jalan hidup yang yang memuliakan manusia..deen yang memberi kesejahteraan kepada alam..
kisah spa Q, (bagi wanita tidak mengapa anda menontonnya, tetapi bagi lelaki, usah kalian menambah dosa) adalah sebuah cerita yang mengambarkan coretan hidup masyarakat yang menolak Islam sebagai satu jalan hidup..justeru, dapat dilihat dengan jelas, betapa kucar kacirnya kehidupan sekumpulan robot yang tidak pernah tahu bahawa mereka itu bertuan..tidak pernah sedar matlamat mereka diciptakan di atas muka bumi..kehidupan yang tidak mengikuti garis panduan titipan sang Pencipta, menjadikan hati-hati mereka selalu saja dicengkam rasa takut, diharu birukan oleh amarah dendam, dicelarukan oleh keruntuhan institusi keluarga dan 1001 musibah yang lain..
Tika mereka dikurniakan Allah kenikmatan, mereka yakin itu lahir dari usaha sendiri..
Namun tika diuji dengan musibah, mereka lupa bahawa mereka itu hanyalah hamba ciptaan..
Benarlah, dengan hanya mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..
Allah yang menciptakan, Maha mengetahui akan kelemahan dan kelebihan setiap hamba ciptaanNya..Justeru, mengapa masih ada manusia yang tidak mahu berfikir?

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.