Monday, March 23, 2009

doakan saya


Allah maha mengetahui yang terbaik untuk saya. Saya pegang itu. Kerana saya tahu Allah maha adil dan tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya.. Saat difikirkan, ajaib sungguh aturan Allah, bukan?

Saya masih ingat, ketika saya kecil, saya masih keliru dengan cita-cita dan impian saya.. Saya tidak pandai memilih dan tidak mahir untuk menentukan masa depan yang saat itu dirasakan terlalu jauh..

Namun, pejam celik, pejam celik, saya kini sudah berada di ambang dewasa yang harus bijak membuat keputusan.. Masa depan yang bukan untuk saya sahaja tetapi menentukan sama ada masa depan saya itu memberi sumbangan untuk masa depan Islam..

Justeru, doakan saya ya.. semoga saya istiqamah dalam pilihan saya ini.. semoga saya terus dalam mengejar keyakinan saya ini..

oh ya, saya terlupa mengkhabarkan pada kalian bahawa saya kini sedang sibuk menguruskan hal-hal permohonan dan pendaftaran saya ke Jordan..doakan saya ya..

Thursday, March 12, 2009

Alhamdulillah..


Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakhbar.
maha suci Allah yang menyusun atur kehidupan setiap hamba-hambaNya.
Yang Maha mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui. Dan yang maha mengetahui lebih daripada apa yang kita ketahui.
Dialah Allah s.a.w, pencipta dan pengatur setiap kehidupan makhluk ciptaanNya.
Alhamdulillah. Hanya itu yang bisa saya zahirkan dengan ungkapan lidah. tak terdaya saya mencari kata-kata lain yang dapat menggambarkan perasan saya kini.. hanya Allah yang maha mengetahui..
hari ini, sebahagian sahabat-sahabat saya dari seluruh Malaysia, telah datang mengambil keputusan SPM. Saya dan peserta-peserta KIBAR yang lain agak terperanjat menerima tetamu yang melebihi sangkaan. Dengan bilik yang agak berselerak, keletihan jamuan semalam dan persiapan untuk Malam Palestin pada malam ini menyebabkan kami agak kucar kacir menjadi tuan rumah..maaf ya..(",)
berbalik ke tajuk asal, Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya untuk mendapat 9A 1B dalam peperiksaan kali ini..6 A1 3 A2 1 B3..
meskipun kali ini slip peperiksaan saya telah tercalar dengan 1 B, namun, Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya telah melakukan yang terbaik.. saya telah berusaha untuk meraih kecemerlangan demi kemuliaan Islam..saya telah melakukan apa yang saya terdaya..
Alhamdulillah, Allah telah menyusun kehidupan saya dari awal hingga kini dengan susunan yang maha indah..yang maha baik untuk diri saya..saya tahu itu..
Bukan maksud saya, yang maha baik itu kerana saya selalu cemerlang, tetapi saya tahu kecemerlangan saya itu kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati saya, apa yang terpendam jauh di sudut naluri saya..Allah sang pencipta makhluk maha mengetahui apa yang terbaik untuk dunia dan akhirat setiap hamba ciptaanNya..
Saya yakin, Allah selalu hadiahkan saya apa yang tidak saya sangkakan saat saya merasakan bahawa hanya Allah tempat saya bergantung harap..hanya Allah tempat saya berlindung dan berserah diri.. hanya Allah tempat saya mengadu dan menangis hiba..saat itu petolongan Allah selalu saja meluncur datang..
Itulah Allah yang kaya dengan sifat pemurahNya, yang hebat dengan sifat pengasihNya..
Sesungguhnya telah tercatat bahawa saya akan mendapat 5A upsr, 9A pmr dan 9A1B spm....
Allah Maha Hebat...

Tuesday, March 10, 2009

muslim yang tidak kenal deen


Bismillahirrahmanirrahim..
saya menulis post ini sebagai gambaran jiwa saya yang amat sedih dan kecewa acap kali menatap masyarakat yang kian hari kian celaru hala tuju mereka..
Muslim yang tidak pernah tahu betapa mulianya kisah agung mereka suatu ketika dahulu..
Pemikiran yang disempitkan oleh sistem berjaya menjadikan jiwa mereka kerdil dan mudah untuk diperbodohkan..
Mereka hanya tahu bahawa kehidupan yang disusun atur oleh sistem itulah suatu jalan hidup yang tidak punya pilihan lain..Mereka ditipu dan bangga dengan penipuan tersebut..
Antara kisah dari kotak hitam jahiliyyah yang saya gemar tontoni ialah Spa Q, iaitu sebuah cerita yang majoritinya dibintangi oleh pelakon muslim yang telah hilang identiti.
Mengapakah kisah ini telah berjaya menarik minat saya?
kerana setiap kali saya menontonnya, setiap kali bertambah keyakinan saya bahawa Islam adalah satu jalan hidup yang yang memuliakan manusia..deen yang memberi kesejahteraan kepada alam..
kisah spa Q, (bagi wanita tidak mengapa anda menontonnya, tetapi bagi lelaki, usah kalian menambah dosa) adalah sebuah cerita yang mengambarkan coretan hidup masyarakat yang menolak Islam sebagai satu jalan hidup..justeru, dapat dilihat dengan jelas, betapa kucar kacirnya kehidupan sekumpulan robot yang tidak pernah tahu bahawa mereka itu bertuan..tidak pernah sedar matlamat mereka diciptakan di atas muka bumi..kehidupan yang tidak mengikuti garis panduan titipan sang Pencipta, menjadikan hati-hati mereka selalu saja dicengkam rasa takut, diharu birukan oleh amarah dendam, dicelarukan oleh keruntuhan institusi keluarga dan 1001 musibah yang lain..
Tika mereka dikurniakan Allah kenikmatan, mereka yakin itu lahir dari usaha sendiri..
Namun tika diuji dengan musibah, mereka lupa bahawa mereka itu hanyalah hamba ciptaan..
Benarlah, dengan hanya mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..
Allah yang menciptakan, Maha mengetahui akan kelemahan dan kelebihan setiap hamba ciptaanNya..Justeru, mengapa masih ada manusia yang tidak mahu berfikir?

Saturday, March 7, 2009

my beloved sis..

Saya punya seorang kakak.
Kakak yang menjadi tempat saya bermanja, bergaduh, berkongsi kisah, bermasam muka, meminta buah fikiran dan juga tempat saya mendapat banyak hadiah..:)
Itulah satu-satunya kakak yang saya miliki..Siapa pun dia, dia adalah kakak yang selalu saya sayangi..meskipun kami selalu bergaduh...(",)

saya dan kakak terlalu rapat ketika kami sama-sama dalam usia kecil...saya sayang kisah itu..
kisah kami bermain masak-masak di dalam rumah kecil yang dihadiahi ayah bersama peralatan masak yang sempurna..ditambah dengan kesan lampu (lampu yang boleh diubah tahap kecerahan cahayanya) yang sengaja kami zahirkan sebagai si matahari..Jika siang, lampu kami biar cerah..pabila senja, sengaja kami kecilkan cahayanya..
kadang-kadang kami akan bermain bersama patung-patung beruang dan arnab tanpa kira malam dan siang..
itulah kakak dan saya..
sungguh. saya sayang kisah itu..
kisah kami bermain solek-solek. dengan baju pengantin yang dibuat dari telekung bersama aksesori yang dicipta sendiri..
kisah kami bersama-sama dalam halaqah keluarga..
kakak dan saya yang selalu memberi tumpuan..abang pula terlalu suka bermain dan sering ditegur oleh mak yang penuh hikmah..
sungguh. saya rindu kisah itu..

Dan semasa kakak mula memasuki alam remaja dan menuntut di MATRI..
saya perasan, kakak sudah mula berubah..Dia semakin matang dan faham akan tanggungjawab seorang muslim..Dia mula serius dalam tujuan hidupnya..
Sejak itu, dia menjadi ikon saya..
Saya ingat lagi, selalu saja dia titipkan pada saya nasihat-nasihat hikmahnya dan mengkhabarkan pada saya betapa dia berhajat punya adik yang sedar dan mengerti akan matlamat dia diciptakan.. Saat itu, saya masih belum mengerti dan masih mencari..
Sejujurnya, pada awal usia kematangan, saya sedikit tersasar..Dan kakak serta bonda tercintalah selalu sabar menuntun saya untuk kembali kepada hikmah penciptaan manusia.. Tidak sedikit air mata yang telah mereka alirkan..
Saya ingat itu..

Alhamdulillah, kini, Allah telah memilih saya untuk sama-sama dalam lingkungan manusia-manusia yang menhargai kenikmatan nikmat iman dan Islam..dan insyaAllah, sama-sama ingat berkongsi dengan manusia-manusia yang lain di luar sana yang masih mencari..Semoga Allah mengistiqamahkan hati saya dalam usaha untuk selalu mencintaiNya..

Dan kakak, saya terlalu menghargai kehadirannya dalam hidup saya..
Saya sayang kakak.sungguh. meski payah untuk saya zahirkan...

Friday, March 6, 2009

layakkah kita?








bismillahirrahmanirrahim..
saat saya menulis post ini, hati saya dalam kesedihan, hati saya terasa lemah. entah, saya tidak pasti mengapa..saya rasa bagai ingin selalu menangis..jiwa saya bagai ada sesuatu yang kurang..
sejak akhir-akhir ini, saya sudah jarang menangis dengan Allah..sedangkan kata murabbi saya, lagi banyak kerja kita dalam jalan ini, lagi perlu banyak kita menangis dan mengadu pada Allah..
lagi perlu kita dekatkan hati kita dengan Allah..
Adakah ini punca hati saya selalu diruntun kesedihan yang tidak tahu puncanya?
subhanallah..semoga Allah melindungi saya dan menetapkan hati saya agar selalu dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini..
sebenarnya saya ingin berkongsi sesuatu. Sesuatu yang selalu membuatkan hati saya gundah gulana dan berasa sangat kerdil..bukannya kerdil dan lemah di sisi manusia tetapi rasa rendah di sisi Allah..
tahukah kalian apakah itu?
itulah saudara-saudara kita di Palestin sana..sejujurnya saya terlalu cemburu dan malu dengan mereka..
terasa bagai pengorbanan saya untuk Islam hanya setitis berbanding mereka yang seluas 7 lautan..layakkah saya untuk meraih syurga Allah andai dibandingkan dengan apa yang telah mereka bayar?
sedangkan syurga Allah itu terlalu mahal harganya..
ustaz saya yang baru pulang dari misi kemanusiaan di sana telah berkongsi bahawa mereka sesekali tidak pernah menganggap perjuangan mereka itu adalah perjuangan untuk mempertahankan tanah air atau mempertahankan bangsa Palestina dari kebiadapan yahudi semata tetapi mereka bangga kerana mempertahankan benteng terakhir ummat Islam..
perihal kesejahteraan ummat Islam selalu saja meluncur dari bibir-bibir mulia mereka..
layakkah saya?
saya yang kononnya mengaku selalu risau akan keadaan ummah yang pincang, selalu saja tidur lena di malam hari..dan agak mustahil untuk saya berani menggadaikan darah dan nyawa saya..
tapi mereka?
Ya Allah, layakkah saya?
sungguh. hal ini benar-benar membuatkan saya takut andai nanti ketika tibanya hari perhitungan, saya tidak layak ke syurga Allah kerana telah dipenuhi oleh manusia-manusia terpilih dan mulia seperti mereka..na'uzubillah min zalik..sungguh. saya benar-benar takut..
tapi saya yakin bahawa Allah s.w.t. sesekali tidak akan menzalimi hamba-hambaNya..Allah yang bersifat dengan sifat Maha pengasihNya tidak akan sesekali mengecewakan huluran cinta hamba-hambaNya..hanya itu yang bisa memujuk hati saya...semoga saya turut berpeluang menjadi hamba Allah yang terpilih untuk mati dalam keadaan mulia..
Ya Allah,Engkau telah berjanji bahawa hamba-hambaMu akan bersama dengan orang-orang yang dia cintai di akhirat nanti. Justeru, ketahuilah bahwa aku benar-benar mencintai mereka, saudara-saudaraku di Gaza sana..saudara-saudaraku yang telah menyerahkan seluruh kehidupan mereka untuk deenMu yang akan sentiasa tinggi dan mulia..Ya Allah, justeru tempatkanlah aku bersama-sama dengan orang-orang yang aku cintai di akhirat nanti.. amin..



kasih sayang


Di sini saya ingin berkongsi sebuah nasyid yang didendangkan oleh sekumpulan nasyid haraki dari negara jiran..saya berkongsi bukan sekadar kerana saya amat meminatinya tetapi kerana lirik lagunya diambil daripada sepotong doa panjang yang amat dilazimi oleh baginda, Rasulullah s.a.w... doa penguat dalam hubungan berkasih sayang sesama saudara..itulah DOA RABITHAH
Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
**Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami
ulang**
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawwakal padaMu
hidupkan dengan makrifahMu
matikanlah syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela..
ulang**
-Izzatul Islam-
Semoga ukhuwwah yang telah terbina selamanya diredhai oleh Allah..insyaAllah..

Tuesday, March 3, 2009

aneh ya


hari ini saya baru membuka mulut kepada sahabat saya bahawa saya telah memiliki blog saya sendiri..dan sahabat saya itu meminta alamat blog ini untuk diziarahi..

namun saya hanya tersenyum dan tetap merahsiakannya..aneh bukan?

sahabat saya mengatakan bahawa saya adalah pelik..:) huhu dan saya pun beranggapan begitu terhadap diri saya sendiri..

membuat blog dan kemudian tidak menggalakkan sahabat-sahabatnya menziarahi blog tersebut adalah sesuatu tindakan yang aneh..

Sebenarnya itu adalah tujuan saya mewujudkan blog ini..sebagai tempat untuk saya mendapatkan privacy bagi melontarkan sebarang pendapat dan bebas dalam berkongsi perasaan yang saya alami dalam sehari-hari ..

aneh ya..

atau dengan perkataan yang lain, saya mahu agar blog ini menjadi tempat saya untuk memperingati diri saya sendiri..agar saya bisa menguatkan diri saya dengan kalimah-kalimah yang saya sendiri menulisnya..
jadi biar saja blog saya ini menjadi rahsia..!;)

Monday, March 2, 2009

positif dengan Allah..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Saya menulis post ini dengan sedikit berdebar..
kerana post ini untuk saya sebenarnya.. untuk saya menguatkan hati saya agar positif dengan Allah dalam apa keadaan sekalipun..dan selalu yakin yang Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya..

'positif dengan Allah'
kata-kata ini saya dapat semasa menziarahi seorang kakak yang juga sahabat saya di Sg. Petani baru-baru ini.. Saat saya mendengar kalimah ini, air mata saya terus mengalir tanpa dapat ditahan..perasaan yang selama ini cuba saya sembunyikan akhirnya terhambur keluar saat kami berkongsi kerisauan yang bersarang di hati.. sahabat saya itu sedang menanti keputusan STAMnya..

Keputusan spm akan keluar tak lama lagi..mungkin 12hb mac atau mungkin 17hb mac..
Entah mengapa, kali ini saya cukup takut untuk menantikannya..takut untuk menerima kegagalan..
kerana gagal bagi saya ialah mempunyai huruf selain daripada 'A' dalam slip peperiksaan..
saya takut untuk menerima itu..
tapi saya perlu yakin bahawa Sang Pencipta saya lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya, bukan? Apa pun yang saya rancang, Allah juga merancang dan dia adalah sebaik-baik perancang..
itu yang sedang saya terapkan dalam diri saya sekarang..
Semoga saat saya mendapat keputusan itu nanti, saya bisa bersyukur dengan apa yang telah Allah susun walaupun saya tahu bahawa redha itu amat mudah untuk disebut tetapi terlalu pahit untuk diaplikasikan...
Doakan saya ya..!

Ada hikmahnya..


Allah Maha hebat..

Saya hanya mampu mengatakan yang itu untuk menggambarkan perasaan saya sekarang ini..

mungkin jika saya ceritakan pada kalian, agak susah untuk melihat apakah kaitannya kalimah awal saya dengan kisah yang telah saya lalui..

Blog pertama saya telah dimulakan seminggu yang lalu..tapi Allah izin saya tidak dapat meng'up date'nya kerana ada masalah yang saya tidak mahir untuk selesaikan..jadi saya terpaksa mulakan dengan yang baru, sedangkan saya ada banyak kisah untuk dicoretkan..

jadi saya tidak tahu untuk mulakannya di mana..:)

Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah Allah Maha hebat kerana Dia telah menghadiahkan saya ujian untuk melihat sama ada saya mampu konsisiten atau tidak dengan matlamat utama saya mewujudkan blog ini..

Semoga saya dapat istiqamah dalam kasih dan sayangNya, insyaAllah..

Doakan saya ya..