Sunday, May 1, 2011

B.M.:doa dan tawakal.


Bagaimanakah BD mereka sehingga melahirkan ratusan ribu mujahid?

Allah izin, semenjak saya terlibat sebagai salah seorang team sinergi fm bagi program Fiqh Medic anjuran PMK PERMAI (Pembangunan Minda Dan Kendiri PERMAI), saya jadi mesra dengan sebahagian kakak-kakak. Tidur sekali, makan sekali, bercerita sekali, perkongsian muhasabah sekali dan lain-lain. Sangat mencintai mereka.

Sungguh. Ta'aruf itu langkah terpenting dalam sesuatu pembinaan persaudaraan Islam. Dan saya akui, hasil ta'aruf ini membuatkan mereka telah mendapat tempat istimewa dalam hati ini.

Kata kakak-kakak., saya matang dan senang berkongsi pelbagai cerita. Alhamdulillah..^^#. Semoga saya benar-benar matang untuk menjadi tumpangan ummah, insya-Allah.

Seperti biasa, berbicara dengan mereka yang sudah menyedari bahawa mereka sedang berjalan ke fasa yang baru, tidak dapat lari dari mengetengahkan isu persediaan ke arah Baitul Muslim.

Baitul Muslim itu isu berat.

Mungkin sesetengah pihak akan ada yang memandang jengkel setiap kali mendengar isu ini dibincangkan seperti saya pada awal-awal dahulu. Namun, perlahan-lahan saya mula sedar bahawa hari ini saya sedang hidup bersama mereka-mereka yang sedang dewasa sekali gus mustahil diam dari membincangkan isu sensitif ini.

Alhamdulillah, saya belajar perlahan-lahan untuk memperkatakan isu ini dan mengaitkan sepenuhnya kepada keIMANanan dan setakat mana keyakinan kita kepada susunan Allah.

Sebelum itu, maaf bagi mereka yang silap faham. Pada saya mengetengahkan isu ini, bukan menceritakan lelaki apa yang kita minati atau bagaimana alam rumah tangga atau segala perkara berkaitan 'kahwin-kahwin', tetapi hakikatnya isu ini perlu dititik beratkan kerana isu ini membawa kepada DASAR PENUH terhadap TAWAKKAL dan REDHA kepada Allah.

Setakat perkongsian cetek bersama cerita-cerita dan keluhan mereka yang sudi berkongsi perasaan selama ini, majoritinya apabila membicarakan soal BM, masing-masing masih lemah dalam meyakini sepenuhnya susunan Allah.

"akak takut nak tolak lelaki ni, walaupun dia memang tak baik. Sebab takut, nanti kalau kakak tolak, ada lagi ke yang nak dekat kakak".

"akak, saya tahu couple tu dosa, tapi saya nampak hanya ni jalan yang memberi harapan untuk membawa saya kepada perkahwinan".

"akak tak pasti sama ada, betul ke tak prinsip akak untuk ada stand macam ni. Sebab kawan-kawan akak kata, tak payahlah tegas sangat".

Dan lain-lain.

Sungguh. Bagi saya, ini bukan isu main-main. Tetapi ini isu berat yang berkait rapat dengan asas keimanan kita.

Jagalah Allah, Allah akan Menjaga Kita.

Sejujurnya, saya juga masih belum mengetahui keadaan bagaimana yang telah Allah susunkan untuk saya. Dan insya-Allah, saya masih belum bersedia ke arah itu sekali gus membuatkan saya belum betul-betul serius memikirkannya. Allahua'lam.

Namun, keyakinan kepada kesempurnaan perancangan Allah MESTI ada. Yakin bahawa Allah itu terlalu sempurna dan suci untuk kita bersangka buruk terhadapNya.

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu.." (at-Thur: 48)

Allah yang maha Berkuasa menciptakan kita sama sekali tidak akan berlaku zalim terhadap hamba ciptaanNya. Yakin dengan itu.

"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri" (alBaqarah:222)


Yakin bahawa, pemilihan kita untuk meletakkan sepenuh tawakal kepada Allah dengan meminggirkan diri dari fitnah dunia itu, merupakan sesuatu yang sangat dicintai Allah.

Yakin dengan hadis:

"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu".

Yakin bahawa apabila kita menjaga hak-hak Allah, Allah akan menjaga hak-hak kita. Masakan Allah yang punya sifat Maha Pengasih dan Maha Lemah Lembut itu akan membiarkan hamba-hambaNya yang tegar memilih jalan pembersihan jiwa yang perit dalam saat masyarakat sekelilingnya senang dan bahagia memilih jalan mudah kemaksiatan?

Dan pastilah semua itu mustahil untuk diimani melainkan kita meyakini penuh terhadap kesempurnaan Allah daripada segala kecacatan dalam urusan pentadbiranNya.

Titipan mak .

Baru-baru ini, mak menghantar ayat-ayat cinta buat anaknya yang masih belum matang dalam memikirkan isu masa depannya . (jujur ^^#).

"wahai hasna', setkan pemuda bagaimana yang kamu hajatkan untuk menjadi penemanmu di jalan Allah ini...kemudian kamu berusaha meluruskan dirimu agar menepati juga ciri-ciri pemuda idamanmu itu..selepas itu berdoalah kepada Allah swt agar kamu berdua diperjodohkan untuk membina baitul muslim/dakwah..barulah kamu berdua sesuai/sepadan/secocok untuk berjalan seiringan...tidak senget sebelah seperti jika seorang hebat, seorang lagi agak tenat.."

Saat membaca titipan bonda ini, langsung saya semakin sedar, bahawa BM ini adalah isu berkenaan setakat mana keseriusan kita dalam mencorak ummah akan datang dan paling penting, merupakan isu setakat mana kita mahu meletakkan keyakinan maxima kepada pengharapan kita terhadap susunan Allah.

Justeru, pembinaan kefahaman dan persediaan ke arah itu perlu digerakkan secara serius dan bersungguh bermula sekarang.

Semoga Allah terus memberi kefahaman yang benar kepada kita, insya-Allah.

Kesimpulan: BM berdasarkan kepada IMAN kita terhadap susunan Allah.

Mungkin ada yang aneh, mengapa saya suka membicarakan soal ini. Namun, berbalik semula kepada di awal perenggan,

1)saya sedang hidup dalam masyarakat remaja yang majoritinya memang akan sentiasa membicarakan isu ini. Dan hal ini merupakan peluang terbesar untuk membina komunikasi jangka masa panjang dengan mereka.

2)isu ini berkait rapat dengan isu keimanan. Justeru, saat melihat rapuhnya iman mereka dalam isu ini bermakna kita perlu serius dalam mengubat penyakit dasar mereka iaitu lemahnya iman mereka terhadap kesempurnaan susunan Allah. Dan bagi saya, itu bukan perkara main-main.

Sesungguhnya, meyakini sesuatu yang ghaib itu bukan perkara yang mudah apatah lagi saat melihat terbentang luasnya jalan senang pilihan syaitan.

Lalu sahabat, mari kita sama-sama nilai kembali setakat mana tawakal kita kepada penyusunan Allah. Allah sang Maha Pencipta mustahil sama sekali mempunyai kelalaian dan berlaku zalim dalam menyusun kehidupan hamba-hambaNya. Perbaiki diri dan jangan malu untuk meminta sesuatu yang terbaik buat kita, insya-Allah.


nota kaki:

*doakan saya sahabat. Semoga sentiasa menjaga hati saya dan hati-hati mereka.


6 comments:

  1. Dear ukhti fi fuadi...
    sekadar titipan rindu dari kandamu...
    mungkin boleh berkongsi dengan mereka2 yang mengeluh di atas.

    setelah kau masuk ke alam rumah tangga nanti, kau akan mendapati... "oh, patutlah rasulullah kata, BM itu hanyalah melengkapi sebahagian dari DEEN!" kerana BM itu bukan penyelesaian kepada semua permasalahan yang kita (wanita) hadapi ketika bujang...
    bahkan kadangkala, BM hanya menambah cabaran yang sedia ada...
    maka, kerana itulah sangat penting, persediaan/ bekalan JIWA dalam menghadpi setiap fasa2 kehidupan.. dan tidak ada BEKALAN yang lebih baik, selain TAQWA kepada ALLAH swt...
    Andai dari awal lagi, kita mulakan dengans sesuatu yang tidak berasaskan TAQWA...
    alangkah rapuhnya BM kita nanti...
    kerana sungguh, dalam menegakkan BM yg kukuh, TAQWA lah satu2nya bekalan ampuh, insya-allah...

    maka... mari kita Perlihara TAQWA kita kepada ALLAH... sentiasalah berwaspada dnegan setiap tindakan kita, agar selaras dengan kehendak ALLAH swt, dan mengikut jalan yang ditunjukkan RasulNya...
    Insya-allah... ALLAH dengan segala keluasan Rahmat dan kasih sayangNya bersama kita... insya-allah...

    wallahua'lam...

    salam sayang penuh kerinduan,
    K/yam kamu.
    Kuala Lumpur, Malaysia.

    ReplyDelete
  2. yep. keyakinan dan pergantungan penuh hanya kepada Allah. sukar untuk kita lakukan tapi bukan mustahil. kena didik hati dari sekarang ^^,

    ReplyDelete
  3. kak yam: subhanAllah..titipan dari seorang yang tlh mmpunyai pngalaman dlm BM. ^^. syukran katsira akak..^^,

    sarah: betul3..^^.iAllah, ayuh mnjadi pemuda yg secara totalnya mnyerhakn spnuh kyakinannya kpd Allah..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ukhti fil islam

    suka baca buah fikiran enti

    suka nak kongsi video ini http://www.youtube.com/watch?v=wiVyziVH6Z8&feature=related

    doakan kami shbh2 di negara seberang ini

    ReplyDelete
  5. thumbs up!

    p/s: slame ni jd silent reader je. skrg bru rse nak munculkn diri dlm page hasna'.

    hasna' sgt best pesanan ibumu dan ayat quran ttg ketetapan tu mmg mnyentuh hati.

    sebelum membina masyarakat, jom kita bina diri sungguh2. semoga kita semua mnjadi rantaian pewaris perjuangan nubuwah. ameeeen. :)

    ReplyDelete
  6. kak syumul: Alhmdlh..smga Allah redha dgn kita. syukran katsira akak atas prkongsian videonya. iAllah, doakn shbh2 di bumi Urdung ini juga..^^.

    kak Rahmah Nasir: akak..^^#. segan dgn akak.

    Alhmdlh..sgt brsyukur mmiliki ibu mukminah sperti bonda. betul..hasna' awal2 mjumpai ayat tu, rasa mcm nak menangis..

    ameen..iAllah..^^

    ReplyDelete

mohon pandangan.