Thursday, July 15, 2010

Permintaan..dari seorang kakak.


Di manakah bisa dicari pemuda kahfi?

Saya ada permintaan. Permintaan dari seorang kakak yang kasih pada adiknya dan tidak mahu adiknya berlari lebih jauh dari syara'.

Masalahnya, adik yang saya cinta ini adalah seorang lelaki yang berlawanan perasaan dan hatinya dengan saya, seorang perempuan. Lalu, saya tidak dapat membantunya dengan baik kerana saya tidak benar-benar memahami gelojak jiwa dan naluri lelaki.

Lalu, saya berhajat untuk mendalami pengalaman mana-mana lelaki muslim yang sentiasa berusaha menjaga hati dan perasaannya dari kecundang kepada manusia bergelar wanita. Saya mahu tahu, bagaimana dia menjaga kemas agar tidak tewas kepada cinta manusia.

Kerana seperti yang saya difahamkan, masalah ini merupakan masalah yang paling berat bagi seorang lelaki. Lalu, tidak pantas untuk saya membiarkan satu-satunya adik lelaki saya menjadi lemah dan kecundang kerana saya tidak mahu jiwa pemudanya disia-siakan dan dipalingkan dari memikirkan masalah ummah yang tenggelam kepada nafsu syahwat yang melalaikan.

Sungguh. Hati ini pedih dan bertambah benci kepada sistem jahiliyyah kerana telah meragut ketenangan jiwa-jiwa mukmin untuk sentiasa patuh kepada Allah. Diwarnainya indah percintaan lelaki dan perempuan dan membiarkan setiap dari kita asyik memikirkan tentang itu sehingga terlupa bahawa kerosakan hati kita yang diberi kesedaran bisa menjadi penyebab kepada kemusnahan masyarakat.

Kerana apa?

"Jika da'ie (orang yang diberi kesedaran) sibuk tentang perkara yang wajib, maka masyarakat akan disibukkan dengan perkara yang sunnat. Jika da'ie sibuk dengan perkara yang sunnat, maka masyarakat akan disibukkan dengan perkara yang harus. Jika da'ie sibuk dnegan perkara yang harus, maka masyarakat akan disibukkan dengan perkara yang MAKRUH. Jika da'ie sibuk dengan perkara yang MAKRUH, masyarakat akan disibukkan dengan perkara yang HARAM. JIKA DA'IE SIBUK DENGAN PERKARA YANG HARAM, MASYARAKAT....?"

Na'uzubillah min zalik..

Semoga Allah menjauhkan kita dari menjadi penyebab kepada jauhnya masyarakat pada Allah.

Sungguh. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya datang dari Allah. Semoga Allah selalu membersihkan hati-hati kita agar bisa mengfokuskan dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada ketaatan kepada Allah serta bergerak dalam rangkak mengembalikan masyarakat kepada rasa kehambaan kepada Allah. ameen..

Agak-agak, kalian boleh bantu saya tak untuk menyelamatkan adik saya?

4 comments:

  1. Saya faham...tentunya bukan mudah untuk menyelami jiwa mereka..kita mempunyai pandangan dan mengalami isu yang sama...

    ReplyDelete
  2. Kenapakah kamu punye 'pandangan' yang sama pada ketika dan saat yg sama dgn saya??

    Ish ish.. baru je post kat FB hal yg sama...

    ^^

    Anyway.. insya-allah, sama2 doakan yg terbaik utk akhana (brothers)...
    Menyekat dan menghalang mungkin bukan penyelesaian yg terbaik...
    tetapi, membantu, mendidik dan menjadi contoh mungkin akan meninggalkan kesan yg lebih mendalam, insya-allah...

    To know a person, we need to know ourselves...

    insya-allah..

    Miss all of yea. salam wbt.

    ReplyDelete
  3. seorg hamba:

    ana sbg seorg lelaki, tepat sekali statement yg anti cube utarakan...

    "Kerana seperti yang saya difahamkan, masalah ini merupakan masalah yang paling berat bagi seorang lelaki."

    mslh ni bknlah mslh yg paling berat.. yg paling berat adalah mslh hati... hati lah menjadi bejana kepada semua anggota kita... jika adik anti dapat menjaga hatinya.. maka settle lah mslh semuanya...

    tepat jugak ape yg di kongsi bersama oleh servant,
    "Menyekat dan menghalang mungkin bukan penyelesaian yg terbaik...
    tetapi, membantu, mendidik dan menjadi contoh mungkin akan meninggalkan kesan yg lebih mendalam, insya-allah..."

    itu pentingnya tarbiyyah... tarbiyyah bukan segala-galanya... tapi, segala-galanya adalah dengan tarbiyyah...

    diingatkan disini, tarbiyyah ade dua... tarbiyyah islamiyyah dan tarbiyyah jahiliyyah...

    maka kita sebagai seorg manusia... kita diberi rights utk memilih... pilihlah yg mane baik...

    tu je yg ana dapat kongsikan...

    nice sharing for this post..

    ReplyDelete
  4. alhamdlh..syukran atas titpan ntum sekalian..

    buat indaq..^_^ lelaki dan perempuan kan diciptakan dengan 1001 perbezaan..

    buat kakak..hehehe.nak buat mcm mana..dah darah daging. Adalah persamaan daripada cara berfikir.. insyaAllah, doa banyak2 bersama usaha..

    buat anonymous,
    barakallahufika.. walaupun saya tidak tahu siapa anda, tapi perkongsian anda sangat baik dalam mengahadapi situasi ini. syukran ya ^_^ semoga anda turut sama kuat..

    ReplyDelete

mohon pandangan.