MATRI baru selesai hari kecemerlangan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat sehingga hari ini. Dan dalam pada itu, program Reunion senior HQ (angkatan 1-4) berjalan serentak di Semarak Resort Batu Pahat, Perlis.
Hari pertama. Jumaat. 2 Julai 2010. (Hari Koperasi Sekolah).
Majlis bermula jam 9 pagi. Memandangkan ibu telah bertolak ke SMKL (Sekolah Menengah Kampung Laut) bagi menghadiri hari kecermelangan sekolah tersebut yang diadakan serentak, saya terpaksa memilih untuk menumpang di bilik warden malam itu. Persiapan adik-adik yang agak meriah untuk gerai masing-masing dan sembang panjang bersama teman-teman yang datang dari jauh sedikit sebanyak memendekkan waktu tidur.
Hari itu, selaku yang ditugaskan sebagai bahagian disiplin pelajar untuk 3 hari ini, kerja saya memantau disiplin adik-adik lebih-lebih lagi sepanjang majlis rasmi berlangsung di khemah utama.
Sambil itu terlibat dalam membantu cikgu-cikgu bagi persiapan hari kecemerlangan untuk keesokannya.
Petang itu, selesai tugasan dan bersiap, saya, azimah, Fairuz dan Athirah (khassah matri) bergerak ke Batu Pahat sekitar jam 7 petang. Bersama kami, Seha yang baru sampai dari UIA.
Sempat mencium pipi abang yang akan bertolak jam 6.30 pagi hari Sabtu ke UTM Johor bagi menyambung pengajian ijazahnya. Kasihan abang, terpaksa menaiki flight seorang diri tanpa ada keluarga yang menghantar.
Ketika sampai, sahibah-sahibah lain (kak Izzah Za'ba, kak Mal, kak Lal, kak Aisyah Hadi, kak Una. kak Hanisah, kak Aisyah, Ainin, Timah Hani, Bidah, Iman dan Syuhada) sedang bersiap untuk berkumpul di dewan utama. Sebenarnya, program telah bermula semenjak selesai solat Jumaat tadi. Bermakna kami telah terlepas banyak.
Selepas solat, cikgu AB dijemput untuk mengisi slot kuliah Maghrib dan dipengerusikan oleh adik Mukhlis dari angkatan 4. Pengisian yang tanpa jemu mejemput hati-hati kami untuk melutut sebagai hamba kepada Allah.
Antara pengisian cikgu AB:
- tiada yang terbesar kecuali mencari keredhaan Allah.
- MESTI istiqamah dalam suasana yang Allah redha.
- kenapa kita begitu yakin, kita pasti akan hidup lama sehingga dosa-dosa kita rasa terlalu kecil, hanya seperti hinggapan lalat di hidung.
-menjadi nilaian setakat mana keimanan dan keyakinan kita dengan Allah. -menjadi pembeza antara kita dengan sahabat-sahabat awal. (atTaubah:92) - persoalan penting: -setakat mana seriusnya kita terhadap penghayatan dan proses mepertahankan IMAN? -setakat manakita rasa urgensinya Tarbiyah?
- meletakkan Tarbiyah sebagai tempat pertama dalam hidup adalah JIHAD.
- "Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyah"
- Kita merasakan kita BETUL tetapi sebenarnya kita ditipu. Tabiyah BUKAN melahirkan ahli falsafah mahupun penyokong yang ramai. TETAPI Tarbiyah MESTI bersamanya tawadhuk, ikhlas dan kerendahan hati.
- bukan dengan banyak kerja kita dimasukkan ke syurga TETAPI dengan RAHMAT ALLAH.
- kelemahan bukan alasan untuk kita dimasukkan ke neraka TETAPI KESOMBONGAN kita untuk kembali kepada Allah yang mengheret.
- manusia tidak akan beriman dengan akidah yang kosong. Kerana itu, perlunya kita pada contoh dan contoh teragung kita adalah seerah kehidupan Rasullah s.a.w. dan para sahabat generasi alQur'an.
Banyak mendengar dan menganalisis pengalaman senior-senior dari pelbagai latar IPT di Malaysia.
Sungguh. Daripada apa yang telah saya perhatikan, rata-rata perkongsian lebih berbentuk keluhan dan luahan keputus asaan. Sepenuhnya saya tidak bersetuju. Kerana tampak jiwa-jiwa yang masih mengharap dan menunggu. Sedangkan kita percaya bahawa "Tarbiyah fi aidikum, fi aidikum faqad". Bak kata kakak, "jangan mengharap. Jangan menunggu."
Lalu, jika kita tercampak di tempat lesu, pantas kita yang harus bangkit menyegarkan. Kerana kita perlu yakin bahawa Tarbiyah itu melahirkan pemimpin dan murabbi. Lalu apakah sikap menunggu itu sikap seorang murabbi?
Dan dalam masa yang sama, dalam menggerakkan DnT, MESTI bersamanya kerendahan hati dan bersangka baik. Jika di atas kita, ada pihak yang sepi, kita perlu menegur secara hormat. Jika kita sedar bahawa dia tidak mampu menggerakkan dan memang telah terbukti, minta izin dengan baik untuk kita hulurkan bantuan bagi menggerakkan amanahnya. Bukan menghentam atau berburuk sangka.
Kerana sikap menunggu dan sikap yang jauh dari kerendahan hati bukan sikap seseorang yang telah melalui proses Tarbiyah Islamiyah Harakiyah.
Teringat kata-kata abu Amir,"potensi antum terlalu besar untuk cuma bermimpi kecil".
Cita-cita kita besar. Cita-cita untuk mengembalikan masyarakat kepada kepatuhan dan ketaatan terhadap Pencipta mereka. Cita-cita untuk melihat Islam menjadi Ustazatul alam. Lalu, tidak pantas kita disekat dengan cuma halangan-halangan kecil, kerana DnT itu ibarat air-air sungai yang mengalir deras yang tidak pantas untuk disekat dnegan batu-batu kecil mahupun besar. Jika tidak dapat mengalir dicelah, air akan memercik tinggi semata unuk lepasi halangan kerana tidak ada yang bisa menahan.
Sungguh. Semoga kita tergolong dalam manusia-manusia yang berjiwa besar dan yang cuma mencintai Allah serta merindui syurgaNya.
Hari kedua. Sabtu. 3 Julai 2010. (Hari Kecemerlangan MATRI)
Jam 7 pagi, kami sudah bergerak pulang. Komitmen di bumi wakafan lebih menuntut tinggi kehadiran kami. (Saya, Azimah, Fairuz dan Athirah). Sempat mengikuti sebahagian kuliah subuh oleh Ustaz Syarihan yang merupakan penasihat HASIZU (HaluanSiswa Utara) yang bertajuk Islam vs Realiti". Dipengerusikan oleh saudara Nu'man Afifi.
Antara bicara Ustaz yang sempat diikuti:
- Islam=tanggungjawab yang bukan untuk membebankan tetapi untuk memuliakan.
- hadis: Rasulullah bersabda mafhumnya,"kamu pasti akan mengikuti perjalanan orang sebelum kamu. Selangkah demi selangkah. Tanya sahabat, Apakah mereka itu nasrani dan yahudi?. Jawab Rasulullah, siapa lagi.."
- sistem hari telah mengikuti Yahudi dan nasrani dalam kehidupan dan politik yang berbentuk sekular dll.
- penyakit ummat ISLAM: WAHN iaitu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI. -takut mati kerana takut berpisah dengan dunia. -takut untuk menghadapi dosa yang banyak dilakukan. -penyakit yang tidak menakutkan kuffar bahkan menjadi mainan oleh yahudi dan nasrani.
- sikap yang cenderung kepada mengikuti yahudi dan nasrani: 1-sikap terhadap deen. -sekular. Menjadikan agama cuma di tempat-tempat ibadah. Bermula dari penjajahan.
Hari itu, adalah hari yang paling memenatkan. Dicampur dengan tidur yang kurang akibat gangguan nyamuk di Semarak Resort, saya benar-benar keletihan di kemudian malamnya.
Seperti semalam, saya perlu memantau didsplin pelajar ketika paginya lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya majlis rasmi. Dalam masa yang sama, menjadi penyambut tetamu bagi makcik-makcik selaku ibu-ibu anak didik MATRI.
Di sebelah petang, bermula jam 2.30 sehingga 5 , saya diminta oleh ibu menggantikan beliau dalam majlis perjumpaan ibubapa dengan guru-guru memandangkan ibu mengajar subjek Kemahiran Hidup bagi tingkatan 3. Silih berganti ibu bapa mengambil tempat bertanyakan hal anak-anak mereka.
Menjawab sekadar yang saya tahu, berkongsi cerita pengalaman, sedikit nasihat untuk anak murid yang duduk bersama, bermesra dengan ibubapa, dan melayan soalan ibubapa berkenaan diri dan pelajaran membuatkan saya perlu sentiasa senyum dan bersemangat. Alhamdulillah, Allah telah melapangkan dan memudahkan setiap urusan.
Tidak termasuk melayan karenah anak-anak murid yang suka menyekat di tengah jalan. Terpaksa melayan karenah mereka yang comel dan kanak-kanak itu. Sehingga bilang Izzah dan Wahida, "hasna' ni banyak benar sekatan jalan rayanya".
Pada jam yang sama, 7 petang, kami bergerak ke tempat program. Agak menyedihkan kerana malam itu tiada pengisian. Cuma aktiviti BBQ dan tayangan sempena 5 tahun senior HQ.
Sementara menyiapkan persiapan BBQ, saya sempat berkongsi berkenaan pengalaman menggerakkan proses Tarbiyah di Jordan atas permintaan sahibah-sahibah. Sejujurnya, saya tidak layak untuk berkongsi kerana saya masih belajar untuk bertatih perlahan.
Sekadar berkongsi kefahaman dan kesedaran yang mendorong keras untuk saya bergerak. Kerana pada saya, saya bergerak bukan untuk melihat Tarbiyah itu berjalan, tetapi kerana saya sedar betapa pentingnya Tarbiyah untuk iman saya. Lalu, tidak pantas rasanya jika saya hanya menunggu dan meminta kerana saya tahu bahawa syurga itu harus direbut bukan untuk diharap tanpa usaha. Dan saya nampak Tarbiyah itu adalah jalan pintas untuk meraih syurga Allah.
Selesai makan-makan, tayangan yang disediakan oleh saudara Nu'man Afifi dipertontonkan. Dimulai oleh titipan cikgu Z yang penuh himmah dan peringatan. Kemudian diikuti oleh perkongsian-perkongsian oleh ahli-ahli HQ dan senior HQ sendiri.
Sebelum merehatkan badan yang sememangnya sudah tidak tertahan lagi, sempat berkongsi cerita dengan junior-junior yang dirindui, Syahirah, Basyirah R dan Fatinah yang kini masing-masing sudah menapak di IPT.
Hari Ketiga. Ahad. 4 Julai 2010. (Pelancaran Karya Tulisan Hilal Asyraf)
Memandangkan pagi itu tiada pengisian selepas subuh kerana diganti oleh riadhah terancang, kami bertolak pulang lebih awal.
Majlis bermula pada jam 10 pagi. Masih dengan amanah yang sama.
Pada majlis itu, sejujurnya saya mengalirkan air mata mendengar bicara senior Hilal yang benar-benar membuatkan jiwa ini sebak meskipun saya bukan murabbi di situ. Setiap titipannya pasti bisa membuatkan murabbi-murabbi mithali MATRI terharu dan tersentuh, kerana setiap kejayaannya dipulangkan kepada murabbi sebagai hadiah qudwah hasanah selama ini.
Selesai sesi ucapan senior Hilal, Sir Abdoh selaku ketua bahagian pentadbiran MATRI dijemput berucap. Sungguh. Semoga Allah menguatkan Sir untuk terus bekerja. Kata-kata semangat Sir tidak pernah berubah. Harapan Sir untuk melahirkan generasi yang soleh dan mosleh tidak pernah malap. Malah lebih menyala-nyala di hujung usia beliau.
"Kita mahu melahirkan pemimpin-pemimpin Islam, bukan sahaja pemimpin negara ini bahkan pemimpin dunia!".
"jadikan hidup kita ini mihrab. Seluruh kehidupan kita adalah 'ubudiah kepada Allah"
Selesai majlis rasmi tersebut, saya bergerak membantu bahagian hidangan mengemas peralatan dan tempat tetamu-tetamu VIP menjamu selera.
Usai mengemas pada jam 1.30 petang, bergegas bersiap untuk menghantar Izzah ke bus station di Kangar. Kemudian pulang ke rumah, mula menjalankan semula tanggungjawab mengemas dan bersiap untuk memulakan hari persekolahan pada esok hari, insyaAllah..
-semoga Allah redha dengan kepenatan ini, ameen.
-hu~amanah masih tidak dapat terlaksana kerana beberapa hal yang menyekat. Semoga Allah memudahkan..ameen.
assalamualaikum..
ReplyDeletemoga sntiasa dlm rhmat Allah
msih 'kmpunn' x dpt nk b'kngsi pjg dgn nti.
ana pn x b'ksmptan duk lma2 kt sna
sblm nti smbng blik blajr kt bumi urdun,
hjat sgt dpt kngsi ttg p'jlnn krja2 kta di IPT
wllhu'alm.
salam mjahdh,
~yah
wlkslm w.b.t..
ReplyDeleteinsyaAllah..ana pun hajat nak duduk lama2 dgn ntumna. doakan ana bkesempatan ke usim sblm balik. tapi tak berani janji, sbb faktor masa yg mnuntut utk brada di MATRI.
smga terus bergerak utk Islam ya..insyaAllah. ^_^
salam~
ReplyDeletehasna', perkongsian yg sgt bermakna. mashaAllah, sahabatku ini berjiwa besar. betul! kenapa perlu menunggu? kita yg memerlukannya, ayuh terus bergerak sayang!
wlkslm w.b.t..kauthar!
ReplyDeleteSubhanallah..menapak juga sahabat baik hasna' di sesawang ni.
insyaAllah, bilamana kita faham dan sedar erti sebenar menjadi muslim mukmin, kita masing-masing akan miliki jiwa besar..betul tak? ^_^
mari sahabat, kita gerak sama-sama! sayang dan rindu kauthar kerana Allah!