Tuesday, July 14, 2009

fourteenth July..


Maaf kerana membiarkan sawang penuh dalam blog ini. Tidak punya masa dan kekuatan untuk mengemasnya.

Hari ini saya mengikuti lagi halaqah Cikgu AB. Sebenarnya memang setiap hari Selasa petang pelajar khassah akan memenuhi rumah cikgu untuk mengikuti majlis tersebut.

Dan hari ini, kami menyaksikan fenomena kehidupan seorang ayah dan suami mithali yang mungkin wujud hanya 1 dalam 1 000 000. Walaupun semua pelajar MATRI sudah sedia maklum dengan keperibadian istimewa cikgu, saya tetap berhajat untuk berkongsi dengan kalian betapa terharu dan cemburunya kami melihat sebuah keluarga yang diketuai oleh seorang pemimpin yang terbaik saya kira.

Cikgu AB sepatutnya perlu ke KTD kerana punya urusan di sana tetapi Cikgu Z demam dan sakit urat manakala si kecil Ummu Sulaim sakit cirit birit. Ketika kami tiba, cikgu sedang menyediakan mee hailam untuk dijamu kepada kami petang itu. Bayangkan dengan keadaan Cikgu Z dan Ummu Sulaim yang muntah-muntah, cikgu masih sempat masakkan makanan untuk kami. Cikgu tampak tenang dan mesra melayan anak-anaknya dan kami yang terasa bagai mengganggu beliau.

Baju-baju cikgu Z digantung kemas bersama tudung-tudung yang 'matching' warnanya. Terharu kami apabila mengetahui bahawa Cikgulah yang me'iron' semua itu. Subhanallah..

Halaqah petang itu berjalan dalam keadaan cikgu mendukung Ummu Sulaim. Dan sekitar jam 7 petang, cikgu sudah bersiap untuk ke program seterusnya..Sungguh. Saya benar-benar kagum dengan keistimewaan yang cikgu miliki.

Oh ya, saya belum berkongsi dengan kalian tentang Kem Hidup Bersama alQuran, bukan? Alhamdulillah, kem ini berjalan lancar walaupun pada awal sesi taklimat, terdapat sedikit masalah teknikal.

Sebenarnya kem ini tidak memerlukan peserta menghafal surah-surah dalam alQuran seperti kem-kem hafazan yang lain. Peserta-peserta hanya diminta menghafal beberapa potong ayat beserta makna yang berkaitan dengan kehidupan sebagai contoh ' la taqrabul zina', 'la ta khaf wa la tahzan' dan 'qulu linnas silhusna'. Slot seterusnya, peserta-peserta diberikan kertas yang mengandungi 21 situasi sebagai contoh 'seorang pelajar lelaki telah menulis surat cinta kepada anda dan mengajak anda untuk bersiar-siar di taman'. Jadi adik-adik diminta untuk memberikan ayat yang seuai untuk dijadikan hujah.

Objektif sebenar kem ini ialah untuk menjadikan kehidupan kita sentiasa bersama alQuran. Banyak orang yang sudah hafaz habis alQuran tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Justeru hajat besar kami semoga dengan wujudnya kem seperti ini, dapatlah adik-adik menjalani kehidupan dengan alQuran sentiasa di hati dan di bibir.

Pada hari akhir, semasa sesi sharing moment, saya terharu melihat adik-adik menangis dan merasai keberkesanan program tersebut. Dan ketika saya diminta olehUstazah KB memberikan sedikit kata-kata akhir, saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Sungguh. Semoga Allah menerima amalan kecil ini dan menjadikannya sebagai pemberat timbangan kebaikan saya di hari penentuan nanti..amin..

Doakan saya semoga istiqamah ya, sahabat..

2 comments:

  1. salam ziarah..alhamdulillah berpeluang juga mengikuti perkembangan kem tersebut biar hanya melalui lembar-lembar tulisan.....

    semoga hidayah Allah dicampakkan kepada kita semua...
    tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  2. salam..huhu..perkongsian yang menarik..truskan pjuangan ye..doakan kami kt sini,kdg2 kami trasa lemah nk menghadapi suasana kat sini,ye la prncangan jahiliyah ad kt mna2 kn..tp i'Allah moga dgn doa kalian kami akn trus kuat mnruskan pjuangan d sini..sampaikan salam kat ckgu2 n sahibah2 yg len dr kami d udm

    ReplyDelete

mohon pandangan.