"Grandmother to my children, eldest sister of my aunts and uncles, confidante of her friends and followers, my mother... Breathed her last today at 11am. May Allah grant her peace and serenity, and allow her to join the ranks of the rightly guided. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun - "Surely we belong to God and to Him shall we return" -Zekri Hashim-
..........
Air mata mengalir deras. Hajat hati untuk meneruskan bacaan bagi menghadapi peperiksaan pada pagi tadi, cuba diteruskan tetapi bagai cuma membuka album keluarga.
Satu persatu wajah nenek, ayah dan ahli keluarga yang lain muncul membuatkan roh bagai sedang berada dalam suasana berkabung di sana.
Gambar terakhir nenek yang sempat diambil semasa pulang
pada bulan Ogos tahun lalu.
She's 100% chinese blood adopted by malay's family.
"mak..tolong cium nenek untuk hasna'. she's the only one nenek I've..". Message dihantar kepada bonda yang berada di samping nenek hingga ke saat-saat akhir. Sungguh. Saya sangat berharap agar dapat berada di sisi nenek, memegang tangannya seperti mana saya pernah memegang tangan sejuk ayah dahulu.
Nenek.
Kami cuma punya seorang nenek dalam hidup, iaitu di pihak ayah. Datuk telah meninggal lama ketika ayah masih di bangku universiti. Bagi sebelah bonda pula, bonda telah kehilangan ibunya semenjak di usia setahun dan menjadi yatim piatu menjelang umur 20 tahun.
Bermakna, semenjak kami melihat dunia, hanya panggilan nenek yang digunakan.
Nenek yang kami kenal, jauh berbeza dengan gambaran nenek-nenek dalam cerita buku yang duduk di kampung, bermesra dengan tanaman sayur, dusun, ternakan dan lain-lain. Apatah lagi cerita nenek yang sama-sama duduk dalam kelambu, berkongsi 'bedtime stories' dengan cucu-cucunya, atau nenek yang membawa basikal menyelusuri denai-denai sawah, dan seribu cerita rakyat yang lain tentang seorang nenek.
nenek yang sedang mengendong salah seorang cucunya.
Tidak pasti sama ada itu adik atau siapa.
Nenek dalam hidup saya ialah seorang wanita yang sangat kuat, bersemangat, tidak pernah menyerah, tegas dan banyak mengajar saya untuk melihat hidup dengan berani.
Nenek yang saya kenal, sibuk dengan pertemuan-pertemuan dan mesyuarat-mesyuarat. Nenek adalah wanita yang berani bersuara, berani berhujah, dan tetap pendirian. Seingat saya, nenek pernah menjadi pencabar bagi kerusi ketua wanita UMNO Malaysia sekitar tahun 1980an sebelum beransur-ansur mengurangi karier politiknya. Namun masih, sepanjang kami membesar, rumah nenek acap kali menjadi 'balairong' mesyuarat UMNO dan rutin nenek masih sibuk dengan majlis-majlis dan mesyuarat-mesyuarat. Tujuan nenek cuma satu, membela nasib rakyat. Lantaran itu, antara faktor nenek mengurangi penglibatannya dalam politik adalah selepas tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO terutamanya di zaman Tun Mahathir Mohamad.
Nenek kehilangan datuk ketika usia masih muda, sekitar umur awal 30an. Tidak seperti wanita-wanita lain yang akan semakin diam selepas sebelah tongkat kehidupan mereka hilang, nenek malah menjadikan kehidupannya lebih membangun dan bergerak lebih laju dalam hidup.
Nenek semakin jauh berjalan dan semakin aktif bermasyarakat.
Lucu, apabila saya mendapat tawaran ke Jordan, mungkin bagi sebahagian orang, mereka perlu menceritakan tentang Jordan kepada opah dan atok mereka, tetapi terbalik untuk saya. Nenek yang pernah menjejakkan kaki ke Jordan lebih dari sekali pula yang menceritakan keadaan masyarakat, bandar-bandar di Jordan, Syria, Turkey dan negara-negara sekitarnya yang telah dilihatnya dahulu.
Begitu juga ketika kakak menyambungkan pengajiannya di UK, nenek yang telah beberapa kali sampai di sana, malah pernah menetap di London ketika datuk dihantar untuk melanjutkan pengajian, pula yang membuat pencerahan kepada kakak.
Itulah nenek.
Nenek yang banyak mengajar kami untuk melihat dunia yang lebih luas.
Kematian Itu Menjemput.
bonda dan adik di kubur ayah.
Jujur, semenjak kecil, kami tidak biasa terdedah dengan kematian. Lantaran tidak punya saudara mara yang telah tua ketika itu. Tambahan, kata bonda, kami miskin adik beradik. Sebahagian besarnya telah meninggal awal dan kami tidak sempat melihat atau menjaga mereka.
Kematian pertama yang dididik Allah terus ialah kematian ayah sendiri yang mengejutkan.
Teringat ketika menemani ayah di hospital selama 3 hari, saya masih kuat meyakini bahawa ayah akan sembuh semula. Tanpa sedar bahawa tanda-tanda tenat dan nazak itu telah tiba.
Sehingga ketika nafas ayah terhenti bersama darah yang memenuhi katil serta darah yang masih panas mengalir dari mulut ayat akibat virus denggi berdarah yang memakan 'platlets' , ketika itu baru saya percaya bahawa ayah telah tiada.
Dan hampir 2 tahun saya sangat fobia untuk menziarahi mana-mana pesakit di wad kecemasan yang memakai alat bantuan penafasan.
Kematian pertama itu sangat mengejutkan dan merubah 180 darjah kehidupan kami. Benarlah kematian adalah sebaik-baik pengajaran.
Dan hari ini, Allah mendidik lagi.
Manusia yang sangat dekat di hati kami telah dijemput sebelum sempat doa saya termakbul. Saya mendoakan agar nenek sempat menghadiri hari bermakna saya, namun Allah adalah sebaik-baik Perancang dan Penyusun kehidupan.
Penutup: Semoga Allah mengampuni nenek.
Seperti manusia biasa, nenek juga punya banyak kesalahan dan kesilapan. Selalu bonda mengingatkan kami,
"kalau sayang nenek, doakan nenek untuk terus berada dalam kebaikan dan diampuni dosa-dosanya".
Dan itulah yang akan terus dilakukan sepertimana kami mendoakan ayah dan bonda.
insyaAllah, selagi mana kita masih dalam kebaikan dan keimanan kepada Allah, pasti akan ada hari pertemuan semula selepas hari penghisaban.
"Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikitpun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya". (atTur: 21)
Doakan saya dan nenek, sahabat! ='(
nota kaki:
-Alhamdulillah, walaupun menjawab periksa dengan mata sembab kesan menangis dan tidur lewat, Allah telah bantu memudahkan subjek yang susah.
-rupa-rupanya ucapan "hasna' sayang nenek", di akhir panggilan telefon sebelum berlepas ke Jordan tempoh hari adalah ucapan sayang terakhir. ='( Nenek, I love and will always miss you..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.