Thursday, November 1, 2012

Bulatan Taman 2.0



Halaqah Cinta.

Semalam ketika sedang belajar, handphone berbunyi tanda ada message masuk ke dalam akaun fb. Message dari adik halaqah.

"k Hasna', jom buat liqo' -- nak? Rindu....lama tak jumpa satu halaqah.".

Senyum.

Alhamdulillah, baru seminggu tiada halaqah bagi memberi ruang kepada program sambutan adha, sudah saling merindui. Manis bukan?

=)

Sempat berbual dan saling mengingatkan meski cuma perkataan yang menjadi wakil. Dan tersentuh dengan luahan akhirnya,

"Rasa ada urgent need untuk improve diri la sekarang k Hasna'..Rasa takutla pula sekarang.
Kawan minta nasihat soal hati perasan semua tu.. tapi diri sendiri pun masih sedang bina kekuatan.."

Diam. Senyum. Sebak. Ada genang di bibir mata.

Segala puji bagi Allah.Segala puji selayaknya untuk Allah. Alhamdulillah.. =')

Sungguh. Apakah ada kenikmatan yang lebih baik dari kenikmatan merasai kegentingan untuk mengislahkan diri? Dan apakah ada perasaan yang lebih indah selain rasa syukur apabila yang mengucapkan itu adalah insan yang sama-sama dihajatkan untuk istiqamah di atas jalan ini?

Tambah apabila Allah mencampak detik ini sebagai pemeluk untuk saya kembali hampir, tunduk dan membersihkan diri. Allah campakkan kata-katanya bagai suatu suara keras yang menjerkah, "nah! manusia yang kau bawa semakin menghampiriKu tetapi mengapa kau sendiri yang semakin menjauh?! 

Tidak takutkah kau kepada ayatKu, [Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab? Tidakkah kamu mengerti? -7:44-]".

T.T

Baru saya faham, mengapa asSyahid IHAB meletakkan antara 10 Muwassofat Tarbiyah ialah bermanfaat untuk orang lain, kerana apabila kita mahu memberi manfaat maka kita akan selalu berusaha untuk melonjakkan diri kepada tahap yang lebih baik.

Secara langsung, apabila kita punya rasa tanggungjawab, maka kita tidak dapat lari untuk rasa tanggungjawab ke atas diri kita dahulu iaitu tanggungjawab dalam selalu memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

Sungguh. Bulatan taman ini selalu menghadiahkan bunga.

=')


buah tangan mantan ajk dalam family PINTAR 11/12

nota kaki:

- Jangan pernah terlupa mendoakan saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Myammar dan di mana sahaja mereka berada.

-Berada dalam usrah bukan matlamat akhir. Lantaran matlamat kita adalah syurga Allah. Untuk peroleh itu kita perlu bekerja dalam amal Islami. Usrah cuma tempat kita berteduh setelah penat bekerja.
Berada dalam usrah bukan suka-suka atau seronok dengan teman seusrah atau kerana terpikat dengan kebaikan naqib/ah, tetapi dengan kesedaran untuk bekerja. 

Maka, buatlah pemilihan yang terbaik agar kita berada dalam bulatan taman yang jelas matlamatnya dan teliti perlaksanaannya. =)

3 comments:

  1. dakwah itukan cinta, mana tak rindu dop? ;)



    jemput baca blog kami juga hihihi: www.basil-hibiscus.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. segannya blogger basil datang bertandang..=)

    hehe.

    ReplyDelete
  3. "nah! manusia yang kau bawa semakin menghampiriKu tetapi mengapa kau sendiri yang semakin menjauh?! .."

    trasa terkena batang hidung sdiri..astgfrllah.

    ReplyDelete

mohon pandangan.