"Mujahadah kunci hasil Tarbiyah".
Kita akan sedar urgensi mujahadah apabila kita sedar urgensi untuk menjaga kebersihan amal.
Memang susah, sakit dan tidak sedikit air mata yang mengalir, namun bukankah redha Allah dan syurgaNya matlmat akhir kita?
Yakin dan percaya suatu hari nanti pasti ada jalannya. Allah itu Maha Pengatur bukan?
Jarak dicipta bukan tanda hati tiada, tetapi memberi ruang untuk lebih bersedia.
-nota untuk diri-
nota kaki:
-baru saya faham, kenapa sayang sebenar adalah sayang yang apabila kita bersungguh membawa orang yang kita sayang kepada syurga Allah. Kerana kita sedar bahawa dunia cuma sekejap dan apa guna sayang dalam tempoh yang sekejap bukan?
Biarlah dalam fatrah ini kita bersusah, agar nanti iAllah dalam syurga juga kekal berkasih sayang.
belajar dari sekarang agar kecintaan kepada suami dan anak-anak tidak setanding kecintaan kepada Allah dan Rasul. =') iAllah kuat.
-Kepada mereka yang selalu meminta saya berkongsi tentang fatrah ini, sekadar ini yang mampu saya titipkan untuk kita sama-sama saling belajar. Semoga Allah redha iAllah.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.