Monday, October 29, 2012

Quoted V




"when an imperfect couple learns to enjoy their differences".
=)

Sebentar tadi, terbaca status sahabat saya yang solehah sekaligus antara insan yang saya kagum, Siti Fatimah Ismail (married-dentistry-clinical year student dan mampu menghabiskan 30juzu' hafazan dalam tempoh hanya 3 tahun di Jordan juga merupakan mantan Ketua Helwi PERMAI) dan sungguh saya benar tersentuh dengan setiap bait tulisan tersebut:


[Kami belajar banyak perkara hari ini semasa berziarah ke rumah pakcik dan makcik arab yang baik.

Mak cik itu apabila bercerita mengapa dia tidak bercincin emas,berkata:

"Dia telah mencukupi aku dari emas", sambil dia merujuk kepada suaminya yang sibuk melayan anak-anak.


Dan kami yang mendengar ini belajar bahawa mungkin inilah yang sering dirasai oleh orang-orang yang dikurniakan kebahagiaan oleh Allah melalui jalan-jalan bukan sebagaimana yang dibayangkan dan dizahirkan oleh manusia zaman kini iaitu harta, pangkat, nama dan sebagainya.

Jalan-jalan kebahagiaan dari Allah itu boleh jadi keluarga yang penuh kasih sayang dan menjaga agama, sahabat karib yang soleh, keberkatan dalam waktu, kecukupan dalam rezeki, kenikmatan dalam ibadah, atau sahaja ketenangan pada jiwa.

Membuatkan apabila ada nikmat zahir itu, kita bersyukur, tetapi jika tiada sekalipun, tidak langsung terasa resah gelisah dan kurangnya di jiwa.

Dan kami tahu sebenarnya Allah yang mencukupi mereka berdua.

Semoga pakcik dan makcik dikekalkan bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah :) ]

Paling menyentuh hati saya ialah pengakuan si isteri,


"Dia telah mencukupi aku dari emas.."

SubhanaAllah. Bukankah itu hadiah yang lebih bernilai dari kemewahan dan kemegahan yang menyakitkan?


Sungguh. Hanya Allahlah yang mencukupkan dan membahagiakan. Bahagia itu bukan boleh dilakonkan dan dikaburkan dengan perkara-perkara material tetapi kebahagiaan itu adalah suatu perasaan yang mengalir ke dalam jiwa serta yang membangkitkan semangat untuk hidup dengan ceria.


Maka, jika mahu bahagia dan rasa tercukupi, kita perlu pulang kepada Allah secara total, bukan?


Dan diam-diam saya berdoa, semoga saya mampu menjadi hadiah yang lebih berharga dari emas buat seseorang yang istimewa dan beliau juga mampu menjadi hadiah dari Allah yang lebih bernilai dari emas buat diri saya.


=')



nota kaki:

-saya rasa ada sesuatu yang hilang dalam diri saya sem ini. ='( Semoga Allah hadirkan semula.
-minta maaf kepada puluhan followers requests untuk instagram dan twitter. Juga kepada sesiapa yang telah saya block. Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, bahawa 2 akaun tersebut adalah akaun privacy saya. Jika tidak percaya, boleh tanya kepada 2 orang follower yang saya rasa mesti pening dengan karenah post saya yang merepek. ^^#

Monday, October 15, 2012

Truly Freedom



'Rebelling against God' by doing whats forbidden is like rebelling against doctor's orders by drinking poison.Who suffers?You or the Doctor? -Yasmin Mogahed-


Menyelongkar perjalanan women's right khususnya membuatkan diri terdedah kepada kecelaruan.

Celaru melihat 2 extremist yang merosakkan fitrah. Satu kelompok extremist yang menggunakan nama Islam dan membunuh Islam itu sendiri dengan melumurkan fitnah atas kekolotan dan kesempitan aqal fikiran mereka. Manakala satu kelompok lagi extremist yang menentang kekolotan itu dengan kedangkalan aqal yang cetek dan tenggelam dalam emosi sehingga memperjuangkan perkara-perkara yang tidak relevan.

Antara kezaliman kesan ektremist:


Malala Yousafzai

Malala Yousafzai, kanak-kanak berani yang ditembak Taliban.
I wish my girls-soon as strong and brave as her.

video documentary Malala yang dirakam pada tahun 2009: Class Dismissed

Shocking: Portrait of Said, 55, and Roshan, 8, on the day of their engagement, Afghanistan

Pasangan: Said 55 tahun dan Roshan 8 tahun dari Afghanistan.
Perkahwinan kanak-kanak.
DailyMail Online: The terrifying world of child brides
Kesannya lahirlah secular Feminisme:


Taj Hargey with Sana and Andrew McMillion, for whom he performed a Muslim wedding ceremony

Kesan feminisme yang menuntut kesama-rataan.
Perkahwinan antara Muslimah dan non-muslim yang semakin popular.



Sebuah organisasi yang memutar belitkan Islam
disokong oleh ex-muslimah kesan kezaliman atas nama Islam.



Celaru melihat mereka yang mencengkam atas nama agama dan bertambah celaru melihat mereka yang berusaha menuntut hak kebebasan sehingga membuang agama.
Sedangkan hakikatnya deen itu jernih.

Deen itu bersederhana. 

Asal Kita Adalah Bebas.


Teringat Dr Asyraf Bani Kinanah yang merupakan seorang 3alim dan faqih bidang Usul Fiqh dalam syarahnya ada menyebut ,

"Kenapa perlu menuntut kebebasan? Kita memang dilahirkan dengan bebas. Tidak ada sesiapa yang memiliki kita. Dan Islam datang dengan syariat untuk memandu kebebasan tersebut." (mafhum)

Perkara asas yang perlu kita sedar bahawa asal kita adalah makhluk yang merdeka. Dengan kudrat, kita bebas melakukan apa sahaja. Dan Islam datang mengimbangi kebebasan itu.


Jika mengikut kudrat, kita boleh mengambil apa sahaja benda yang kita lihat dan yang kita sentuh meski itu adalah hasil usaha orang lain. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan pemilikan yang adil.

Jika mengikut nafsu dan keinginan, kita boleh bersama sesiapa sahaja yang kita cinta tidak kira berapa jumlahnya. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perhubungan suci pernikahan.

Jika mengikut rasa dan jiwa amarah, kita bolehmemukul dan membunuh sesiapa sahaja yang kita benci tanpa mengira siapa. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan sabar dan nilai nyawa manusia.

Jika mengikut kekuatan dan kekayaan, kita boleh berkuasa dengan segala kebesaran dan menindas sedahsyat-dahsyatnya sesiapa yang lemah dan miskin. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perundangan dan kehakiman.

Tanpa Islam yang meletakkan had maka hancurlah dunia.

Maka apakah kehancuran natijah kebebasan itu yang kita hajatkan?

Deen Itu Jernih.

"Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati". (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam datang membawa keadilan yang benar. Adil yang meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.

Islam bukan menyama-ratakan, tetapi Islam meletakkan hak kepada yang berhak.

Kerana apa?

Kerana kita ada Pencipta.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )

Dan paling penting, Islam datang untuk mengembalikan fitrah manusia yang dilahirkan penuh merdeka dengan mengangkat manusia dari menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap kepada manusia kepada menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap hanya kepada Allah.

Apabila kita sedar bahawa apabila kita mengimani kalimah Tauhid




maka, secara automatiknya, kita terlepas dari sebarang sembahan, ketakutan, cengkaman dan kekuasaan makhluk lain.

Jiwa, kehidupan, ketaatan, kepatuhan, rasa hamba, hidup dan mati kita langsung menjadi milik Allah.

Dan secara automatiknya kita mengambil garis panduan Islam sebagai pakaian sepanjang kehidupan. Kita meyakini bahawa Allah, Sang Pencipta lebih Maha Tahu segala sesuatu yang baik untuk aturan perjalanan makhlukNya.

Aplikasi Merdeka Sebenar.



wanita itu bukan hamba untuk disimpan bersama asap di dapur tetapi 
untuk dijadikan teman dalam kehidupan.


Apabila kita memahami konsep Islam yang mengangkat kemuliaan kita dari kebebasan yang merosakkan, dan mengangkat kita dari kehambaan sesama manusia, maka pasti, kezaliman tidak akan berani menindas.

Contoh, dalam situasi isteri yang didera oleh suami dengan teruk. Jika isteri tersebut sedar bahawa tidak ada hukum yang membenarkan suami memukul isteri kecuali berSEBAB dan sebab itu adalah sebab yang membawa kemurkaan Allah seperti melakukan kemaksiatan dll, maka si isteri boleh bangun menuntut haknya dalam Islam yang sangat luas memuliakan para isteri.

Jika si isteri sedar bahawa jiwanya milik Allah, maka dia tidak perlu takut dengan kemarahan suaminya yang zalim jika dia di pihak yang benar. Tidak perlu membiarkan diri terus diperbodohkan oleh lelaki yang mengikut hawa nafsu.

Siapa dia untuk sewenang-wenangnya mengasari kita sedangkan tugas seorang suami itu melindungi?

Begitu juga realiti bagi pemimpin yang menindas. 

Namun, kesedaran ini tidak akan lahir kecuali selepas kita sedar bahawa Islam itu meletakkan had yang menghalang kebebasan mutlak nafsu manusia. Bukan dengan kefahaman yang mengotori bahawa Islam ini yang mengongkong dan membenarkan kezaliman itu berlaku.

Penutup: Islam Bukan Untuk Yang Hanya Bertaqlid.

"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang ber'aqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kamu, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka" (Ali Imran: 190-191)

Allah tidak menciptakan aqal manusia itu dengan tujuan yang sia-sia. Allah tidak menyuruh kita beriman secara membuta tuli dan ikut-ikutan. Tetapi Allah meletakkan kekuatan berfikir, mentadabbur, memerhati dan belajar sebagai sebahagian dari proses meningkatkan keimanan.

Jika proses alam disuruh kita mentadabburnya, pastilah syariat Islam yang kita perlu laksanakan ini perlu dilaksanakan dengan penuh sedar dan faham, bukan?

"Sesungguhnya sanya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya yang berilmu". (Fathir: 28)

Teringat dalam novel "The Imam's Daugther" tulisan Hannah Shah yang merupakan catatan kisah benar menceritakan betapa dia membesar dalam keluarga Imam tetapi bapanya sangat zalim dan menindas ahli keluarga. Malah antara kejahatan bapanya ialah memaksa mereka melakukan ibadah tanpa pernah mendedahkan ilmu terlebih dahulu. Mereka dipaksa membaca alQur'an tetapi mereka disembunyikan makna ayat-ayat alQur'an.

Maka dia membesar dengan penuh rasa benci kepada Islam lantaran kejahilannya terhadap deen itu sendiri.

Pokoknya, jika ada perlaksanaan muslim yang mencacatkan pandangan kita terhadap Islam, maka bersegeralah mencari kebenaran dengan ilmu dan kesedaran yang sohih.


Nota kaki:

-Antara penulisan berkenaan Wanita dan Islam:

Wanita dan Islam
Wanita dan Islam II
The Polygamy

-doakan saya ya. Sekarang dalam fatrah imtihan.
-terkejut mendengar khabar duka penceraian pasangan senior yang saya kagumi.
Langsung berusaha untuk serius mempersiapkan diri. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Semoga Allah kuatkan kita iAllah.


Friday, October 5, 2012

Bulatan Taman

"Teringat kak hasna' pernah berkongsi dalam halaqah lepas berkenaan taqwa.", beritahu salah seorang adik halaqah. Pandangan teralih ke arahnya.

"Taqwa ini bukan matlamat tetapi pakaian yang perlu sentiasa bersama kita. Apabila disebut sebagai pakaian, bermakna sekalipun banyak kali kotor, tetapi kita akan terus mencuci kotoran tersebut. Kerana peranan pakaian memang adalah melindungi tubuh kita. Justeru sangat tak relevan kalau kita bosan dengan baju yang selalu kotor, lantas kita tanggalkan pakaian dan berbogel..", hurainya petah sambil tersenyum.

Ada ketawa kecil yang mengiringi bulatan kami. Saya senyum mendengar petikan yang diambil dari mulut sendiri. Dalam diam, mata langsung jadi berair. Jiwa jadi sebak.

Teringat ketika berkongsi analogi itu dalam penyampaian halaqah lepas bertajuk' ciri-ciri mukmin yang perlu dipelihara' rujukan tulisan mujahid Fathi Yakan dari bukunya Bahtera Penyelamat, saya sampaikan dalam rangka memberi khabar gembira buat hati-hati kami agar tidak jemu untuk memelihara taqwa serta tidak berputus asa dengan keampunan Allah dan saat ini, ketika hati saya sedang mencari kekuatan, kali ini adik halaqah pula yang mengingatkan saya semula!

Maha Suci Allah. =')


Bulatan taman itu sentiasa menghadiahkan bunga.

Jujurnya, bulatan taman syurga itu sangat indah dan sentiasa membahagiakan.

Sungguh-sungguh saya berdoa, semoga Allah kuatkan diri ini untuk istiqamah di atas jalan bulatan-bulatan taman ini.

Jom berbulatan taman! =)


nota kaki:
-kata orang, berbulatan taman dengan orang luar lebih mudah berbanding berbulatan taman dengan suami dan anak-anak.

Semoga Allah kuatkan kami untuk mewarnai dunia baru akan datang dengan bunga-bunga dalam bulatan taman kami iAllah!.