Friday, October 5, 2012

Bulatan Taman

"Teringat kak hasna' pernah berkongsi dalam halaqah lepas berkenaan taqwa.", beritahu salah seorang adik halaqah. Pandangan teralih ke arahnya.

"Taqwa ini bukan matlamat tetapi pakaian yang perlu sentiasa bersama kita. Apabila disebut sebagai pakaian, bermakna sekalipun banyak kali kotor, tetapi kita akan terus mencuci kotoran tersebut. Kerana peranan pakaian memang adalah melindungi tubuh kita. Justeru sangat tak relevan kalau kita bosan dengan baju yang selalu kotor, lantas kita tanggalkan pakaian dan berbogel..", hurainya petah sambil tersenyum.

Ada ketawa kecil yang mengiringi bulatan kami. Saya senyum mendengar petikan yang diambil dari mulut sendiri. Dalam diam, mata langsung jadi berair. Jiwa jadi sebak.

Teringat ketika berkongsi analogi itu dalam penyampaian halaqah lepas bertajuk' ciri-ciri mukmin yang perlu dipelihara' rujukan tulisan mujahid Fathi Yakan dari bukunya Bahtera Penyelamat, saya sampaikan dalam rangka memberi khabar gembira buat hati-hati kami agar tidak jemu untuk memelihara taqwa serta tidak berputus asa dengan keampunan Allah dan saat ini, ketika hati saya sedang mencari kekuatan, kali ini adik halaqah pula yang mengingatkan saya semula!

Maha Suci Allah. =')


Bulatan taman itu sentiasa menghadiahkan bunga.

Jujurnya, bulatan taman syurga itu sangat indah dan sentiasa membahagiakan.

Sungguh-sungguh saya berdoa, semoga Allah kuatkan diri ini untuk istiqamah di atas jalan bulatan-bulatan taman ini.

Jom berbulatan taman! =)


nota kaki:
-kata orang, berbulatan taman dengan orang luar lebih mudah berbanding berbulatan taman dengan suami dan anak-anak.

Semoga Allah kuatkan kami untuk mewarnai dunia baru akan datang dengan bunga-bunga dalam bulatan taman kami iAllah!.



7 comments:

  1. eh, kenal la yg dalam gambr tu, senior2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Russia ke?

      saya hanya ambil di internet sebab nampak menarik.

      anyway, selamat berbulatan taman! =)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum.
    Saudari, post bertajuk "Junko Furuta dan Islam", dalam nya saudari ada link kan kepada website bestgore.com.
    Malangnya dalam website tersebut ada advertisement yang sangat lucah. Mohon saudari delete link tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkm wbt.

      saya baru perasan. terima aksih kerana beritahu. semasa linkkan sebelum ini tiada apa2 kalau tidak silap.

      tiba2 rasa horror. @.@

      anyway, jazakaAllahukhairan katsira ya.

      Delete
    2. Itu la bahayanya internet ni kan, lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang tengok. Orang-orang yang memerangi Islam ni, senang je letak benda/gambar yang macam tu dekat website yang mungkin kita nak dapatkan info, tapi terselit benda yang boleh merosakkan iman dan pemikiran.
      Kalau anti perasan, dekat youtube pun sama, bila search "budak mengaji", memang la keluar result video orang mengaji, pastu bila tengah tengok video tersebut, kan dekat tepi video tu ada banyak pilihan video yang lain, tapi kadang-kadang terselit video yang agak kurang selesa untuk ditengok, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Akhir zaman memang penuh dengan fitnah, moga Allah swt selamatkan kita dan lindungi kita semua daripada fitnah malam dan fitnah siang, ameen.

      Delete
  3. salam ukhti.. suka singgah blog ukhti. suka baca tentang islam.. smg istiqamah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkm wbt.

      smga manfaat yang awak dapat Allah nilai dan mngganjari saya dgn pahala iAllah.

      apakah ada yang lebi baik dari itu? =')

      smga kita istiqamah dalam nikmat iman dn islam ini iAllah!

      Delete

mohon pandangan.