Tuesday, August 7, 2012

The Most Incredible + Greatest + Meaning-full Movie.

Secara jujurnya, I'm not a malay-movies typical one. Malah saya mempunyai satu pandangan yang negatif atau fobia terhadap filem-filem tersebut.

Tidak pasti sama ada saya bosan dengan jalan cerita yang lembab, atau produksi yang tidak menarik, atau perasaan rugi menghabiskan waktu menonton sesuatu yang tiada makna sehingga ke hujung cerita.

Sesiapa yang mengenali saya sudah cukup arif untuk tidak bertanya berkenaan dunia seni Malaysia sama ada movies terbaru, perkembangan artis pelakon dan sebagainya kerana saya memang tidak berminat. Malah housemates sudah sedia maklum akan tabiat saya yang hanya mampu duduk bersama mereka menonton cerita melayu tidak lebih 15 minit secara fokus. Selebihnya sama ada saya akan tertidur atau bersembang atau bangun melakukan kerja lain.

Serius bosan.

But to be honest, tears running down my cheeks while watching this marvellous movie. I learned much from the story of reality.

Fail:AkuTakBodoh(poster).jpg

tidak pasti macam mana movie ini boleh muncul dalam list youtube.
rasanya semasa saya sedang mengikuti laporan polis dalam siatan kes jenayah.


But told you, it was an adaptation from the true great Singaporean production. Er..does it means, we're still poor in producing such a brilliant thinker?


salute you men!

Sewajarnya cerita sebegini yang diangkat dan dijadikan movie contoh dalam masyarakat Malaysia. Cerita kekeluargaan yang mengandungi sejuta pengajaran dan pendidikan.

Bukan cerita penamat-orang-insaf-akan-mati atau cerita gangster-yang-kononnya-punya-aksi-international standard atau cerita lawak-bodoh-dan-lucah atau cerita hantu-tahyul-ada-ustaz-baca-doa atau cerita cinta-islamik-yang-tidak-nampak-susur-galur dan sebagainya.

I'm not blaming the producer alone as their all intention is making the society enjoy besides of making money. Ye la, bagaimana produksi mahu mengambil risiko jika yang menjadi top movie adalah cerita yang kosong dan sesuai dengan minda orang yang hanya mahu berhibur?

A good movie is not an Islam-Movie but it owns an Islamic values. Tidak perlu bertudung labuh, berpurdah dan berserban untuk menggambarkan bahawa itu adalah filem Islam. Dan tidak perlu babak seks ranjang untuk menonjolkan bahawa itu adalah filem hebat.

These are just my personal views.

Ok guys, do take your time watching this movie! I bet you'll never feel guilty of spending 1 hour 33 minutes on it. =)



=')

nota kaki:
-kita senang berasa sedih dengan pembunuhan saudara-saudara kita. Dalam masa yang sama kita terlupa kepada pembunuhan jiwa anak-anak generasi masa hadapan kita.
-semoga saya dikuatkan Allah untuk selalu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak suatu hari nanti. =') insyaAllah..
-last paper insyaAllah 9hb. 12hb flight pulang. Doakan semoga Allah mudahkan semuanya.

2 comments:

  1. seperti ada sumthing wrong je ngan ayat tidak perlu bertudung labuh, berpurdah ....

    boleh timbul salah faham dlm Islam perkara itu tidak perlu.

    ReplyDelete
  2. er.

    memang dalam Islam tidak wajib bertudung labuh dan berpudah.

    Hanya perlu menutupi aurat.

    =)

    ReplyDelete

mohon pandangan.