Malam ini adalah malam ke berapa untuk saya mimpikan keluarga di Malaysia.. Dalam mimpi, semuanya tampak jelas dan real. Bersembang dan berjalan. Berjenaka. Dan tepat jam 4 pagi saya akan terjaga lantas tersedar bahawa semua itu hanya mimpi.
Hati jadi pedih. Mata jadi basah. Saya akan menangis. Terasa bagai jiwa ditusuk-tusuk. Sangat sakit.
Sungguh. Keluarga adalah kecintaan saya. Ibu adalah belahan jiwa saya. Tanpa ibu, saya lalui hari-hari bagai cuma sebelah nyawa sahaja yang ada.
Bagaimanakah kondisi ibu? Bagaimanakah perasaannya ketika duduk di meja makan dan menelan makanan keseorangan? Siapakah yang akan membuka pintu ketika ibu membawa buku-buku banyak dari sekolah? Siapakah yang akan berlari menyambut ibu? Siapakah yang akan menemani ketika ibu lelah bekerja?
Sungguh. Saya tidak berhenti menangis. Rasa bersalah terlalu menebal. Mengapa saya tegar untuk belajar jauh-jauh?
Semalam ibu pujuk dalam skype. Ibu tidak ada apa-apa. Allah ada bersama ibu. Allah ada untuk menemani ibu.
Kemudian message dari ibu tiba selepas beberapa jam.
"Wahai anak, tiada yang lebih membahagiakan bonda selain dirimu berjaya dengan segolongan ijazah di tangan. Juga menjadi pemimpin umat dalam praktik kehidupan. Sayang mak dengan dengan berita kejayaan yang gemilang. Tangisan kemuliaan dengan pencapaian anak-anak. Sendirian itu ubat untukkku, jangan gundah wahai ankku sayang.. Mak redho denganmu dan ampunkan segala salahsilapmu.. Allah menjadi saksi..Berbahagialah wahai anakku..."
2:53pm 240910 jam Malaysia.
Ya Allah, Engkau Maha Tahu betapa cintanya aku pada ibu. Betapa dia adalah belahan jiwaku. Maka saksikanlah kutinggalkan dia di bawah jagaanMu kerana Engkau adalah sebaik-baik penjaga..ameen.
*Mula fokus untuk belajar.. Ingat pesan mak. Mak akan sedih jika saya sedih. Kuatkan aku Ya Allah!
segala sesuatu yang berlaku adalah susunan Allah, dan Allah Maha Mengetahui mana ayang terbaik untuk kita. Tidak berlaku sesuatu itu melainkan ada hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteBagi jiwa setiap ibu tiadalah yang lebih baik baginya selain melihat anaknya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Melihat anaknya semakin hari semakin memahami hakikat iman dan islam sehingga terzahir pada lahiriyahnya rasa cinta kepada kerja2 islam. Pasti itu sudah menjadi satu kebahagiaan buat jiwa si ibu.
namun sebagai seorang anak meninggalkan ibu dan beerpergian jauh darinya, pasti jiwa menjadi gundah gulana memikirkan si ibu bagaimana...tapi ingat adikku, Allah ada menjaga ibu kita.
kuatlah adik mengejar ilmu dan mencapai redha Ilahi
syukran kastira akak..semoga Allah menguatkan kita untuk menjadi hamba dalam setiap kepatuhan dalam kehidupan..ameen.
ReplyDelete