Wednesday, June 16, 2010

~KAHFI zon Utara~

"hasna', nak pi KAHFI tak? 12-16 June ni di PULAKOPP."

Mesej yang saya terima dari seorang teman lewat tengah malam 9 Jun. " kahfi 12 jun ni?". Hati berbunga. Alhamdulillah.. Sebelum ini, sekadar menerima jemputan dari sahabat blogger tanpa mengetahui tarikh sebenar program.

Rancangan awal, saya dan adik akan tidur di rumah mak tam untuk beberapa hari namun dikurangkan cuma untuk satu malam. (kesian kat mak tam..tak dapat lepaskan rindu sepuas-puasnya pada saya..eh, terbalik kut ^_^!)

Pulang dari rumah mak tam ketika hari sudah menjengah petang. Langsung terus menyelongkar almari dan kotak-kotak pakaian untuk mencari bekalan memandangkan saya pulang dari Jordan sekadar sehelai sepinggang. Akhirnya, mana-mana pakaian yang dapat dicapai langsung saya simpan dalam bagasi.

12th June 2010

Kami berkumpul di stesen kereta api Arau, Perlis sekitar jam 10.30 pagi. Teruja melihat sahibah-sahibah yang ada, sekitar kurang dari 10 orang. Memeluk mereka seakan-akan saya rasa bagai dalam mimpi.

Sementara menunggu kereta api, saya rancak berkongsi cerita-cerita di Jordan. Keadaan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar arab, suasana masyarakat sana, keadaan muka bumi dan macam-macam yang mereka tanyakan.

Tiba di stesen kereta api Bukit Mertajam sekitar jam 1 -2 petang. Pakcik Kamal dan seorang lagi pakcik datang menjemput kami selepas hampir 20 minit menunggu. Melewati jalan-jalan yang dikelilingi bangunan-bangunan tua sedikit sebanyak membuatkan saya kembali ke nostalgia lama. PULAKOPP telah saya pijak buat kali ke 3, memandangkan KMK 9 tahun 2006 dan PEWARIS ke2 2006 dilangsungkan di sana. Teringat kembali kenangan saya bersama sahibah-sahibah seangkatan yang lain di mana saat itu kami adalah peserta.

Selesai makan tengah hari yang disediakan, kami berehat-rehat di surau tapak kem. Tidak ada sebarang aktiviti dan kami sekadar berbual panjang memandangkan sebahagian dari kami sudah lama tidak berjumpa.

Petang itu, kami diminta untuk membersihkan kawasan tapak kem. Saya dan Adila mengemas khemah-khemah peserta. (tak ingat dah buat apa lagi..)

Awalnya kami mendapat tahu malam itu akan diisi dengan perkongsian Ustaz Muhtad. Namun, Allah izin terdapat sedikit kesilapan teknikal membuatkan perkongsian bersama Ustaz Muhtad terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan perkongsian berkaitan tanggungjawab Dakwah oleh salah seorang peserta TOT, Abdul Muta'al.

13th June 2010

Sepanjang hari ini, kami sekadar berbincang dan melakukan perincian untuk setiap perancangan bagi menghadapi 3 hari program KAHFI.

Saya sengaja memilih untuk menjadi urusetia memandangkan tidak ada persiapan rapi untuk saya bergerak lasak selaku fasilitator.

Dan saya diberi amanah sebagai urusetia tugas-tugas khas yang awalnya saya sendiri tidak pasti apakah tugasan sebenar saya. ^_^

Ketika waktu tengah hari, tampak cikgu AB dan cikgu Z bersama anak-anak tiba di dewan utama. SubhanaAllah..dengan hati penuh rindu, saya bergerak menyambut cikgu Z. Sempat berkongsi kisah perjalanan dan beberapa masalah DnT di Jordan. Allah izin berkesempatan juga mengutarakan perancangan yang telah disusun untuk perjalanan proses di Jordan. Alhamdulillah cikgu Z bersetuju dan sekarang hanya menunggu untuk diutarakan kepada 'big boss'.

Dan jam +-3 petang, kami memperolehi 'sesuatu' dari cikgu AB yang cuma punya masa seketika bersama kami sebelum berangkat ke Perak. Tajuk yang telah dikupas berulang kali kerana kegentingannya kepada penggerak-penggerak DnT iaitu 'Qadiyah Islamiyah', sangat baik dihadam agar kita sedar dan faham, focus apa yang perlu kita beratkan dalam menggerakkan amal Islami.

Sedikit menyedihkan, rakaman pengisian cikgu untuk sahibah-sahibah Jordan yang dibuat tidak dapat di'save'kan. Hu~ rasa bagai mahu menangis..

Hari itu juga kami mencuba beberapa checkpoint untuk sesi explore race. Tak tahan melihat reaksi sahibah-sahibah yang mencuba lebih-lebih lagi di checkpoint monkey swing. Masing-masing takut untuk jatuh tetapi akhirnya jatuh juga. Pelbagai keletah membuatkan kami tidak tahan menahan ketawa. Tunjuk ajar kak Isya selaku antara yang berjaya melepasinya, "tangan kiri tu kena terus angkat lepas lompat.."

Malam itu adalah sesi pembentangan setiap unit pelaksana.

14th June 2010

Hari ini bermulanya KAHFI, Kem Asah Fakulti Insan buat pertama kalinya di zon Utara. KAHFI yang menggantikan KMK bagi bulan June ini dikhususkan untuk ahli KeARAH. Dan KMK (Kem Minda Kreatif) akan dilebar luaskan bagi masyarakat umum. Begitu menurut perancangan KeARAH Nasional. Semoga Allah memudahkan rancangan Dakwah kita, amen..

Sebahagian besar peserta berdaftar agak lewat akibat masalah pengangkutan. Saya tidak terlibat secara langsung dalam penyambutan adik-adik sekadar membantu persiapan penyediaan makanan dan bersama Adila, urusetia peralatan bagi menyediakan barangan yang diperlukan dalam program seterusnya.

Melilau-lilau sekitar tapak kem bagi menjalankan tugasan dan sekali sekala duduk melihat adik-adik bermain dalam ice breaking. Seronok melihat mereka gembira. Teringat kami sewaktu di zaman pembentukan seperti itu. Senior-senior yang menyusun program untuk kami dan kini kami pula yang menyusun program untuk adik-adik.

Indahnya rantaian ini..Rantaian yang dimulakan oleh manusia-manusia hebat terdahulu dan kini disambung oleh generasi muda. Rantaian Dakwah dan Tarbiyah. Rantaian yang dijanjikan oleh Allah tidak akan putus sehingga tibanya hari yang dijanjikan.

Petang itu sesi memasak bagi peserta. Teringat ketika kem pertama saya memasak secara dapur kayu di kem KMK ke6 2005. Pelbagai jerih perih terpaksa ditempuh bagi mendapatkan sesuap makanan. ^_^! Tetapi kali ini adik-adik diberikan dapur gas kecil bagi melancarkan urusan.

Malam hari pertama KAHFI diisi dengan ceramah cikgu Shapiee berkenaan tajuk "Cabaran Globalisasi masa kini". Perkongsian berkisar mengenai perancangan Zionism terhadap masyarakat dunia.

Sebelum itu, selesai solat maghrib peserta-peserta bahagian puteri berkenalan sebentar dengan kakak-kakak urusetia dan fasilitator. Tidak berlangsung lama kerana mengejar waktu solat 'isyak seterusnya ceramah pertama.

Adila bersandar di sebelah dan melelapkan matanya sedikit sebanyak mempengaruhi saya yang beberapa kali terhangguk. ^_^ Saya yang agak mamai awalnya dikejutkan dengan usikan cikgu Shapiee. "Ha, nampak dah orang Jordan.." Saya hanya senyum.

Kemudian di tengah-tengah ceramah,"Macam mana orang Jordan?" . he?

Ketika mata saya terpejam,telinga menangkap, "nanti tempah dekat kak hasna' yang nak balik Jordan".( tak dengar pulak benda apa yang nak ditempah)

Adeih..dah la dalam kalangan makcik-makcik yang membantu kami memasak saya asyik kena usik, dalam kalangan sahibah-sahibah urusetia dan fasilitator pun kena, pak cik pun pandai usik juga..insyaAllah, semoga semua itu menjadi doa penguat untuk saya terus melangkah, amen..

Selesai supper, urusetia dan fasilitator diminta untuk berkumpul bagi sesi post-mortem. Alhamdulillah, bahagian tugas-tugas khas tidak mengalami kesulitan yang berat.

Sempat berbual dengan kak Nazihah, juga berkongsi cerita perjalanan DnT di Jordan sebelum tidur. Berkongsi kekuatan untuk terus bergerak. Sungguh. Bukan semua orang akan nampak apa yang kita nampak. Dan bukan semua orang akan faham apa yang kita sedar.

Kata kak Nazihah," anti ni banyak ikut kak yam." Hehe. Adik kak yam, memanglah..

Prinsip yang ditanam kakak, peduli orang cakap selagi kita benar dan kerja yang dilakukan benar, janji kita bergerak.

Semoga Allah mengistiqamahkan hati ini, amen.. berkongsi cerita sehingga tidak sedar jam sudah hampir 3 pagi.

15th June 2010

Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap peserta. insyaAllah, kami akan bermain paintball!

Explore race bermula dengan taklimat berkenaan etika paintball game oleh jurulatih terlatih yang disediakan pihak jabatan PULAKOPP. Sungguh. Paintball ini berkait rapat dengan disiplin keselamatan.

Awalnya saya sendiri gerun mendengar tembakan kuat ketika jurulatih tersebut melepaskan das kosong. Berbelah bahagi untuk bermain atau tidak. Lebih-lebih lagi diceritakan kesakitan akibat tembakan yang boleh menghasilkan lebam yang cuma akan hilang dalam 2 minggu lebih.

Apatah lagi selepas melihat peralatan-peralatan yang bakal disarung. Macam betul-betul nak pergi perang! Kumpulan peserta puteri yang berlawan masuk ke dalam gelanggang. Kami hanya memerhati di luar. Mengikuti perlawanan pertama dengan penuh minat dan debaran. Memang tampak lucu kerana masing-masing masih takut dan tidak mahir.

Perlawanan seterusnya berlangsung. Semakin ada perubahan. Dan sehinggalah seterusnya. Adik-adik peserta semakin mantap dan bijak merangka strategi. Saya mula berminat.

"mana urusetia-urusetia yang nak main?. Pi siap-siap..".Kata kak Adila selaku Tim. Pengarah.

"huh?"

Siap menyarungkan pakaian keselamatan bersama lilit leher dan topeng muka, dan mengambil senapang (saya tak ingat nama sebenarnya) saya mula berdebar. Namun sempat meminta sepupu, Mahmud untuk mengambil beberapa keping gambar saya dengan pakaian baru tersebut.^_^

Sebelum permainan bermula lagi Allah izin, senapang sudah mula bermasalah. Namun selesai akhirnya dan saya mula bergerak ke bahagian kiri.

Kisah dipendekkan. 2 orang 'musuh' (Mai dan Iffah) mengfokuskan 'senjata' mereka kepada saya. Apa lagi, bertubi-tubi la kena tembak.nge~.. Tapi sebenarnya tiada kesan tembakan mungkin peluru tersebut tidak pecah. Sehinggalah terkesan sedikit percikan cecair kuning pada topeng muka.

"out!". Jerit pemerhati yang cuma di sebelah saya. Dengan larian anak, saya ke arah belakang, untuk duduk bersama kelompok yang telah meraih 'kemenangan'. Cousin mengambil gambar dan sempat mengusik, "orang yang dah mati.."

Walaupun kalah, saya mendapat sesuatu berharga hari itu.

Sungguh. Manusia-manusia yang mencintai kematian adalah manusia-mansuia yang sentiasa meyakini bahawa di balik kehidupan sana dia pasti beroleh kenikmatan. Kerana saya sejujurnya belum benar-benar yakin bahawa apakah setiap detik kehidupan saya benar diterima Allah sebagai ibadah yang soleh.

Lalu, saya bertambah yakin bahawa manusia-mansuia yang berjihad mengangkat senjata merempuh kuffar yang zalim itu adalah manusia-manusia yang telah memiliki keimanan yang sempurna. Mereka benar dipilih Allah untuk meraih syurga dengan jalan mudah tetapi tinggi maharnya.

Semoga generasi yang akan lahir dari rahim ini akan tergolong bersama mereka.ameen..

Selesai paintball, peserta-peserta puteri bergerak untuk explore race. Saya dan Adila mengambil peluang melihat adik-adik lelaki kami yang bermain paintball selepas itu. Tidak lama kerana terpaksa bergerak untuk menyelesaikan tugasan berkenaan cenderahati jurulatih.

Akibat tidak mempunyai kerja selepas itu, saya dan Adila bergerak ke checkpoint monkey swing. Adila cuba untuk bergayut dan saya menyambutnya. Namun tersilap langkah, saya dan Adila jatuh ke dalam air bersama-sama selepas lutut saya terhantuk tiang besi. Kaki cram sebentar namun sempat ketawa bersama. Memang tak ada kerja cari kerja. Akibatnya, lutut sedikit berdarah dan jalan terpaksa sedikit terhinjut kerana sakit. Nge~

Selesai membersihkan diri, sempat berehat sebelum mengikuti program adik-adik peserta di dewan utama. Peserta-peserta diminta untuk membina bangunan berasaskan kertas, straw dan marker pen. Senang melihat kretiviti-kretiviti adik-adik yang tersendiri.

Sengaja memilih untuk bersama adik-adik dalam sesi memasak petang itu. Berada dalam kalangan mereka menyedarkan saya bahawa saya sudah mula berasa janggal setelah hampir setahun tidak bersama junior. Walaupun sebahagian daripada mereka adalah bekas anak-anak murid dan mereka tetap ramah tetapi saya sendiri tidak semesra dulu. Lebih banyak senyum dan hanya bertanya khabar.

Malam itu, tentative diisi dengan pengisian oleh ustaz Rahim berkenaan 'Tarbiyah Dzatiyah' yang saya kira lebih elok ditukar tajuknya kepada 'ciri-ciri muslim mukmin' berdasarkan huraian penyampai.

My little brother Thalhah dipilih oleh kem komandan sebagai pengerusi majlis malam itu. Teruja melihatnya bercakap di depan.^_^

Sebelum malam berakhir, sekali lagi post-mortem diadakan bagi menilai perjalanan program hari itu. Alhamdulillah, sekali lagi tugas-tugas khas hanya mengahadapi masalah-masalah kecil berkaitan hadiah untuk peserta dan cenderahati untuk jemputan majlis penutup.

16th June 2010

Hari terakhir bagi KAHFI.

Adik-adik peserta diminta untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan pagi itu. Kemudian masing-masing mula bersiap untuk majlis penutup.

Sebelum sesi luahan rasa bermula, adik-adik puteri memulakan sesi bergambar beramai-ramai bersama kakak-kakak fasilitator dan urusetia. Seterusnya diikuti oleh adik-adik putera.

Ketika sesi perkongsian rasa, saya tergerak untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik peserta tetapi memandangkan hanya pserta dan fasilitator yang dijemput untuk berkongsi, maka saya sendiri berat untuk keluar..(kes merajuk ka ni? Hehe)

Selepas selesai majlis penutup, kami mengadakan sesi salam semut. Mencium adik-adik membuatkan saya rasa benar-benar sayang dan kasih pada mereka kerana mereka adalah pewaris suatu hari nanti. Memaut sahibah-sahibah sefikrah melahirkan rasa sebak, mahu sahaja saya menjerit, "uhibbukum fillah!"

Sungguh. Semoga Allah mentsabatkan hati-hati kita di atas jalan iman ini, insyaAllah..

*bersama sahibah-sahibah di KAHFI membuatkan saya merindui sahibah-sahibah Jordan..inni asytaqilikum jiddan!

*gambar-gambar kem akan diupload kemudian, insyaAllah..

*sempat bertanya kepada pengerusi HaluanSiswa Nasional berkenaan protokal urusan..semoga Allah memudahkan..

4 comments:

  1. masyaALlah...seronoknya...jelous2X..hehe...moga Allah redho setiap detik waktu yang kita gunakan...hanya untuk Islam...

    ReplyDelete
  2. salam alaik hasna'
    inni asytaquki kaman
    seronok dengar story KAHFI
    mira hajat sgt nk join tp susunan ALLAH itu lebih cantik
    memandangkan kursus mira lepas ni tk byk cuti, mira dan family g ziarah family janah di baling dan family angkt di yan
    moga amal kita diterima sebagai amal soleh
    do pray for all of us=)

    ReplyDelete
  3. kak adnin.

    hehe..orang jordan jangan jeles ya..insyaAllah, doakan semoga tamrin outdoor kita yang akan datang dipermdahkan..

    mira.

    huhu..tula, duk tunggu juga mana lagi sahibah2 batch kita yang nak join lagi. tapi tak apa, insyaAllah andai ada kelapangan, kita akan bertemu nanti.. doakan ana ya.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terisi cuti anti (^_^)
    Seronok kak sha baca...

    ReplyDelete

mohon pandangan.