Alhamdulillah telah selamat mendarat di bumi Malaysia yang menghijau pada jam 4.30 petang tadi. Tepat tayar menapak di atas landasan, hujan renyai membasahi bumi yang dirindui. Tiba-tiba teringat ketika awal saya meninggalkan Malaysia, renyai yang sama menghantar.
Sungguh. Saya bertambah yakin bahawa tidak pernah ada detik dalam kehidupan kita suatu yang sia-sia. Dan saya telah mendapat ibrah yang besar dalam safar tarbawi ini.
Sebelum berangkat, rasa sebak dan sayu untuk meninggalkan bumi Jordan walaupun cuma untuk 3 bulan, apatah lagi terpaksa meninggalkan 'mak' (asma' @ cemo' @ mak) dan kakak (kak 'Adnin) yang merupakan tempat saya bermanja (baca:menempek) selama ini. Dan pastinya 'budak kecik' ini tidak ada untuk suatu tempoh yang panjang dan pendeknya ditentukan oleh setakat mana cuti tersebut bermanfaat kepada Islam.
Transit yang disusun Allah.
Saya memilih Egypt Airlines memandangkan Kuwait Airlines memaksimumkan tempuh tarikh pergi dan balik tidak lebih daripada 3 bulan. Lalu, cuma tinggal ini dan Oman Airlines sebagai pilihan tiket termurah ^_^. (percutian bajet)
Dari Irbid cuma 3 pelajar termasuk saya dan sejumlah pelajar yang dalam lingkungan 30 orang dari Mafraq. Sebelum berlepas ke Mesir, sempat berkenalan dan berbual dengan beberapa pelajar akhawat. Sejujurnya, saya selalu mencari peluang untuk berkenalan dengan pelajar Mafraq memandangkan saya lebih rapat dengan pelajar Mu'tah atas faktor aktiviti-aktiviti persatuan yang diikuti.
Apa yang membuatkan saya lebih mahu mencari kenalan dari kalangan pelajar Mafraq antaranya kerana terdapat beberapa orang pelajar tajaan PERKIM di sana. Lalu saya benar-benar berhajat mahu ketemu sama mereka dan mendengar perkongsian dari mereka.
Dan SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah memenuhi hajat tersebut hari ini.
Ketika kami tiba di bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, terdapat sekelompok nun berpakaian lengkap keagamaan bersembang sesama mereka.
"jangan tengok, jangan tengok" Ada suara di belakang saya semasa kami menaiki escalator. Saya toleh. Namun tidak dapat dipastikan pemilik suara.
"Adik dari mana? JUST ke?" Seorang kakak berniqab bertanya dalam loghat ala-ala Indonesia saya kira. Saya senyum. Sudah agak sebab mengapa saya dilihat sebagai budak JUST. Buku kegemaran 'Men from Mars, Women from Venus' saya kemaskan pegangan agar tidak jatuh. Kami tiba di tingkat 1.
"Tak, dari Yarmouk.." Bermula perbualan kami. Kakak itu bilang dia dari Sabah. Hati menari ingin tahu lebih. "kakak takhasus apa?"
"akak sebenarnya masih di kursus bahasa. Tak ada basic dulu."
"ya Allah bagusnya akak.."Hu..saya sangat cemburu dengan manusia-manusia yang rajin seperti ini.
"kakak datang under PERKIM.." .SubhanaAllah..Alhamdulillah. Saya menjerit syukur dalam hati. Allah makbulkan doa saya selama ini ketika transit yang cuma berbaki 1 jam lebih ini. Kami berta'aruf ringkas dan kemesraan cepat bercambah.
Banyak perkongsian yang saya dapat. Sangat banyak. Alhamdulillah, cita-cita saya tertunai pada waktu yang seketika tetapi bermakna. Mungkin saya akan cuba berkongsi kemudian dan insyaAllah saya akan usahakan kerana memang hajat sangat nak berkongsi kisah yang tak ternilai saya kira dalam banyak-banyak sejarah kehidupan saya sebagai seorang muslim.
Seorang nun yang merupakan pendakwah kristian telah dianugerahkan Allah kemanisan iman dan Islam. Tetapi tidak semudah itu nilai Iman. Sekarang kak N menderita disihir oleh paderi tempat beliau berkhidmat dulu. Setiap kali beliau membaca alQuran, badan akan sakit seperti dicekik orang dan darah merah akan termuntah keluar.
Dan rupa-rupanya hal beliau di bawah pemantauan ustaz Sulaiman, pengarah MSD kami. Dan kepulangan beliau ini ditaja sepenuhnya oleh PERKIM untuk dibawa berubat secara Islam. Rupa-rupanya kak N yang bersuara di escalator tadi. Kata kak N, sampai sekarang dia tidak mampu untuk melihat nun-nun atau paderi-paderi kerana dia dulu pernah bersama mereka. Dan dia pernah tahu perancangan-perancangan mereka.
Sungguh. Allah izin saya terima banyak. Tidak tergambar betapa tingginya rasa syukur di hati ini kerana rangka susunan Allah yang Maha Cantik . Lebih-lebih ibrah ini ada kaitan dengan perkongsian yang hajat saya kongsikan berkenaan jelajah Jordan edisi ke2 saya baru-baru ini.
Teringat kata-kata kak N. "hasna' tahu, akak bersyukur dizinkan Allah bertemu dengan hasna', manusia yang punya fikrah dan kefahaman sama dengan akak. Yang sama-sama nampak betapa pentingnya kita bergerak. Yang nampak betapa kerosakan akidah masyarakat itu yang harus diutamakan dari hal-hala lain" (ayat yang disusun lebih kurang. Saya tulis lebih berbentuk skrip)
Saya bertasbih dalam hati. Kakak, itulah dinamakan proses Dakwah dan Tarbiyah. Hanya manusia yang melaluinya sahaja akan faham dan sedar apa pentingnya dia bergerak.
"sebab itu bukti iman kita masih bernyawa. Saat kita melihat masyarakat sudah rosak dan berdetik dalam hati kita untuk meng'islahkannya, itu adalah sekecil-kecil tanda bahawa iman kita masih nyawa-nyawa ikan". Saya genggam tangannya. Sungguh. Semoga Allah merahmatimu akak!
Doakan semoga cuti ini bermanfaat untuk Islam..insyaAllah, banyak perkara perlu diselesaikan namun yang takutnya, apakah semua itu akan benar diselesaikan..Ya Allah, semoga setiap waktuku bermanfaat untuk Islam, amen.
*tunggu big boss balik. Banyak benda nak bincang ni.
*berjumpa kak N membuatkan otak saya bekerja lagi. Tahu saya rancang apa? Untuk menyusun program bagi mendalami agama Kristian dan kitab bible. Baru kita akan sedar betapa tinggi dan indahnya Islam sebagai jalan hidup, insyaAllah..
*insyaAllah, kak N bercadang untuk menziarahi rumah saya di Perlis sebelum pulang ke Sabah (Beliau duduk 1 bulan di PERKIM). Hajat saya untuk membawanya menziarahi murabbi-murabbi saya di MATRI insyaAllah..Semoga itu menjadi kekuatannya untuk bergerak.
em em menarikk!
ReplyDeletehehe..iA..doakn smoga berjalan lancar. target nak buat dlm sesi yg akan dtg juga
ReplyDeleteatau tak smpat mungkin sesi lagi satu
iA..smga Allah permudahkn stiap usahakn kita utk terus meningkatkan kefahamn terhadap deenNya. ameen..