=')
Hidup tidak selalunya seperti yang kita mahu indah itu
yang tercorak.
Selalu.
Manusia tidak selalunya seperti yang kita mahu baik itu
yang mewarna.
Selalu.
Diri tidak selalunya seperti yang kita mahu kuat itu
yang ada.
Selalu.
Tetapi yang Maha Indah, yang Maha Baik dan yang Maha Kuat
itu selamanya ada pada Allah.
Selalu.
Hanya.
Kita yang perlu selalu memohon
agar hidup itu indah
agar manusia itu baik
agar diri itu kuat.
Ya, selalu.
Stay positive, and things will get better insyaAllah.
Ramadhan Kareem!
20th July 2013
1533
Nota kaki:
-Alhamdulillah soifi telah melabuhkan tirai. Mula merindui waktu-waktu di library sambil asyik dengan kitab-kitab yang ada baunya yang tersendiri. Semoga semakin dekat dan terus mencintai ilmu.
-Ramadhan kian di penghujung. ='(
Jangan lupa melazimi doa:
Jangan lupa melazimi doa:
"asyhadu anla ilahaIllah wa asyhadun anna Muhammadan rasulUllah, astaghfirullah, as alukal jannah, wa a3uzubika min sakhotika wannar."
juga doa:
"Allahumma innaka 3afuwwun Kareem, tuhibbun 3afwa fa3fuanna".
Dan jangan lupa untuk terus mendoakan saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya, Mesir dan di seluruh dunia ya.
-Semoga Allah terus menguatkan untuk bertahan.
Dan jangan lupa untuk terus mendoakan saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya, Mesir dan di seluruh dunia ya.
-Semoga Allah terus menguatkan untuk bertahan.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.