Family First: 'Eid Fitri 1433h.
Banyak orang silap mengatakan adik adalah abang saya.
kakak, abang Ali dan bubu.
3 beradik. Eh silap.. 3 beranak.
main sembunyi-sembunyi.
abang.
Mungkin adik sedang menyeru kuasa langit.
bonda bersama pose ala-ala datin.
adik dan bunga.
Pemangsa yang selalu perasan comel dan mangsa yang sememangnya comel.
"khaulah, I'm here!", Mumu.
"We're friends..", Mumu bersama anak sepupu.
"Ummi said, I am a super duper active baby girl when I watch peoples having their meals in front of me. I will grab anything I can reach and scream so loudly asking them to give me some.
Does it means, I love to eat like ummi?". hehe.
"uncle long, why do you have so many ways to express your smile while I do have only one?". Mumu's monolog.
Family First: Sayangi Keluarga Di situlah Bahagia.
Pulang bersama keluarga setelah 2 tahun tidak bersua membuatkan saya sangat teruja.
Mereka. Hadiah teristimewa.
Bonda yang selalu mengingatkan, abang yang sentiasa menyenangkan, kakak yang sentiasa menyayangi, abang ipar yang mudah didekati, adik yang menghiburkan dan pastilah kewujudan makhluk halus baru iaitu Mumu ('Aliyah Mukhlisah) yang sentiasa menceriakan. ^^
Masing-masing tidak sempurna namun saling berusaha menyempurnakan iAllah.
Teringat catatan Ustaz Pahrol dalam buku beliau 1 Rasa 2 Hati berkenaan rumahtangga muslim. Kata ustaz, pakej kebahagiaan dalam rumahtangga Islam itu merangkumi 3 perkara -akidah, syariah dan akhlak iaitu menegakkan Iman yang menjadi asas pembinaan, mengamalkan syariah dalam kehidupan serta membudayakan akhlak Islam dalam kalangan ahli keluarga.
Maka, semoga kita terus berusaha mengamalikan ketiga-tiga pakej tersebut agar rasa sayang sentiasa tumbuh sekaligus menjadi teduhan yang membahagiakan kita selepas terik pedih matahari dunia.
Penutup: Bersama Di Sini, Bersama Juga Di Sana iAllah.
“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka” (atTahrim: 6)
Pesan bonda selalu pada kami, "sayang sebenar, adalah sayang yang menyelamatkan dari api neraka. Kalau kita sayang ahli keluarga kita, kita mesti nak sama-sama masuk syurga. Seperti mana kita kumpul sama-sama di meja makan ni, seperti itu jugalah kita nak sama-sama berkumpul di dalam syurga Allah nanti.."
Alhamdulillah. Semoga rasa damai di dunia ini diberi kekuatan oleh Allah untuk terus kekal mendamaikan sehingga sama-sama memijak ke dalam syurga Allah iAllah. =')
Nota kaki:
-Allahumma Barikna Fi Ramadhan. Belum terlambat untuk sesiapa yang belum habiskan puasa sunat Syawal iAllah.