Wednesday, June 23, 2010

~KAHFI zon Utara versi gambar~

Maaf kerana lama menyepi. Buka cuti, mula sibuk di MATRI membantu mengajar adik-adik. Mula sibuk dengan majlis-majlis ilmu dan halaqah-halaqah cinta yang sentiasa mengharum di bumi wakafan ini. Mula sibuk belajar berbakti pada bonda yang sudah lama sunyi. Mula sibuk mengutip mutiara-mutiara dari bibir-bibir murabbi-murabbi. Mula sibuk membantu perjalanan DnT di sini.

Semoga Allah redha. Kadang-kadang semakin kita meletakkan suasana atau sesuatu sebagai tempat pergantungan, semakin rasa jauh kebergantungan kita dengan Allah berbanding ketika kita tercampak jauh dari bi'ah ini.

Semoga Allah melindungi agar tidak pergi jauh..Bagi sesiapa yang berhajat untuk mengetahui lanjut pengkhabaran dari bumi MATRI, boleh melawati blog senior Hilal.

Post kali ini sekadar berhajat berkongsi gambar KAHFI yang lalu. Semoga kalian mendapat manfaat.

Gambar-gambar ini diambil dari sepupu punya camera. Saya tidak rajin untuk upload gambar dari kamera sendiri. ^_^




2 orang bekas anak murid yang baik


pendaftaran



menyanyikan lagu tema dengan penuh semangat







aktiviti ice breaking



penceramah jemputan, Cikgu Shapiee



khusyuk mendengar


apa yang adik-adik ni masak ya?


adik bersama kumpulan masaknya


mendengar taklimat


bersedia untuk menyerbu


berbaris mengambil peralatan


kumpulan kami


saya yang tengah suspens dengan senapang yang tidak mahu berfungsi


bersama topeng yang menutupi wajah


agak-agak macam pejuang Palestin tak?...


sharpshooter


adik lelaki saya, Thalhah



peserta perempuan


peserta lelaki

Sungguh. Tanggungjawab dan amanah saya masih belum selesai. Doakan semoga saya berjaya menyelesaikannya dengan sempurna, insyaAllah..

Doakan saya teman..

*tengah tulis karangan perihal diri dan perancangan pendidikan serta kerjaya untuk permohonan MARA. dari tadi tak habis-habis, tak tahu nak tulis macam mana..^_^!

Wednesday, June 16, 2010

~KAHFI zon Utara~

"hasna', nak pi KAHFI tak? 12-16 June ni di PULAKOPP."

Mesej yang saya terima dari seorang teman lewat tengah malam 9 Jun. " kahfi 12 jun ni?". Hati berbunga. Alhamdulillah.. Sebelum ini, sekadar menerima jemputan dari sahabat blogger tanpa mengetahui tarikh sebenar program.

Rancangan awal, saya dan adik akan tidur di rumah mak tam untuk beberapa hari namun dikurangkan cuma untuk satu malam. (kesian kat mak tam..tak dapat lepaskan rindu sepuas-puasnya pada saya..eh, terbalik kut ^_^!)

Pulang dari rumah mak tam ketika hari sudah menjengah petang. Langsung terus menyelongkar almari dan kotak-kotak pakaian untuk mencari bekalan memandangkan saya pulang dari Jordan sekadar sehelai sepinggang. Akhirnya, mana-mana pakaian yang dapat dicapai langsung saya simpan dalam bagasi.

12th June 2010

Kami berkumpul di stesen kereta api Arau, Perlis sekitar jam 10.30 pagi. Teruja melihat sahibah-sahibah yang ada, sekitar kurang dari 10 orang. Memeluk mereka seakan-akan saya rasa bagai dalam mimpi.

Sementara menunggu kereta api, saya rancak berkongsi cerita-cerita di Jordan. Keadaan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar arab, suasana masyarakat sana, keadaan muka bumi dan macam-macam yang mereka tanyakan.

Tiba di stesen kereta api Bukit Mertajam sekitar jam 1 -2 petang. Pakcik Kamal dan seorang lagi pakcik datang menjemput kami selepas hampir 20 minit menunggu. Melewati jalan-jalan yang dikelilingi bangunan-bangunan tua sedikit sebanyak membuatkan saya kembali ke nostalgia lama. PULAKOPP telah saya pijak buat kali ke 3, memandangkan KMK 9 tahun 2006 dan PEWARIS ke2 2006 dilangsungkan di sana. Teringat kembali kenangan saya bersama sahibah-sahibah seangkatan yang lain di mana saat itu kami adalah peserta.

Selesai makan tengah hari yang disediakan, kami berehat-rehat di surau tapak kem. Tidak ada sebarang aktiviti dan kami sekadar berbual panjang memandangkan sebahagian dari kami sudah lama tidak berjumpa.

Petang itu, kami diminta untuk membersihkan kawasan tapak kem. Saya dan Adila mengemas khemah-khemah peserta. (tak ingat dah buat apa lagi..)

Awalnya kami mendapat tahu malam itu akan diisi dengan perkongsian Ustaz Muhtad. Namun, Allah izin terdapat sedikit kesilapan teknikal membuatkan perkongsian bersama Ustaz Muhtad terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan perkongsian berkaitan tanggungjawab Dakwah oleh salah seorang peserta TOT, Abdul Muta'al.

13th June 2010

Sepanjang hari ini, kami sekadar berbincang dan melakukan perincian untuk setiap perancangan bagi menghadapi 3 hari program KAHFI.

Saya sengaja memilih untuk menjadi urusetia memandangkan tidak ada persiapan rapi untuk saya bergerak lasak selaku fasilitator.

Dan saya diberi amanah sebagai urusetia tugas-tugas khas yang awalnya saya sendiri tidak pasti apakah tugasan sebenar saya. ^_^

Ketika waktu tengah hari, tampak cikgu AB dan cikgu Z bersama anak-anak tiba di dewan utama. SubhanaAllah..dengan hati penuh rindu, saya bergerak menyambut cikgu Z. Sempat berkongsi kisah perjalanan dan beberapa masalah DnT di Jordan. Allah izin berkesempatan juga mengutarakan perancangan yang telah disusun untuk perjalanan proses di Jordan. Alhamdulillah cikgu Z bersetuju dan sekarang hanya menunggu untuk diutarakan kepada 'big boss'.

Dan jam +-3 petang, kami memperolehi 'sesuatu' dari cikgu AB yang cuma punya masa seketika bersama kami sebelum berangkat ke Perak. Tajuk yang telah dikupas berulang kali kerana kegentingannya kepada penggerak-penggerak DnT iaitu 'Qadiyah Islamiyah', sangat baik dihadam agar kita sedar dan faham, focus apa yang perlu kita beratkan dalam menggerakkan amal Islami.

Sedikit menyedihkan, rakaman pengisian cikgu untuk sahibah-sahibah Jordan yang dibuat tidak dapat di'save'kan. Hu~ rasa bagai mahu menangis..

Hari itu juga kami mencuba beberapa checkpoint untuk sesi explore race. Tak tahan melihat reaksi sahibah-sahibah yang mencuba lebih-lebih lagi di checkpoint monkey swing. Masing-masing takut untuk jatuh tetapi akhirnya jatuh juga. Pelbagai keletah membuatkan kami tidak tahan menahan ketawa. Tunjuk ajar kak Isya selaku antara yang berjaya melepasinya, "tangan kiri tu kena terus angkat lepas lompat.."

Malam itu adalah sesi pembentangan setiap unit pelaksana.

14th June 2010

Hari ini bermulanya KAHFI, Kem Asah Fakulti Insan buat pertama kalinya di zon Utara. KAHFI yang menggantikan KMK bagi bulan June ini dikhususkan untuk ahli KeARAH. Dan KMK (Kem Minda Kreatif) akan dilebar luaskan bagi masyarakat umum. Begitu menurut perancangan KeARAH Nasional. Semoga Allah memudahkan rancangan Dakwah kita, amen..

Sebahagian besar peserta berdaftar agak lewat akibat masalah pengangkutan. Saya tidak terlibat secara langsung dalam penyambutan adik-adik sekadar membantu persiapan penyediaan makanan dan bersama Adila, urusetia peralatan bagi menyediakan barangan yang diperlukan dalam program seterusnya.

Melilau-lilau sekitar tapak kem bagi menjalankan tugasan dan sekali sekala duduk melihat adik-adik bermain dalam ice breaking. Seronok melihat mereka gembira. Teringat kami sewaktu di zaman pembentukan seperti itu. Senior-senior yang menyusun program untuk kami dan kini kami pula yang menyusun program untuk adik-adik.

Indahnya rantaian ini..Rantaian yang dimulakan oleh manusia-manusia hebat terdahulu dan kini disambung oleh generasi muda. Rantaian Dakwah dan Tarbiyah. Rantaian yang dijanjikan oleh Allah tidak akan putus sehingga tibanya hari yang dijanjikan.

Petang itu sesi memasak bagi peserta. Teringat ketika kem pertama saya memasak secara dapur kayu di kem KMK ke6 2005. Pelbagai jerih perih terpaksa ditempuh bagi mendapatkan sesuap makanan. ^_^! Tetapi kali ini adik-adik diberikan dapur gas kecil bagi melancarkan urusan.

Malam hari pertama KAHFI diisi dengan ceramah cikgu Shapiee berkenaan tajuk "Cabaran Globalisasi masa kini". Perkongsian berkisar mengenai perancangan Zionism terhadap masyarakat dunia.

Sebelum itu, selesai solat maghrib peserta-peserta bahagian puteri berkenalan sebentar dengan kakak-kakak urusetia dan fasilitator. Tidak berlangsung lama kerana mengejar waktu solat 'isyak seterusnya ceramah pertama.

Adila bersandar di sebelah dan melelapkan matanya sedikit sebanyak mempengaruhi saya yang beberapa kali terhangguk. ^_^ Saya yang agak mamai awalnya dikejutkan dengan usikan cikgu Shapiee. "Ha, nampak dah orang Jordan.." Saya hanya senyum.

Kemudian di tengah-tengah ceramah,"Macam mana orang Jordan?" . he?

Ketika mata saya terpejam,telinga menangkap, "nanti tempah dekat kak hasna' yang nak balik Jordan".( tak dengar pulak benda apa yang nak ditempah)

Adeih..dah la dalam kalangan makcik-makcik yang membantu kami memasak saya asyik kena usik, dalam kalangan sahibah-sahibah urusetia dan fasilitator pun kena, pak cik pun pandai usik juga..insyaAllah, semoga semua itu menjadi doa penguat untuk saya terus melangkah, amen..

Selesai supper, urusetia dan fasilitator diminta untuk berkumpul bagi sesi post-mortem. Alhamdulillah, bahagian tugas-tugas khas tidak mengalami kesulitan yang berat.

Sempat berbual dengan kak Nazihah, juga berkongsi cerita perjalanan DnT di Jordan sebelum tidur. Berkongsi kekuatan untuk terus bergerak. Sungguh. Bukan semua orang akan nampak apa yang kita nampak. Dan bukan semua orang akan faham apa yang kita sedar.

Kata kak Nazihah," anti ni banyak ikut kak yam." Hehe. Adik kak yam, memanglah..

Prinsip yang ditanam kakak, peduli orang cakap selagi kita benar dan kerja yang dilakukan benar, janji kita bergerak.

Semoga Allah mengistiqamahkan hati ini, amen.. berkongsi cerita sehingga tidak sedar jam sudah hampir 3 pagi.

15th June 2010

Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap peserta. insyaAllah, kami akan bermain paintball!

Explore race bermula dengan taklimat berkenaan etika paintball game oleh jurulatih terlatih yang disediakan pihak jabatan PULAKOPP. Sungguh. Paintball ini berkait rapat dengan disiplin keselamatan.

Awalnya saya sendiri gerun mendengar tembakan kuat ketika jurulatih tersebut melepaskan das kosong. Berbelah bahagi untuk bermain atau tidak. Lebih-lebih lagi diceritakan kesakitan akibat tembakan yang boleh menghasilkan lebam yang cuma akan hilang dalam 2 minggu lebih.

Apatah lagi selepas melihat peralatan-peralatan yang bakal disarung. Macam betul-betul nak pergi perang! Kumpulan peserta puteri yang berlawan masuk ke dalam gelanggang. Kami hanya memerhati di luar. Mengikuti perlawanan pertama dengan penuh minat dan debaran. Memang tampak lucu kerana masing-masing masih takut dan tidak mahir.

Perlawanan seterusnya berlangsung. Semakin ada perubahan. Dan sehinggalah seterusnya. Adik-adik peserta semakin mantap dan bijak merangka strategi. Saya mula berminat.

"mana urusetia-urusetia yang nak main?. Pi siap-siap..".Kata kak Adila selaku Tim. Pengarah.

"huh?"

Siap menyarungkan pakaian keselamatan bersama lilit leher dan topeng muka, dan mengambil senapang (saya tak ingat nama sebenarnya) saya mula berdebar. Namun sempat meminta sepupu, Mahmud untuk mengambil beberapa keping gambar saya dengan pakaian baru tersebut.^_^

Sebelum permainan bermula lagi Allah izin, senapang sudah mula bermasalah. Namun selesai akhirnya dan saya mula bergerak ke bahagian kiri.

Kisah dipendekkan. 2 orang 'musuh' (Mai dan Iffah) mengfokuskan 'senjata' mereka kepada saya. Apa lagi, bertubi-tubi la kena tembak.nge~.. Tapi sebenarnya tiada kesan tembakan mungkin peluru tersebut tidak pecah. Sehinggalah terkesan sedikit percikan cecair kuning pada topeng muka.

"out!". Jerit pemerhati yang cuma di sebelah saya. Dengan larian anak, saya ke arah belakang, untuk duduk bersama kelompok yang telah meraih 'kemenangan'. Cousin mengambil gambar dan sempat mengusik, "orang yang dah mati.."

Walaupun kalah, saya mendapat sesuatu berharga hari itu.

Sungguh. Manusia-manusia yang mencintai kematian adalah manusia-mansuia yang sentiasa meyakini bahawa di balik kehidupan sana dia pasti beroleh kenikmatan. Kerana saya sejujurnya belum benar-benar yakin bahawa apakah setiap detik kehidupan saya benar diterima Allah sebagai ibadah yang soleh.

Lalu, saya bertambah yakin bahawa manusia-mansuia yang berjihad mengangkat senjata merempuh kuffar yang zalim itu adalah manusia-manusia yang telah memiliki keimanan yang sempurna. Mereka benar dipilih Allah untuk meraih syurga dengan jalan mudah tetapi tinggi maharnya.

Semoga generasi yang akan lahir dari rahim ini akan tergolong bersama mereka.ameen..

Selesai paintball, peserta-peserta puteri bergerak untuk explore race. Saya dan Adila mengambil peluang melihat adik-adik lelaki kami yang bermain paintball selepas itu. Tidak lama kerana terpaksa bergerak untuk menyelesaikan tugasan berkenaan cenderahati jurulatih.

Akibat tidak mempunyai kerja selepas itu, saya dan Adila bergerak ke checkpoint monkey swing. Adila cuba untuk bergayut dan saya menyambutnya. Namun tersilap langkah, saya dan Adila jatuh ke dalam air bersama-sama selepas lutut saya terhantuk tiang besi. Kaki cram sebentar namun sempat ketawa bersama. Memang tak ada kerja cari kerja. Akibatnya, lutut sedikit berdarah dan jalan terpaksa sedikit terhinjut kerana sakit. Nge~

Selesai membersihkan diri, sempat berehat sebelum mengikuti program adik-adik peserta di dewan utama. Peserta-peserta diminta untuk membina bangunan berasaskan kertas, straw dan marker pen. Senang melihat kretiviti-kretiviti adik-adik yang tersendiri.

Sengaja memilih untuk bersama adik-adik dalam sesi memasak petang itu. Berada dalam kalangan mereka menyedarkan saya bahawa saya sudah mula berasa janggal setelah hampir setahun tidak bersama junior. Walaupun sebahagian daripada mereka adalah bekas anak-anak murid dan mereka tetap ramah tetapi saya sendiri tidak semesra dulu. Lebih banyak senyum dan hanya bertanya khabar.

Malam itu, tentative diisi dengan pengisian oleh ustaz Rahim berkenaan 'Tarbiyah Dzatiyah' yang saya kira lebih elok ditukar tajuknya kepada 'ciri-ciri muslim mukmin' berdasarkan huraian penyampai.

My little brother Thalhah dipilih oleh kem komandan sebagai pengerusi majlis malam itu. Teruja melihatnya bercakap di depan.^_^

Sebelum malam berakhir, sekali lagi post-mortem diadakan bagi menilai perjalanan program hari itu. Alhamdulillah, sekali lagi tugas-tugas khas hanya mengahadapi masalah-masalah kecil berkaitan hadiah untuk peserta dan cenderahati untuk jemputan majlis penutup.

16th June 2010

Hari terakhir bagi KAHFI.

Adik-adik peserta diminta untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan pagi itu. Kemudian masing-masing mula bersiap untuk majlis penutup.

Sebelum sesi luahan rasa bermula, adik-adik puteri memulakan sesi bergambar beramai-ramai bersama kakak-kakak fasilitator dan urusetia. Seterusnya diikuti oleh adik-adik putera.

Ketika sesi perkongsian rasa, saya tergerak untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik peserta tetapi memandangkan hanya pserta dan fasilitator yang dijemput untuk berkongsi, maka saya sendiri berat untuk keluar..(kes merajuk ka ni? Hehe)

Selepas selesai majlis penutup, kami mengadakan sesi salam semut. Mencium adik-adik membuatkan saya rasa benar-benar sayang dan kasih pada mereka kerana mereka adalah pewaris suatu hari nanti. Memaut sahibah-sahibah sefikrah melahirkan rasa sebak, mahu sahaja saya menjerit, "uhibbukum fillah!"

Sungguh. Semoga Allah mentsabatkan hati-hati kita di atas jalan iman ini, insyaAllah..

*bersama sahibah-sahibah di KAHFI membuatkan saya merindui sahibah-sahibah Jordan..inni asytaqilikum jiddan!

*gambar-gambar kem akan diupload kemudian, insyaAllah..

*sempat bertanya kepada pengerusi HaluanSiswa Nasional berkenaan protokal urusan..semoga Allah memudahkan..

Monday, June 7, 2010

hari pertama di rumah..

Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama di rumah. Teratak jauh di bumi utara Malaysia. Tanah yang hampir dengan bumi wakafan subur dengan Tarbiyah dan Dakwah.

Tetapi masih belum berkesempatan bergerak ke sana. Memulakan operasi amal jama'ie yang berbentuk fardie..hehe. (maknanya kerjanya perlu ramai yang buat tapi saya yang buat seorang)

Ketika tiba jam 11 malam semalam, saya menapak dengan penuh rindu. Meski baru setahun ditinggalkan, sudah berbunga rasa cinta itu. Sejujurnya, rumah saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Sama dengan rumah-rumah lainnya. Tetapi apa yang membuatkan saya rindu adalah kekuatan itu. Roh DnT yang selalu ditiupkan oleh pemilik rumah ini membuatkan saya selalu merindui teratak ini.

Roh yang selalu membakar saat api semakin malap. Roh yang menyokong saat diri hampir terduduk. Roh yang selalu ada sehingga membuatkan saya sendiri malu jika berdiam futur.

Tetapi pemilik roh itu masih belum sempat saya tatap kerana 'dia' masih belum pulang. Perlu menanti buat tempoh yang mungkin hampir 2 minggu. Semoga Allah selalu mensejahterakan keamanan dan keselamatan'nya'.

Hari ini juga bermulalah hari pertama saya menjadi tukang masak utama di rumah ini. Perlu menyediakan makan dan minum untuk 2 orang jejaka yang selalu menguji kesabaran. hee.. Sejujurnya, bermain dengan api dan periuk bukan pilihan saya dari dulu.

Saya tidak kisah untuk menyelongkar stor luar yang berkotak-kotak berat untuk disusun atur semula seorang diri. Saya tidak kisah untuk mengangkat atau menolak ke sana ke sini perabot-perabot kayu untuk menghias dan mengemas rumah seorang diri. Saya tidak kisah men'vacuum' dan me'mop' seluruh rumah keseorangan. Saya tidak kisah mengemas setiap kabinet yang berada di rumah. Dan segala-gala jenis pekerjaan lain yang sememangnya selama ini adalah pekerjaan saya. Tetapi memasak..adeih..^_^!

Sepanjang saya tinggal di rumah sebelum ini, semua pekerjaan saya lakukan kecuali 'pekerjaan' itu. Saya akan serahkan pada ibu. hehe. Tetapi saya tetap berada di dapur menyediakan segala kelengkapan memasak dan akan kembali semula untuk mengemas setelah ibu selesai.

Namun Alhamdulillah saya mula berjinak-jinak dengan 'aktiviti' ini ketika berada di bumi Jordan. Dan saya bermula dari bawah dengan pemantauan 'mak' dan kakak..huhu

Ketika memasak untuk makan tengah hari tadi, awalnya rasa berat. Lebih-lebih lagi 2 jejaka yang akan dijamu inilah yang membuatkan kerja saya bertambah akibat membiarkan rumah bersepah kerana tidak menjalankan tugas masing-masing yang telah diagihkan selama berminggu-minggu. (geram..geram he..)

Tetapi teringat leteran 'mak', "memasak ini mengajar kita untuk ikhlas dan bersifat memberi"

Alhamdulillah..tiba-tiba hati rasa semangat untuk beroperasi. Saya pujuk hati. "InsyaAllah belajar untuk menyediakan santapan buat mujahid. Semoga Allah redha..ameen."

Sambil tangan bekerja, sambil dapur ditemani rentak nasyid shoutul Harakah yang bersemangat. Lagu-lagu jihad terus berputar membuatkan diri ini bertambah syu'ur. Bukankah jika makanan yang kita masak adalah untuk manusia yang berkerja di jalanNya itu dinamakan juga jihad? Lalu, saya pantas mahu merebut itu juga. Maka harus belajar mulai sekarang, Hasna'! (semangat..nge~)

Maaf kawan-kawan, saya berkongsi ini bukan saja-saja atau menunjukkan jiwa saya ke arah itu. insyaAllah belum masanya lagi.

Tetapi apa yang sengaja saya mahu kongsikan adalah, tanamkan kesedaran dalam setiap gerak kerja kita untuk Islam hatta dalam hal-hal memasak sekalipun.

Jadikan setiap perjalanan hidup untuk Islam. Untuk masa depan ummah. Peringatan buat diri, kita tidak akan selamanya remaja dan anak-anak. Kita akan dewasa dan bakal melahirkan pewaris. Dan ketahuilah corak pewaris yang akan kita lahirkan ditentukan oleh setiap percaturan kerja kita hari ini.

Sungguh. Semoga hidup kita untuk dakwah dan diliputi Tarbiyah agar anak-anak yang bakal lahir adalah hasilan baitul muntijah yang melahirkan roh-roh jihad buat dunia, ameen.

*masih banyak kerja (kerja rumah + kerja Islam) yang belum diselesaikan..hu..doakan semoga semuanya dipermudahkan.
*Semoga cuti ini dimanfaatkan untuk Dakwah dan Tarbiyah. ameen..
*doakan saya teman...
*sayang dan rindu kalian, sahibah-sahibah dan teman-teman Jordan..

Saturday, June 5, 2010

Ibrah safar tarbawi

Alhamdulillah telah selamat mendarat di bumi Malaysia yang menghijau pada jam 4.30 petang tadi. Tepat tayar menapak di atas landasan, hujan renyai membasahi bumi yang dirindui. Tiba-tiba teringat ketika awal saya meninggalkan Malaysia, renyai yang sama menghantar.

Sungguh. Saya bertambah yakin bahawa tidak pernah ada detik dalam kehidupan kita suatu yang sia-sia. Dan saya telah mendapat ibrah yang besar dalam safar tarbawi ini.

Sebelum berangkat, rasa sebak dan sayu untuk meninggalkan bumi Jordan walaupun cuma untuk 3 bulan, apatah lagi terpaksa meninggalkan 'mak' (asma' @ cemo' @ mak) dan kakak (kak 'Adnin) yang merupakan tempat saya bermanja (baca:menempek) selama ini. Dan pastinya 'budak kecik' ini tidak ada untuk suatu tempoh yang panjang dan pendeknya ditentukan oleh setakat mana cuti tersebut bermanfaat kepada Islam.

Transit yang disusun Allah.

Saya memilih Egypt Airlines memandangkan Kuwait Airlines memaksimumkan tempuh tarikh pergi dan balik tidak lebih daripada 3 bulan. Lalu, cuma tinggal ini dan Oman Airlines sebagai pilihan tiket termurah ^_^. (percutian bajet)

Dari Irbid cuma 3 pelajar termasuk saya dan sejumlah pelajar yang dalam lingkungan 30 orang dari Mafraq. Sebelum berlepas ke Mesir, sempat berkenalan dan berbual dengan beberapa pelajar akhawat. Sejujurnya, saya selalu mencari peluang untuk berkenalan dengan pelajar Mafraq memandangkan saya lebih rapat dengan pelajar Mu'tah atas faktor aktiviti-aktiviti persatuan yang diikuti.

Apa yang membuatkan saya lebih mahu mencari kenalan dari kalangan pelajar Mafraq antaranya kerana terdapat beberapa orang pelajar tajaan PERKIM di sana. Lalu saya benar-benar berhajat mahu ketemu sama mereka dan mendengar perkongsian dari mereka.

Dan SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah memenuhi hajat tersebut hari ini.

Ketika kami tiba di bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, terdapat sekelompok nun berpakaian lengkap keagamaan bersembang sesama mereka.

"jangan tengok, jangan tengok" Ada suara di belakang saya semasa kami menaiki escalator. Saya toleh. Namun tidak dapat dipastikan pemilik suara.

"Adik dari mana? JUST ke?" Seorang kakak berniqab bertanya dalam loghat ala-ala Indonesia saya kira. Saya senyum. Sudah agak sebab mengapa saya dilihat sebagai budak JUST. Buku kegemaran 'Men from Mars, Women from Venus' saya kemaskan pegangan agar tidak jatuh. Kami tiba di tingkat 1.

"Tak, dari Yarmouk.." Bermula perbualan kami. Kakak itu bilang dia dari Sabah. Hati menari ingin tahu lebih. "kakak takhasus apa?"

"akak sebenarnya masih di kursus bahasa. Tak ada basic dulu."

"ya Allah bagusnya akak.."Hu..saya sangat cemburu dengan manusia-manusia yang rajin seperti ini.

"kakak datang under PERKIM.." .SubhanaAllah..Alhamdulillah. Saya menjerit syukur dalam hati. Allah makbulkan doa saya selama ini ketika transit yang cuma berbaki 1 jam lebih ini. Kami berta'aruf ringkas dan kemesraan cepat bercambah.

Banyak perkongsian yang saya dapat. Sangat banyak. Alhamdulillah, cita-cita saya tertunai pada waktu yang seketika tetapi bermakna. Mungkin saya akan cuba berkongsi kemudian dan insyaAllah saya akan usahakan kerana memang hajat sangat nak berkongsi kisah yang tak ternilai saya kira dalam banyak-banyak sejarah kehidupan saya sebagai seorang muslim.

Seorang nun yang merupakan pendakwah kristian telah dianugerahkan Allah kemanisan iman dan Islam. Tetapi tidak semudah itu nilai Iman. Sekarang kak N menderita disihir oleh paderi tempat beliau berkhidmat dulu. Setiap kali beliau membaca alQuran, badan akan sakit seperti dicekik orang dan darah merah akan termuntah keluar.

Dan rupa-rupanya hal beliau di bawah pemantauan ustaz Sulaiman, pengarah MSD kami. Dan kepulangan beliau ini ditaja sepenuhnya oleh PERKIM untuk dibawa berubat secara Islam. Rupa-rupanya kak N yang bersuara di escalator tadi. Kata kak N, sampai sekarang dia tidak mampu untuk melihat nun-nun atau paderi-paderi kerana dia dulu pernah bersama mereka. Dan dia pernah tahu perancangan-perancangan mereka.

Sungguh. Allah izin saya terima banyak. Tidak tergambar betapa tingginya rasa syukur di hati ini kerana rangka susunan Allah yang Maha Cantik . Lebih-lebih ibrah ini ada kaitan dengan perkongsian yang hajat saya kongsikan berkenaan jelajah Jordan edisi ke2 saya baru-baru ini.

Teringat kata-kata kak N. "hasna' tahu, akak bersyukur dizinkan Allah bertemu dengan hasna', manusia yang punya fikrah dan kefahaman sama dengan akak. Yang sama-sama nampak betapa pentingnya kita bergerak. Yang nampak betapa kerosakan akidah masyarakat itu yang harus diutamakan dari hal-hala lain" (ayat yang disusun lebih kurang. Saya tulis lebih berbentuk skrip)

Saya bertasbih dalam hati. Kakak, itulah dinamakan proses Dakwah dan Tarbiyah. Hanya manusia yang melaluinya sahaja akan faham dan sedar apa pentingnya dia bergerak.

"sebab itu bukti iman kita masih bernyawa. Saat kita melihat masyarakat sudah rosak dan berdetik dalam hati kita untuk meng'islahkannya, itu adalah sekecil-kecil tanda bahawa iman kita masih nyawa-nyawa ikan". Saya genggam tangannya. Sungguh. Semoga Allah merahmatimu akak!

Doakan semoga cuti ini bermanfaat untuk Islam..insyaAllah, banyak perkara perlu diselesaikan namun yang takutnya, apakah semua itu akan benar diselesaikan..Ya Allah, semoga setiap waktuku bermanfaat untuk Islam, amen.

*tunggu big boss balik. Banyak benda nak bincang ni.

*berjumpa kak N membuatkan otak saya bekerja lagi. Tahu saya rancang apa? Untuk menyusun program bagi mendalami agama Kristian dan kitab bible. Baru kita akan sedar betapa tinggi dan indahnya Islam sebagai jalan hidup, insyaAllah..

*insyaAllah, kak N bercadang untuk menziarahi rumah saya di Perlis sebelum pulang ke Sabah (Beliau duduk 1 bulan di PERKIM). Hajat saya untuk membawanya menziarahi murabbi-murabbi saya di MATRI insyaAllah..Semoga itu menjadi kekuatannya untuk bergerak.

Thursday, June 3, 2010

Sahabat+Malaysia+LL4G

Jannah yang memakai GA. Barisan duduk ketiga dari sebelah kiri
ketika program kemasyarakatan selepas selesai SPM

Alhamdulillah..selesai imtihan akhir sebentar tadi. Berjalan-jalan sebentar di syari' jami'ah mencari buku untuk sem depan. (impian nak belajar di rumah untuk cuti ini..semoga Allah mudahkan )

Pulang sebentar sebelum bersiap untuk ke program di Solah Petra bersama relawan Gaza yang bertapak beberapa hari di bumi Urdun ini. Sebelum itu sempat membuka ym dan berbual sebentar dengan sahabat baik yang kini menuntut di bumi Mesir.

Ketika hamper bergerak keluar dari ym, terbaca status Atikah (sahabat baik saya itu) yang menggetarkan saya. Jannah?

"kenapa dengan Jannah?"

"JANNAH MENINGGAL"

"innalillah hiwa inna ilaihiraji'uun". Mata saya membesar. Jantung bagai mahu berhenti. Jannah? Sungguh. Kehidupan kita milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.

Turun ke rumah dari rumah kak Sarah, saya maklum pada Asma' . Kami terdiam sebentar. Ketika itu baru air mata saya mengalir. Saat semuanya berputar kembali, hati diserang sebak.

Sungguh. Kematian itu suatu peringatan yang paling baik.

Saya menangis bukan sekadar yang pergi itu sahabat yang bersama-sama saya di MATRI, tetapi saya menangis kerana terfikir, Ya Allah, jika Engkau menjemput aku sekarang..apakah sudah benar bersih diri ini untuk diperhitungkan?

Hilang rasa untuk keluar. Namun saya kembali sedar. Jannah sudah kembali untuk diperhitungkan segalanya dan saya masih bernyawa. Saya juga ada waktu yang telah dijanjikan. Lalu untuk itu, saya harus hidup dalam erti kata hidup bagi seorang mukmin agar kematian saya benar-benar tidak ditangisi ketika diperhitungkan.

Alhamdulillah..Mendapat mutiara dan kekuatan dari butir pengalaman dan perkongsian dari relawan-relawan, membuatkan saya sedar bahawa saya punya tanggungjawab yang masih belum selesai. Tanggungjawab yang sama-sama saya, Jannah dan mereka-mereka yang sedar sedang usaha untuk langsaikan.

Untuk sahabat yang menunggu, Nurul Jannah Ahmad Sani,

Semoga dirimu tenang di sana. Berbahagialah kerana dirimu tidak perlu lagi lelah dengan dunia yang meletihkan..Kami juga pasti menyusurimu kemudian, kerana itu kepastian setiap kehidupan. Sungguh. Ana kenal anti sebagai seorang yang gigih dalam DnT..

Ana tak akan pernah lupa setiap kenangan kita dalam program-program tarbawi yang pernah diikuti bersama. Ana tak pernah lupa setiap perbincangan kita yang berkaitan perkembangan DnT ketika di MATRI mahupun ketika di alam pengajian tinggi.

insyaAllah, ana yakin anti telah peroleh kematian yang baik. Dipanggil pulang dalam usia remaja yang setia menjadi pemuda kahfi dalam dunia yang memeritkan. Bersama dalam kafilah pemuda yang tegar mempertahankan haq dalam masyarakat yang menjadikan haq itu mainan. Yang bersama kafilah yang tegar membaiki diri dan berusaha membaiki sekeliling.

Tunggu ana sahabat... insyaAllah, ana juga punya waktu yang telah dijanjikan. Namun ketika ini, ana masih perlu bergerak untuk Islam dan semoga dengan usaha-usaha kita ini, Allah mempertemukan kita semula di syurga sana yang mahal maharnya..hadiah cuma buat mereka yang benar-benar bekerja.

Juga mahu berkongsi mengenai LL4G..Buat mereka yang menyangka bahawa kita tewas, sedarlah bahawa kita tidak tewas tetapi menang penuh maruah insyaAllah. Yakinlah bahwa tidak pernah ada susunan Allah itu sia-sia.

Janganlah Bersedih, Keberhasilanmu Sangat Besar

[ 03/06/2010 - 03:35 ]

Abdul Bari Uthwan

Bisa dipastikan, Benyamin Netanyahu, perdana menteri Israel dan konco-konconya dari ultra kanan radikal tidak pernah menyangka, reaksi rakyat Palestina, ummat Islam, Arab dan masyarakat dunia begitu besar akibat peristiwa pembantaian tentara Zionis terhadap kapal kebebasan di Laut Tengah yang mengakibatkan, 20 an meninggal syahid serta puluhan lainya luka-luka.

Betul memang kita mengalami kerugian dengan meninggalnya 20 syuhada, kebanyakan dari warga Turki. Akan tetap yang kita dapatkan adalah 70 juta rakyat Turki jadi berpihak pada Palestina yang merupakan pusat masalah Palestina. Mereka bersatu pada dalam menghadapi Israel.

Darah Turki yang tumpah bersama rekanya dari Al-Jazair dan Palestina serta lebih dari 50 negara di dunia termasuk Indonesia menyamai ledakan dakhsyat bagi kebangkitan kaum muslimin dan dunia untuk menghabisi Zionis.

Pembantaian yang dilakukan pemerintah Israel di daratan wilayah Gaza ataupun di lautnya berupa penolakan mereka terhadap kapal bantuan kemanusiaan, menyamai upaya puluhan tahhun serta ratusan milyar dollar yang mungkin bisa diberikan negara-negara Arab dan Islam untuk membongkar kejahatan dan arogansi Israel di muka internasional.

Lebih-lebih pengorbanan yang dilakukan penumpang kapal yang telah memutuskan untuk menembus blockade Zionis terhadap warga Gaza yang sedang kelaparan, relawan sipil yang berani menantang kezaliman Israel dengan membawa kotak-kotak obata atau berkarung-karung semen serta menolak tunduk pada pembajakan Israel untuk kembali ke tempat dimana mereka berangkat, telah menorehkan sejarah mu'jizat yang belum tentu dapat dilakukan tentara Arab melalui milyaran dollar yang digelontorkan untuk melatih mereka atau mempersenjatainya.

Armada kebebasan ini merupakan anugrah dari Allah untuk memenangkan kaum muslimin yang terblokade di Gaza. Sebaliknya merupakan tamparan yang keras terhadap Israel dan koleganya.

Dengan serangan Israel ke armada ini dapat dihasilkan sejumlah keberuntungan bagi masalah Palestina, yang belum tentu dapat dihasilkan oleh gerakan-gerakan lainya yaitu,

Pertama, terbongkarnya keterlibatan pihak-pihak resmi Arab dalam blockade Gaza serta membungkam public opini dan penyesatan realitas. Disamping mengembalikan masalah Palestina pada proporsinya, bukan hanya blockade Gaza.

Kedua, munculnya reaksi dunia internasional terutama dari masyarakat sipil yang menolak penyerangan Zionis terhadap orang-orang sipil. Disamping mengisolasi sejumlah pemerintahan Arab yang masih berkubang dalam perjanjian damai dengan Israel. Selama ini mereka tidak terlalu peduli dengan penderitaan rakyat yang terblokade juga para syuhada yang telah mempersembahkan nyawanya agar dunia peduli kepada penderitaan rakyat Palestina. Mesir dan Jordania, misalnya hanya mampu memanggil dubes Israel di Amman. Sementara Kairo hanya memprotes tindakan Zionis tersebut. Hal yang sama dilakukan Swedia, Norwegia dan Sapnyol.

Ketiga, untuk pertama kalinya semangat rekonsiliasi semakin dekat. Pemerintah Ramallah dalam hal telah mengecam pembantaian Zionis tersebut. Bahkan ia mengumumkan untuk berkabung selama tiga hari. Pemerintah Ramallah yang diwakili Mahmud Abbas meminta Liga Arab dan Dewan keamanan PBB mengadakan pertemuan darurat. Dengan kenyataan ini, berarti rekonsiliasi akan segera terwujud di bumi perlawanan, bukan di bumi negosiasi atau perundingan sia-sia.

Keempat, terpuruknya pembantaian Zionis menyeret mereka pada kasus pembajakan. Walau beda antara pembajakan yang dilakukan oleh satu kelompok orang dengan pembajakan yang dilakukan negara. Dengan demikian negara yang melakukan pembajakan, tidak mewakili sebagai negara demokratis di dunia. Sementara nilai kebudayaan bangsa barat dan bangsa lainya akan berupaya menyeret pelaku pembajakan ini sebagai penjahat internasional. Terutama, Ehud Barak sebagai perancang serangan dan Netanyahu yang menyetujui pembantaian itu terjadi. Keduanya harus diajukan ke mahkamah internasional sebagai penjahat perang.

Kelima, operasi berdarah ini justru mempercepat penyelamatan terhadap Iran dan presiden Ahmadi Nejad. Tampak bagi dunia bahwa Israel adalah satu-satunya negara yang mengancam perdamaian bukannya Iran. Israel telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan.

Keenam, tersingkapnya reaksi pemeirntah Amerika dan Inggris yang sangat memalukan bagaikan aib menerpa di wajahnya. Ini sebuah ancaman bagi serdadu kedua negara tersebut di Irak dan Afganistan, karena keberpihakanya pada pembantaian Zionis ini. pemerintah Inggris berkomitmen untuk tetap diam. Sementara presiden Obama hanya menyayangkan jatuhnya korban. Ia menyatakan akan menyelidiki kasus ini.

Ketujuh, para relawan yang berada di kapal Marmarah, Turki yang yang terdiri dari sejumlah aleg dan politisi serta organisasi kemanusiaan menampakan keberanianya yang layak mendapatkan ucapan selamat. Ketika mereka menolak menyerah pada pasukan Komandoz Israel yang menyerang kapalnya. Dengan keberanianya mereka mengusir para serdadu itu. Mereka justru encari mati syahid.

Pelajaran yang kita ambil dari peristiwa ini adalah, kemauan yang tinggi lebih kuat daripada senjata modern canggih sekalipun. Perlawanan dengan segala bentuknya cukup untuk menghadapi kesombongan Israel yang tidak pernah menghormati piagam, undang-undang internasional. Perlawanan adalah satu-satunya cara untuk mencapai tujuan yang diharapkan seperti kebebasan dan perlawanan.

Kelompok mujahid ini percaya akan nilai-nilai keadilan untuk menolong orang-orang yang lemah dan terblokade kelaparan. Mereka telah mempersembahkan bentuk perlawanan pada dunia seisinya tentang sebuah cita-cita untuk membebaskan satu bangsa, walau tantangan sulit menghadang serta ancaman dan tindak terorisme.

Pembantaian berdarah yang dilakukan Israel justru menorehkan sejarah akan mulai gugurnya system rasis Israel. Disamping telah menorehkan sejarah bagi bangkitnya kekuatan rakyat dan bangsa Arab serta Islam. Selain itu, peristiwa ini memunculkan bibit persatuan diantara rakyat semuanya dalam masalah keadilan dan kebenaran.

Maka kita ucapkan banyak terima kasih rakyat Turki berikut pemerintahnya pimpinan Recep Tayep Erdigan serta Presideny, Abdullah Gaol yang telah mengawal armada kapal ini serta dukungannya yang penuh terhadap kapal ini. Tindakan tersebut sebagai langkah yang belum pernah dilakukan oleh sejumlah negara Arab atau negara-negara besar secara khusus.

Terakhir, tak mungkin kita melupakan jasa-jasa dari Syaikh Raed Shalah dan Matran Akbuji serta semua pejabat dalam kapal tersebut yang menghadang peluru Israel dengan dada-dada mereka. Tidak ada yang menakutkan mereka baik pesawat-pesawat tempur Israel, bom, peluru tajam. Mereka adalah ikon kemanusiaan selain ikon ummat Islam. Semoga mereka menjadi laut kecil yang dapat mengantarkan perjalanan demi perjalan untuk menuju kebabasan.

Sementara itu, rakyat Gaza dengan segala pengorbananya dengan menjadikan diri mereka sebagai bom-bom manusia telah membuat seharah baru, menembus terowongan-terowongan demi menghancurkan blockade hingga mencapai permukiman Zionis dan pangkalan-pangkalan militer Zionis. Mereka yang berdiri di pinggir pantai untuk menyambut kedatangan kapal armada kebebasan akan bertambah kepercayaan mereka terhadap keadilan dalam masalahnya yang bukan hanya membebaskan blockade, tetapi juga hak kembali mereka ke Yava, Mujdal, Bithani, Akka, Falujah, Al-Quds dan setiap wilayah Palestina. Mereka akan paham, bahwa mereka tidak sendirian. Mimpi mereka akan segera terwujud untuk dapat merdeka, bebas dari penjajahan. (asy)

*mungkin ini post terakhir saya di bumi Urdun sebelum berangkat pulang esok insyaAllah.. Rasa sebak, sedih, gembira, rindu dan gementar bercampur baur dalam hati. Semoga cuti ini member impak kepada Islam insyaAllah..

*saya akan pulang semula ke Jordan pada 16 September 2010. Mungkin berseorangan..sebab sahabt-sahabat lain ramai beli 28 September..ada sesiapa yang nak teman tak?