Itu adalah panggilan kami yang diajar oleh bonda terhadap television semenjak di usia kecil. Dan saya rasa itu adalah realiti bagi keluarga muslim untuk melihat kotak hitam itu sebagai sumber segala kerosakan dan kehancuran minda anak-anak.
Maka kebenaran untuk menontonnya sangat ketat.
Arkib television 1958, Germany: Braun F 1.
Di mana bijak pandai Islam ketika awal-awal kotak ini ditubuhkan?
Teringat semasa kecil, bahagian senarai rancangan television dalam akhbar harian adalah sangat penting bagi kami adik beradik. Setiap hari, kami akan melihat bahagian itu dan memilih cerita apa yang kami mahu tontoni. Kemudian, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah beramai-ramai (sedangkan cuma 3 orang: abang, kakak dan saya) menghampiri bonda dan memujuk untuk diberi keizinan. Seterusnya, jika bonda bersetuju, maka akan ada satu tugasan untuk kami laksanakan dahulu.
Sama ada menghafal beberapa ayat dari surah-surah tertentu, atau membasuh kasut sekolah masing-masing secara manual, atau membuat beberapa latihan tambahan, dan sebagainya. =)
Itu cerita dahulu.
Zaman kanak-kanak masih patuh untuk mengikut. Zaman kanak-kanak tiada laptop, tiada ipad, tiada smartphone dan sebagainya. Zaman kanak-kanak yang cuma akan dicemari oleh kotak hitam jahiliyyah itu sahaja.
Jika kotak itu ditutup, maka terselamatlah kanak-kanak dari dunia luar dan mereka masih mampu berhibur dengan bermain 'aci ligan' di bawah pohon rendang di luar rumah.
Sekarang?
Pewarna Dunia: Kesilapan Pertama.
Teringat semasa Persidangan Tahunan Mahasiswa Jordan (PERTAMA ke-6) awal tahun yang lalu, yang mengambil tema "MEDIA DAN HIBURAN : URGENSI DAN CABARAN SEMASA", pihak pengajur telah menjemput tetamu terhormat, Professor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah dan ustaz Nazrey Johani (Raihan).
Sangat teruja.
Kami membincangkan banyak perkara dan mostly, yang belum pernah saya terfikir selama ini.
Mantan Pres MPMMJ, pegawai-pegawai EMJ dan tetamu majlis.
Antara yang masih saya ingat dalam jutaan petahan kata-kata Prof. Madya Dr Abu Hassan, yang mafhumnya berbunyi,
"antara faktor kerosakan dan kepincangan media kita hari ini adalah kesilapan pertama yang telah dilakukan oleh orang-orang agamawan dan bijak pandai dalam memulau bidang ini semenjak awal-awal kemunculannya."
"Kita ditakutkan dengan media, lantas kita meninggalkannya sehingga hari ini, apabila media telah rosak dengan sangat dahsyat, baru kita celaru mencari resolusi mengubatinya".
Saya setuju 100% malah mungkin jika boleh diletakkan angka 1000% akan saya letakkan.
Jujurnya, pernah bukan kita mendengar bicara-bicara seperti ini;
"antara bidang paling teruk ialah mass comm, tengok perempuan merokok tu normal la..".
"ei..ambil multimedia? boleh hidup dengan apa nanti?".
"orang-orang seni ni teruk-teruk. dari dulu lagi..susah dah nak ubah..".
"kalau anak kita ambil bidang-bidang macam ni, rosaklah dia..rosak akhlak, rosak masa depan.."
Pernah bukan?
Saya pernah. Malah selalu.
Sedangkan kita terlupa bahawa media itu sebuah lakaran. Apakah paling terpenting bagi sebuah lakaran? Bukankah pencoraknya nadi utama?
Pewarna Dunia: Takluki Media, Kita akan Takluki Dunia.
Theodor Hertzl yang merupakan pengasas kepada rancangan gerak kerja 50 tahun penubuhan negara haram Israel amat mementingkan bidang kewartawanan iaitu sebahagian dari bahagian-bahagian penting dunia media massa.
Mengapa?
Kerana dia tahu,siapa yang menguasai media akan dapat menguasai dunia.
AlJazeera: saluran berita alternatif dunia yang mula diwujudkan pada 1996 selepas
puluhan tahun dunia dikaburi oleh berita-berita dari kaca mata musuh.
alJazeera-Wiki
Di Amerika, gaji purata bagi journalist ialah sekitar 20-61 ribu USD setahun (Rujukan: Payscale; Journalist Salary) malah ada yang menjangkau sehingga 70 ribu+ USD dan menjadi antara kerjaya yang berprestige.
Kita?
"err..journalist tu..kerja dia apa ya?".
"The first casualty of war is truth", Hiram Johnson, US Senator, 1918.
Menarik mengikuti peperangan media yang turut berperang seiring serangan di Gaza baru-baru ini.
Sekarang kita lihat, di tangan siapa sumber berita-berita utama dunia? Di pihak manakah producer-producer filem yang ditonton oleh kita dan keluarga? Siapakah yang menguasai media prima saluran television kita?
Bukankah mereka yang kita tentangi di mulut itu yang sebenarnya menguasai minda dan waktu lapang kita?
Bermula dari kesilapan pertama kita, iaitu meletakkan skeptik negatif kepada bahagian-bahagian penting dalam hidup iaitu hiburan, sumber maklumat, kesenian dan kebudayaan.
Pewarna Dunia: Kotak Hitam, Tapisan Warna-Warnanya .
Sungguh. Media adalah medan yang sangat penting terutamanya dalam proses tumbesaran pendidikan anak-anak. Mengosongkan rumah dari dunia media bukanlah solusi yang baik kerana media adalah saluran yang cuma ada warna-warna yang bercampur. Dia tidak perlu dibunuh.
Malah, dengan menyekat fitrah berhibur akan membuatkan jiwa lebih memberontak. Bukankah lebih cantik jika kita menyediakan pilihan-pilihan warna yang bermanfaat?
Jujurnya secara peribadi, hanya apabila saya mula memikirkan warna apa yang perlu dipersembahkan kepada anak-anak suatu hari nanti, baru saya mula melihat urgensinya memperbanyakkan warna-warna yang baik.
Dan kita tidak perlukan warna-warna bernama Islam tetapi kita lebih memerlukan warna-warna yang mengandungi warna Islam.
Sekadar berkongsi sebahagian contoh filem yang unIslamic Titles but worth much of Islamic values dan sangat sesuai untuk ditonton oleh anak-anak:
1.0 Brave.
Values:
Dalam hidup, kita tidak perlu mempertahankan hak tetapi lebih baik menunaikan hak. Seorang ibu tidak perlu menekan anaknya untuk mentaatinya kerana dia adalah ibu dan seorang anak tidak perlu memberontak dengan menuntut kebebasan sebagai seorang anak. Filem Brave yang menekankan quoted "Family is the king", adalah filem wajib tonton untuk kita melihat betapa besarnya nilai sebuah hubungan kasih sayang kekeluargaan.
2.0 Up.
Values:
Kebahagiaan dalam kehidupan suami isteri adalah apabila masing-masing saling memberi sepenuh hati. Filem ini juga mendidik kita agar menjadi manusia yang hidup untuk sesuatu, hidup dengan manusia lain bukan sekadar hidup dengan cerita dan kisah kita seorang. Sebuah filem wajib tonton untuk kita melihat betapa dunia ini luas warna warninya.
3.0 Taree Zameen Par (Every Child is Special).
Values:
Walaupun mengandung dan melahirkan anak itu susah, tetapi tidak sesusah memahami psychology anak-anak. Taare Zameen Par, adalah filem wajib tonton untuk semua bakal-bakal ibu dan ayah.
Sungguh, menonton filem ini membuatkan saya sebak dan tertanya sendiri, adakah saya mampu menjadi ibu generasi yang benar-benar mendidik suatu hari nanti? Bahkan persoalan paling terbesar ialah adakah saya mampu untuk melihat semua anak-anak itu adalah anugerah teristimewa bak quoted filem tersebut, "little stars on earth" jika suatu saatnya saya diuji mereka tidak setara yang saya hajatkan? ='(
Banyak lagi filem-filem lain yang dekat dengan jiwa seperti Ron Clark, I am Sam, Lucunya Negeri Ini dan sebagainya.
Penutup: Bukan Menutup tetapi Mewarninya Bersama.
Istilah "television ni teruk, tak payah tengok.." adalah sesuatu yang tidak lagi relevan hari ini.
Bukankah lebih cantik jika kita galakkan untuk lebih ramai anak-anak muslim yang faham agar turun terlibat sama dalam bidang ini? Sama-sama mewarnai agar menjadi medan penyebaran ar-Risalah?
Jika tidak mampu, kita sama-sama membantu dan menyokong mana-mana pihak yang berusaha untuk mengetengahkan warna-warna bersih dalam lakaran ini iAllah. Bukankah amal Islami itu memerlukan amal jama'ie?
=)
Nota kaki:
-Antara cita-cita saya dalam perancangan pendidikan anak-anak semasa kecil ialah selain membiasakan mereka dengan kemahiran-kemahiran asas seperti menunggang kuda, berenang dan memanah, saya mahu memberi kebebasan kepada mereka untuk terlibat dalam bidang seni sama ada seni pementasan, muzik dan sebagainya.
Biar mereka melihat bahawa dunia itu luas, bukan sekadar kertas-kertas peperiksaan kosong.
Harapnya perancangan ini dipersetujui oleh bakal ayah mereka. hew.
-Mass Media merangkumi (Rujukan: Mass Media-Wiki) :
# Broadcast. # Film # Video games # Audio recording and reproduction
#Internet # Blogs (web logs) # RSS feeds # Podcast # Mobile # Print media
# Outdoor media
-Ok. 2 perkara penting sebelum final ialah:
10 Dec: hantar teasis
26 Dec: tasmi' juzu' 28 untuk final. Alhamdulillah juzu' 27 untuk periksa sebelum ini telah lulus.