"menjadi isteri, kita perlu selalu berhati-hati agar tidak sampai rengekan kita menahan langkah suami.".
Saya pandang kakak. Mukhlisah masih leka bermain. Dan kakak menyambung,
"kak yam teringat, pernah suatu hari kak yam rasa kurang sihat dan malam tersebut, abang Ali ada program yang perlu dihadiri. Terluah dekat abang Ali, dan abang Ali risau , "tak mengapalah sayang, abang duduk dekat rumah je malam ni teman sayang..".
Hati rasa seronok tapi Alhamdulillah kak yam tersedar kemudian dan terus cepat-cepat ingatkan diri dan beritahu semula, "eh, tak mengapa abang, tiada apa-apa ni..sayang ok je ni. abang pergi ya program..".
Mukhlisah mencelah dengan bunyi untuk menarik perhatian. Kami tersenyum.
"Betul hasna'.. itulah tugas terbesar seorang isteri yang sebenar. Tugas utama sebagai pendamping hidup untuk memastikan diri kita tidak menyumbang kepada kelalaian suami.
Sebab itu isteri perlu terdidik untuk mendidik diri sendiri. Memang susah sebab fitrah kita lebih senang untuk selalu didampingi suami, lebih senang untuk dimanjakan dan lebih senang untuk diberi perhatian penuh, tapi itulah peranan untuk kita faham matlamat sebenar baitul muslim itu didirikan.".
Diam dan menghadam. Ketika itu masih belum jernih aqal menangkap dalam melihat payahnya untuk diolah secara amali hidup.
..........
Teringat tulisan Sheikh Rasyid Ghounnusyi yang menjawab tohmahan yang meletakkan pandangan hina bahawa wanita ini tercipta untuk menggoda dengan mafhum khulasahnya,
"wanita itu memang tercipta punya kuasa pengaruh. Pujukan dan rayuannya memang boleh menjatuhkan lelaki. Lantaran itu didikan Islam ke atas wanita perlu terus menerus berganda. Bukan lagi disekat dan ditutup di dalam rumah.
Wajib membenarkan wanita-wanita keluar untuk mendalami deen mereka melalui kelas-kelas, seminar-seminar, kuliah-kulian dan melalui apa cara sekalipun."
Benar, wanita ini perlu dididik agar kelebihan fitrahnya tidak dimanipulasikan sehingga membunuh alam.
Dan akhir-akhir ini, semakin hampir, semakin saya terkesan dengan kata-kata kakak.
Tugas isteri yang terbesar ialah menongkat suami ketika tampak lelah, memaut suami ketika tampak tergelincir, menyedarkan suami ketika tampak terlalai, membetulkan suami ketika tampak tersalah dan menguatkannya ketika lemah.
Bukan cuma memikirkan sarapan jenis melayu atau english yang perlu disediakan, bukan cuma mengingatkan suami untuk memenuhkan guni beras yang hampir tinggal berbutir, bukan juga sibuk mencantikkan laman rumah dengan bunga anggerik atau melor apatah lagi sibuk menyelak senarai perabot baru berebut tanding dengan jiran sebelah.
Wanita itu perlu terus dididik untuk mendidik diri agar bisa menjadi teman dalam melangkah beramal. Bukan hanya penghibur di dunia tetapi menjadi penarik kaki kiri dari terus memijak syurga. Na'uzubillah minzalik. ='(
Moga diri terus kuat untuk mendidik diri insyaAllah.
nota kaki:
-perkongsian kakak ada sedikit olahan untuk menyedapkan ayat. Dan kata-kata itu benar-benar menggigit hati saya.
-soifi kali ini adalah soifi yang paling meletihkan. Doakan semoga Allah permudahkan semuanya insyaAllah.
-Ramadhan semakin hampir! Yok kita persiapkan diri! ^^. Allahumma balighna Ramadhan..