Showing posts with label Feminisme. Show all posts
Showing posts with label Feminisme. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Wanita dan Islam IV

Islam dan pembelaan wanita tidak pernah terpisah. Islam turun saat wanita tertindas, dibunuh, tidak diiktiraf kemanusiaanya dan dianggap aib keluarga. Islam membebaskan wanita dari belenggu kepercayaan karut bahawa wanita adalah punca dosa nabi Adam a.s. juga adalah jelmaan syaitan seperti apa yang termaktub dalam bible mereka.

Tohmahan penindasan terhadap wanita berlaku apabila muslim yang tidak melaksanakan Islam dengan perlaksanaan yang benar.

Teringat kata-kata Anis Matta, presiden PKS dalam salah satu ucapannya, 
"Haq dan perlaksanaan ke atas haq adalah 2 perkara yang berbeza."

Pembahagian Harta Pusaka.


“Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. Jika anak itu semuanya perempuan dan lebih daripada dua orang, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; dan jika anak perempuan itu hanya seorang, maka ia memperolehi setengah harta. Untuk kedua ibu bapa, bagi masing-masing satu per enam dari harta yang ditinggalkan jika yang meninggal itu mempunyai anak; dan jika yang meninggal tidak mempunyai anak yang mewarisinya hanya kedua ibu bapa, maka ibunya mendapat satu per tiga. Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu per enam. Pembahagian tersebut sesudah ditunaikan wasiat yang dibuatnya atau sesudah dibayarkan hutangnya. Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa’atnya bagi mu. Ini adalah ketetapan daripada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Al Nisa: 11)


Dalam ayat ini, lelaki disebut sebagai 'zakar' dan wanita sebagai 'unsa'. Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pihak yang mempertikaikan keadilan Islam dalam pembahagian harta pusaka ialah,

Mengapa lelaki memperolehi 2 bahagian wanita?
Adakah zakar yang dimaksudkan adalah 'peranan lelaki'? Bermakna jika wanita itu memegang peranan sebagai seorang lelaki dalam keluarganya, maka dia memperolehi sama seperti lelaki?

Situasi yang Diberikan.

Sepasang suami isteri telah meninggal dunia dan meninggalkan 4 orang anak. Anak lelaki yang sulung, A adalah abang yang tidak bertanggungjawab. Tidak pernah pulang ke rumah dan langsung tidak memperdullikan adik-adiknya. Kaki mabuk dan penganggur. Manakala anak perempuan sulung (anak ke-2), B adalah seorang kakak yang sangat baik dan dialah yang memikul segala amanah membesarkan 2 orang adik di bawahnya. Mencari nafkah, menyediakan tempat tinggal dan menjadi tempat teduhan mereka dalam kasih sayang.


Persoalannya: Logik akal, adakah adil A mendapat 2 bahagian sedangkan B yang menanggung segala keperluan keluarga hanya mendapat 1 bahagian?

Jawapan: Tanggungjawab Selamanya Dipertanggungjawabkan.


Lelaki memang mendapat 2 bahagian dari wanita kerana maksud dari kelebihan itu adalah tanggungjawabnya dalam menanggung keperluan saudara perempuannya.

Menurut Sheikh Muhammad Ali asSyabouni (Pembahagian Waris Menurut Islam), antara hikmah lebihan lelaki terhadap wanita ialah:

  1. Kaum wanita selalu harus terpenuhi kebutuhan dan keperluannya, dan dalam hal nafkahnya kaum wanita wajib diberi oleh ayahnya, saudara laki-lakinya, anaknya, atau siapa saja yang mampu di antara kaum laki-laki kerabatnya.
  2. Kaum wanita tidak diwajibkan memberi nafkah kepada siapa pun di dunia ini. Sebaliknya, kaum lelakilah yang mempunyai kewajiban untuk memberi nafkah kepada keluarga dan kerabatnya, serta siapa saja yang diwajibkan atasnya untuk memberi nafkah dari kerabatnya.
  3. Nafkah (pengeluaran) kaum laki-laki jauh lebih besar dibandingkan kaum wanita. Dengan demikian, kebutuhan kaum laki-laki untuk mendapatkan dan memiliki harta jauh lebih besar dan banyak dibandingkan kaum wanita.
  4. Kaum laki-laki diwajibkan untuk membayar mahar kepada istrinya, menyediakan tempat tinggal baginya, memberinya makan, minum, dan sandang. Dan ketika telah dikaruniai anak, ia berkewajiban untuk memberinya sandang, pangan, dan papan.
  5. Kebutuhan pendidikan anak, pengobatan jika anak sakit (termasuk istri) dan lainnya, seluruhnya dibebankan hanya pada pundak kaum laki-laki. Sementara kaum wanita tidaklah demikian.
                                           ..................................

Bagaimana jika lelaki itu tidak bertanggungjawab?

Maka, harta warisan yang diperolehi oleh lelaki terbabit wajib dipegang oleh wali hakim anak-anak yang ditinggalkan. Dalam situasi sekarang, wali mereka ialah wali hakim mahkamah syariah yang mungkin boleh mengamanahkan kepada badan berkanun seperti Amanah Raya Berhad.

Bermakna, wanita atau kakak B , tetap memperolehi hanya 1 bahagian. Tetapi segala keperluan mereka (3 orang adik beradik perempuan B, C dan D) diambil dari bahagian abang A yang dipegang oleh wali hakim.

Dan jika abang A telah insaf, maka bahagiannya dipulangkan dan dia wajib meneruskan peranannya dalam menanggung keperluan keluarga.

Islam tidak menukar 1 bahagian kakak B kepada 2 bahagian kerana Islam tidak sama sekali membebankan wanita dengan tanggungjawab sebagai penyara keluarga. Tanggungjawab adalah kewajipan. Wanita tetap selamanya dimuliakan sebagai pihak yang perlu ditanggung nafkahnya. Wang dan simpanannya adalah milik peribadinya semata. Pihak yang wajib menyediakan nafkah bagi wanita tetap selamanya adalah lelaki sama ada ayah, suami, saudara lelaki, bapa saudara dan sebagainya.

Sungguh. Mulianya dan mudahnya menjadi wanita dalam Islam.

(Rujukan: Prof Dr Zakaria Khudoh, pensyarah Yarmouk Universiti, Jordan. Kepakaran dalam maqasid syariah)

Islam Bukan Tampalan Bangunan Jahiliyah Yang Rosak.




Islam adalam sistem hidup yang sempurna. Namun yang pasti, Islam bukanlah sekadar penampal kepada kerosakan akar umbi jahiliyyah.

Perundangan Islam akan kelihatan mustahil dan tidak adil jika diaplikasikan sebagai perundangan dalam sistem kehidupan jahiliyyah.

Sebagai contoh hudud. Dalam realiti hari ini, pemimpin zalim yang menindas, ekonomi yang jatuh akibat keborosan orang atasan yang rasuah, penggangguran yang berleluasa, hiburan yang melampau, kebebasan pergaulan, media yang dipenuhi dengan unsur seks, jalan ke arah zina terbuka mudah, anak-anak terbiar dek kesibukan ibubapa yang terhimpit dengan desakan mencari wang, agamawan bertelagah sehingga menjauhkan masyarakat dari melihat keindahan Islam dan 1001 lagi kecacatan jahiliyyah yang menakutkan telah merosakkan masyarakat dengan sangat dahsyat.

Benarlah sangkaan dan kata-kata bahawa jika dilaksanakan hudud di Malaysia hari ini, maka ribuan akan mati direjam dan ribuan jugalah yang akan dikudung tangan mereka. Benar. Sekiranya hukuman Islam yang keras dilaksanakan dalam kedahsyatan ini.


Hakikatnya Allah menurunkan perundangan hudud bukan untuk membenci dengan sewenang-wenangnya direjam, dipancung dan dipotong tangan hamba-hambaNya.

Perlaksanaan hudud mestilah dilakukan dalam keadaan masyarakat ketika itu mengamalkan keharmonian Islam. Kerajaan adil yang amanah terhadap urusan rakyat, ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam, media yang terpelihara dari kemaksiatan, kebajikan manusia terpelihara sehingga tiada lagi alasan untuk berlakunya jenayah mencuri, berzina, membunuh orang tanpa sebab dan sebagainya.

Ketika itu, saksikanlah betapa sedikitnya angka perlaksanaan hukuman hudud dan orang yang dijatuhkan hukuman tersebut juga benar-benar layak untuk dihukum.


Itu tidak termasuk syarat perlaksanaan hudud iaitu tiada kasta yang memberi keistimewaan pengecualian kepada mana-mana pihak seperti kezaliman yang berlaku di Arab Saudi di mana raja dan kerabatnya haram disentuh. Malah bangsa arab lebih dimuliakan dari bangsa luar apatah lagi jika dia seorang amah. Maka rasuah dan kezaliman yang gila terus menerus subur menghalakan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Berbalik kepada sistem pembahagian harta warisan menurut Islam. Banyak feminist yang mempertikaikan kelebihan lelaki dalam agihan ini apabila lelaki diberi 2 bahagian dan wanita cuma satu.

Juga dalam sesetengah keadaan yang mana apabila si mati tiada waris lelaki, maka saudara lelaki si mati iaitu bapa saudara waris perempuan akan memperolehi bahagiannya dalam agihan ini.

Logik akal, dalam situasi masyarakat yang pincang dan ahli keluarga yang tidak bertanggungjawab, apabila masing-masing mendapat bahagian masing-masing, maka hidup terus menjadi sendiri-sendiri.

Ada kejadian, waris perempuan ditinggal terkontang kanting meneruskan kehidupan dan terpaksa bekerja keras mencari nafkah bagi menampung keperluan harian akibat waris lelaki meninggalkan mereka terus.

Dalam situasi beginilah, jelas ketidakadilan yang berlaku dan hasilnya orang melihat bahawa ketidakadilan itu datang dari Islam.

Sedangkan Islam sudah cukup adil. Dan dalam situasi berikutlah, peranan wali hakim sangat penting bagi membela sebarang penindasan yang berlaku.

Hari ini masyarakat sudah nampak peranan wali hakim dalam urusan pernikahan, mempermudahkan pengantin wanita yang ketiadaan wali. Maka dalam urusan pembelaan nafkah waris wanita dari sikap tidak bertanggungjawab waris lelaki, lebih-lebih lagilah wajib digencarkan peranan mereka.

Penutup: Islam Itu Adalah Hikmah.


Manusia mudah melihat Islam di sudut literally. Jika disebut bunuhlah kuffar, maka yang dilihat adalah membunuh orang-orang yang tidak beriman seperti tindakan ISIS tanpa berfikir jauh. Jika disebut keharusan berpoligami, maka yang dilihat adalah 'mesti' mencukupkan korum 4 itu tanpa melihat maqasid pensyariatannya sehingga banyaklah cerita-cerita penindasan isteri oleh suami-suami yang bernafsu haiwan.

Sungguh. Islam memang dilihat pada dalil-dalil alQur'an dan Hadisnya. Namun jangan pernah lupa bahawa dalam pensyariatannya, sangat dititik beratkan pemahaman maqasid syariah dan qawaid fiqhiyyah.

Islam adalah agama hikmah. Sedangkan dalam ibadah ada rukhsahnya, apatah lagi dalam muamalah kehidupan yang berhadapan dengan perubahan waktu, suasana, masyarakat dan keadaan. Kerana itu ijtihad boleh berubah mengikut zaman dan situasi.

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan juga bumi, pada pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah swt ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) : Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Ali Imran: 190-191). 


"untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir." 
(Ghafir: 54)

Benarlah bahawa Iman dan aqal tidak akan pernah terpisah kerana mukmin itu adalah manusia yang berfikir dengan saksama dan bijaksana.

Semoga Allah sentiasa meletakkan kita dalam golongan manusia yang mengimani kehebatanNya dan sentiasa berfikir mengkaji akan kehebatan kebesarananNya itu insyaAllah.

Allahua'lam.


Tuesday, September 17, 2013

A daughter.



Dalam kereta semalam, sewaktu perjalanan pergi ke Walimatul 3rus sepasang senior lulusan perubatan Jordan di Kulim Kedah, bonda pinta lagu ini didendangkan. Bilang bonda, lagu ini sangat mengusik jiwanya.

Meski kata bonda, "lagu ini bicara hati ibu-ibu tua di kampung..", namun sungguh, saat lagu ini memenuhi ruang kenderaan abang, air mata deras mengalir.

Bohong jika saya katakan saya tidak terpukul dengan puisi nukilan Dr. MAZA yang dinyanyi merdu oleh Aishah ini. Saya, anak perempuan kepada bonda. Kecil-kecil diasuh sempurna penuh sabar; nakalnya, sakit demamnya, degilnya, sedih dan gembiranya semua dipinta dari bonda untuk jenuh bersengkang mata menemani, mendidik dengan hukuman dan sayang. Saat meningkat remaja, bersama pula ragam dan karenah yang terus terusan mengerah bonda untuk melentur hikmah. Saat baru belajar berbakti, 4 tahun pula membesar jauh. 

Kemudian bakal pula diambil pergi, berkhidmat untuk manusia lain selepas apa yang telah bonda korbankan segala untuk melahirkan siapa saya hari ini.

Bukankah Anak Perempuan Itu Pendinding Neraka?


Saat tangan bonda saya gapai dan kucup memohon maaf kerana tahu seakan-akan lagu itu adalah lagu bonda yang sunyi keseorangan ketika kami anak-anaknya berjauhan.

Tambah, saya tidak sempat untuk menjaga bonda selama ini dan akan datang juga, tiada jaminan. 

Bonda tenang.

"Tidak mengapa, Allah Maha Adil. Meski anak-anak perempuan di kemudian hari perlu mentaati suami mendahului mak ayah sendiri, mak ayah tetap telah mendapat kebaikan iaitu hasil didikan kepada anak-anak perempuan sehingga mereka menjadi orang-orang yang beriman, beramal soleh, menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami, dengan Allah menyediakan bagi mak ayah tersebut pendinding-pendinding neraka.

Itu yang mak pegang selama ini. Kalau ikutkan perasaan, memang akan rasa sedih, selama ini kita bersusah payah besarkan, apabila telah dewasa, keluar dari rumah tinggalkan kita, apabila sakit bersalin dan berpantang, balik ke rumah kita kemudian selesai sihat, keluar semula ke rumah dan sibuk semula menguruskan keluarga sendiri. Masa bilalah anak perempuan nak berkhidmat untuk mak ayah.. Sebab itu boleh berlaku perebutan antara mertua dan menantu sehingga menghimpit anak perempuan dalam dilemma.

insyaAllah, mak rasa lapang dada menyerahkan anak-anak perempuan mak untuk berkhidmat menjadi isteri-isteri yang solehah kerana mak yakin, segala apa yang telah mak curahkan selama ini akan Allah balas di sana insyaAllah.."

Air mata menitik lagi.

"Tapi anak lelaki lain ya.. Tanggungjawab ke atas ibu sepanjang hayat sehingga akhir nyawa ibu tersebut. Ingat tu zubair dan taha..", pesan bonda di akhir. Abang dan adik mengangguk. Moga benar-benar diserap fahamannya insyaAllah.

Entah, petang itu gemersik sayunya benar meruntun.

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”. Rasulullah s.a.w menjawab,“Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Bonda ini, Bonda Kamu Juga.

Saya mungkin akan memiliki mak abah baru yang menjadi tanggungjawab suami saya nanti untuk memuliakan dan mendahulukan mereka lebih. Mungkin nanti, jika untuk menziarahi bonda sendiri, saya perlu meminta izin suami, apatah lagi untuk menjaga bonda. Bahkan, jika saatnya bonda memanggil dan dalam waktu yang sama suami saya memanggil, saya pasti perlu mendahulukan suami.
Kerana itu semua adalah apa yang diajar baginda, Rasulullah s.a.w.
Namun jangan pernah melupakan, bahawa baginda s.a.w juga mengajar kita untuk memuliakan mertua dan keluarganya. Betapa kasihnya baginda kepada setiap mertuanya dan betapa baginda memuliakan mereka seperti mana baginda memuliakan ibubapa baginda sendiri.
Apabila ikatan pernikahan memberi keistimewaan dalam hubungan antara menantu dan mertua seperti terangkatnya hijab aurat daripada aurat antara manusia-manusia asing kepada aurat antara anak dan ibu bapa dan tidak terbatalnya wuduk apabila bersentuhan makanya segala apa yang berkaitan tetap mengambil hukum yang sama. Begitu jugalah dalam hal apa yang dilarang kepada anak-anak untuk dilakukan kepada ibu bapa mereka sendiri.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Al-Israa’: 23-24)

"Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat...."(An-Nisa’:36)

Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sama sekali tidak pernah hadir tempang. Apabila datangnya satu kelebihan atau hak, makanya tanggungjawab akan hadir sama banyak. Apabila menantu yang baru dinikahi oleh anak perempuan itu mampu melihat bonda mertuanya tanpa berhijab, sedangkan anak jiran yang dikenali semenjak kecil tidak memperolehi hak yang sama, makanya tanggungjawab menantu terhadap mertua, pastilah tidak sekecil anak jiran yang mungkin hanya perlu bertanya khabar. 

Penutup: Common Sense.
Islam adalah deen yang adil dalam hak dan tanggungjawabnya. Islam juga adalah deen yang menuntut common sense manusia.
Logik akal, apabila seorang suami itu menikahi isterinya, yang telah terdidik agamanya, yang telah faham ia akan imannya, ibadahnya, tanggungjawab muslimnya dan baik akhlaknya hasil didikan mak ayah mertua, bahkan telah tahu ia dalam pengurusan kehidupan hariannya daripada segi memasaknya, mengemasnya, menyediakan pakaiannya dan sebagainya, juga yang diasuh untuk selalu mentaati kata dan menurut perintah suami selagi tidak melanggar syara', semua itu, bukankah adalah separuh kesenangan dunia yang telah diperolehi?
Maka, hanya common sense yang telah mati sahaja tidak berterima kasih dan mengihsani sepasang lelaki wanita yang telah tua, yang dahulunya bersusah payah mendewasakan dan mendidik isteri itu. 
Justeru lelaki, yang bakal menikahi isteri kalian yang tersedia untuk memberi khidmat, jangan pernah tercicir untuk mengasihi dan memuliakan ayah bonda kepada anak perempuan yang kalian sunting itu. Bukankah itu akhlak seorang muslim? =)

Nota kaki:
-terlalu lama berhenti menulis. Tepu banyak cerita tetapi jemari rasa keras.
-selalu berjanji pada diri untuk bersungguh belajar menjadi isteri yang baik, agar suami nanti belajar untuk menjadi anak yang baik buat bonda. insyaAllah.
-Doakan saya sahabat.

Thursday, May 30, 2013

The Stoning of Soraya


Filem wajib tonton bagi sesiapa yang mahu tahu
kecacatan apakah yang berlaku kesan 
menggunakan nama Islam atas dasar nafsu.
Dan ini adalah kisah benar.

Sinopsis Filem The Stoning of Soraya.

Stranded in the remote Iranian village of Kuhpayeh by car trouble, a journalist (Jim Caviezel) is approached by Zahra, a woman with a harrowing tale to tell about her niece, Soraya, and the bloody circumstances of Soraya's death, by stoning, the previous day. The two sit down as Zahra recounts the story to Freidoune, who records the conversation with his tape recorder. The journalist must escape with his life to tell the story to the rest of the world.
Ali (Navid Negahban) is the abusive husband of Soraya who tries to get the village's mullah to convince Soraya to grant him a divorce so that he can marry a 14-year-old girl.
Ali's marriage to the teenager is conditional on Ali's ability to save the girl's father, who has been sentenced to death for an unspecified crime. The mullah proposes that Soraya becomes his temporary wife in exchange for protection and monetary support for Soraya and her two daughters. Soraya refuses. Soraya has two sons whom Ali wants, and who have both turned against her. Some days following the incident, a woman dies. The mullah, the village's mayor, and Ali ask Zahra to persuade Soraya to care for the widower. Zahra suggests that Soraya may do the job if she is paid.
Soraya starts working for the widower, and Ali plans to use the unusual circumstance to spread lies that Soraya is being unfaithful to him so that she will be stoned and he can remarry. Ali also knows if Soraya were dead, he would not have to pay child support. Ali and the mullah start a rumor about Soraya's infidelity so they can charge her with adultery. One day while Zahra is walking in town, she realizes that a rumor has spread that her niece is being unfaithful to her husband.
Ali and the mullah need one more "witness" to Soraya's "infidelity" to be able to formally charge her. They visit the widower at home and, using threats, manipulate the widower into agreeing to back up their story. Soon after, Ali drags Soraya through the streets, beating her and publicly declaring that she has been unfaithful. Zahra intervenes and takes her niece, Ali, the Mullah, and the Mayor of the village to her house to talk privately. They bring the widower to the house and after he lies and says that they had engaged in adultery, a trial is pursued. Only men are allowed while Soraya is confined with some women in her house. She is quickly convicted. Zahra tries to flee with her and after realizing she cannot, goes to plead with the mayor for Soraya's life, even offering to switch places with Soraya. The conviction is upheld though, and as they are preparing for the stoning, the Mayor prays to Allah for a sign if they are not doing the right thing.
Before the actual stoning can begin, a traveling carnival van comes through and tries to perform their act. They are shooed away, where they wait by the sidelines as the stoning begins. Soraya's father disowns her as he is given the first stone to throw but he misses her repeatedly. A woman in the crowd pleads to the mayor that the stones missing are a sign Soraya is innocent, but none of the men listen. Ali takes up stones and throws them himself. Her two sons are also forced to throw stones. The widower is given two stones to throw but instead walks away in tears. The crowd finally joins in and Soraya is stoned to death.
Zahra is heard narrating the story to the journalist about her niece. Around this time, the mullah and the widower are informed by Ali that his marriage to the teenaged girl is off, implying that he could not spare her father from execution. The widower then admits that he was coerced by Ali and the mullah into lying. As the journalist attempts to leave with his belongings and collect his vehicle after it has been repaired by the widower, the mullah orders a Revolutionary Guard to stop him at gunpoint. They seize his tape recorder and destroy all of the tapes. But as the journalist prepares to drive away, Zahra appears out of an alley with the true tape in her hand. Zahra screams that the God that she loves is great and now the whole world will know of the injustice that has happened.


scene sebelum Soraya direjam.

Kritikan Sosial.

Menonton filem ini perlu ada kekuatan untuk tidak beremosi, lantaran air mata laju mengalir melihat kebodohan golongan yang menggunakan 'Islam' untuk kepentingan peribadi. 

Dan ada beberapa perkara yang saya lihat perlu dikupas bersama.

Konsep Hubungan Suami dan Isteri.

Dalam filem ini, ada peringatan atau lebih kepada ancaman Mullah kepada Soraya tentang hak suaminya yang memiliki dirinya sepenuhnya. 

Benar, ikatan antara suami dan isteri sangat kuat dan diangkat tinggi oleh Islam. Teringat semasa mempelajari subjek Qadaya, ada di dalam salah satunya bab aurat.

Aurat antara wanita dengan mahram yang diambil jumhur ialah selain kepala, kaki dan tangan. Meskipun seorang bapa atau saudara-saudara lelaki tidak boleh melihat melebihi had-had tersebut. Hal ini kerana, keistimewaan tubuh seorang wanita adalah pemilikan pandangan mata dan sentuhan suaminya sahaja.

Lihat betapa Islam memberi kelebihan pada ikatan aqad yang halal. Hal ini bermakna, keistimewaan yang besar bersamanya amanah yang besar. Islam bukan berdiri dengan tuntutan hak, tetapi dengan perlaksanaan maksima tanggungjawab.

Memiliki segala bermakna sebagai suatu penghormatan bukan paksaan dan kerahan.

1) Dalil Suami Boleh Memukul Isteri.

Dalam banyak-banyak isu berkenaan wanita dalam rumahtangga yang selalu cuba dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam selain poligami, ialah hukum yang membolehkan suami memukul isteri berdasarkan ayat anNisa': 34,


"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tiada, kerana Allah telah menjaga (menjaga). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz, hendaklah kamu memberi nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan 'اضربونهنّ'. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar".

Banyak ulama' yang membincangkan tafsiran ayat 'اضربونهنّ ini, dan yang selalu kita dengar ialah "pukullah mereka (dengan perlahan)". Dan itulah yang selalu diambil oleh para suami sebagai dalil untuk memukul, menampar dan mendera isteri-isteri mereka.

Sedangkan dalam banyak perbahasan yang perlu dilihat dalam ayat ini.

Pertama, ayat ini bukan menggalakkan kekerasan dan membenarkan amarah, tetapi ayat ini adalah penceritaan dari Allah untuk manusia menyelesaikan masalah rumahtangga secara bijak dan terbuka.

Jalan pertama yang perlu diambil ialah dengan menasihati dan berbincang secara harmoni untuk mencari punca permasalahan. Jika isteri masih tidak memberikan kerjasama, maka dipisahkan tempat tidur. Kemudian yang terakhir, baru mengambil jalan ketiga yang mana masih terdapat perbahasan ulama' dari sudut maknanya sendiri sama ada memukul secara ringan atau sebenarnya meninggalkan.

Itupun dengan peringatan Rasulullah s.a.w:


أَيْ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ
"a light tap that leaves no mark"
(Sohih Bukhari: Bab anNikah)

Kedua, dari sudut makna 'اضربونهنّ' itu sendiri, ada perbezaan pendapat.

Ada ulama' yang mengambil maksud 'pergi' atau 'menjelaskan' berdasarkan ayat-ayat lain yang menggunakan perkataan 'ضرب' yang sama seperti surah anNisa' ayat 94, surah arRa'd ayat 17, surah arRum ayat 28, surah Ibrahim ayat 24 dan banyak lagi.

Hal ini kerana memukul isteri juga berlawanan dengan banyak hadis dan ayat alQur'an yang lain yang melarang suami dari memukul isteri, antaranya:


حَدَّثَنَا ابْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ نِسَاؤُنَا مَا نَأْتِي مِنْهُنَّ وَمَا نَذَرُ قَالَ ائْتِ حَرْثَكَ أَنَّى شِئْتَ وَأَطْعِمْهَا إِذَا طَعِمْتَ وَاكْسُهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ وَلَا تُقَبِّحْ الْوَجْهَ وَلَا تَضْرِبْ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَى شُعْبَةُ تُطْعِمُهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ

"I said: Apostle of Allah, how should we approach our wives and how should we leave them? He replied: Approach your tilth when or how you will, give her (your wife) food when you take food, clothe when you clothe yourself, do not revile her face, and do not beat her.
(Sunan Abi Dawud: 1831)

أَخْبَرَنِي أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ الْمُهَلَّبِيُّ النَّيْسَابُورِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَزِينٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ حُسَيْنٍ عَنْ دَاوُدَ الْوَرَّاقِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ مُعَاوِيَةَ الْقُشَيْرِيِّ قَالَ
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلَا تَضْرِبُوهُنَّ وَلَا تُقَبِّحُوهُنَّ

I went to the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) and asked him: What do you say (command) about our wives? He replied: Give them food what you have for yourself, and clothe them by which you clothe yourself, and do not beat them, and do not revile them.
(Sunan Abi Dawud: 1832)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَمْعَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَجْلِدُ أَحَدُكُمْ امْرَأَتَهُ جَلْدَ الْعَبْدِ ثُمَّ يُجَامِعُهَا فِي آخِرِ الْيَوْمِ


“None of you should beat his wife like a slave-beating and then have intercourse with her at the end of the day” 
(Sohih Bukhari: 4805)



Boleh rujuk link di bawah untuk pencerahan lebih lanjut:
*Women Treatment.
*Wife Beating is not allowed in Islam in any case.
*Beat your Wives? -One of the Biggest Misconception about Islam!
*Does Islam allow Wife Beating?


pernikahan itu buahnya kasih sayang dan kecintaan.
Bukan kebencian dan penzaliman.

2) Poligami adalah untuk menjaga kebajikan wanita, bukan sumber pemuas nafsu seks suami.

Dalam kisah benar ini, Ali, suami kepada Soraya berkehendak untuk berpoligami dengan seorang anak kepada banduan politik yang masih mudah dan comel. Maka bermulalah segala rencana yang dirangka semata untuk melaksanakan kehendaknya itu dalam keadaan dia tidak mampu pada hakikatnya.

Sedangkan dalam Islam, poligami adalah untuk keadilan dan kebajikan wanita. Banyak ayat yang menegah suami dari berlaku zalim terhadap isterinya secara khusus dan tidak mencari-cari kesalahan untuk menyusahkan.

Jika timbul situasi yang memerlukan poligami, maka lakukanlah dengan baik dan muliakanlah isteri yang selama ini telah bersama dalam kehidupan.

3) Penceraian dan Konsep Perlaksanaan.

Dalam Islam, ada Thalaq, Khulu3 dan Fasakh. Thalaq adalah hak suami untuk menceraikan isteri bersama tanggungan nafkah selepas itu. Khulu3 pulak adalah hak isteri untuk meminta penceraian dari suami dengan bayaran tertentu mengikut persetujuan. Khulu3 tidak terbatas, boleh jadi dalam situasi si isteri sendiri sedar bahawa dia tidak mampu melaksanakan tugasan isteri dengan baik atas faktor dirinya atau suaminya secara luaran mahupun dalaman.

Manakalah fasakh ialah hak mahkamah hasil aduan suami atau isteri. Ada 10 jenis fasakh yang boleh dilaksanakan mahkamah seperti fasakh akibat suami yang zalim dari segi nafkah zahir bathin dan juga mendera isteri, fasakh akibat pergaduhan suami isteri yang berlanjutan dan tidak boleh didamaikan lagi dan sebagainya.

Dalam kisah benar ini, Ali yang berkehendak untuk berpoligami namun tidak mampu, ingin menceraikan Soraya, tetapi dia juga tidak mampu untuk membayar nafkah 3iddah. Maka Ali memaksa Soraya untuk meminta cerai (khulu3) supaya Soraya yang perlu membayar kepadanya. Sepanjang tempoh itu, Ali terus menzalimi isterinya dengan niat untuk menyakiti agar isterinya tidak dapat terus bertahan dan lekas-lekas meminta penceraian.

Hal ini sama sekali bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah dan RasulNya.


"Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyakitinya" (anNisa': 34)


“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, karena dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu iaitu Al-Kitab dan Al-Hikmah. Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasannya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Baqarah :231)





Isteri juga adalah ibu, ibu kepada anak-anak si suami.
Masih sukarkah untuk memahami pengorbanan itu? ='(

Konsep Hukum Hudud dalam Islam.

Teringat sewaktu mempelajari subjek Fiqh 3Uqubaat dan Fiqh Qadha', yang mana dalam menjatuhkan hukum, sesuatu perbicaraan itu perlu dilalui dengan berhati-hati dan terperinci.

Terutama dalam hukum hudud seperti zina, mencuri dan sebagainya, syarat-syarat yang diletakkan sangat ketat dan menyekatkan sebenarnya untuk hukum dilaksanakan melainkan dengan sebenar-benar terbukti kesalahan tersebut.

Contoh dalam tuduhan zina, dari sudut kesaksian dalam tuduhan, hanya 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut secara jelas sahaja boleh diterima. Mereka perlu melihat kejadian dalam keadaan tertuduh lelaki dan wanita sedang melakukan zina, dan perumpamaan yang Rasulullah s.a.w letakkan ialah "seperti pedang dimasukkan ke dalam sarungnya". Namun, kesaksian yang diambil dari intipan adalah haram.

Hal ini bermakna, jenayah zina yang diambil perbicaraannya ialah jenayah yang dilakukan secara boleh dilihat oleh 4 orang saksi, bukan tertutup rapat sehingga perlu dikorek dan mengintip.

Juga dalam kes terbukti zina seperti seorang wanita yang mengandungkan anak di luar nikah tanpa membawa tuduhan bahawa dia adalah mangsa rogol. Dalam bab ini, perbincangan perlu lebih mendalam bagi menjaga kemaslahatan wanita-wanita mangsa rogol yang takut untuk melaporkan.

Dalam Islam, hukuman kejam hanya untuk kesalahan yang terbukti dan fitrahnya memang layak dihukum seperti hukuman rejam bagi penzina yang terbukti bersalah melakukan zina dalam keadaan memiliki pasangan yang sah untuk bersama.

Islam adalah Pencegahan dan Rawatan.

Dalam filem ini, punca fitnah yang dicipta oleh Ali terhadap isterinya adalah selepas Soraya diminta oleh Mullah sendiri untuk membantu lelaki duda kematian isteri dalam menguruskan hal rumah dan anaknya yang istimewa di waktu siang.

Situasi ini sangat bahaya kerana membuka ruang fitnah dan tuduhan jahat. Lantaran itu dari awal, Islam melarang antara lelaki dan wanita berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang terdedah kepada pandangan buruk.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah diceritakan bahawa pada suatu malam, Rasulullah s.a.w ketika itu bersama saidatina 'Aisyah r.ha di luar, dan kelihatan beberapa orang sahabat sedang berjalan tidak jauh dari mereka. Rasulullah s.a.w lantas memanggil para sahabat tersebut, dan memperkenalkan kepada mereka, "ini isteriku 'Aisyah..". Hal ini mengejutkan para sahabat tersebut kerana tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk berfikir yang buruk-buruk terhadap Rasulullah s.a.w. yang mulia, namun pencegahan itu lebih baik. Dan itulah didikan baginda.

Penutup: Realiti Muslim yang Membunuh Islam.



Islam adalah deenul rahmah dan kasih sayang. Islam juga adalah deenul fitrah dan kebajikan. Islam datang bukan menuntut hak dan kelebihan tetapi Islam datang untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Namun realiti yang menyedihkan apabila muslim sendiri yang membunuh Islam dengan kerosakan aplikasi tanpa aqal dan mengikut hawa nafsu. Banyak bukti yang telah berlaku dan akan terus berlaku selagi tiada kesedaran untuk membaiki keadaan.

Teringat kata-kata Anis Matta, presiden PKS dalam salah satu ucapannya, 
"Haq dan perlaksanaan ke atas haq adalah 2 perkara yang berbeza."

Haq adalah apa yang termaktub, da perlaksanaan haq adalah perkara yang berkaitan dengan daya fikir, daya memahami, daya sensitiviti dan hawa nafsu.

Semoga Allah menjauhkan kita dari tergolong dalam golongan mereka yang merosakkan Islam atas nama Islam. Na3uzubillah minzalik.




Friday, May 17, 2013

Ulasan Buku: Wanita, Antara alQur'an dan Realiti Muslim. Bahagian Akhir.


*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
Klik: Bahagian I.
Klik: Bahagian II.



Adakah Dibenarkan Kepimpinan Bagi Wanita?

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar” (atTaubah: 71)

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” (alHujurat: 13)

“Lelaki (suami) pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya…” (anNisa’: 34)

“Tidak akan berjaya satu kamu, yang diperintah oleh wanita” (hadis).

Berikut merupakan antara ayat yang berkaitan dengan kedudukan wanita dalam masyarakat, yang selalu menjadi asas perbincangan keterlibatan wanita dalam pemerintahan.

Hakikatnya Islam memberi kesamarataan kepada lelaki dan wanita dalam beramal, yang menjadi pengecualian hanya dalam keadaan tertentu. Hal ini terbukti dengan catatan-catatan seerah generasi pertama didikan Rasulullah s.a.w. yang mana wanita-wanita mereka terlibat dalam membawa risalah Islam, pengiktirafan kepada lelaki dan wanita sebagai manusia yang sama darjatnya.

Dari Abdullah Bin Rafi’, Pernah Ummu Salamah terdengar Nabi s.a.w menyampaikan khutbah di mimbar dan ketika itu, beliau (Ummu Salamah) sedang bersikat, “Wahai sekalian manusia!”. Maka berkatalah Ummu Salamah kepada tukang sikat, “(segeralah) kamu menyelesaikan rambutku.” Balas pembantu perempuan tersebut, “yang dipanggil ialah lelaki, bukan wanita..”. Jawab Ummu Salamah, “Sesungguhnya aku ini manusia..” (Riwayat Muslim)

Perbincangan di sini ialah berkaitan:
-penglibatan wanita dalam dunia politik.
-penglibatan wanita sebagai calon dan wakil rakyat dalam parlimen.
-peluang penglibatan wanita sebagai Ketua Negara atau Perdana Menteri.

Hak Wanita Bahkan Kewajipannya Dalam Penglibatan Umum Dalam Dunia Politik.



Apabila kita membincangkan berkenaan kesamarataan antara lelaki dan wanita dari sudut beramal dalam Islam, maka tidak akan dapat diasingkan antara amal fardi dan amal kemasyarakatan serta pemerintahan. Sepertimana seseorang itu perlu bersungguh dan bergabung dalam deen Islam, begitu jugalah dia perlu bersungguh dan bergabung dengan gerakan Islam untuk membentuk tampuk pemerintahan yang baik. Tidak ada keterpisahan antara dakwah dan daulah.

Bahkan sohabiyah-sohabiyah terdahulu, mereka beriman, mereka berinfaq, mereka berdakwah, mereka berhijrah, mereka berjihad, mereka turut dianiaya oleh kaum kuffar, mereka terbunuh syahid, mereka terlibat dalam tanggungjawab-tanggungjawab penting seperti kehakiman dan ekonomi dan sebagainya.

Hal ini kerana asal hukum-hukum yang melibatkan lelaki dan wanita, adalah sama melainkan terdapat pengkhususan. Maka, wajiblah untuk seluruh wanita muslim terlibat dalam segala usaha ke arah membina yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

Justeru bagaimana boleh berlaku di beberapa tempat pengharaman penglibatan wanita dalam pilihanraya untuk mengundi kepimpinan mereka, bahkan untuk memandu sekalipun dalam keadaan wanita-wanita yahudi sedang rancak mengubah badandar-bandar kita?

Penglibatan Wanita Bukan Sekadar Pengundi, Tetapi Sebagai Calon yang Mewakili Sesuatu Golongan sama ada Daerah atau Bandar atau Badan Kewanitaan.


Kami dididik ayah dari kecil selepas peristiwa Reformasi 1998, untuk
menjadikan Nurul Izzah sebagai ikon.
Dan beliau sentiasa menjadi ikon saya sehingga hari ini insyaAllah.

Dalam perbincangan ini, Sheikh Abu A’la alMaududi melarang penglibatan wanita, tetapi Sheikh Muhammad alGhazali dan Sheikh Yusuf alQardhawi membenarkan.

Dalil larangan adalah kerana penglibatan wanita ini telah memasuki ketua umum (wilayah ammah) yang menyebabkan wanita tersebut lebih berkuasa dari lelaki, sedangkan dalam alQur’an sendiri menulis bahawa lelaki adalah lebih kuat (pelindung) berbanding wanita.

Mengulas sangkaan ini, ulama’ memberikan dua jawapan:

Pertama, calon wanita akan tetap dalam jumlah tertentu dan tidak mungkin akan melebihi lelaki. Hal ini menyanggah sangkaan bahawa wanita-wanita akan menguasai lelaki.

Kedua, ayat berkenaan lelaki lebih kuat (pelindung) berbanding wanita, ayat itu hanya boleh diaplikasikan dalam urusan rumahtangga kerana kemuliaan tersebut diberikan kepada lelaki atas faktor pemberian nafkahnya kepada isteri.

“Lelaki (suami) pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya…” (anNisa’: 34)

Manakala kepimpinan wanita di luar urusan rumahtangga, tidak termasuk dalam ayat ini.

Berkenaan hadis Bukhari, “Tidak akan berjaya satu kamu, yang diperintah oleh wanita” (hadis), larangan tersebut adalah berkaitan kerusi Ketua Negara ataupun Perdana Menteri, kerana hadis itu diucapkan semasa peristiwa kemtian Kisra Parsi yang kemudian digantikan oleh anak perempuannya.
Maka tiada halangan untuk wanita terlibat dalam menyatakan pandangannya yang diyakini benar, terlibat dalam melaksanakan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar serta terlibat dalam mengatakan mana yang benar dan mana yang salah, kerana tiada dalil larangan untuk wanita melibatkan diri dalam majlis sedemikian.

Berkenaan kata-kata bahawa tiada dalam seerah, wanita terlibat dalam majlis syura, berikut tidak boleh dijadikan dalil syara’ kerana ijtihad berubah mengikut zaman dan tempat. Dan tidak diperkatatkan syarat-syarat majlis syura sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

Namun bukanlah bermakna kebolehan penglibatan dalam perwakilan rakyat (parlimen) tersebut memberi kebebasan kepada wanita untuk bercampur secara tidak terjaga dengan lelaki yang ada, bahkan hendaklah diseimbangkan agar tidak ketinggalan urusan rumahtangga, suami dan anak-anak, juga terjaga dari segi adab-adab pemakaian, percakapan dan tingkah lakunya.

Doktor Yusuf alQardhawi mengeluarkan fatwa akan betapa pentingnya penglibatan wanita-wanita solehah dalam pilihanraya untuk berhadapan dengan ancaman kejahatan, dan hal itu termasuk dalam keperluan wnaita untuk keluar kepada masyarakat.

Dan kita melihat kepada desakan itu.

Hak Wanita Untuk Terlibat Sebagai Ketua Umum atau Perdana Menteri.

Sebahagian dari golongan khawarij membenarkan kepimpinan wanita jika pemerintahannya diangkat sendiri oleh rakyat.

Seerah Saidatina A’isyah r.ha pernah memimpin 3 ribu tentera yang di dalamnya ada para sahabat, sebahagiannya dijamin syurga secara jelas.
Golongan yang membenarkan ini mengambil perkiraan bahawa dalil umum yang memberi kesamarataan antara lelaki dan wanita adalah banyak, berbanding dalil khusus yang melarang. Apatah lagi, hadis yang diucapkan oleh baginda s.a.w. Tidak akan berjaya satu kamu, yang diperintah oleh wanita” (hadis), adalah khusus untuk peristiwa di Parsi yang mana, mereka pernah membunuh utusan Nabi s.a.w.. Dan hadis tersebut sama sekali bukanlah berkaitan dengan syarat kelakian.

Bagi sesuatu dalili yang umum, maka perkiraan hukumnya juga perlu umum, begitu juga bagi dalil yang khusus, maka perkiraan hukumnya juga perlu dinilai khusus.

Bermakna tiada larangan dalam Islam untuk wanita terlibat dalam pemerintahan, kecuali dari sudut kerusi Ketua Umum atau Perdana Menteri, yang mana khilaf berlaku dan kita memilih bersama jumhur iaitu tidak membenarkan.

Jelaslah di sini bahawa penglibatan wanita dalam pilihan raya, parti politik, mengetuai sebahagian sektor sama ada sebagai menteri dan kehakiman, adalah dibolehkan.

Seerah semasa peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, yang mana Ummu Salamah telah mencadangkan kepada Nabi s.a.w. untuk melaksanakan dahulu arahannya semasa para sahabat tidak berganjak dan pandangan itu diambil oleh baginda. Jika dikatakan wanita terkecuali dari politik, bagaimana mungkin Nabi s.a.w tidak mengingatkan Ummu Salamah bahawa itu adalah urusan politik?

Begitu juga semasa peristiwa selepas kewafatan Saidina Umar r.a, Abdul Rahman Bin ‘Auf r.a telah diamanah untuk membawa 6 calon sahabat dan mengambil kutipan undi dari kaum muslim di Madinah. Dan dikisahkan bahawa Abdul Rahman Bin ‘Auf r.a tidak meninggalkan satupun di Madinah melainkan dimasuki ke dalam khemah-khemah dan rumah-rumah mengutip suara dari sahabat dan sohabiyah semuanya. Justeru bagaimana boleh berlaku perbezaan hak antara lelaki dan wanita dalam urusan ini hari ini?

Jika beralasan bahawa wanita jahil dan tidak mengambil tahu berkenaan isu ini, kerana sibuk menguruskan rumahtangga dan tanggungjawab keibuannya, maka hari ini lebih banyak pemuda-pemuda di negara arab yang juga jahil dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku, dan pastilah perkara itu tidak pernah menjadi faktor mereka diharamkan dari melibatkan diri dalam pilihan raya.

Untuk mereka yang masih berfikiran dan bertindak secara jumud, melihat penghalangan wanita ini perlu bagi menghalang fitnah, menutup lorong-lorong yang membawa kepada kerosakan, perlulah menukar gaya fikir dari wanita sebagai makhluk fitnah kepada wanita juga sebagai manusia.

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar” (atTaubah: 71)

Sesungguhnya peluang wanita untuk melibatkan diri dalam politik adalah asas kesamarataan selagi tidak melanggar akhlak-akhlak Islam, kerana kelebihan dalam penciptaan, dalam beramal, dan berjihad tidak mengira jenis jantina dan warna kulit.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” (alHujurat: 13)



Islam itu Adil. Adil untuk manusia seluruhnya.
Dan bukankah wanita itu manusia?

Allahua'lam.

Tamat.

Nota kaki:
-minta maaf kerana saya mengulas dengan ringkas. Sedangkan sebenarnya buku ini sangat bagus dibaca semua. insyaAllah, ada masa dan tenaga, saya akan berusaha terjemahkan. =D

Thursday, May 16, 2013

Ulasan Buku: Wanita, Antara alQur'an dan Realiti Muslim. Bahagian III


*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
Klik: Bahagian I.
..........



Beberapa Salah Faham Terhadap Islam.


Islam sama sekali tidak pernah menindas wanita. Apatah lagi meletakkan hukum yang memberi kebaikan kepada lelaki dalam masa yang sama menzalimi wanita. Diberikan beberapa contoh:

Isu Pemakaian.

Bukanlah menjadi objektif utama Islam untuk meletakkan had-had pemakaian wanita dalam Islam, sama ada menyempitkannya atau meluaskannya, tetapi Islam datang untuk mengubah pandangan wanita terhadap kehidupan dan matlamat di dalamnya sehingga apabila mereka melihat dunia, bukanlah lagi dengan kaca mata kegilaan terhadap kenikmatan dan perhiasan yang murahan. Islam datang untuk mengangkat manusia dari kerendahan haiwani kepada kemuliaan insani.

Manusia perlu sedar bahawa tubuh badan adalah pemilikan seperti mana dirinya, dan tubuh badan memiliki hak-hak agar terlindung dari menjadi hamba syahwah.  Jika seorang wanita itu mengetahui bahawa betapa berharganya dirinya dan betapa berkaitanya antara pandangan zahir dengan tanggapan ke atasnya, maka pastilah mereka akan melihat betapa perlunya tubuh badan itu dilindungi.

Dan Islam tidak pernah menetapkan jenis-jenis  tertentu dalam pemakaian, cukuplah dengan aurat terlindung (baju labuh yang menutup seluar dan menutup kepala atau pakaian labuh dan menutup kepala). Sebenarnya dengan penutupan dirinya itu lebih menjadi tarikan dan tidak pernah sama sekali menguranginya, bahkan bagi mereka yang sentiasa terdedah, hanya akan menjadi objek seks yang dieksplotasikan oleh banyak pihak, dan akhirnya menjemukan.

Benarlah bahawa yang tertutup itulah yang menawan.


Isu Lemahnya Wanita dan Kuatnya Lelaki.

Hakikatnya wanita berasa rendah diri terhadap apa yang disangka sebagai satu kelemahan berbanding lelaki adalah suatu doktrin yang selama ini mewarnai kehidupan mereka.

Hal ini kerana, jika dilihat dari konteks yang lebih besar dan terperinci, tidak berlaku timbangan yang beart sebelah dalam menentukan siapa yang kuat dan siapa yang lemah, lantaran setiap daripada jenis lelaki dan setiap daripada jenis wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk saling melengkapi, bukan untuk dibandingkan.

Pendidikan sebegini perlu diubah. Seharusnya keyakinan diri tentang struktur biologi dipupuk agar masing-masing melihat perbezaan bukan untuk saling menandingi dan bersaing, tetapi untuk saling memerlukan dan menyayangi.

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadany, dan Dia menjadikan diantara kamu rasa kasih sayang…” (arRum:21)

Isu Poligami


Dalam Islam, asas kepada sesuatu amal ialah kepastian bahawa amal tersebut memberi kemaslahatan kepada yang lebih banyak atau lebih ramai. Juga Islam melihat kepada penetapan-penetapan yang menutup kerosakan dan kejahatan. Dan pernikahan adalah antara amal yang boleh menutup ruang-ruang kerosakan masyarakat.

Bagi keadaan masyarakat yang aman, yang masih memiliki kestabilan ratio lelaki dan wanita hampir sama, maka bagi setiap seorang lelaki pasangannya adalah seorang wanita.

Namun, dalam keadaan terpencil seperti apabila berlakunya peperangan yang meragut nyawa lelaki lebih ramai, dan peningkatan wanita yang tidak berkahwin, maka bagaimana mungkin caranya perlindungan ke atas wanita-wanita tersebut?

Ketika itulah fungsi asas amal dalam Islam, iaitu untuk kemaslahatan umum diutamakan, dalam keadaan mengambil kemudharatan yang lebih ringan.
Jika perkahwinan kedua berlaku, semestinya memberi rahmat kepada isteri yang baru,namun bagaimana jika isteri pertama tidak dapat menerima dan terluka?

Kerana itu dalam Islam, dibenarkan aqad pensyaratan sebelum ijab qabul, yang mana boleh disyaratkan agar bakal suaminya itu tidak berkahwin lain dan wajib ke atas si suami untuk mematuhinya. Jika tidak, si isteri boleh menuntut fasakh. Tidak ada paksaan ke atas wanita untuk menerima poligami.

Bukankah itu adalah keadilan untuk wanita sama ada dari sudut kebajikan diri dan kebajikan perasaan mereka?


Bersambung...




Nota kaki:

-one more paper to go insyaAllah.. =)

Wednesday, May 15, 2013

Ulasan Buku: Wanita, Antara alQur'an dan Realiti Muslim. Bahagian II


*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
..........


Beberapa Persoalan Sekitar Wanita.

Keluarnya Wanita.

Buku ini mengupas berkenaan ayat 33 dari surah alAhzab yang banyak disalah faham sebagai ayat larangan wanita keluar rumah.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu”.

Ulama’ khilaf dalam mentafsir ayat ini kerana khilaf berlaku sama ada ayat ini khusus untuk isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w atau untuk wanita lain umumnya. Walaupun begitu, ayat ini tetap tidak menghalang wanita untuk keluar memenuhi hajatnya seperti mnuntut ilmu, bekerja, berjihad dan berdakwah.

     Berkenaan kerisauan berlakunya ikhtilat dan keluarnya wanita dari rumah akan menyumbang kepada ekspolitasi wanita untuk menjual tubuh dan sebagainya, perkara tersebut sebenarnya telah terjawab di bahagian pertama.

Bahawa Islam datang membebaskan wanita dari tanggapan bahawa wanita hanyalah objek seks dan kedatangan wanita dalam masyarakat akan merosakkan ketamadunan. Sedangkan Islam telah lama memerdekan wanita sebagai seorang manusia yang hidup untuk memenuhi cita-cita dan keinginan, serta yang terlibat dalam menyumbang kepada pengislahan masyarakat.

·       Dibenarkan wanita untuk keluar atas keperluan-keperluan kerana hakikatnya, Islam datang bersamanya kaedah umum dan menuntut pemikir-pemikir Islam untuk membentuk hukum sesuai dengan keadaan dan realiti ketika itu mengikut keperluan-keperluan.

Dalam situasi peralihan dari zaman tradisi kepada zaman moden, dari era cengkaman kepada era manusia memiliki jati diri sendiri, dan dari masyarakat sempit mengikut bangsa dan jenis kepada masyarakat yang memperjuangkan kesama-rataan dan demokrasi, seharusnya gerakan-gerakan Islam tidak menghalang diri dari terlibat dalam memikirkannya, malah perlu bersama dalam bekerja ke arah memastikan perkembangan-perkembangan ini sejajar dengan warna Islam.

·         Sesungguhnya kita mewarisi racun pemikiran bahawa “wanita adalah makhluk perosak”, ditambah lagi kita hidup dalam masyarakat yang dicacatkan dengan suasana antara lelaki dan wanita saling menggoda dan merosakkan.

Apakah penyelesaiannya hanya dengan mengambil jalan ringkas iaitu dengan mengasingkan wanita langsung dari dunia lelaki? Atau sebaik-baiknya kita mengubah dan membebaskan diri dan masyarakat pemikiran dan situasi sebegitu kepada acuan Islam yang sebenar?

·         Sesungguhnya sistem jahiliyyah sentiasa berusaha untuk mencipta resolusi-resolusi palsu. Mereka mengharamkan poligami tetapi memudahkan penzinaan. Ditambah dengan pengeksploitasian ke atas wanita untuk menjual tubuh-tubuh mereka bagi pengiklanan, digalakkan teknik halang mengandung dan perguguran serta penghalangan dari mengamalkan pemakaian Islam.

Sedangkan itu semua hanyalah bahan politik bukan ketamadunan. Maka perlu untuk gerakan-gerakan Islam mengambalikan wanita kepada kemuliaan dan kemanusiaannya.


Allahyarhamha Dr. Lo'Lo' yang saya kagumi.

Wanita Pendakwah.

Tanggungjawab wanita dalam deen Islam (dakwah) adalah sama dengan lelaki.

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana.” (atTaubah: 71)

Peranan wanita sangat besar dalam hidup masyarakat sehingga ada kata-kata, “Di belakang setiap lelaki yang hebat, adanya wanita”.

Malah seerah sendiri menceritakan tentang Saidatina Khadijah r.ha yang banyak berkorban untuk dakwah baginda s.a.w sehingga kematiannya digelar tahun kesedihan, juga wanita-wanita yang terlibat dalam pengislaman lelaki seperti peristiwa Islamnya Umar alKhattab r.a, peranan Asma’ Binti Abu Bakr dalam sejarah seerah baginda s.a.w., penghijrahan sohabiyah-sohabiyah ke Habsyah dan Madinah, penglibatan sohabiyah-sohabiyah di medan peperangan serta seterusnya.

Justeru sangatlah salah tanggapan bahawa wanita itu lemah dan tidak layak untuk terlibat dalam dakwah dan istiqamah dengannya kerana dalam seerah nabawiyah tercatat beberapa orang lelaki muslim yang murtad seperti suami kepada Ummu Habibah dan Sa’udah, tetapi tidak ada sama sekali catatan bahawa ada sohabiyah-sohabiyah yang telah murtad sekalipun seorang.

Berikut merupakan beberapa pesanan Sheikh Rasyid Ghannusyi kepada  para wanita yang sedang dalam fatrah pembinaan dalam medan yang selama ini didominankan oleh lelaki.


-  Saudara-saudara perlulah memberi ruang dan peluang untuk saudari-saudari menilai kebolehan dan peranan mereka. Dan saudari-saudari perlulah berlatih melibatkan diri dalam semua kerja-kerja Islam yang dilaksanakan oleh lelaki, dan jangan pernah menghadkan kebolehan yang ada.

- Saudari-saudari perlu membina keyakinan diri dan jangan berada dalam peringkat menunggu, iaitu menunggu lelaki memberikan kepadanya peluang-peluang. Hendaklah saudari-saudari merasakan bahawa tanggungjawab dalam Islam adalah secara terus, tidak memerlukan perantaraan.

- Berkenaan perbezaan program-program pembentukan wanita dan program-program pembentukan lelaki, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana akan membentuk pengasingan antara dakwah Islam terhadap golongan wanita dan lelaki. Sedangkan dalam fiqh yang berkaitan kewanitaan pun lelaki sewajarnya turut belajar bersama kecuali dalam situasi-situasi yang mengharamkan.

- Sesungguhnya realiti wanita hari ini adalah realiti yang kritikal. Dan mereka memerlukan pemerhatian yang khusus. Hal ini adalah kesan pemencilan dalam masyarakat dan juga dalam gerakan Islam itu sendiri selama ini. Maka benarkanlah dan galakkanlah wanita terlibat dalam menghadiri seminar-seminar dan penjelasan-penjelasan sekitar persoalannya dalam kerja-kerja Islam.

- Penting untuk gerakan-gerakan feminis dalam dunia Islam dan antarabangsa untuk tahu tanggungjawab  dan tujuan mereka dan tahu cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut.

- Perlu untuk saudari-saudari meluaskan bidang ilmu pengetahuan kerana dengan luasnya bidang pengetahuan akan memandu arah perjalanan gerakan feminis.

- Persoalan yang timbul: Apakah mampu tertonjolnya model wanita muslimah sepertimana tertonjolnya model lelaki muslim?

Maka wajiblah ke atas gerakan-gerakan Islam untuk memberi ruang kepada wanita  untuk berpeluang memberikan sumbangan dan kebolehan mereka sekaligus memberikan mereka semangat. Bermakna perlaksanaan ini mampu dengan adanya ruang dan peluang insyaAllah. 

-  Sebagai peringat bersama, sesungguhnya besar peranan wanita dalam dakwah Islam. Jika seorang lelaki itu adalah saudara bagi wanita, maka tidaklah mampu didirikan dakwah tanpa bersamanya saudara wanitanya itu.


Bahkan, bukankah wanita ada sebahagian dari masyarakat dan peranannya jugalah untuk mendidik sebahagian yang lain.

“Wanita yang dengan tangannya menghayun buaian, dan dengan tangan itu jugalah boleh menggoncangkan dunia”.



Mukhlisah gembira mengenakan tudung labuh ummi 
sambil rocking the horse.
=)


Bersambung...