Dan ini adalah kisah benar.

Dan ada beberapa perkara yang saya lihat perlu dikupas bersama.
Konsep Hubungan Suami dan Isteri.
Dalam filem ini, ada peringatan atau lebih kepada ancaman Mullah kepada Soraya tentang hak suaminya yang memiliki dirinya sepenuhnya.
Benar, ikatan antara suami dan isteri sangat kuat dan diangkat tinggi oleh Islam. Teringat semasa mempelajari subjek Qadaya, ada di dalam salah satunya bab aurat.
Aurat antara wanita dengan mahram yang diambil jumhur ialah selain kepala, kaki dan tangan. Meskipun seorang bapa atau saudara-saudara lelaki tidak boleh melihat melebihi had-had tersebut. Hal ini kerana, keistimewaan tubuh seorang wanita adalah pemilikan pandangan mata dan sentuhan suaminya sahaja.
Lihat betapa Islam memberi kelebihan pada ikatan aqad yang halal. Hal ini bermakna, keistimewaan yang besar bersamanya amanah yang besar. Islam bukan berdiri dengan tuntutan hak, tetapi dengan perlaksanaan maksima tanggungjawab.
Memiliki segala bermakna sebagai suatu penghormatan bukan paksaan dan kerahan.
1) Dalil Suami Boleh Memukul Isteri.
Dalam banyak-banyak isu berkenaan wanita dalam rumahtangga yang selalu cuba dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam selain poligami, ialah hukum yang membolehkan suami memukul isteri berdasarkan ayat anNisa': 34,
Banyak ulama' yang membincangkan tafsiran ayat 'اضربونهنّ ini, dan yang selalu kita dengar ialah "pukullah mereka (dengan perlahan)". Dan itulah yang selalu diambil oleh para suami sebagai dalil untuk memukul, menampar dan mendera isteri-isteri mereka.
Sedangkan dalam banyak perbahasan yang perlu dilihat dalam ayat ini.
Pertama, ayat ini bukan menggalakkan kekerasan dan membenarkan amarah, tetapi ayat ini adalah penceritaan dari Allah untuk manusia menyelesaikan masalah rumahtangga secara bijak dan terbuka.
Jalan pertama yang perlu diambil ialah dengan menasihati dan berbincang secara harmoni untuk mencari punca permasalahan. Jika isteri masih tidak memberikan kerjasama, maka dipisahkan tempat tidur. Kemudian yang terakhir, baru mengambil jalan ketiga yang mana masih terdapat perbahasan ulama' dari sudut maknanya sendiri sama ada memukul secara ringan atau sebenarnya meninggalkan.
Itupun dengan peringatan Rasulullah s.a.w:
Kedua, dari sudut makna 'اضربونهنّ' itu sendiri, ada perbezaan pendapat.
Ada ulama' yang mengambil maksud 'pergi' atau 'menjelaskan' berdasarkan ayat-ayat lain yang menggunakan perkataan 'ضرب' yang sama seperti surah anNisa' ayat 94, surah arRa'd ayat 17, surah arRum ayat 28, surah Ibrahim ayat 24 dan banyak lagi.
Hal ini kerana memukul isteri juga berlawanan dengan banyak hadis dan ayat alQur'an yang lain yang melarang suami dari memukul isteri, antaranya:
Boleh rujuk link di bawah untuk pencerahan lebih lanjut:
*Women Treatment.
*Wife Beating is not allowed in Islam in any case.
*Beat your Wives? -One of the Biggest Misconception about Islam!
*Does Islam allow Wife Beating?
2) Poligami adalah untuk menjaga kebajikan wanita, bukan sumber pemuas nafsu seks suami.
Dalam kisah benar ini, Ali, suami kepada Soraya berkehendak untuk berpoligami dengan seorang anak kepada banduan politik yang masih mudah dan comel. Maka bermulalah segala rencana yang dirangka semata untuk melaksanakan kehendaknya itu dalam keadaan dia tidak mampu pada hakikatnya.
Sedangkan dalam Islam, poligami adalah untuk keadilan dan kebajikan wanita. Banyak ayat yang menegah suami dari berlaku zalim terhadap isterinya secara khusus dan tidak mencari-cari kesalahan untuk menyusahkan.
Jika timbul situasi yang memerlukan poligami, maka lakukanlah dengan baik dan muliakanlah isteri yang selama ini telah bersama dalam kehidupan.
3) Penceraian dan Konsep Perlaksanaan.
Dalam Islam, ada Thalaq, Khulu3 dan Fasakh. Thalaq adalah hak suami untuk menceraikan isteri bersama tanggungan nafkah selepas itu. Khulu3 pulak adalah hak isteri untuk meminta penceraian dari suami dengan bayaran tertentu mengikut persetujuan. Khulu3 tidak terbatas, boleh jadi dalam situasi si isteri sendiri sedar bahawa dia tidak mampu melaksanakan tugasan isteri dengan baik atas faktor dirinya atau suaminya secara luaran mahupun dalaman.
Manakalah fasakh ialah hak mahkamah hasil aduan suami atau isteri. Ada 10 jenis fasakh yang boleh dilaksanakan mahkamah seperti fasakh akibat suami yang zalim dari segi nafkah zahir bathin dan juga mendera isteri, fasakh akibat pergaduhan suami isteri yang berlanjutan dan tidak boleh didamaikan lagi dan sebagainya.
Dalam kisah benar ini, Ali yang berkehendak untuk berpoligami namun tidak mampu, ingin menceraikan Soraya, tetapi dia juga tidak mampu untuk membayar nafkah 3iddah. Maka Ali memaksa Soraya untuk meminta cerai (khulu3) supaya Soraya yang perlu membayar kepadanya. Sepanjang tempoh itu, Ali terus menzalimi isterinya dengan niat untuk menyakiti agar isterinya tidak dapat terus bertahan dan lekas-lekas meminta penceraian.
Hal ini sama sekali bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah dan RasulNya.
Konsep Hukum Hudud dalam Islam.
Teringat sewaktu mempelajari subjek Fiqh 3Uqubaat dan Fiqh Qadha', yang mana dalam menjatuhkan hukum, sesuatu perbicaraan itu perlu dilalui dengan berhati-hati dan terperinci.
Terutama dalam hukum hudud seperti zina, mencuri dan sebagainya, syarat-syarat yang diletakkan sangat ketat dan menyekatkan sebenarnya untuk hukum dilaksanakan melainkan dengan sebenar-benar terbukti kesalahan tersebut.
Contoh dalam tuduhan zina, dari sudut kesaksian dalam tuduhan, hanya 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut secara jelas sahaja boleh diterima. Mereka perlu melihat kejadian dalam keadaan tertuduh lelaki dan wanita sedang melakukan zina, dan perumpamaan yang Rasulullah s.a.w letakkan ialah "seperti pedang dimasukkan ke dalam sarungnya". Namun, kesaksian yang diambil dari intipan adalah haram.
Hal ini bermakna, jenayah zina yang diambil perbicaraannya ialah jenayah yang dilakukan secara boleh dilihat oleh 4 orang saksi, bukan tertutup rapat sehingga perlu dikorek dan mengintip.
Juga dalam kes terbukti zina seperti seorang wanita yang mengandungkan anak di luar nikah tanpa membawa tuduhan bahawa dia adalah mangsa rogol. Dalam bab ini, perbincangan perlu lebih mendalam bagi menjaga kemaslahatan wanita-wanita mangsa rogol yang takut untuk melaporkan.
Dalam Islam, hukuman kejam hanya untuk kesalahan yang terbukti dan fitrahnya memang layak dihukum seperti hukuman rejam bagi penzina yang terbukti bersalah melakukan zina dalam keadaan memiliki pasangan yang sah untuk bersama.
Islam adalah Pencegahan dan Rawatan.
Dalam filem ini, punca fitnah yang dicipta oleh Ali terhadap isterinya adalah selepas Soraya diminta oleh Mullah sendiri untuk membantu lelaki duda kematian isteri dalam menguruskan hal rumah dan anaknya yang istimewa di waktu siang.
Situasi ini sangat bahaya kerana membuka ruang fitnah dan tuduhan jahat. Lantaran itu dari awal, Islam melarang antara lelaki dan wanita berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang terdedah kepada pandangan buruk.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah diceritakan bahawa pada suatu malam, Rasulullah s.a.w ketika itu bersama saidatina 'Aisyah r.ha di luar, dan kelihatan beberapa orang sahabat sedang berjalan tidak jauh dari mereka. Rasulullah s.a.w lantas memanggil para sahabat tersebut, dan memperkenalkan kepada mereka, "ini isteriku 'Aisyah..". Hal ini mengejutkan para sahabat tersebut kerana tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk berfikir yang buruk-buruk terhadap Rasulullah s.a.w. yang mulia, namun pencegahan itu lebih baik. Dan itulah didikan baginda.
Penutup: Realiti Muslim yang Membunuh Islam.

Islam adalah deenul rahmah dan kasih sayang. Islam juga adalah deenul fitrah dan kebajikan. Islam datang bukan menuntut hak dan kelebihan tetapi Islam datang untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah.
Namun realiti yang menyedihkan apabila muslim sendiri yang membunuh Islam dengan kerosakan aplikasi tanpa aqal dan mengikut hawa nafsu. Banyak bukti yang telah berlaku dan akan terus berlaku selagi tiada kesedaran untuk membaiki keadaan.
Teringat kata-kata Anis Matta, presiden PKS dalam salah satu ucapannya,
"Haq dan perlaksanaan ke atas haq adalah 2 perkara yang berbeza."
Haq adalah apa yang termaktub, da perlaksanaan haq adalah perkara yang berkaitan dengan daya fikir, daya memahami, daya sensitiviti dan hawa nafsu.
Semoga Allah menjauhkan kita dari tergolong dalam golongan mereka yang merosakkan Islam atas nama Islam. Na3uzubillah minzalik.





2012.
