Showing posts with label syria. Show all posts
Showing posts with label syria. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Qudwah Keluarga Syurga

"Sheikh Ali Thontowi".

Pertama kali saya melihat nama ini adalah apabila bonda menghadiahkan kami setiap seorang sebuah buku kecil dan nipis bertajuk, "Wahai Putera Puteriku".

Buku yang cuma kecil dan mungkin bisa disisip dalam kocek kecil beg sandang untuk dibawa merata. Tidak tebal. Tidak berat. Dan tidak berjilid-jilid seperti kitab-kitab fiqh yang saya tatapi hari ini.

Namun buku kecil yang ditulis oleh seorang ulama' agung itu, sangat memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini.

Dalam diam-diam, buku kecil itu telah beberapa kali dikhatam. Tidak pernah menjemukan. Bait-bait ayatnya dilakar dengan penuh santun dan setiap kali menjamahnya saya akan berimaginasi akan gambaran seorang bapa yang penuh usia dan hikmah sedang mencoretkan sesuatu di atas kertas dengan penuh cinta dan sayang terhadap anak-anaknya.

Seperti juga saya membayangkan dalam penulisan Dr. Abbas as-Siisie dan penceritaan keperibadian asSheikh Umar Tilmitsani. Tidak teragak untuk saya selami dari ulama'-ulama' ini gambaran lemah lembut dan pengasihnya sahabat terbaik seluruh alam, Saidina Abu Bakr asSiddiq.



شيخ علي الطنطاوي

Qudwah Keluarga Dakwah.

Saat itu saya teruja untuk mencari tulisan-tulisan lain Sheikh Ali Thontowi namun akibat tidak jumpa, maka semangat itu meluntur dan saya hampir terlupa. Malah keterujaan saya untuk mencari kisah kehidupan beliau juga berlalu seiring berlalunya waktu.

Namun Allah izin, baru-baru ini saya dipertemukan kembali dengan syu'ur kisah hidup ulama' mulia ini selepas terbaca berkenaan kisah kesyahidan anak perempuannya.

Banan Thontowi.

Kisah seorang isteri yang setia, mujahidah yang mulia dan contoh wanita yang sumbangannya dalam alam Islami setinggi darjat lelaki.



Ketika saya membaca coretan kehidupan anak beliau, asSyahidah Banan Thontowi, entah mengapa, mata jadi bergenang dan hati jadi sebak.

Rasa sungguh betapa hebatnya beliau sehingga mampu mendidik anak sehebat Banan dengan izin Allah. Beliau diberi kekuatan untuk menyampaikan dalam masa yang sama menghadiahkan qudwah untuk ummah. Bertambah-tambah membuatkan tokoh ulama' ini saya rasakan sangat dekat dengan jiwa.

Sedikit Kisah asSyahidah Banan.

AsSyahidah merupakan salah seorang anak perempuan Sheikh Ali Thontowi, ulama' kelahiran Syria.  Dilahirkan pada tahun 1941 di Damascus Syria. Punya ayah ibu yang soleh solehah malah mujahid Islam, membuatkan keluarga mereka perlu hidup terbuang di luar Syria, lantaran menjadi buruan politik Hafez alAssad (ayah Bassyar alAssad).

Kemudian beliau berwalimah dengan Sheikh 'Isam al-Athar, seorang ulama', pemikir dan mantan muroqib 3am Ikhwanul Muslimiin.



شيخ عصام العطار

Syahid pada 17 Mei 1981 di bumi Jerman Barat selepas pasangan itu berhijrah dari ancaman bunuh kerajaan syiah Syria. Beliau dibunuh di dalam rumahnya dengan tembakan senjata oleh skuad khas yang diberi arahan terus oleh Hafez alAssad.

Banan syahid selepas menerima 5 das tembakan. Satu peluru di kening, satu peluru tembus di leher, dua peluru di dada dan satu terbenam di perut.

Selama beliau berhijrah ke Jerman, asSyahidah giat melaksanakan DnT di bumi barat sana. Menulis artikel, menyampaikan cermah dan mendirikan organisasi dakwah Islam. Sungguh. Dia wanita yang hebat.



Ucapan sang suami di hari pengebumian kekasih hati
20 Mei 1981.
Beliau menegaskan walau dilanda kesedihan yang dahsyat, perjuangan tetap tidak akan dihentikan 
dan sama sekali tidak akan menyerah kepada rejim Hafez.
T.T


Ayat-Ayat Cinta Terhebat Abad Ini.

Antara perkara yang mengikat hati saya berkenaan Banan ini ialah surat-surat cintanya kepada Sheikh 'Isam al-Athar sepanjang suaminya dipenjara oleh kerajaan alAssad. Surat-surat cinta yang bukan sahaja menjadi bunga mekar di hati suaminya, juga menjadi tinta emas dalam lipatan sejarah.

Coretan cinta pertama:


لاَ تَحْزَنْ وَ لاَ تُفَكِّرْ فِيَّ وَ لاَ فِي أَهْلِكَ وَ لاَ فِي مَالِكَ وَ لاَ فيِ وَلَدِكَ ..وَ لَكِنْ فَكِّرْ فِي دِينِكَ وَ وَاجِبِكَ وَ دَعْوَتِكَ .. فَإِنَّا وَ اللهِ لاَ نَطْلُبُ مِنْكَ شَيْئًا يَخُصُّنَا .. وَ إِنَّمَا نَطْلُبُكَ فِي ْالمَوْقِفِ السَّلِيمِ اْلكَرِيمِ الَّذِي يُبَيِّضُ وَجْهَكَ .. وَ يُرْضِي رَبَّكَ اْلكَرِيمَ .. يَوْمَ تَقِفُ بَيْنَ يَدَيْهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَ أَيْنَمَا كُنْتَ ..أَمَّا نَحْنُ فَاللهُ مَعَنَا .. وَ يَكْتُبُ لَنَا الْخَيْرَ .. وَ هُوَ أَعْلَمُ وَ أَدْرَي سُبْحَانَهُ وَ أَحْكَمُ
"Janganlah bersedih dan janganlah memikirkan aku, keluargamu, hartamu maupun anakmu. Tapi pikirkanlah agamamu, kewajibanmu dan dakwahmu!"
Demi Allah, kami tidak meminta darimu sesuatu yang istimewa untuk kami. Kami hanya meminta darimu sikap yang lurus dan mulia… kapan saja dan di mana saja engkau berada…sikap yang akan membuat wajahmu bersinar terang dan membuat Rabbmu Yang Maha Mulia redha….pada hari engkau berdiri di hadapan-Nya.
Adapun kami, maka Allah bersama kami dan Allah menetapkan kebaikan untuk kami. Allah swt lebih Tahu, lebih Mengerti dan lebih Bijaksana."
Allahu akbar, subhanallah, maa syaa Allah….

Coretan cinta kedua:
لاَ تَحْزَنْ يَا عِصَامُ وَ لاَ تَأْسَ
يَرْفَعُ اللهُ مَنْ يَبْتَلِيهِ
إِنْ عَجَزْتَ عَنِ السَّيْرِ سِرْتَ بِأَقْدَامِنَا
وَإِنْ عَجَزْتَ عَنِ الْكِتَابَةِ كَتَبْتَ بِأَيْدِينَا
وَاللهُ مَعَكَ اللهُ اللهُ مَعَكَ
وَلَنْ يَتْرُكَكَ وَلَنْ يُضِيعَ مَا أَنْتَ فِيهِ      
"Janganlah engkau sedih, wahai Isham, jangan pula putus asa!
Allah akan mengangkat darjat orang yang diujinya
Jika engkau tak mampu berjalan (dengan kaki-kakimu), engkau bisa berjalan dengan kaki-kaki kami
Jika engkau tak mampu lagi menulis (dengan tanganmu), engkau bisa menulis dengan tangan-tangan kami
Allah senantiasa bersamamu, Allahu senantiasa bersamamu
Allah sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan sekali-kali tidak akan membiarkan keadaanmu."

Menitik air mata dan membunga rasa apabila membaca catatan cinta titipan sang isteri buat suami yang teruk diseksa di dalam penjara taghut yang zalim. Catatan yang menyegarkan jiwa selepas tubuh lumpuh dihimpit dera. Catatan yang membelai luka berdarah di hambat besi-besi membunuh.
Tidaklah mengalir kekuatan jemari yang mencoret itu melainkan datang dari hati yang penuh rasa cinta kepada Allah, Rasul dan syurgaNya, bukan?
T.T
Terlalu jauh diri ini berbanding kemuliaan mujahadahnya. Terlalu sangat jauh!


Tidak tertahan sebak Sheikh 'Isam menceritakan semula detik kesyahidan isterinya
sempana ulang tahun 30 tahun pemergian asSyahidah.
20 Mei 2011

Penutup: Keluarga Itu Kekuatan.



anak-anak adalah siapa kita hari ini.

Menyelamai kisah hidup dan kesyahidan Banan membuatkan semakin jelas betapa pentingnya pendidikan dalam sebuah rumahtangga itu terbina.

Pentingnya ibu bapa yang faham, sedar dan mengamalkan cara hidup Islam sekaligus menjadi qudwah buat anak-anak. Dan semua itu bukan bermula pada hari lahirnya anak ke dunia atau bermulanya pada hari doktor memaklumkan pengkhabaran gembira adanya kandungan dalam perut si isteri, tetapi bermula dari sekarang.

Ya. Sekarang. T.T

Dari anak yang bersama faham itulah maka dia akan meneruskan kerja-kerja amal Islami dan membentuk sebuah keluarga yang turut memiliki kesedaran yang sama. 

Seterusnya membiak sehingga terbentuk kelompok-kelompok muslim yang sejahtera dan melangkah ke tangga-tangga yang seterusnya dengan izin Allah.

Dan paling penting, semua itu tidak mampu digerakkan melainkan dari pasangan yang sama-sama punya kesedaran urgensi DnT dalam realiti dunia hari ini.

Allahua'lam.


nota kaki:

-apabila menghayati kisah-kisah mereka, terasa diri cuma mampu melihat jauh sahaja rombongan itu, lantaran masih terlalu pudar dan rapuh apa yang ada pada diri berbanding mereka.

T.T

-terus doakan untuk saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya dan di seluruh dunia.

Saturday, July 7, 2012

Suria di Syria.


Dia adik kita.

Tahukah kita apa permintaannya?

"Berhentilah (janganlah) membunuh kami dengan cara penyembelihan.
Saya merayu, bunuhlah kami dengan pistol.."

Fahamikah kita apa permintaannya?

Dia tidak bodoh untuk meminta dibunuh.

Tetapi dia telah matang untuk menilai betapa hinanya nilai mereka dan rendahnya harga darah mereka untuk dilempar bangkai setelah disembelih sambil disaksikan dunia.

Dia telah matang untuk sedar bahawa mereka adalah satu-satunya makhluk yang hidup di atas muka bumi ini, kerana itu saat mereka menjerit ketakutan melihat bilahan pisau yang meleleh darah syahid sahabat mereka, mereka menjerit dalam keadaan sedar bahawa seluruh makhluk selain mereka di bumi itu adalah makhluk pekak seperti pokok, gunung, sungai, batu dan pasir.

Lantas mereka tahu betapapun kuat jeritan mereka, memang mustahil untuk ada manusia lain yang datang membantu. Kerana seluruh makhluk yang ada adalah pekak, bisu, buta dan kaku.

Lantas mereka tahu yang tinggal untuk mereka berusaha ialah merayu kepada pembunuh yang buas itu untuk tidak menyembelih mereka kerana mengelupur bersama buakan darah yang tepercik itu sangat pedih dan seksa. Lalu mereka merayu agar dikurangkan siat-siat daging mereka itu kepada pembunuhan menggunakan peluru yang apabila tembus ke dalam dada melepasi jantung yang berdenyut, maka seluruhnya akan terus menjadi hitam tanpa perlu merasai azab yang dahsyat.

Suria Di Syria: Semoga Ada Doa Kita Dalam Pengharapan Mereka.



Kita mungkin tidak mampu terbang melangkau awan atau menyusup mencelah duri benteng sempadan untuk bersama mereka. Kita mungkin tidak sekuat itu dan kita mungkin tidak semampu itu.

Namun sepotong doa sentiasa mampu kita sebut untuk mereka. 

Yakinlah keadilan yang benar itu tetap akan menang tidak kira sama ada kita mahu berada bersama mereka atau tidak. Tidak kiralah sama ada kita prihatin terhadap mereka atau tidak.

Allah itu ada, bukan?

Penutup: Kita dan Mereka.


Kita menangis melihat mereka berkecai tubuh. Kita menangis melihat anak-anak kecil yang hancur. Kita menangis melihat ibu-ibu yang dipotong tubuh selepas dirogol. Kita menangis melihat ayah-ayah yang dibungkus di dalam plastik hitam selepas dibakar rentung hidup-hidup.

Namun sebenarnya kita terlupa bahawa tangisan itu yang paling perlu untuk kita menangis terhadap diri kita sendiri. Menangis terhadap kemaksiatan dan dosa-dosa kita yang membuatkan mereka diuji sedemikian rupa. Menangis kerana hitamnya hati kita membuatkan kita hanya mampu melihat gambar-gambar siksaan mereka tanpa mampu melakukan apa-apa.

Semoga doa dari kita yang berdosa ini Allah terima atas ihsanNya terhadap mereka.



nota kaki:

-doa untuk semua yang dizalimi tidak kira di Myammar, Palestin, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.

-esok akan bermula first exam:
8 July: Fiqh Muamalat II
10 July: Aqad Zawwaj.
11 July: Firaq Zawwaj.

Firaq zawwaj adalah berkaitan penceraian thalaq, khuluq, fasakh, nafkah, 3iddah dan lain-lain. Serius sangat rumit, susah, terperinci, pening dan renyah. 

Dari situ saya melihat betapa pernikahan itu dimudahkan kerana manusia dicipta untuk bahagia dengan kasih sayang tetapi penceraian itu dirumitkan kerana Allah mahu manusia memilihnya hanya setelah tamat segala usaha pembaik pulih hubungan yang lain.

second exam pula pada:
16 July: Fiqh Muamalat II
18 July: Aqad Zawwaj.
19 July: Firaq Zawwaj.

Risiko exam dekat-dekat ini ialah tempoh untuk doktor mengajar adalah singkat dan bakinya adalah pembacaan sendiri. Sigh.





Monday, June 4, 2012

Syiah, Iran dan Syria.

'Syiah'.

Perkataan yang pertama kali saya jumpa di usia sekolah rendah ketika membaca buku seerah Perang Jamal dan Siffin. Awalnya saya kira, hanya kumpulan biasa yang wujud kesan konflik Saidina Ali r.a. dan Muawwiyah r.a. sebelum saya mula melihat dunia mereka ketika ayah membawa kami memijak bumi Iran pada tahun 2003.

Pulang dari Iran, melihat keanehan mereka yang begitu ta3sub terhadap imam sehingga memuja kuburan, laungan azan yang pelik, pergerakan solat yang ganjil, masyarakat yang terasing membuatkan saya mula menyelongkar segala cerita berkaitan Syiah.

Saya mula berminat membaca artikel-artikel berkaitan 12 imam mereka, berkaitan sejarah kesesatan mereka, mazhab-mazhab mereka yang memeningkan dan paling penting berkenaan Revolusi Iran 1978.


gambar 12 imam mereka termasuk saidina Ali, Hassan dan Hussain.

Konklusi yang mampu saya simpulkan ialah, kesesatan mereka ini bermula dari emosi fanatisme terhadap pecahan politik. Remeh sahaja masalah mereka namun apabila dijadikan asas pegangan maka, kucar kacir besar yang telah meletus seperti yang dikupas oleh dr. MAZA dalam tulisannya, SYIAH: mazhab atas nostalgia sejarah.

Syiah: Asas Kesumat Mereka.

Jika kita menyelak segala cerita berkaitan mereka, antara asas yang menjadi tunjang terciptanya 'syiah' ialah seerah ahlu bayt yang penuh keta3suban.

Mereka akan mengambil seerah bermulanya dari perlantikan saidina Abu Bakr dan Umar r.a yang dikatakan silap. Kemudian diteruskan oleh zaman Saidina Uthman yang diceritakan sebagai pemimpin yang penuh kelemahan dan lembik. Malah saidina Uthman juga difitnah sebagai seorang yang mementingkan ahli keluarganya dan mengabaikan tugas sebagai seorang khalifah yang adil.

Ditambah pula dengan kewujudan munafiq penabur fitnah, Abdullah Bin Saba' yang mengadu domba. Sungguh. Saat itu dunia Islam menjadi kabut.

Ditambah seerah ketika berlaku perselisihan faham antara saidina Ali r.a. dan Muawiyah Ibn Abi Suyan r.a. yang menyebabkan tercetusnya perang Siffin dan Jamal.

Sedangkan puncanya masing-masing dengan ijtihad sendiri. Muawiyah menuntut agar pembunuh saidina Uthman lekas segera dicari dan diadili agar pemberontakan yang sama tidak berulang, manakala saidina Ali melihat bahawa lebih perlu fokus memperbaiki pemerintahan dahulu.

Berlanjutan dengan fitnah dan mengkafirkan isteri baginda s.a.w iaitu Aisyah r.ha, Thalhah Ubaidillah dan Zubair alAwwam yang ketika berlakunya perang tersebut menyebelahi Muawiyah sebelum mengambil sikap berkecuali dan keluar perang. Dan ketika 2 sahabat besar itu sedang menunaikan solat, mereka dibunuh oleh pengikut saidina Ali yang dengan gembiranya mengkhabarkan pembunuhan tersebut namun ditempelak oleh saidina Ali dengan hadis, "aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, sesungguhnya tempat yang layak bagi pembunuh Zubair adalah neraka!".


tuduhan syiah terhadap ummul Mukminin.


Saya tidak mahu mengolah panjang berkenaan sejarah mereka kerana itu bukanlah kepakaran saya.  Cuma yang perlu kita fahami di sini ialah urgensi untuk kita menceduk lembaran-lembaran seerah yang benar dan jelas. Dan berhati-hatilah terhadap sumber dari golongan tertentu yang memutar belit seperti yang pernah ditulis oleh ustaz Hasrizal dalam tulisannya, Pendustaan Syiah dalam Sejarah Islam.

Sheikh Abu A'la alMaududi dalam bukunya 'Khilafah dan Kerajaan', ada mengulas berkenaan isu fitnah terhadap khalifah Uthman r.a. yang sebenarnya hanyalah miss-comunication yang diperbesarkan dan ditokok tambah.



berhati-hatilah!

Syiah dan Revolusi Iran.


Khomeini yang diagung-agungkan.

Jujurnya, saat masyarakat banyak mengangkat Ahmedinejad sebagai tokoh yang perlu dicontohi, saya kurang bersetuju walaupun usia ketika itu cuma sekitar belasan tahun, kerana mengikut bacaan sejarah, syiah  adalah suatu anutan yang memang penuh tipu muslihat.

Masakan tidak, kejatuhan khilafah Umaiyah dan Abbasiyah itu juga kesan dari sifat mereka yang bermuka-muka dan hasad. (Sedikit catatan ringkas Ustaz Hasrizal berkenaan sejarah mereka, Sejarah Pertelingkahan Sunni-Syiah.) Malah Salahuddin alAyyubi terpaksa mengambil suatu tempoh yang agak panjang dalam persediaan pembukaan alQuds bagi membanteras jenayah syiah dahulu.

Revolusi yang berlaku pada 1979 ini, diketuai oleh Khomeini akibat kezaliman Shah Reza yang lebih banyak menurut arahan presiden US.

Ketika awal berlakunya revolusi, seluruh ideologi turun ke jalan raya, bersama mengumpul kekuatan bagi menumbangkan Shah Reza. Dalam pada itu, Khomeini yang berlindung di Iraq (akibat hubungan yang tidak baik dengan Shah Reza) diangkat sebagai tokoh lantaran yang terpamer ialah kezuhudan, keagamaan dan ke'ikhlas'annya bersama janji-janji manis kebebasan masyarakat Iran darri sudut bersuara, ideologi, ekonomi, politik dan sebagainya.

Namun sebaik sahaja kerajaan lama berjaya dijatuhkan dan Khomeini naik, demokrasi yang dijanjikan langsung terhapus dan kerajaan dipegang secara mutlak oleh 'orang agamawan'.

Rakyat tidak berpeluang untuk memilih kerajaan dari kepimpinan yang meraka pilih malah terdapat beberapa lagi pengkhianatan Khomeini terhadap masyarakat Iran seperti yang dikupas oleh Elmer Swenson dalam tulisannya What Happens When Islamists Take Power: The Case Of Iran.

 Sebanyak hampir 6 000-10 000 tahanan politik dibunuh dan majoritinya adalah mujahidiin sunni (yang terlibat dalam revolusi). Sedangkan ketika fatrah memancing pengaruh, Khomeini pernah menabur janji, dengan kata-katanya yang terkenal,

"We must establish a government that will enjoy the trust of the people - God know that your capacity and courage are not less than those of others - unless, of course, the meaning of courage is oppressing and slaughtering the people; that kind of courage we certainly don’t have." (Khomeini in exile, January-February 1970.) 



Hassan Khudri yang dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati 
akibat bermazhab Sunni dan melaksanakan Dakwah.

Malah kesan lain yang mencengkam sunni di Iran ialah, penghapusan masjid dan dikatakan bahawa sifar Masjid Sunni di Tehran dengan alasan yang diberi oleh salah seorang rujukan Syiah, Misbah alYazdi yang diwawancara oleh The Daily News, (rujuk: Revolusi Iran tulisan Ustaz Abu Huzaifah atsary)

“Kalau di Mekkah telah diizinkan untuk membangun Huseiniyyah, maka barulah di Teheran boleh didirikan mesjid Ahlussunnah”

Maka, jelaslah bahawa segala propaganda bahawa Iran sebagai sebuah negara Islam dengan laungan semangat menghapuskan Israel dari bumi Palestin adalah satu pembohongan. Loqik akal, jika benar, mengapa masih belum digerakkan ketenteraan mereka sedangkan yang dicanang-canangkan mereka adalah sebuah kerajaan yang memilih ketenteraan setanding kuasa besar US dan Israel.

Syiah dan Syria.


Abdul Razaq Tolas berjaya menangkap beberapa warga negara IRAN yang menceroboh ke Syria. Mereka semua disoal siasat Tolas dan ditangannya terdapat pasport milik seorang warga Iran. 

Sejarah Syiah dalam kerajaan Syria telah bermula lama semenjak Hafez alAssad mengambil alih kuasa dari pemerintah sebelumnya.

Antara peristiwa yang terkenal dan dikambus lama sebelum rakyat mula berani bersuara membuat laporan ketika revolusi telah berlaku, ialah peristiwa pembunuhan seramai 40 000 orang sunni di Hama yang disabitkan kesalahan sebagai pemberontak.

Selepas peristiwa tersebut, para ulama' sunni antaranya Sheikh Ramadhan alBhutti berijtihad untuk tidak menentang kerajaan secara terang terangan dan hanya meneruskan kelas-kelas pengajian biasa.

Syria secara jelas mengamalkan dasar politik tertutup dan ditaktor dengan 84% posisi pemerintah dipegang oleh keluarga besar Assad. Kesannya, sebarang campur tangan luar tidak dialu-alukan dan sebarang berita yang berlaku dalam pemerintahannya mempunyai kesukaran untuk diakses keluar.

Secara automotik, masyarakat sunni walaupun berjumlah majoriti 74% bergerak memenuhi kawasan utara Syria kesan penindasan diskriminasi pemerintahan Syiah.


Seorang pakar rujuk Syiah, Ayatullah Ahmed Jannati berucap di Universiti Tehran berkata:   
“Kewajipan bagi Syiah untuk memasuki Syria dan berjihad di samping pentadbiran Syria hingga Syria tidak akan jatuh ke tangan musuh Ahlul Bait Rasul”

Kebencian mereka terhadap sunni dan bersikap pro-yahudi telah lama berlangsung. Malah peristiwa rampasan Bukit Golan oleh Israel dari Syria juga hakikatnya hanyalah tipu muslihat dan Perang Lubnan-Israel 1982 turut mendapat campur tangan Syria.


gambar tentera Israel bersama potret Hafez alAssad ketika berjaya memasuki Lubnan 1982.

Lantas, peristiwa berdarah yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan baru terjadi. Tetapi merupakan rentetan dari perjalanan sebuah kisah yang lahir dari emosi kebencian yang berasaskan mazhab yang menyeleweng.

Penutup: Ambil Tahulah!



Prof. Dr. Yusuf Qardhawi.

Setiap kali menyelak sejarah-sejarah berdarah dan peristiwa-peristiwa luka hari ini, yang sememangnya sentiasa berusaha untuk dilupakan oleh sistem, sebenarnya membuatkan kita dapat melihat dunia dari kaca mata yang penuh simpati dan terbeban.

Kita akan merasakan bahawa telah berbillion-billion jiwa diragut nyawa mereka dalam keadaan dizalimi dan kejam. Mereka tersempit dan tertekan lantaran suara halus mereka langsung tidak didengari. Jujurnya, jika ditanya kepada kita, "tahukah 100 nama dari billion mangsa tersebut?". Pastilah kita tidak mampu menjawab kerana kita merasakan bahawa perkara itu sama sekali tidak penting.

Namun, tahukah kita bahawa mereka itu juga MANUSIA yang sama nilai kehormatan dan kemuliaan sebagai ciptaan Allah yang sempurna?

Jika kita merasakan kita layak untuk hidup damai dan aman, bukankah mereka juga layak mendapat hak yang sama?

Maka, ambil tahulah! Bukan sekadar isu ini, tetapi isu-isu kemanusiaan dunia yang lain.

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh.


jangan pernah merasakan kain putih itu membalut makhluk dari planet pluto.
Mereka manusia. Mereka Muslim. Mereka saudara kita.



nota kaki:

-sejak akhir-akhir ini, Allah izin kesihatan kurang baik. Badan panas, dan muntah-muntah. Mungkin petanda badan mahu segera pulang ke Malaysia..T_T

-


Monday, April 9, 2012

Syria vs Kony 2012


Syria: Catatan Duka Mereka Yang Ditulis Dakwat Darah.

 



 
قصص إغتصاب حرائر سوريا !!!.. أيــن المعــــــــتصم !!!؟؟؟؟.....

Kisah perogolan sutera-sutera Syria (lambang gadis-gadis Syria yang dimuliakan maruahnya). Di manakah Mu'tasim?!

قصص وحوادث مروعة لحالات الإغتصاب والاعتداء على الأعراض التي حصلت..
منها ما أستطيع كتابته لكم ومنها مالا أستطيع.. لمرارته وشدته وعدم إمكانية أي إنسان أن يتحمله....
من الأشياء التي أستطيع كتابتها...

Kisah kejadian tragedi ngeri perogolan dan kekejaman seksaan yang berlaku.
Darinya (kisah-kisah itu) ada yang terdaya untuk aku menulisnya dan ada yang tidak terdaya lantaran kepedihan dan kekejaman yang mustahil untuk manusia menanggungnya. Dan ini adalah sebahagian yang termampu untuk aku coretkan:

هو جمع خنازير الأسد للنساء والفتيات في أماكن معينة مثل صالة الزراعي بشارع الحولاني القريب من المؤسسة الاستهلاكية في حي باباعمرو والتي كانت صالة افراح سابقا وتحولت الى ملجأ ايام القصف لأنها تحت الارض وتحولت الى معتقل بعد اقتحام الحي ومكان لاغتصاب الفتيات بعد جمع الفتيات يبدأ خنازير الأسد بالتناوب على كل فتاة منهن الواحدة بعد الأخرى....


(Dalam suatu kejadian) Telah mengumpulkan khinzir-khinzir Assad (lambang kehinaan dan jijik) wanita-wanita dan gadis-gadis di suatu kawasan seperti Dewan Pertanian di Jalan alHawlani (mungkin nama jalan) berdekatan dengan Pusat Khidmat Pengguna di Baba Amru yang merupakan suatu dewan serbaguna yang meriah (sebelum tercetus peperangan), sebelum ditukar menjadi kawasan perlindungan dari pengeboman lantaran kedudukannya di bawah tanah. Namun telah bertukar menjadi pusat tahanan selepas (Baba Amru) diserang kejiranannya malah turut menjadi kawasan perogolan gadis-gadis selepas khinzir-khinzir Assad mengumpulkan mereka sebelum dirogol secara bergilir-gilir setiap seorang dari mereka, seorang demi seorang.

في إحدى المجموعات كانت بين النسوة والفتيات طفلة عمرها 14 عام أصيبت بحالة انهيار عصبي واختلاجات عصبية لهول ما تعرضت له فتركوها بعد أن هتك عرضها اثنين من أوغاد البعث...
وهناك فتيات تم قتلهن بعد ان امتنعوا بشدة وانهاروا عصبيا ولا يعلم أحد أين صارت جثثثهن...
كانت الفتيات والنسوة يكلمنني وهنَّ يبكين بحرقة وبعضهن لم تستطع أن تكمل مأساتها...
ياالله...
ياالله...
ماذا حل بأعراضنا...
ماذا حل بنسائنا....
وأنا أشهد الله أنهن أطهر من الطهر..


Dalam salah seorang dari mangsa-mangsa wanita dan gadis-gadis itu adalah kanak-kanak yang baru berusia 14 tahun, dan mengalami kerosakan saraf serta penyakit sawan. Apa yang menakutkan (mengecewakan), apabila mereka meninggalkannya selepas terdedah aibnya (ditelanjangkan) oleh 2 orang dari tentera Ba'ath (Assad).

Dan ada gadis-gadis yang dibunuh selepas bergelut dengan keras (mempertahankan maruah). Mereka dikelar sehingga tidak diketahui mana satu anggota badan mereka yang tercerai.

Gadis-gadis dan wanita-wanita itu menceritakan kepadaku dan mereka menangis dengan hati yang terbakar (hancur), dan sebahagian dari mereka tidak mampu menyempurnakan (kisah) tragedi tersebut.

Ya Allah..
Ya Allah..
Apakah yang telah berlaku kepada keadaan-keadaan (hina) kami..
Apakah yang telah berlaku kepada wanita-wanita kami..

Dan aku bersaksi di hadapan Allah bahawa mereka adalah (wanita-wanita) yang paling suci daripada yang suci.

كنت أنتقل من قصة لقصة ومن جرح لجرح وقلبي يبكي دما...

Sungguh. aku berpindah dari satu kisah kepada satu kisah, dari satu luka kepada luka yang lainnya dan hatiku terus menangis darah..

و قصة أخرى : سيدة سورية: نحن نحمل في أحشائنا أبناء الاغتصاب من جنود بشار الاسد

Dan kisah yang lainnya: Seorang puan (isteri) dari Syria: "Kami mengandungkan dari perut kami, anak-anak perogol dari kalangan tentera Basyar al-Assad".

سيدة سورية تدعى سلمي بويلات اغتصابها ، وهي تبكي بحرقة : "شكوناهم إلى الله الواحد الأحد، الذي لا يظلم عنده أحد، أدركونا أيها المسلمون، نحمل في أرحامنا أبناء الزنا والاغتصاب".

Seorang puan Syria yang bernama Salma, mengadu kisah perogolan ke atas dirinya, dan dia menangis sungguh-sungguh, "Kami adukan tentang (kekejaman) mereka kepada Allah, satu-satunya yang Maha Satu, yang tidak zalim kepada setiap sesuatu. Kami memberitahu kepada (kamu) wahai sekalian muslimun, kami sedang mengendong di dalam rahim kami anak-anak zina dan rogol..!".

وتقول سلمى : 36 امرأة تم اغتصابهن عند اقتحام الجيش النظامي لهذه البلدتين التان يتعرضا لعملية القصف بالدبابات لها على بعد كيلومترات فقط.

وتشير سلمى ذات الوجه الشاحب والجسد الهزيل:"لا أستطيع تصور ذلك أو تذكره… نحن نحمل في أحشائنا أبناء الزنا".

وتوضح سلمى : "أبلغ ثمانية وعشرين سنة ومتزوجة من الشهيد.. وأنا أم لأربعة أطفال، ثلاث بنات وولد، كنا نعيش حياة هادئة في قريتنا…

إلى أن
جاء يوم الجمعة الثاني والعشرين شباط الماضي عند بداية القصف علينا في الصباح الباكر، أعطينا نصائح عبر مكبر صوت المسجد بالتزام المنازل في الأقبية والمخابئ الأرضية لتجنب قذائف القصف، ومن استطاع الخروج إلى البرية والجبال فليفعل".

Salma memberitahu, "sebanyak 36 orang wanita telah dirogol semasa tentera kerajaan (Assad) merempuh masuk ke 2 bandar ini yang ditakluk dengan pengeboman dari jarak yang cuma beberapa kilometer sahaja."

 
Wajah Salma tergambar pucat lesu dengan tubuh yang tersandar, "aku tak terdaya untuk menggambarkannya apatah lagi untuk mengingatinya..kami mengandungkan dalam perut kami anak-anak zina.."

 
Salma memberitahu, " aku baru mencapai usia 28 tahun dan telah berkahwin dengan seorang syahid (yang telah terbunuh). Aku adalah ibu kepada 4 orang anak, 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kami hidup dalam kehidupan yang tenang di kampung kami.

Sehingga tiba suatu hari Jumaat, 22 Februari yang lalu, apabila terdengar bunyi pengeboman di awal pagi disusuli dengan pengumuman suara dari corong suara Masjid menasihati kami untuk tetap di rumah serta berlindung di bilik bawah tanah bagi mengelakkan serangan mortar. Barangsiapa yang mampu lolos keluar dari kampung ke gunung-gunung, boleh berbuat demikian (untuk menyelamatkan diri)."

الشبيحة: يا بشار لا تهتم إحنا رجالك نشرب دم…

وتشير سلمي : هذه العصابات هاجمت زوجي وسمعت ابني يبكي و لم أتمالك نفسي أن أبقى الذي كنت اختبئ فيه وتركت بناتي في القبو وخرجت مسرعة ، وأنا أتوسل إليهم وأستحلفهم بكل ما هو غال عندهم أننا مدنيون، ليس لنا أي ذنب، وأننا لا نأوي الثوار وجيش التحرير.

Para hantu (tentera-tentera Asaad) "Wahai Basyar, kami adalah orang-orang kamu yang tidak kisah untuk meminum darah.."

Salmi memberitahu lagi, "orang-orang itu menyerang suamiku. Dalam masa yang sama, aku mendengar esakan anak lelakiku. (anak lelakinya bersama suami) Dan tidaklah aku terdaya menahan diri cuma menangis lantaran aku berada di dalam bilik persembunyian. Aku tinggalkan anak-anak perempuanku di tingkat bawah tanah, dan aku keluar dengan segera. Aku merayu kepada mereka dan bersumpah dengan segala-galanya bahawa kami hanyalah orang awam yang tidak berdosa. Dan kami tidak melakukan pemberontakan serta bukan tentera pembebasan."

وتقول :رد علي واحداً منهم :"أنتم تواجدكم على الأرض تهمة بحد ذاتها، لقد أخطأ من خلقكم معنا أيها الحثالة".

وتضيف: "كنت أرى زوجي ممددا على الأرض وهم فوق جسده يقفزون وهم يقولون له أين ربكم؟".

Salmi menambah: salah seorang dari mereka menempelakku, "kalian tak layak untuk wujud di atas muka bumi ini, dan kesilapannya lagi ialah penciptaan kalian bersama kami, wahai sampah..!".

aku melihat suamiku terbaring di atas tanah dan mereka memijak jasadnya sambil menyoal, "di manakah Rabbmu?"

وقالوا لي :" إذا أردت أن نعفو عنك، فلا بد أن نفعل بك ما يحلو لنا نحن الخمسة أمام مرآى ومسمع من زوجك وولدك، رفضت هذا وقلت لهم أنا أختكم، أنا سورية حرة، أيطيب لكم قلب أن تفعلوا بأختكم هذا؟ ليضربني بعدها شخص على رأسي بأخمص الرشاش وتسيل دمائي مرددين أنتم لستم إخواننا، سمعت إطلاق نار من مسدس على جسدي زوجي الممدد في الأرض، لتسيل دماءه، وبعدها أخذ أحدهم ابني وأخرج سكينا من سترته ليذبحه، رجوته أن يفعل ما يشاء على أن لا يقتل ابني".

Mereka berkata kepadaku, "jika mahu kami mengampuni kamu, wajib untuk kami memperlakukan kamu dengan apa-apa yang menghiburkan kami berlima. Biar disaksikan dan didengari oleh suami dan anak lelaki kamu".

Aku merayu dengan berkata, aku ini saudara perempuan kalian, dan aku adalah rakyat Syria merdeka. Adakah hati kalian sanggup memperlakukan sedemikian terhadap saudara perempuan sendiri?". Salah seorang dari mereka memukul kepalaku dengan pistolnya dan mengalirlah darahku sambil menempelak, "kalian bukan saudara kami!".

Dalam ketika itu, aku terdengar bunyi das tembakan yang ditujukan kepada jasad suamiku yang telah terbaring di atas tanah. Mengalirlah darahnya. Kemudian, mereka mengambil anak lelakiku sambil mengeluarkan pisau untuk menyembelihnya. Aku merayu sungguh-sungguh kepada orang tersebut, "lakukanlah apa sahaj asalkan jangan kamu membunuh anakku..!"

تقول سلمى: "شقوا ثيابي بوحشية، تداول على الاعتداء علي والاغتصاب خمسة من الجنود النظاميين، وبعد انتهائهم من الفعلة، قالوا إذا جئنا مرة أخرى إلى هنا ووجدناك فسيكون مآلك الذبح ".

وهنا تبكي سامى بهستيريا وتقول :"أيها المسلمون أدركونا ،ألا تعقلون حالنا؟ هل حقيقة أنكم تجهلون ما يفعله بشار وجنوده بنا؟ نحن أخواتكم، سيحاسبكم الله على خذلانكم لنا، نشكوك إلى الله وحده يا بشار ومن معك، اللهم خذ حقنا منه".

Bercerita Salmi lagi: Dengan biadapnya mereka mengonyak bajuku, maka jadilah aku mangsa perogolan 5 orang askar kerajaan. Selepas mereka selesai dengan perbuatan terkutuk itu, mereka mengancamku, "jika sekali lagi kami datang ke sini dan kami menemui kamu, maka kamu akan menjadi mangsa sembelihan".

(Ketika cerita ini diceritakan), Salmi meraung histeria, dan menyeru, "wahai kaum muslimiin, beritahulah kepada kami, apakah kalian tidak memikirkan keadaan kami ini? Adakah benar bahawa kalain tidak tahu apa yang sedang diperlakukan oleh dia, si Basyar dan tentera-tenteranya ke atas kami?

Kami saudara-saudara perempuan kalian. Dan kalian akan dihisabkan di hadapan Allah ke atas ketidak endahan kalain terhadap kami.

Aku adukan kejahatan kamu kepada Allah satu-satunya, wahai Basyar dan sesiapa sahaja yang bersama dengan kamu. Allahumma, rampaslah hak-hak kami darinya..!"

منقول
__________________________________________________
أنشروووووووووووووها في كل مكان لعلها تصل الى المعتصم ..
____________________________________________________

لا حول و لا قوة الا بالله

 
Syria: Hari Ini Bagi Kita, Hari Ini Juga Bagi Mereka.


Ketika menterjemah tulisan ini, terbayang saatnya saya sedang menaip, peristiwa ini masih sedang berlaku ke atas mereka.


Tidak terjangkau dek akal, bahawa saya sedang melalui hari yang sama dengan hari mereka, jam yang sama dengan jam mereka, detik yang sama dengan detik mereka, tetapi keadaan yang langsung tidak sama dengan keadaan mereka.


Darah. Ketakutan. Jeritan. Sembelihan. Dentuman bom. Percikan api tembakan senjata. Kesakitan dirogol secara paksa. Tubuh terkoyak. Kepedihan luka-luka dan segalanya. Semua yang selalu saya saksikan dalam kisah-kisah lakon layar sebuah catatan peperangan.


Dan semua itu sedang dilalui oleh saudara-saudara saya yang cuma di atas sana.



rakyat Syria (tersempit) antara kerajaan yang zalim, pihak berkuasa yang tamak 
dan kebisuan negara-negara arab.


Matahari yang sama. Terang cahaya siang yang sama. Malam yang sama. Putihnya cahaya bulan dan bintang yang sama. Awan lalu yang sama. Angin bertiup yang sama.


Tetapi jiwa dan perasaan sama sekali tidak sama.


Syria: Di Manakah Nilai Kepekaan Kita?


Baru-baru ini dan masih sedang berlangsung di seluruh dunia ialah, kempen 'Kony 2012' iaitu sebuah kempen yang digerakkan secara besar-besaran agar semua masyarakat peka terhadap isu yang berlaku di Uganda.


 

Kempen ini sangat penting kerana menjadi syarat untuk kerajaan US membincangkan perihal penghantaran bantuan ketenteraan bagi menangkap Joseph Kony yang merupakan penjenayah nombor 1 yang paling dikehendaki oleh Mahkamah Antarabangsa. Syarat kerajaan US ialah, mereka akan membincangkan hal tersebut di dalam parlimen jika isu ini menjadi isu rakyat Amerika. Justeru NGO yang terlibat di bawah seorang relawan, Jason Russell begitu bersungguh-sungguh menyebarkan kesedaran ini kepada seluruh masyarakat Amerika.


Yang paling membuatkan saya serius terdiam dan berfikir dalam, segala usaha Jason ini bermula dengan janjinya terhadap seorang kanak-kanak Uganda, untuk membebaskannya dari cengkaman Kony.


SubhanaAllah.


Sedangkan jika dilihat logik akal, tidak ada sebarang kepentingan pun untuk dia mengambil berat akan urusan manusia lain dan bersusah payah ke arah itu lantaran tidaklah mereka terikat atas dasar saudara seakidah, atau sebangsa atau senegara, atau sebenua dan sebagainya. Melainkan semata atas dasar kemanusiaan.



Kony yang mula saya tahu kisah kejahatannya dari filem Blood Diamond 2006.

Berbalik kepada isu kita dan saudara kita sama ada di Palestin dan Syria mahupun mana-mana wilayah sauadara Islam yang lain, bagaimana pulakah kepekaan dan kesungguhan kita ke arah itu?


Penutup: Ambil Tahulah..!


Minima sikap yang perlu ada bagi seorang muslim itu ialah mengambil tahu perihal dan keadaan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dan itu adalah salah satu bukti bahawa dia sedang hidup.

"Perumpamaan orang-orang beriman di dalam kasih sayang dan prihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian anggota itu mengadu sakit, ia membawa seluruh jasad itu berjaga malam dan demam." (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim )

Apakah kita benar merasakan bahawa kita ini dari satu tubuh yang sama? Jika tidak, pastikan kita melihat semula diri kita, takut-takut sebenarnya kita telah menjadi anggota yang tercerai lama.
Na'uzubillah minzalik.

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh.

nota kaki:
-minta maaf kepada pakar lughah jika terjemahan ada kesilapan.

-Saya mula perasan beberapa artikel saya telah mula diambil dan diletakkan dalam blog tanpa pemberitahuan bahawa itu adalah artikel yang tidak asli.

Pesan saya cuma satu, jadilah diri anda sendiri. Jika anda mewujudkan blog hanya cuma untuk copy paste artikel orang lain, atau dengan bahasa yang kurang baik, mencuri artikel orag lain pada saya tutup sahaja blog anda.

Blog adalah suatu medan untuk kita melatih mengeluarkan idea sendiri dan membina kemahiran penulisan sendiri. Jika anda masih baru mencuba, boleh sahaja jika anda mengambil artikel orang lain, dan mengulasnya. Itu lebih baik.

-setelah 2 tahun tidak berpijak di bumi Malaysia, saya telah semakin homesick. T_T



Wednesday, March 14, 2012

360 Days of Blood !


 

Bukan hanya yang terjumpa di jalanan mereka bunuh,
kanak-kanak yang mencari lindung di dalam rumah tidak terkecuali dari kekejaman itu.

يرويها والد احد الاطفال الشهداء:
dikisahkan dari ayah salah seorang kanak-kanak syuhada’:

جلست ذات يوم خلف الكمبيوتر اتأمل صورة الطفل الشهيد حمزة الخطيب فنظر ولدي ذو الخمس سنوات الى الصورة و سألني من هذا ؟؟


saya duduk suatu hari di imbasan screen komputer: gambar seorang kanak-kanak assyahid Hamzah alKhattib. Dan seorang anak saya, berusia 5 tahun terlihat gambar tersebut dan bertanya kepada saya, “siapakah dia?”.

 

Hamzah alKhattib yaang baru berusia 13 tahun semasa peroleh syahid

 

Hamzah selepas sebulan seksaan.
Layakkah jika mereka digelar syaitan?
T_T.


فاجبته هو الشهيد حمزة الخطيب


saya menjawab kepadanya, “dia ialah asSyahid Hamzah alKhattib..”

فقال لي واين هو ؟؟؟؟


Kemudian dia bertanya kepadaku, “di manakah dia?”.


فاجبته في الجنة ان شاء الله


saya menjawab kepadanya, “di syurga insya-Allah..”

... ... فقال لي و ما هي الجنة ؟؟؟؟ ...... فحدثته عن الجنة


Kemudian dia bertanya kepadaku, “dan apakah itu syurga?”. Kemudian ku ceritakan kepadanya tentang syurga.

فقال لي اريد ان اذهب الى الجنة !!!!!


Lantas dia berkata kepadaku, “sungguh, aku mahu pergi ke syurga..!”

لم ادي ما اقول له لكنني مسحت على رأسه و قلت له في نفسي و الابتسامة على وجهي ( بعيد الشر عنك يا روحي )

Tidak pasti apa yang aku ungkapkan kepadanya tetapi kepalanya kubelai dan ku berkata dalam hatiku dengan senyuman yang terukir di wajah, “semoga engkau jauh dari kejahatan itu, wahai jiwa (buah hati) ku..”

يومها مرت المظاهرة من اما بيتي و هم يهتفون ( عالجنة رايحين شهداء بالملايين ) فلم يكن من ابني الا ان لبس حذاءه و ناداني و قال هيا يا ابي الى الجنة


Suatu hari itu, demonstrasi berlangsung di hadapan rumahku dan mereka melaungkan, “berterbanganlah jutaan ruh-ruh syuhada’..!”. Dan tidaklah anakku itu melainkan terus menyarungkan pakaiannya dan mengajakku, “mari wahai ayahku, kita ke syurga..!”

لم اشأ يومها الا ان البي رغبته فخرجنا في المظاهرة و هتفنا سوية ..... و اثناء عودتنا الى البيت .... قال لى لماذا لم نذهب الى الجنة .... نظرت اليه ولم اجبه ثم كرر السؤال عدة مرات و اخذ يشدني و يقول لي هيا اريد الذهاب الى الجنة .... فما كان مني الا ان اقول له في المرة القادمة ان شاء الله ( قلت له هذا فقط لاسكته و يقبل الذهاب الى البيت )


Dan tidak berlalu hari itu melainkan anakku dengan kesungguhannya. Maka kami pun keluar bersama menyertai demonstrasi tersebut. Dan dalam perjalanan pulang ke rumah, anakku bertanya kepadaku, “kenapa kita belum pergi ke syurga?”.

Kutatapinya dan tidak (mampu) terjawab. Dia ulangi lagi soalannya itu beberapa kali sambil mengambil genggamanku dan berkata, “ayuh..aku mahu ke syurga..”.
Dan aku menjawab seperti jawapan-jawapan yang lalu, “insya-Allah..”. (dengan jawapan itu, dia lantas berdiam diri dan meneruskan perjalanan ke rumah)

وفي يوم الجمعة مرت المظاهرة من امام منزلنا و بنفس الشعار فهرع ابني و لبس ثيابه و قال هل تريد ان تذهب معي الى الجنة ؟؟؟ فضحكت يومها ثم لبست ثيابي و خرجنا نهتف عالجنة رايحيين شهداء بالملايين و انا احمله على كتفي


Pada hari Jumaat, berlalu lagi sebuah demonstrasi yang sama di hadapan rumah kami, dengan segera anakku menyarung pakaiannya dan menyoal, “adakah ayah nak pergi ke syurga bersama-samaku?”.

Aku hanya tertawa dan langsung memakai pakaianku dan kamipun keluar, bergabung ke syurga bersama ruh-ruh syuhada’ yang berjuta, dalam keadaan aku mendukungnya di bahuku.

فما ارتفع يومها فوق صوتنا الا صوت الرصاص الغادر الذي اصاب جسد طفلي

بكى طفلي كثيرا من شدة الالم و الخوف ثم لمم دموعه و صراخه من شدة الالم و قال لي .... يا ابي متى نذهب الى الجنة .... فبكيت كثير و بكى معي الاطباء الذين حاولو اسعافه وبكى جميع الموجودين في مكان الاسعاف الميداني ..... حاول المسعفون ان ينقذو حياته لكن دون جدوى


Dan tidaklah terangkat tinggi melebihi suara jeritan kami pada hari itu melainkan bunyi peluru-peluru (dari senjata tentera Basyar) yang mengenai tubuh anak kecilku.

Dia menangis kuat lantaran kesakitan yang pedih dan ketakutan yang meliputi dirinya. Dia menjerit kerana tidak tertanggung disiat luka.

Dia bertanya kepadaku, “wahai ayahku..bilakah kita akan ke syurga?”.

Aku hanya mampu menangis dan turut menagislah semua doktor-doktor yang berada di sekeliling merawatnya, serta menangislah juga semua yang berada di kawasan rawatan itu.

Para perawat bersungguh-sungguh menyelamatkan nyawanya namun tidak terdaya.

وقبل ان يغيب عن وعيه قال لي و هو يبكي ( بابا بس روّق خدني عالجنة )


Dan sebelum dia tidak sedarkan diri, dia berkata kepadaku sambil menangis, “ayah..impianku hanya mahu ke syurga..”

اومأت له بعيوني الدامعة بنعم و لم استطع الكلام


Aku hanya mampu mengangguk dengan mataku yang basah membenarkan (perkataannya). Tidak terdaya untukku meluahkan kata-kata.

ثم غط في غيبوبته مع كل المحاولات من الاطباء لانقاذ حياته


Kemudian dia  tidak sedarkan diri (pergi buat selama-lamanya),  dalam keadaan para doktor berusaha menyelamatkannya.

و بعد لحظات نظر الي الطبيب و قال لي ( صدق الله فصدقه الله )


Beberapa ketika kemudian, doktor menatapiku dan berbisik, “yakinlah kepada Allah, seperti mana keyakinannya kepada Allah)”

فقلت : حسبي الله و نعم الوكيل


Dan aku membalas,”Cukuplah Allah bagiku sebagai tempatku bergantung harap..”

ومنذ ذلك اليوم لم اترك مظاهرة الا و شاركت فيها

والى هذا اليوم لم اذهب الى الجنة !!!


Dan bermula saat itu, tidak sesekali aku terkecuali dalam tunjuk rasa melainkan akan aku sertainya. Dan sehingga ke hari ini, aku masih belum pergi ke syurga..! (belum syahid)

حمص العدية


SubhanaAllah.

Syria: Catatan Dari Saudara.

Jujur, ketika menterjemahkan kisah ini, air mata menitik bersama hiba yang menyelimuti. Betapa jauhnya cinta kita kepada syurga berbanding mereka.

Maha hebat Allah Pemilik kita dan Pemilik mereka. Semoga langkah mereka terus dikuatkan sehingga keadilan yang haq bisa mampu ditegakkan.

Sungguh. Saya yang di sini, meski hanya bersebelahan bagai cukup jauh untuk setia mendoakan.

Mereka ayah-ayah kita. Mereka ibu-ibu kita. Mereka saudara-saudara kita. Mereka sahabat-sahabat kita. Namun mengapa cukup payah untuk membumikan jiwa itu?

Tidak tertanggung sebaknya yang menyepu dada, apabila mengimaginasikan mayat-mayat yang pecah dan terkoyak nganga itu adalah abang atau adik lelaki yang saya cintai. Tidak mampu menahan pedihnya jika menyaksikan bonda belahan jiwa saya disiat di hadapan mata.

T_T.

Allah. 

Bencana apakah yang telah melanda sehingga manusia tidak lagi mampu melainkan bertindak bongkak mengalahkan serangan haiwan yang ganas?

Syria: Bukan Sekadar Cukup Mendoakan.



Lantas sahabat, jangan pernah cukup untuk sekadar menangisi luka-luka yang terhiris baru di tubuh ummat setiap hari.

Sahutlah selagi kita mendengar panggilan itu. Kerana takut-takut, saatnya kita berdiri di hadapan Allah nanti dalam keadaan longlai tidak terdaya dengan beratnya dosa, ada suara mereka yang melaung menambah lagi beban untuk kita ke syurga,

"Allah..! merekalah saudara-saudara kami ketika di dunia dahulu..mereka mampu sahaj untuk mendengar suara pekikan kami meminta tolong, tetapi mereka pekakan pendengaran mereka. Mereka mampu sahaja melihat darah yang membuak-buak dari luka-luka kami, tetapi mereka terus-terusan menutup penglihatan mereka dengan kain-kain baldu kemewahan dunia.."

Moga kita tidak termasuk dalam golongan itu. na3uzubillah minzalik iAllah.

Penutup: Kepekaan Itu Adalah Bicara Iman.

Jika kita menatapi pengkhabaran dari sana bersama jiwa yang hambar, maka menangislah untuk diri kita sendiri.

Kerana kita menyangka bahawa mereka sedang diuji, tetapi kita terlupa bahawa kitalah sebenarnya yang terus diuji. Diuji dalam empuk kemewahan dan keselesaan hidup sehingga membunuh jiwa dan fitrah kehambaan.

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh. T_T.



Nota kaki:
-minta maaf kepada pakar lughah jika terjemahan saya ada kesilapan. Boleh maklumkan untuk diperbetulkan.

-lelehan lebat saat menatap wajah Umar, kanak-kanak yang berusia 4 tahun, telah menjadi yatim piatu. Mlaah ibunya dibunuh di hadapan matanya sendiri.

Allah ma3ak ya akhuwai (saudara lelaki kecil ku..)



"mahu berjumpa mama?" ada suara menyoal.
"hem.." jawab Umar sambil mengangguk-angguk. T_T.