Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Speak It Out.

Antara perkara yang seumur hidup saya takut selama ini ialah memberi pandangan atau idea dan bercakap di hadapan khalayak.

Asbab yang jelas ialah inferior dengan komentar-komentar orang lain yang lebih hebat dan takut idea ditolak atau mungkin diperlekehkan. Justeru, saya memang tidak berminat dengan sebarang aktiviti public specking dan memilih untuk senyap jika terlibat dalam sebarang perbincangan sewaktu di peringkat sekolah menengah dan rendah.

Apatah lagi untuk berbincang dengan figure-figure terhormat. Memang tidak berkemahiran dalam protokol-protokol, ditambah rasa segan dan kerdil.

Itu adalah siapa saya sebenarnya.

Peluang Dan Ruang Latihan.

Namun saya perasan sesuatu. Allah sentiasa membuka peluang untuk saya belajar dan belajar.

Bermula dengan menguruskan kelab kecil sebagai Tim Pengerusi KeARAH Perlis yang melatih untuk 'deal' bersama beberapa orang lama yang dihormati, melakukan beberapa pembentangan laporan di peringkat 'atasan' sama ada dalam negeri atau kebangsaan serta beberapa protokol perlaksanaan program yang diberi pencerahan.

Ada salah silap yang ditegur, berusaha untuk ditampal baiki. Malah saya paling teringat satu kesalahan yang bagi saya sangat besar telah dipelajari.

"anti tidak boleh membatalkan meeting sesuka hati tanpa merujuk pihak lain..". Komentar seseorang apabila saya membatalkan meeting di saat-saat akhir akibat beberapa sebab yang belum betul-betul munasabah.

Nampak remeh tetapi tidak ada perkara yang remeh dalam bermu'amalah bersama manusia. Dan saya belajar banyak dari itu.

Kemudian seterusnya di bumi Jordan yang pada awalnya berusaha untuk elak ke hadapan namun gagal.

Satu persatu amanah yang dipertanggungjawabkan berusaha untuk di'terima' dalam proses pembelajaran jangka hayat yang panjang ini.

Speak It Out.

"hasna' ada idea yang hebat..luahkan. Jangan takut. Kita kena yakin dengan pandangan dan stand kita..". pesanan sahabat terbaik saya Nafeesa Ayesha Binti Fauzi sekaligus mentor saya dalam membina keyakinan diri ini.

Teringat, beliau pernah beberapa kali memarahi saya (marah sayang) setiap kali apabila kami berbincang, saya bersetuju dengan pandangannya sebelum saya sempat mengeluarkan pandangan sendiri.

=)

"jangan cepat setuju..! keluarkan dulu idea hasna'..kemudian baru kita bincang untuk compare..".

*masalahnya dah saya rasa ideanya sangat hebat. Jadi, terus terima sahajalah.. ^^#.

Merangkak-rangkak dalam tatihan untuk menanam rasa confident itu. Dan saya belajar banyak dari senior-senior yang 'menakjubkan' setiap kali berkesempatan bekerjasama bersama mereka.

Teringat menikus sepi dalam meeting bersama figure-figure tokoh pelajar Malaysia Jordan atau lebih specific dalam PERMAI dan MPPMJ. Melihat lontaran-lontaran idea yang membakar, diambil dari sudut pandangn yang 180 darjah berbeza dengan kita, dikembangkan menjadi resolusi yang menoktahkan perbincangan dengan sangat baik.

Bukan sekali dua saya hanya mampu menggangguk-angguk setuju atau diam penuh kagum dalam siri-siri perbincangan tersebut. Sangat kerdil rasanya diri tersempit.

Namun daripada itulah saya ragut sebagai peluang untuk belajar dan belajar. Pembelajaran paling penting ialah belajar mengasah untuk mencipta idea yang logik dan cantik.

Make Others confident In Your Ideas.

Saya tidak pernah berani untuk memasuki mana-mana pertandingan pidato atau syarahan atau sebarang aktiviti penghujahan kerana jujurnya saya sangat cepat terpengaruh dengan hujah-hujah pihak lain. Takut-takut, jika saya memasuki debate sebagai kerajaan, berkemungkinan saya boleh bersetuju malah menyokong hujah pihak pembangkang..^^#.

Dan serius saya sangat mengagumi mereka yang mampu yakin dan meyakinkan pihak lain.

Sepanjang mengikuti siri Pertandingan Debat PERMAI sesi ini sebagai hakim, saya belajar sangat banyak dari peserta.

*Peluang latihan dari Nafeesa. ^^. Terima kasih sahabat sayang solehah.

Konfiden dengan idea yang diketengahkan seperti yang disepakati bersama oleh kumpulan serta serius dalam pembawaan hujah bagi meyakinkan audiens terutama pihak juri.

Seperti biasa, dengan kelemahan yang saya ada ^^#, jujurnya sangat susah menentukan sama ada usul diterima atau ditolak. Jenuh memerah segala daya fikir untuk mengorek kelemahan dan kelebihan hujah dari kedua-dua belah pihak dalam menentukan yang terbaik.

Melihat rentak pertandingan dengan pendebat-pendebat yang membawa usul masing-masing, lantang mempertahankan hujah yang diketengahkan, pantas mencantas bidasan lawan, mengemukakan bidasan soal atau fakta yang mematikan usul lawan dan emosi yang meyakinkan membuatkan saya bercita-cita agar anak-anak saya nanti dilatih semenjak kecil untuk berani ke hadapan sebagai pemidato Islam.

Dan ini adalah pengalaman yang sangat berharga.



Serius saya teruja untuk melihat pertandingan akhir kali ini kerana  berperluang mengikuti 'flow'nya dari awal.

Realiti PERMAI.


Teringat ketika kak One (kak Atiqah Dahalan) memujuk untuk menjadi panelis Open Talk yang pertama kalinya mengetengahkan panelis akhawat, berusaha untuk menerima sebagai latihan.

*walaupun sebenar di awalnya salah faham. Ingat talk kecil-kecilan. ^^#.

"susah nak jumpa panelis akhawat yang berani kehadapan dalam program-program PERMAI..". komentar kak One.

Tidak dinafikan sebenarnya ada faktor inferior di situ, apatah lagi secara normalnya apabila akhawat kehadapan ini, akan berlaku sedikit bias-gender. (realiti PERMAI. Malaysia saya tidak pasti).

Syabab cepat melenting apabila akhawat bersuara. 'Sarcsam' yang pedas selalunya mematikan mood akhawat untuk memberikan pandangan. Malah pernah dibangkitkan juga isu, syabab lebih gemar bermain-main di belakang apabila akhawat sedang bercakap di hadapan.

Mungkin faktor ketidak matangan syabab itu sendiri saya kira.

Begitu juga dalam meeting-meeting, segelintir syabab gemar memperlekehkan idea akhawat secara terang dengan mencantas atau sekadar mimik muka atau langsung buat-buat tidak dengar. Kak Fathiyah Idris mantan timb Presiden 2 MPPMJ pernah merungut hal yang sama. ^^#.

Dalam hal ini, saya mengagumi 2 orang senior syabab yang sangat meng'ihtiram' akhawat dalam apa-apa perbincangan iaitu senior Naqeb Sulaiman dan senior Firdaus Kadir. Mereka memilih untuk diam mendengar sehingga akhir dan meraikan meski kelihatannya tidak cukup besar untuk menjadi pilihan. Malah mereka pernah menegur syabab-syabab yang memotong bicara akhawat yang sedang mengemukan pandangannya.

Dan jujurnya, bermula dengan siri meeting bersama 2 orang figure inilah saya berani bersuara dan rasa pandangan kecil saya dihargai.

*dan Alhamdulillah, semalam semasa menjadi hakim untuk semi final syabab, sempat berbual dengan kak One. Kata kak One,"Alhamdulillah hasna', lepas awak cakap dalam Open Talk hari tu, dah beberapa orang akhawat beri respons positif bila ditawarkan untuk menjadi ahli panel..". 


(ok saya nak tergelak. ^^#. Mungkin kerana mereka melihat, orang yang worst pun boleh bercakap di hadapan..langsung mereka terinspired)


Penutup: Bermanfaat Untuk Orang Lain.

Meski pada awalnya, semua perkara di atas bukanlah dalam skop bidang tugasan pilihan saya, tetapi senang memilih untuk mencecahkan kaki jika berpeluang kerana sesungguhnya semua itu sangat bermanfaat untuk Islam.

Teringat dorongan Dr Azizan ketika pernah menguruskan program bersama dengan beliau,
"ana nampak anti berpotensi untuk kehadapan..suatu hari nanti ana nak anti boleh bercakap di hadapan masyarakat malah mampu keluar di dalam television (erk).."

*walaupun agak mustahil untuk saya berani bercakap dalam televison. ^^#.

Dan insyaAllah, saya akan belajar dan terus belajar untuk memberi sesuatu kepada Islam. Meski tidak mampu menjadi sehebat tokoh-tokoh wanita yang lain, cukup sekadar menjadi sebahagian kecil mereka yang mampu memberi pandangan dan komentar dalam situasi masyarakat yang banyak dikelirukan dengan Islam yang telah terpalit cemar jahiliyyah terutama golongan wanita yang hari ini diterajui oleh pembela-pembela hak wanita yang lebih menjerumus kepada sekularisme .


Foto

Dr Harlina Halizah Siraj antara tokoh awal wanita muslim yang kehadapan


Semoga Allah menguatkan dan paling penting, semoga seseorang itu nanti mengizinkan . =)



nota kaki:
- saya lihat, realiti mereka yang konfident memberi pandangan banyaknya bermula dari kecil atas didikan keluarga. Ibu bapa yang menggalakkan perbincangan dalam keluarga malah melatih anak-anak untuk mencelah dengan sopan.

Bukan seperti selalunya realiti orang tradisional melayu yang akan memarahi anak-anak yang mengemukakan  pandangan mereka. Selalukan kita dengar, "he..jangan menyampuk cakap orang tua-tua..".

Sedangkan sebenarnya cara itu membantut potensi anak-anak dalam keberanian mereka mengeluarkan hujah.

-ramai orang meyangka bahawa saya adalah antara mereka yang telah terbiasa kehadapan semasa di sekolah. "sebab nampak hasna' confident je..".

^^. Saya memang suka tunjuk konfident. haha.

-Antara tokoh Pemidato yang saya kagum: Adolf Hitler dan Sheikh Ahmad Deedat.



-pulang dari program Gathering Kita-Kita anjuran MMY, baru saya sedar bahawa saya adalah pelajar Usul Fiqh. Mungkin faktor banyak sangat bergaul dengan pelajar JUST membuatkan kadang-kadang saya terlupa bahawa saya adalah pelajar deeniyah. haih.

-

gambar 6 orang dari 8 senior akhawat Usul Fiqh Yarmouk, tahun 3 dan 4.
Sikit sahaja kan? 
(sempena program Gathering Kita-Kita anjuran MMY)

-adalam program TOT 2 bersama Ustaz Farid Ravi anjuran PINTAR Jumaat yang lalu, saya hanya sempat mendengar awal pengucapan sahaja akibat perlu menguruskan teknikal. Tetapi point yang paling menarik ialah,

"Sunnah poligami Rasulullah s.a.w. ialah tidak berkahwin lain semasa isteri pertama masih hidup.."

=). Point di luar tajuk yang saya dapat tangkap. he he.

-kata orang, nilai yang lelaki pegang ialah kepercayaan sepertimana wanita menilai kepada kasih sayang. insyaAllah saya akan sentiasa percaya. Jangan pernah rasa takut dan putus asa, teruskan membina diri kerana setiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Paling penting, yakin kepada diri sendiri dan terus positif untuk meningkat. Kepercayaan orang lain tidak mampu menjadi daya tolak jika self-confident dari dalam yang tidak kuat. Point penting untuk miliki positif dengan self-esteem ialah SYUKUR dan TERUS BELAJAR.
(harap orang yang sepatutnyalah yang baca, bukan orang lain.)

Friday, February 10, 2012

Trauma


jenayah ada di mana-mana. Sila berhari-hati ya.
'pesanan untuk diri sendiri'

"oh. ini ke kak hasna'..ini kan kakak yang post dalam ruang iklan malam tu?". Tanya seorang junior ketika bersalaman dengannya di masjid.
 Saya hanya ketawa. ^^#.

"hasna'..hati-hati ya. Jangan jalan sorang-sorang lagi.." pesanan akhawat-akhawat yang saya jumpa sepanjang hari selepas malam kejadian.

"alhamdulillah kak hasna' berani..kalau saya, saya dah menangis.." komen biasa junior-junior selepas mereka meminta diulangi cerita kejadian.
"haih..menangis buat apa. Jerit la sayang..". 

Sungguh. Lucu apabila terfikir bahawa saya telah menjadi salah seorang 'mangsa'.

6 Februari 2012: Trauma.


Malam itu, saya menemani Syida, (soulmate + travelmate + exroommate aka exhousemate) berbuka bersama di rumahnya memandangkan housematenya masih belum pulang dari Malaysia.

Ketika mahu pulang, malam masih awal. Sekitar 7.30 malam. Bermakna baru sekitar kurang 1 jam dari waktu isyak. Tidak terfikir untuk bermuroqib* kerana waktu qarar* ialah 9 malam.

*muroqib: peneman perjalanan yang terdiri dari pelajar lelaki. Diguna pakai sistem muroqib/musyrif ini oleh pelajar-pelajar Malaysia di negara arab.
*qarar: waktu tetap wajib menggunakan sistem muroqib.


Perjalanan pulang masih meriah. Di syari3 jami'ah masih banyak keluarga-keluarga. Tidak seperti selalu jika pulang sendiri sekitar jam 8 lebih, sudah nampak kurangnya wanita-wanita arab di jalan raya.

Mula membelok ke lorong berhampiran kedai runcit Geneva, kepekaan ditingkatkan kerana tahu jalan itu agak gelap. Tetap masih, pada malam itu orang banyak lalu lalang.

Setiap kali beberapa minit atau jika terdengar bunyi aneh, seperti biasa, saya akan menoleh belakang. Berjaga-jaga. 'Alert' orang panggil.^^.

Malah, ketika melintasi rumah lama, sekumpulan anak-anak jiran, remaja dan kanak-kanak masih ada. Duduk-duduk sambil berbual. Walaupun tidak pernah bertegur sapa tetapi mereka baik. Jika ketika kami lalu di jalan itu, ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, maka, mereka akan menyuruh anak-anak itu ke tepi memberi laluan.

Sebelum membelok ke kanan dari jalan tadi, seorang remaja arab keluar dari lorong gelap dari sebelah kiri. Terdetik.

"orang ni pelikla..". memakai sweater bersama topi. (topi macam baju hujan). Jalan tunduk menyembunyikan wajah.

Namun kembali tenang kerana ketika masuk jalan ke rumah, bertemu sebuah keluarga arab; suami, isteri dan anak mereka yang remaja. Mereka melintasi dengan wajah biasa. Maka secara normalnya, saya juga berjalan dengan perasaan yang biasa.

Bangunan rumah terletak di antara sebuah sekolah (hanya satu bangunan berpagar ) dan maktab (kedai sewa menyewa rumah). Dan ada lorong kecil untuk masuk ke bangunan itu. Allah izin, maktab tutup malam tersebut. Maka, pakcik-pakcik maktab yang suka melepak di hadapan maktab mereka tiada.

Mula memasuki lorong bangunan rumah. Terbias cahaya dari lampu jalan.

Tiba-tiba, perasan bayang-bayang lelaki di belakang. Degup laju. Cepat menoleh.

Ada seorang remaja lelaki. Dia terkejut. Masing-masing kaku.

Namun Allah izin, cahaya yang samar=samar membuatkan wajahnya kurang jelas dan sangkaan awal bahawa itu adalah anak jiran bawah rumah kami kerana selalu sahaja dia pulang lewat.

Kembali berjalan menuju ke pintu bangunan untuk membuka kunci. Perasan bayang-bayang itu semakin laju mendekati.

Ketika berdiri di hadapan pintu, terbias dari permukaan dinding pintu, bayang-bayang yang dekat di belakang. Sekali lagi menoleh.

Ok. Saya trauma setiap kali berimaginasi semula. Namun selalunya perlu berimaginasi kerana setiap kali berjumpa orang, mereka akan bertanya tentang peristiwa malam itu dan saya akan perlu bercerita dari awal. Haih..


Serius terkejut ketika melihat remaja arab itu betul-betul sedang berada di hadapan dan sedang menghunus pisau. Pisau betul dan bukan pisau dapur.

Ketinggian mungkin seakan-akan saya atau sedikit rendah. Kulit wajah cerah. Sweaternya yang juga bertopi berbelang gelap cerah.

"diam..!diam..!". katanya sambil pisau menghunus ke dada saya.

Rasa dunia terhenti seketika. Awalnya rasa diri bagai dalam mimpi. Kerana di belakang saya, pintu yang masih berkunci. Dan betul-betul di hadapan saya adalah seorang lelaki yang punya senjata tajam. Tersekat. Dan situasi itu sangat bahaya sebenarnya.

Lintasan untuk menolak tubuhnya dengan gerakan kaki 'push' terbantut apabila melihat semula situasi dia sedang memiliki senjata. Kerana, jika musuh memiliki senjata, sebaik-baiknya jangan mengambil tindakan yang membuatkan anggota kita hampir dengan tubuhnya jika difikir jarak masih selamat. 

Langsung Allah izin terlintas untuk menjerit sekuat-kuatnya. Dan semua itu berlaku kurang dari sesaat.

"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberikan saya kekuatan untuk menjerit sekuat-kuatnya. Terfikir untuk takbir awalnya tetapi yang keluar hanya jeritan. ^^#. Mungkin kerana terlalu takut.

Dan maha Hebat Allah yang mencampakkan rasa takut dalam diri penjahat itu. Dia terkejut. Awalnya teragak-agak untuk berundur tetapi akibat jeritan yang semakin kuat, dia langsung lari. 

Jujur, saya yakin sebenarnya hanya kuasa Allah yang menyelamatkan kerana tidak logik dia takut dengan hanya jeritan sedangkan dia punya senjata untuk melakukan apa-apa tindakan.

Melihat jarak kami semakin menjauh, saya langsung membuka kunci pintu bangunan dan menutup kuat. Menahan pintu dengan jantung yang hampir luruh.

Tiba-tiba terfikir, pintu ini, jika ditutup, secara automatiknya akan terkunci. Kenapa perlu ditahan lagi? Baik lari naik ke atas kerana takut jika penjahat itu berpatah balik dan menekan mana-mana loceng rumah jiran, kemungkinan besar untuk jiran menekan suis buka kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di bawah.

Cepat-cepat berlari menaiki tangga ke rumah yang berada di tingkat 3. Masuk ke rumah dan kunci. Terduduk hampir pengsan.

Serius jantung berdegup seakan-akan selesai menamatkan larian pecut 200m. Sokongan kaki lemah dan seakan-akan tidak mampu menampung badan. 

Seperti mahu pitam. @_@.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pengajaran: Peringatan Ibu-Ibu Perlu Diambil Serius.


Teringat siang malam kejadian, saya menelefon bonda. Bual-bual kerana hampir 2 minggu tidak menghubunginya melalui suara. Hanya menggunakan wadah inbox fb. 1 minggu berjalan, manakala 1 minggu kemudian, telefon hilang. ^^#.

Dan antara pesanan yang dititip bonda ialah hal muroqib. Bonda yang pernah tinggal sebulan di Jordan dan melihat lorong-lorong yang selalu saya lalui, pernah memberi komentar semasa masih berada di sini,
"sebelum ni mak dengar hasna' selalu jalan sorang-sorang, mak dah takut..bila mak datang dan tengok sendiri..lagi la mak takut dan risau..".
He he.

Teringat sungguh-sungguh bonda memesan pada saya berkenaan siapa yang perlu didahulukan dalam hal bermuroqib dan lain-lain bantuan sekarang ini semasa dalam perbualan kami siang itu.
"ok je iAllah..mak jangan risau ya..". Jawapan saya selalunya.

=)

Penutup: Susunan Allah Itu Pasti Ada Hikmahnya.


Meski agak kurang berpuas hati dengan respons syabab-syabab yang lebih suka menghukum dengan membuat andaian yang pelbagai, namun tidak kurang yang prihatin. Sentiasa bersyukur kerana berada dalam keluarga PERMAI yang sangat ambil tahu dan cakna.

Msg-msg di handphone dan di inbox masuk, bertanyakan pengkhabaran. Tidak kurang yang telefon dan bertanyakan pendetailan.

Pesanan-pesanan dari sahabat-sahabat serta kekuatan sedikit sebanyak menghilangkan rasa trauma itu. Serius malam itu sangat sukar untuk melelapkan mata. ^^#.

Dan insya-Allah, moga kesedaran untuk bermuroqib itu tetap istiqamah. ;)


*muhasabah banyak selepas peristiwa itu. Lebih-lebih lagi berkenaan trauma dengan gelap dan sunyi. malah malam pertama, langsung susah untuk memejamkan mata kerana minda akan flash back situasi tersebut.


Bagaimana pula ya saudara-saudara kita yang setiap hari melihat pembunuhan ngeri yang berlaku di sekeliling? Apatah lagi yang bapa-bapa dan ibu-ibu serta saudara-saudara mereka yang dibunuh di hadapan mata?

Nota kaki:
-saya hanya terbiasa tidak menggunakan muroqib hanya pada waktu sebelum qarar. Selepas waktu qarar, insya-Allah, saya adalah seorang ahli PERMAI yang patuh dari dahulu.


Banyak orang memesan, bermuroqib atau jika tidak, jangan jalan seorang diri.
Jujur, saya akan memilih untuk bermuroqib kerana sangat susah untuk tidak berjalan seorang diri. Lantaran banyak urusan perlu kita seorang yang bergerak, mengapa perlu menyusahkan housemates untuk mengikut sama?

Habis, susahkan muroqib?
Itukan namanya gentleman..=)

-ramai akhawat yang back up saya ketika syabab-syabab blaim tidak bermuroqib kerana memang secara relevannya 7.30-7.40 petang itu adalah masih terlalu awal untuk bermuroqib. Malah Ummu Yasser (jiran bawah) juga mengatakan hal yang sama ketika bertanyakan berkenaan malam tersebut kerana anaknya mendengar jeritan saya. Beliau aneh kerana kejadian berlaku pada waktu yang masih awal.
Dan yang paling lucu, malam itu ada 2 kejadian jenayah. 1 adalah saya, manakala satu lagi adalah cubaan untuk mendekati seorang akhawat yang turut sama sedang berjalan pulang seorang diri di kawasan Nadi Mu3allimin dan beliau adalah Tim! Ketua Helwi PERMAI lagi. Saya kira, malam itu adalah malam yang menarik kerana KH dan Tim. Pengerusi PINTAR yang kena. ;)

-teringat semula beberapa kenangan-kenangan mahal trauma yang pernah dilalui (^^,) :
+ tersekat seorang diri dalam lif semasa berumur 7 tahun.
+ lemas dalam kolam (umur sekolah rendah).
+ perompak masuk rumah ketika berumur 10 tahun.

-diminta menjadi panelis dalam Open Talk PERMAI khamis malam lepas. Teringat ketika awal-awal lamaran diterima dengan sangkaan hanya forum biasa. Serius terkejut apabila tinggal 2 hari, baru tahu forum itu adalah open talk.
Dengan soalan berbeza serta tiada persediaan untuk menerima soalan kerana diberitahu bahawa panelis Open Talk tidak akan ditanyakan soalan. Haih..^^#.
Sangat berterabur . Minta maaf ya pada para hadirin yang sudi hadir sehingga memenuhi dewan dan terpaksa duduk di tangga-tangga serta berdiri di belakang dewan. 
Silalah komen mana-mana yang perlu diperbaiki ya. =)

 

Saturday, December 10, 2011

PINTAR: Akademi alFateh, Kenangan yang Mahal.


dari kiri: Dhabit, Juwe, Wahidah, Ainin, Hazirah, Athiroh dan Hasanah.
Tiada dalam gambar: Afi


gambar kumpulan kami yang paling unik: kakak mentor dipaksa duduk di atas kerusi oleh adik-adik menteenya^^.

"akak..! kumpulan kita menang..!". jerit adik mentee saya yang duduk selang di hadapan. Saya ketika itu sedang berbual dengan penasihat PINTAR sekaligus sahabat saya, Nafesa, terkesima.

"akak, tahniah..tahniah..kumpulan kita menang Alhamdulillah". Adik-adik mentee yang lain turut sama menjengah dari hadapan sambil menghulurkan tangan bersalaman. Masing-masing berwajah ceria dan teruja.

Wahidah, ketua kumpulan datang dan memeluk sambil berbisik, "hadiah untuk mentor..".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji selayaknya bagi Allah Pemilik dan Penguasa kehidupan ini.

Tidak ada daya dan upaya melainkan hanya datang dari Allah. Dan tiba-tiba hati jadi sebak.

Akademi alFateh: Adik-adik itu.

Ketika selesai persembahan Rabu malam itu, dan mendapat komentar dari juri-juri serta selesai mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik mentee atas persembahan mereka, seakan-akan tidak percaya bahawa program selama 21 hari itu telah tamat.

Ketika bergerak pulang, sambil sembang-sembang bersama Hazirah, salah seorang mentee, terluah perasaan,

"tak sangka begitu sekejap. Dah habis dah AF. "

Dan malam itu bermulalah malam pertama saya merindui mereka. Rindu untuk bergolek bersama-sama. (diguna pakai perkataan golek kerana kami tidur beramai-ramai di atas lantai hampir beberapa malam bagi menyiapkan task tersebut). Rindu dengan celoteh mereka dan rindu wajah-wajah mereka yang sentiasa fokus dan bersemangat dalam jam-jam bersama kami.

Teringat ketika kumpulan mentee semangat menjadi kumpulan pertama untuk diambil gambar. Dan kumpulan mentee ini jugalah yang bersemangat (baca:riuh rendah) di awal hari pembentangan pertama. Lucu. Dan naik segan sebenarnya dengan adik-adik kumpulan mentor yang lain, yang hanya duduk diam-diam dan baik-baik.

"akak rasa, kumpulan akak ni yang paling bersemangat. sedangkan kita bentang akhir". ^^#. Saya usik mereka.

"ala akak..kumpulan akak kan sentiasa bersemangat..". Jawab mereka sambil ketawa bersama.

Akademi alFateh: Hadiah itu hadiah kasih sayang kita.

Ketika awal menerima amanah ini, rasa berat. Dan sedikit terbeban jujurnya. Kerana pada saya, jika bermu'amalah dengan jiwa-jiwa manusia, saya hajat untuk memberi yang terbaik. Maxima insyaAllah. Sedangkan waktu itu banyak perkara yang perlu difikirkan dan dirancang.

Bermula di fatrah perangkaan modul, hebahan peserta, pergerakan teknikal dan segala, benar-benar menguji dan menjangkau kemampuan saya sebenarnya. Dalam keadaan tidak nampak bagaimanakah program ini akan berjalan, saya pernah terfikir untuk menarik diri. Apatah lagi segan duduk bermesyuarat dengan figur-figur hebat PERMAI dan MPPMJ. Lebih banyak diam dan belajar dari mereka.

Dalam waktu yang sama, PINTAR memerlukan fokus untuk disusun gerak kerja tahunan, proses pencarian seramai 19 orang mentor-mentor, proses pemujukan nuqaba' yang diperlukan seramai 127 yang pastinya bukan suatu perkara yang mudah.

Namun susunan Allah itu berbeza. Allah hadiahkan amanah ini sebagai pengubat dan penghibur. Dan merekalah adik-adik itu. ^^.

Bermula dengan iftor, qiyam dan sarapan bersama di rumah Hazirah, pelbagai ujian telah ditempuhi. Dapur meragam. Setelah berhempas pulas, Allah izin, alternatif lain muncul. Kami masak menggunakan rice cooker. Comel.

Tidak dikira malam-malam yang kami lalui, bersengkang mata bersama. Menemani adik-adik menyiapkan slide dan kertas kerja sambil berkongsi rasa. Terhibur melihat adik-adik khusyuk bersama soalan-soalan yang pelbagai. Tidak pernah kering.

Tidak dikira jam-jam yang diperuntukkan, yang cuba sedaya kami penuhi mengikut apa yang telah digariskan. Perkongsian tajuk-tajuk dan selebihnya perbincangan 2 hala yang sangat matang. Sungguh. Tampak sudah kalian mahasiswa muslim yang cakna dan prihatin. Alhamdulillah..

Dan seterusnya program-program lain yang menyusul, menyuburkan lagi rasa sayang itu.

Paling terharu, mereka juga membantu dalam pencarian nuqaba' itu lantaran sepanjang kebersamaan kami, waktu senggang saya mungkin umpama seorang operator yang hidup di talian panggilan.

Penutup: Potensi kalian terlalu besar untuk sekadar bermimpi kecil.

Dan malam ini, baru selesai perasmian bagi Akademi alFateh musim ke2. Melihat wajah-wajah baru namun pastinya semangat dan roh yang sama sepertimana kakak-kakak dan abang-abang mereka pada sesi lepas.

Terdetik hanya satu.

Semoga dari mereka ini, akan lahir dan terbentuknya generasi pewaris bagi menggantikan kami yang bakal pergi. Generasi yang faham dan sedar urgensi menjadi muslim mukmin sekaligus generasi yang terpanggil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat umumnya dan kepada Islam khususnya.

Semoga Allah redha dengan kita, insyaAllah.

nota kaki:
-serius saya rindu AF yang lalu meski hanya singkat tetapi padat dan bermakna.
- Semoga team ajk AF sesi kali ini dibantu oleh team PINTAR secara umumnya mampu melaksanakan yang lebih baik insyaAllah. Allah ma3ak.
-sedih sebab tidak dipilih untuk menjadi mentor AF kali ini. sobs2. :').

logo alFateh.
Teringat semasa sesi pemilihan dari calon-calon (er. sesuai ke?) logo yang lain.

Terima kasih buat kawan kak Fathiyah Idris ^^.

Friday, December 2, 2011

Cerita Bonda Di Jordan (Akhir)

pemilik cinta selepas Allah dan Rasul.

"tahun 3 pun nak menangis lagi ke?". Ayat muroqib semasa di airport. Hanya senyum. Buat-buat tidak faham. Walaupun hati rasa terpukul.

Jawab bonda, "menangis..nanti dah kahwin pun, menangis lagi..".

Melambai bonda dan adik pergi, sangkaan sudah cukup kuat. Hanya beberapa titis yang mengalir. Mampu senyum sehingga pulang.

Tetapi saat menapak ke dalam bilik, tiba-tiba air jadi deras.

Bagai separuh jiwa dibawa bersamanya terbang sang burung gergasi. Bilik kosong. Seperti kosongnya hidup saat ini tanpa ada wajah bonda setiap kali saya pulang dari luar.

Satu persatu muncul kembali. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga dan seterusnya.

Ok. Saya menangis lagi. :')

Kenangan 1 Dec 2011: Terakhir.

Sudah 4 hari bonda hanya mampu baring di atas tilam dibaluti selimut tebal atau dipanggil hirom. Sakit kepala bonda datang lagi. Bukan migrain. Tetapi saya lupa namanya.

Bertambah berat untuk melepaskan bonda pulang.

Malam itu, mengemas barang-barang bonda dan adik. Disusun kemas-kemas di dalam bagasi-bagasi.

Jam 12.30 tengah hari insya-Allah, bertolak ke Amman dari Irbid.

Pagi itu, bonda masih sakit. Cuma kurang sedikit.

Sempat memasakkan bonda sebelum tetamu datang seorang demi seorang. Adik-adik dan teman-teman. Bertandang untuk menghantar bonda. Siap ada yang menghantar cheese cake. ^^. Terima kasih.

Selesai Zohor, sekumpulan bekas pelajar-pelajar lelaki bonda datang menziarahi bersama bungkusan manisan arab. Sembang-sembang.

Jam 12.30 tengah hari, kereta sewa yang bakal membawa kami ke airport tiba.

1 jam lebih perjalanan dari Irbid ke Queen Alia Airport, Amman terasa bagai terlalu singkat. Jujur. Belum puas bersama bonda dan adik.

Duduk-duduk beberapa ketika sebelum menghantar bonda dan adik di boarder line.

Perasaan awal yang kononnya kuat (konon ;) merapuh dan air mata mengalir saat menyantuni bonda. Apatah lagi apabila bonda sendiri sebak dan pipinya turut basah.

Dalam hati, "ok..mak pun nangis juga..^^".

Teringat ancaman bonda main-main, "nangis nanti, packing barang balik sekali..".

Melambai sehingga mereka hilang memasuki ruang seterusnya.

Bagai separuh rasa kehidupan itu hilang.


Pagi tadi, bonda memaklumkan telah selamat sampai. Sempat menghubungi hanya beberapa minit. Ada sebak dalam nada bonda.

"kami menangis dalam perjalanan..Sepanjang flight, mak sentiasa doakan untuk hasna', yang terbaik..

Rindu suasana sana..insyaAllah, kami akan datang lagi.."


Air mata bergenang. Ok. Silap. Air mata mengalir.


Jujur. Terasa bagai masih ada bonda dalam rumah ini. Teringat bangun pagi, membancuh air panas untuk bonda sebelum bersarapan bersama. Bonda yang menemani ketika belajar (tidur di sebelah pun dikira menemani la kan? ;') ). Keluar bersama bonda berjalan-jalan di lorong-lorong. Memasak bersama-sama. Berkongsi rasa dan cerita. Berkongsi dengan bonda berita-berita baru dunia setiap kali membuka alJazeera pagi-pagi.

T_T.

Penutup: Kehilangan Sementara.

Minggu depan adalah minggu paling padat. Habis semua subjek periksa hanya dalam satu minggu bermula Isnin ini.

Justeru, perlu mula fokus untuk belajar.

Benar, kehilangan ini membuatkan saya belajar betapa pedihnya untuk kehilangan selamanya. Lalu, perlu sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik agar sentiasa bisa membahagiakan bonda di sini dan pastinya di sana dengan ganjaran syurga Allah insya-Allah..

Doakan saya sahabat.


Nota kaki:

-tertinggal 1 post. Kenangan membeli belah di Amman. Selepas bonda pulang, tiada mood untuk menulis. Mungkin nanti-nanti insya-Allah.

-bangun pagi, melihat bonda tiada di sebelah. Langsung sebak. Terus set di mind kuat-kuat, "mak dah tak ada..mak di Malaysia..". Rasa bagai kisah mimpi segala cerita sebulan yang lalu.

-Alhamdulillah, malam tersebut ada program Q. Kembali menyusun dan merencana kerja.

-jazakumullahukhairan katsira untuk semua, untuk sepanjang keberadaan bonda dan adik di Jordan terutama muroqib-muroqib yang sudi melayan kerenah kami sepanjang perjalanan. Semoga Allah membalas segala kesabaran kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda insya-Allah. (kalau pun mereka baca).

Buar housemates (yang turut sama menangis saat bonda pulang), semoga setiap saat kebersamaan kita Allah nilai sebagai amal soleh insya-Allah.:').

Friday, November 25, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 6

Kenangan 19 Nov 2011: Berkelah di pinggir Medan.

Pagi itu sempat menyiapkan sarapan untuk dibawa bersama. Nasi lemak ayam goreng. Mencuba resepi nasi lemak tumis dan diletakkan halba berserta daun pandan dan serai.

Bergegas bersiap bila muroqib telah tiba menjemput.

Ma'rakah Yarmouk.

Hujan renyai-renyai di bandar Irbid nampaknya tidak sama di bumi Yarmouk yang cerah mentarinya.



Menghampar tikar sebelum pergi ke gigi valley. Angin sejuk menemani kami mentadabbur seerah peperangan itu. Imaginasi lautan tentera Islam dan tentera Rom bersama bunyi percikan bilah-bilah pedang.




bonda dan adik (bersama handphone siapa entah)


Sungguh. Di sini 2 pemuda yang dekat di hati saya; Khalid alWalid dan Abu Ubaidah Amir alJarrah bergandingan. Lantaran dalam peperangan ini merupakan peperangan pertama Khalid tidak bergerak sebagai komander selepas watikah perlantikan bertukar tangan ke Abu Ubaidah alJarrah.

"wahai anak, di sana pernah berdirinya Khalid alWalid. Dan di sana juga pernah berdirinya Abu Ubaidah.. semoga aku bisa mendidik diriku dan mendidik kamu untuk melahirkan jiwa pemuda seperti mereka insya-Allah..".



Keunikan Perang Yarmouk.
Perang Yarmouk merupakan antara perang yang mempunyai strategi tercantik dalam sejarah perang di dunia.

Boleh rujuk sini untuk animasi strategi peperangan tersebut.

Unik. Dan mengagumkan.

Malah di dalam perang ini juga ada kisah pengorbanan ukhuwah yang selalu kita bicarakan. Kisah Ikrimah Bin Abu Jahal yang saat beliau melihat betapa utuh tembok tentera-tentera Rom dan mustahil dipecahkan melainkan dengan adanya sekelompok manusia yang merempuh dan mengkucar kacirkan barisan itu, bingkas bangun dan melaung deras,
"barang siapa yang mengimpikan syahid, maka berbaiahlah dengan ku..!". lantas hampir 400 orang tentera Islam meluru datang dan kelompok inilah yang laju memacu kenderaan kuda perang mereka langsung merempuh masuk.

Merempuh masuk ke dalam lautan tentera Rom yang hampir setengah juta ramainya.

Allahuakbar.

Dan hasilnya, barisan tentera musuh pecah. Memudahkan untuk berlakunya serangan tentera Islam.
Bagaimana kisah pengorbanan ukhuwah terbabit? Masih ingat?

Saat 3 sahabat yang dahaga namun saling mendahulukan sahabat yang lain sehingga tidak ada yang sempat meneguk walaupun setitik saat bertemu dengan Allah. Betapa mahal itsar mereka.

Generasi alQur'an yang Unik. Sungguh. Terlalu dahsyat keunikannya.

Selesai menjamah, sempat mengambil sekeping dua gambar sebelum berkemas untuk bertapak di lokasi seterusnya iaitu Ummu Qays.

Ops. Tertinggal quote penting,"hasna' dah lulus masak nasi lemak..", ulasan bonda. He he.

Ummu Qays.

Hujan menyambut ketibaan kami berlima. Langit kelabu.
Berjalan perlahan-lahan kerana kata bonda, telah agak bosan melihat bongkah-bongkah batu di sini. ^^.



Details berkenaan Ummu Qays, boleh dilihat di sini.

Umm Qais has become a popular tourist attraction, a frequent destination for day trips from the capital, Amman, roughly 110 kilometres (68 mi) to the south. It is popular not only because of the extensive ruins but because its position on a high hill near the northwestern corner of the country allows for panoramic views. The Sea of Galilee and Tiberias, Israel, are visible, and just across the valley of the Yarmouk River is the southern end of the Golan Heights, claimed by and recognized asSyria,[7] but under Israeli administration since the Six-Day War in 1967. The high mountainsbordering Lebanon are visible in the distance on clear days.



Sembang-sembang sambil menikmati dinginnya angin basah. Sebelum bergerak pulang solat di rumah dan ke balad untuk membeli rempah nasi-nasi arab.

Irbid.

First time masuk kedai rempah. Tahan nafas. Pening dengan segala bau yang ada.
“nanti kahwin, hasna’ taknak beli rempah..” Saya keluh.

“memang pun, minta tolong suami yang belikan..dekat kak yam pun mak cakap macam tu, minta tolong abang ali yang belikan..benda-benda macam ni memang suami yang kena tolong.
Kita masak apa yang dibeli..”.

Yea.^^. Tidak sangka mendapat respons positif bonda.

Kemudian bergerak ke destinasi terakhir bagi memenuhi hajat bonda yang mahu menikmati jus segar. Apatah lagi ada yang menawar diri untuk memenuhi hajat bonda secara percuma. Terima kasih.

Selesai dan bergerak pulang. Sebak saat adik mengusik,
“kak hasna’, ingat lantai ni..ingat tempat yang taha pijak sekarang ni..nanti mesti kak hasna’ rindu kami..”
Muka masih tersenyum. Dalam hati..T_T.

Bersambung..

Thursday, November 24, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 5

Kenangan 18 Nov 2011: Bertemu Sang Pemuda Cinta.

Seminggu hanya berkampung di rumah akibat peperiksaan yang masih berbaki 2 paper. Cuma bonda yang ditemani anak-anak muridnya ke Balad mencari satu dua barang (salah satunya kasut). Berkesempatan bonda dan adik berpijak di tapak musta'mal (bundle) Irbid yang hanya pernah saya pergi 2 kali sepanjang 3 tahun di sini. Serik.

Kemudian Khamis malam Jumaat itu, Allah izin berkesempatan menyusun program qiyamullail sahibah-sahibah dan berkuliah subuh bersama bonda. Sebelum bergegas bersiap dijemput jam 7.30 pagi.

Jerash.

Jerash merupakan kompleks terlengkap di luar Itali. Luas. Meski sebahagian besar binaannya hanya tinggal pecahan bongkah-bongkah batu, tetapi imaginasi Dunia Roman itu tetap lahir saat menyusuri celahan lorong dan jalan.




di gerbang masuk.


Melangkah ke satu binaan ke satu binaan.
Comel melihat reaksi bonda di salah sebuah coliseum kecil (North Theater) yang bergema bunyi jika kita berdiri di centre point. Terhibur.




antara model salah satu binaan di dalam bandar Jerash


Jam 10.15 pagi akan ada persembahan Gladiator di Hippodrome. Adik terlalu teruja untuk pergi namun kasihan ketika jam menandakan waktu itu, kami masih jauh dari lokasi tersebut. Muroqib memberi cadangan, "nanti balik, boleh buka youtube..search dalam tu persembahan gladiator ni..". ^^#.

Alhamdulillah adik bukan lagi kanak-kanak kecil yang meragam. Boleh sabar dan terima walaupun mulut mengomel. ^^.




Penjelajahan terakhir, kami singgah di South Theater. Hanya duduk-duduk kerana bonda telah letih. 

Mendapat satu soalan fiqh. Ragu-ragu untuk menjawab.
"macam mana nak grad ni..", komentar salah seorang muroqib. Dush.

Jama' dalam musafir (bukan qasar kerana jarak tidak memenuhi syarat) dalam hari Jumaat bagi lelaki.

Setakat apa yang saya pelajari, jama' boleh dilakukan dalam mana-mana keadaan yang sulit (masyaqqah) sama ada musafir, istihadhah , sakit, pertindihan waktu kelas, hujan, musim sejuk dan sebagainya.

Tetapi yang sulitnya, ialah soalan itu ditanya untuk pihak lelaki bagi hari Jumaat yang mana musafir itu keluar dari rumahnya selepas waktu Subuh hari tersebut dalam keadaan jarak yang tidak mencukupi .

Jama' solat Jumaat dengan solat Asar, memang boleh. Tetapi menjadikan solat Jumaat sebagai solat Zuhur dan menjama'kannya dengan solat asar, itu saya tidak berani memberi komentar kerana berbalik kepada konsep safar itu sendiri.

Tadi sempat merujuk 4 kitab dan konklusi yang diperolehi adalah seperti berikut:

Kitab Fiqh alManhaji tulisan Dr Mustafa Bugha, Dr Mustafa alKhan dan Sheikh 'Ali alSyurbajiy serta kitab Muqaddimah alHadharamiyah tulisan Dr Mustafa Dhib alBugha (kedua-duanya mengambil mazhab Imam Syafie) mengatakan solat Jumaat hanya terbatal ke atas lelaki apabila mereka keluar bermusafir sebelum Subuh.

Manakala mengikut kitab Fiqh asSunnah tulisan Sheikh Sayid Sabiq dan kitab Fiqh Ibadaat (Qisim Awwal: Fiqh Thoharah wasSolah) tulisan Dr Abdul Majid Mahmud Solihiin mengatakan bahawa solat Jumaat terbatal kepada musafir secara umum berdasarkan dalil:

Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ
"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum'at" [HR Ad-Daruquthni.II/4]

Konklusinya, jika mengambil pandangan kedua, ijtihad kita betul la ya? ^^. Alhamdulillah..




gambar yang bakal mengalirkan air mata..T_T



Ajloun.

Singgah di kedai makan kecil di pinggir pekan Ajloun. Naik ke tingkat atas. Bagai stor usang. Namun akibat masing-masing lapar, tempat yang kusam menjadi selesa.^^.


Kota Ajloun merupakan kota yang pernah menjadi kubu yang digunakan dalam salah satu rentetan perang Salib.


Boleh rujuk di sini.


Kabus menemani kami di puncak bukit. Bumi Palestin di balik bukit langsung tidak nampak, malah awan betul-betul penuh. Bergambar bersama latar putih di belakang.


Turun ke bawah selepas panjat naik dan turun kota yang pernah dipijak oleh komander-komander Islam suatu ketika dulu. Sempat berimaginasi situasi peperangan. Sungguh. Betapa jauh berbeza. Hanya datang untuk mengutip sisa-sisa ibrah yang ditinggalkan mereka. Sedang mereka sedang menikmati ganjaran syurga di sana.


Keluar melalui pintu belakang dengan memanjat pagar rendah membuatkan bonda terlupa untuk membeli cenderahati di kedai yang terletak di pintu masuk utama. ^^.


Bergerak ke Masjid Abu Ubaidah dan kabus mengucapkan selamat tinggal, diganti oleh renyaian hujan nipis.


Makam Abu Ubaidah alJarrah.


Sungguh. Jika ditanya
adakah saya pernah jatuh hati?
Jujur, saya akan menjawab, ya.

Semenjak kecil menjiwai seerah membuatkan saya jatuh hati kepada 2 orang pemuda. Yang tidak sempat saya jumpa, malah yang tidak mampu saya imaginasikan wajah mereka. Tetapi terlalu sungguh hati ini tidak malu untuk mengagumi dan 'jatuh cinta'.

2 pemuda itu adalah Khalid alWalid yang digelar Saifullah dan Abu Ubaidah Amir alJarrah yang digelar Aminul Ummah.


Saat menapak ke dalam kawasan masjid seusai menunaikan solat jama' Maghrib dan Isyak, suatu rasa muncul tiba-tiba. Entah. Rasa malu-malu, rasa takut-takut, rasa debar, rasa terharu dan segala bercampur aduk. Bagai mahu berjumpa dengan bakal pengantin mungkin.


Sehingga tubuh kaku berdiri berhadapan dengan bongkah yang di bawahnya tersimpan jasad pemuda yang selalu saya cinta kisah kehidupannya. hanya mampu memandang dari luar lantaran ada cermin yang menghalang. Namun Alhamdulillah itu sudah sangat memadai.


Kantong itu saya usap buat kesekian kalinya. Perlahan-lahan berdoa buat bakal penghuni-penghuninya suatu hari nanti.
"semoga dari rahim ini, lahirnya pemuda seperti mana pemudanya Abu Ubaidah alJarrah..ameen.".


Air mata yang menitik lekas disapu kerana adik muncul di sebelah.
"taha pun nak doa juga", sambil mengusap perutnya. Lucu.


Sempat berdiskusi sebelum bersiap untuk pulang.


Awalnya bercadang untuk menziarahi tapak tinggalan perang Karamah iaitu peperangan antara Israel, Jordan dan Pelastin pada tahun 1968 namun Allah tidak mengizinkan dengan saranan penduduk yang memberitahu bahawa jalan menuju ke lokasi tersebut adalah sangat bahaya di waktu malam.

Tentang Battle of Karamah, boleh rujuk di sini.

Lalu, kami pulang meski tercalit sedikit kecewa.


Bersambung..

Tuesday, November 22, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 4

*untuk tatapan kakak dan abang.

Kenangan 9 Nov 2011: Kerdil di bumi Petra.

Aqabah.

Pagi itu sebelum bersarapan, sempat menyulusuri kaki pantai kota Aqabah. Mengadap bumi Palestin terjajah di balik laut sana. Bergambar satu dua keping (atau lebih).

Membawa bonda dan adik ke tiang bendera Revolusi Arab kebanggaan rakyat Jordan. (dikatakan sebagai tiang tertinggi di dunia: konon). Aneh melihat mereka bangga dengan kejatuhan sebuah khilafah Islam. Malah bagi bangsa arab ini, kerajaan Uthmaniyyah merupakan penjajah.

Di situ juga terletak kubu Aqabah yang pernah diserang oleh Lawrence of Arabia dalam siri gerilanya menentang khilafah. Kejatuhan Aqabah yang merupakan benteng keselamatan bahagian selatan sedikit sebanyak menganggu sistem pertahanan khilafah.

berlatar belakangkan bendera Revolusi Arab yang dipandang gah.


Maklumat lanjut, boleh kaji. Kerja rumah untuk anda.^^.

Bersarapan sebelum bergerak ke Petra.

Petra.

Jujur. Menjelajah Petra bersama bonda benar-benar membuatkan saya tersentuh.

Menapak perlahan-lahan, terlihatnya bonda begitu teruja dan kagum.

gambar yang akan melekat dalam hati saya selamanya.


Binaan-binaan yang diukir dan dipahat dari gunung-gunung kukuh. Mempamerkan betapa dahsyat kekuatan tenaga dan seni bina zaman kaum Tsamud.

Sepanjang perjalanan tidak henti-henti bonda mengulang tahmid dan tasbih. Malah ayat-ayat alQur'an yang menyebut pertanyaan "apakah kamu tidak berfikir?" dan seumpamanya meniti di bibir bonda. Sehingga saya sendiri sebak.

Nampak bonda benar-benar teruja.

"bersyukur sangat Allah izinkan mak datang ke sini..melihat kehebatan dan kebesaran Allah. Tetapi betapa mereka tidak berfikir dan taknak menyembah Allah..

bila melihat mereka yang Allah hadiahkan keistimewaan dan kelebihan sebegini hebat, boleh dihancurkan .. apalah sangat dengan kita yang tiada apa-apa.."

Melihat bonda. Ada lelehan air mata di wajahnya.

SubhanaAllah. Saya jadi malu sendiri. Betapa keras hati saya sehingga tidak tersentuh seperti mana tersentuhnya bonda. Merasai ibrah namun tidak benar meresap sehingga memerah mutiara itu.

Berhenti sebentar di tepi laluan.

"siapalah mak untuk mendapat kenikmatan seperti ini. Allah hadiahkan untuk memperlihatkan bahawa Allah itu hebat dan berkuasa atas segala sesuatu..kita ni tiada apa-apa.."

Ucap bonda sambil mengesat pipi yang basah.

Sungguh. Jauh di sudut hati, terlalu bersyukur kerana memiliki bonda mukminah yang mampu menjiwai sehingga sedemikian rupa.

Berjalan perlahan-lahan sambil berhenti di beberapa port, akhirnya tiba di perhentian sebelum mendaki anak-anak tangga ke lokasi 'End Of The World".

Saya yang belum tiba di puncak sana, teruja. (first time pergi tidak larat untuk mendaki ^^#).

Namun Allah izin bonda dan adik tidak berpeluang untuk naik atas faktor kesihatan. Apatah lagi kasut bonda tidak mengizinkan. (dan akhirnya tapak kasut itu hancur).

Sungguh. Berdiri di puncak tinggi itu sangat membuatkan diri menyaksikan keajaiban ciptaan Allah.

Surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud: 'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.'

someone capturing this without my sighted.

(nak tunjuk valley di bawah)


Betapa tidak ada apa-apanya kita pada pandangan mata Allah. Namun sangat sedikit kita berfikir dan takut untuk mensyirikkannya.

Hajat untuk bergerak ke puncak lain dibatalkan apabila bonda telefon berpesan untuk lekas-lekas turun dan menceritakan bahawa tapak kasutnya telah tercabut. ^^.

Sampai di tanah datar, terlihat bonda dikerumuni oleh arab-arab badwi yang mendesak untuk menaiki keldai mereka. Kasihan melihat bonda dan adik.

Alhamdulillah terlepas juga selepas muroqib bertegas.

Bergerak keluar dari kelompok arab yang ganas itu. Adik sedikit kecewa kerana harapannya untuk menaiki unta tidak kesampaian kerana unta telah tamat shif kerja ^^#. Hanya tinggal keldai-keldai.

"tak apalah..keldai pun keldai la..tak payah jalan kaki".

First experience riding the donkeys. Comel pula rasanya. Selalu ketika ayah ada, hanya aktiviti menunggang kuda.

Namun khidmat terhenti di ''The Treasury". Terpaksa berjalan kaki sehingga ke kawasan luar. Langit semakin gelap dan akhirnya hanya bulan yang menemani perjalanan keluar kami.

Kasut bonda yang hancur ditinggalkan sebagai kenangan dalam tong sampah Petra. Meminjam selipar muroqib. Comel.^^.

Bergerak ke Amman untuk menikmati makan malam di Mecca Mall sebelum bertolak pulang ke Irbid.

Tiba di Irbid sekitar jam 12 malam.

Bersambung..

Nota kaki:

-mungkin telah tiba masanya untuk saya membuat keputusan.

Thursday, November 17, 2011

Cerita Bonda di Jordan 3

*untuk tatapan kakak dan abang.

Kenangan 8 Nov 2011: Ibrah Karak.

Bermalam dengan penuh selesa di rumah kak Afifah Zaki, Alhamdulillah.^^. Kemudian pagi-pagi mendapat jemputan dari rumah salah seorang bekas anak murid bonda untuk bersarapan di rumah beliau.

Selepas menjamah santapan berserta sembang-sembang bonda bersama bekas anak-anak murid bonda yang lain, kami bertolak ke Ma'rakah (medan tempur) Mu'tah.

Ma'rakah Mu'tah.

Hanya sebuah kawasan lapang yang tidak dijaga dengan baik. Sampah sarap berselerak. Ada bongkah bangunan yang roboh dan juga tunggul binaan catatan yang pecah.

Jujur. Jika saya buta sejarah, mungkin saya akan lebih mengagumi hamparan rumput yang cantik di Stadium Old Trafford berbanding tanah kosong yang kotor dan berdebu ini.

medan Mu'tah yang terbentang tanpa cinta


Sedih melihat realiti yang sedang dilalui, iaitu tercabutnya roh penghayatan seerah sekali gus mencantas habis kecintaan kepada generasi alQur'an unik. Jika tidak cinta, masakan kita mampu untuk mengambil mereka sebagai suri teladan hidup bukan?

Seperti biasa, setiap kali menapak di kawasan yang pernah menapak manusia-manusia agung, maka bicara buat bakal si penghuni tidak akan pernah ditinggalkan.

Lucu saat adik menyoal bila melihat saya diam di hadapan robohan binaan.

"kak hasna' buat apa?"

"doa sambil pegang rahim. Untuk anak-anak...".

"taha pun nak doa dekat rahim juga la..". heh.-_-#.

Saat mengimaginasikan 3000 anggota tentera muslim berhadapan dengan 200 000 tentera Rom bersama tentera arab musyrik di atas hamparan tanah itu, sebak datang tiba-tiba.

Memandangkan kesuntukan masa untuk menulis berkenaan sejarah Perang Mu'tah, jadi disertakan link ini dan ini untuk bacaan bagi mereka yang hajat untuk tahu. Semoga memberi manfaat, insya-Allah.

Berkenaan perang Mu'tah ini juga, ketika Khalid alWalid membawa pulang tentera Muslimin, sejumlah penduduk Madinah mentsabitkan mereka sebagai lari dari medan tempur. Lantas Rasulullah menidakkannya.

Kaedah dalam Fiqh Jihad.

Mempelajari Fiqh Jihad membuatkan kita memahami tindakan Khalid r.a. tersebut lantaran antara hak-hak mujahidin ialah pemilihan ketua yang bijak dan salah satu ciri seorang ketua yang bijak ialah kebijaksanaannya menjaga nyawa tentera-tenteranya.

Tersebut dalam kaedah umpama menjaga seorang kekasih:

فعلى قائد الجيش ان يحافظ على جنده كما يحافظ على حبة عينه

Malah Sayidina Umar alFarouq juga tidak membenarkan perlantikan Bara' Bin Malik alAnsari sebagai komander dalam mana-mana batalion tentera Muslimin kerana boleh membawa kehancuran kepada tentera Islam. (Bara' Bin Malik terkenal sebagai seseorang yang terlampau berani boleh rujuk seerah Perang Yamamah yang mana Bara' meminta dirinya dipanah masuk ke dalam benteng tentera Musallamah alKazab)

Kemudian kami bergerak ke Maza yang menjadi tempat persemadian 3 orang sahabat sekali gus panglima perang Mu'tah.

Makam 3 Syuhada'.

Meski telah menapak di bumi pesemadian ini berkali-kali, namun angin yang menyapa pada setiap kali menjengah tetap sama. Angin yang membuatkan diri rasa terlalu kerdil. Dan persoalan itu muncul buat kesekian kalinya, 'mustahil sama cinta Allah buat mereka dengan cinta Allah buat diri ini'. Semoga Allah tidak pernah menolak jauh.

bonda dan adik di makam Abdullah Bin Rawahah


Teringat sempat memberi peringatan buat diri sendiri dan adik, berkenaan jihad mereka adalah jihad darah, dan kita hanya jihad hawa nafsu.

"siapa lagi kuat?".

"depa la..".

"ha, jadi kita ada contohkan untuk jadi kuat kan? Kuat untuk lawan hawa nafsu kita..".

"ada..ada..". jawab adik sambil sengih.

makam Zaid Bin Harithah


Melihat bonda yang begitu teruja membuatkan kenangan bedtime story hadir dalam ingatan. Teringat semua cerita-cerita seerah yang bonda sampaikan kepada kami adik-beradik sebelum terlena. Dari kesungguhan itu, diizinkan Allah hari ini, kami mengenal dan menjiwai kecintaan kepada setiap titis darah yang mengalir dari tubuh-tubuh generasi aQur'an yang unik itu.

Semoga Allah mengganjari bonda dengan ganjaran yang terbesar iaitu dapat bersama-sama mereka di dalam syurga Firdaus nanti insya-Allah. Amen.

Kota Karak.

Tiba di Kota Karak yang pernah mencatat sejarah pengepungan panglima Salahuddin alAyyubi selama berbulan-bulan dalam rentetan Perang Salib sehingga raja yang mengetuai batalion tersebut menyerah diri.

Boleh rujuk sini. (kes malas menaip)

3 beranak di Kota Karak


Ketika awal sampai di pintu kota, ada pengunjung sedang berdiri di puncak atas. Kata bonda penuh semangat, "mak nak panjat sampai atas.."

bonda dan adik di celah lubang memanah.


Dan Alhamdulillah, kami berjaya. ^^.

Sangat comel saat melihat wajah gembira bonda di puncak setelah berpusing di dalam tubuh kubu.

bonda yang berjiwa muda. ^^.


binaan dan alat yang digunakan.


Terpaksa pulang ke kawasan penempatan pelajar Malaysia kerena salah seorang muroqib tertinggal dokumen penting.

Selesai solat, terus bergerak ke Wadi Rum.

Wadi Rum.

Perjalanan yang panjang dan bergerak lewat membuatkan Allah izin kami tiba lewat di Wadi Rum. Langit telah hitam. Mustahil mampu melihat debu-debu halus Wadi Rum yang unik.

Jadi, hanya mampu menyelusuri di awal jalan masuk sebelum bergerak ke Aqabah. Sedikit kecewa.

Sempat berkongsi keistimewaan Wadi Rum dengan bonda.

  1. Bongkah-bongkah tanah yang muncul hasil pergerakan bumi.
  2. Terdapat kesan tinggalan kaum Tsamud yang berpusat di Petra.
  3. Menjadi lokasi penempatan dan perancangan Lawrence of Arabia dalam usahanya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah bersama kelompok besar bangsa arab (yang bodoh).

    (sesiapa yang tidak tahu tentang LoA, boleh mula kaji. Kerja rumah untuk anda)

*mula-mula bonda tidak kisah terlepas peluang melihat cantiknya Wadi Rum, tetapi saat bonda melihat gambar-gambar saya di sana, tiba-tiba bonda teruja untuk pergi. ^^. (tandanya bonda akan datang lagi la ya? iAllah..)

Aqabah.

Selamat tiba di tanah hujung Selatan Jordan.

Sesak. Cuti Adha yang diisytiharkan oleh kerajaan Jordan menjadikan bandar Aqabah dibanjiri lautan manusia. Malah sejumlah besar pelajar Malaysia juga kami temui di sini sehingga salah seorang muroqib membuat kesimpulan ,"rasanya pelajar Malaysia Irbid dekat aqabah malam ni lebih ramai dari yang dekat Irbid sekarang ni".

Selepas selesai menemui tempat bermalam (terima muroqib kerana sudi berjalan mencari) dan mengisi perut, sempat bonda mencari cenderahati untuk cikgu-cikgu MATRI.

"mak kena cari cenderahati untuk 50 orang ni..". ayat bonda selagi tidak menemui buah tangan untuk dibawa pulang. Comel.

Bersambung..

nota kaki.

*Alhamdulillah, selesai 2 paper untuk minggu ini. Menanti 1 lagi di minggu hadapan.