Wednesday, December 16, 2009

Saya, Iman dan hati..


Sungguh. Saya punya banyak cerita sebenarnya untuk dikongsi. Tetapi entah kenapa, jari ini berat benar untuk menulis. Setiap kali cuba menyentuh kekunci papan, hati rasa hambar. Ya. Sepertimana yang pernah saya coretkan sebelum ini, saya tidak mampu menulis tanpa lahir dari hati. Kerana saya sedar bahawa saya menulis bukan untuk tatapan manusia sebenarnya tetapi untuk tatapan hati saya.

Sungguh. Setiap bait ini harus lahir dari bicara hati saya. Harus lahir dari kantung fikiran saya. Saya pegang itu. Kerana tujuan utama saya menulis blog ini adalah sebagai tempat untuk saya muhasabah diri kembali, sebagai tempat saya mencari air ketika haus, sebagai telaga ketika iman saya kontang dan sebagai dapur ketika saya lapar (",)..

Justeru, saya memohon maaf bagi pembaca yang hadir ketika mana saya tidak menulis. Semoga kalian mendapat manfaat.

Doakan saya teman. Semoga hati dan iman kita sama-sama sentiasa terjaga..Sungguh. Saya takut andai kenikmatan air mata, kemanisan khusyuk dan ketenangan hadirnya Allah dalam setiap urusan itu hilang.. Saya cukup takut itu.

*doakan saya imtihan kedua 24hb ni..hari tu punya imtihan tak dapat lagi keputusan.
*iA Sabtu ni saya pergi ke rumah Naheel bersama Hadeel dan Albab.

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.