Friday, August 19, 2011

Keyakinan itu penting,

ini salah satu usaha kita.

Semalam semasa mengikuti tarawih di masjid jami3ah, ada seorang makcik bersama 4 orang anak duduk di hujung almari kasut. Setiap kali ada yang lalu di hadapan, ibu tersebut sambil mendukung anak yang paling kecil sekitar umur setahun lebih, berdoa “Allah memenuhi hajat bagi sesiapa yang memenuhi hajat manusia”..(lebih kurang).

Dan dari doanya saya tahu bahawa makcik itu sedang meminta ihsan.

….

Setiap kali berjalan di syari3 jami3ah, pasti akan ada anak-anak kecil atau makcik-makcik yang berbaju kotor datang menghampiri sambil menghulurkan tangan. Malah ada yang bertindak lebih agresif dengan mendesak sambil menarik beg atau baju.

Sehingga jujurnya saya fobia dan akan mengelak dari jauh jika terserempak dengan orang-orang seperti itu. Namun jauh di sudut hati, saya tahu bahawa mereka itu sedang meminta ihsan.

Persoalannya: Apakah semua itu terjadi dengan begitu sahaja?

Menyelak khabar saudara di Somalia, 29 000 kematian akibat kebuluran. 29 ribu !

Melihat wajah dan tubuh mereka satu persatu bagai melihat tulang-tulang yang berjalan. Satu persatu jatuh.

Wajah ibu menangis sambil mendukung bayinya yang telah senyap. Wajah kakak memeluk adiknya yang jelas garisan tulang belakang. Wajah mereka si kecil yang berdiri dan berbaris sambil memegang mangkuk kecil untuk mengisi teriakan perut.

Semua itu berlaku tiba-tibakah?

Natijah sistem jahiliyyah yang mencengkam.

Apakah itu sistem jahiliiyyah?

Sistem jahiliyyah adalah sistem yang tidak mengambil nilaian Allah. Sistem yang langsung berbeza dengan sistem Islam. Mana-mana sistem dan cara hidup yang tidak selari dengan sistem Islam, merupakan sistem dan cara hidup jahiliyyah.

Dan itulah sistem yang diamalkan oleh dunia hari ini. Sistem sekular dan kapitalis yang mencengkam sehingga lahir masyarakat yang hidup tetapi tidak hidup pada hakikat sebenarnya.

Sistem sekular yang mengasingkan agama dan kehidupan. Segala aturan hidup tidak akan sama sekali mengambil nilaian agama sehingga lahirlah ‘matlamat menghalalkan segala cara’.

Sistem kapitalis yang memerah habis segala tenaga manusia. Yang kaya akan terus kaya dan selama-lamanya kaya generasi demi generasi manakala yang miskin akan ditindas dan terus ditindas generasi demi generasi.

Hilang kasih sayang. Hilang kepekaan. Hilang kemanusiaan.

Hasil Jahiliyyah tidak dapat diubat dengan Islam yang juz’ie.

Baru-baru ini di Malaysia heboh dengan kisah JAIS menyerbu gereja bagi membanteras kegiatan kebajikan gereja kepada sekelompok masyarakat Islam yang miskin.

Persoalannya di sini, apakah itu penyelesaian sebenar?

Islam penyelesaian yang Unik.

Islam tidak mampu dan tidak layak untuk menjadi ubat kepada kerosakan hasil jahiliyyah. Islam bukan untuk sekadar menjadi bancuhan simen bagi menampal lompong-lompong sebuah bangunan yang memang dibina dalam keadaan dhoif dan cuai.

Islam bukan sekadar pencantas-pencantas ranting yang kering hasil pokok yang memiliki akar yang telah mati.

Tetapi penyelesaian Islam hanya layak untuk sistem yang mengambil jalan Islam. Jika mahu mengambil penyelesaian Islam, korek habis pokok itu dan tanam pokok Islam.

Jika mahu mengambil penyelesaian Islam, robohkan langsung bangunan usang itu dan bina tapak dan dasar yang baru. Yang kukuh dan betul-betul mengambil nilaian Islam.

Gambaran realiti hari ini:

Pendedahan seks yang berleluasa. Iklan-iklan, cerekarama, filem-filem, muzik-muzik dan segala. Pergaulan bebas digalakkan seluas-luasnya. Pendedahan aurat di semua tempat.

Adab-adab tidak dijaga. Malah ada ibu bapa membiarkan sahaja anak-anak dara tidur bergelimpangan di ruang tamu bersama abang-abang dan adik-adik lelaki.

Maka berlakulah banyak penzinaan dan sumbang muhrim.

Persoalannya adakah wajar jabatan agama Islam hanya menyediakan pencegahan dengan menyediakan beberapa orang petugas untuk menyerbu hotel-hotel murah?

Begitulah juga dengan keadaan yang berlaku dalam isu tersebut.

Saat penindasan pemimpin yang zalim terus menerus, harga barang yang semakin naik dan terus naik, saudara muslim yang hilang tanpa pernah peduli, pihak pengurusan zakat yang sewajarnya bersikap prihatin dan membantu mencipta birokrasi yang renyah serta pembahagian zakat yang tidak relevan, apatah lagi tidak ada suatu usaha sedikit pun ke arah penekanan akidah dalam kalangan masyarakat, maka tidak hairan berlaku banyaknya permasalahan murtad.

Penyelesaian yang sebenar ialah kembali kepada Islam secara total. Keseluruhan dan kesemuanya.

“wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (al-Baqarah [2]: 208-209).


Kesedihan hari ini membuatkan kerinduan pada kisah semalam.

Melihat realiti dunia saat ini, membuatkan mata menangis menyelak kisah agung zaman Islam. Saat Islam berjalan di setiap nadi kehidupan.

Sewaktu pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz yang digelar khulafa’ arRasyidiin ke4, merupakan zaman kegemilangan sistem zakat.

Setiap individu-individu muslim di dalam kerajaan Islam itu layak membayar zakat dan mereka berlumba-lumba untuk mengeluarkannya. Dan kutipan zakat berlimpah ruah sehingga tidak ada yang layak untuk menerima zakat kerana masing-masing sudah cukup sempurna perbelanjaan hidup.

Kemudian khalifah Umar meminta agar harta zakat diagih-agihkan di negara-negara jajahan khilafah. Mengikut catatan seerah, wang-wang tersebut dibawa ke tanah jajahan kerajaan Islam di kepulauan Afrika dengan hajat agar wang tersebut dapat dibahagi-bahagikan kepada mereka.

Namun, rupa-rupanya wang tersebut dikembalikan tanpa pengurangan walaupun sedikit kerana seluruh rakyat di sana telah mewah hasil pelaksanaan ekonomi Islam yang adil.

Akhirnya, wang zakat yang banyak tersebut diberi kepada semua pemuda-pemuda yang telah mencapai usia baligh dan layak untuk berkahwin sebagai belanja walimah mereka.

subhanAllah.

Tidak ada kata yang mampu dilahirkan melainkan kerinduan itu terus mencengkam.

Yakin, Masa Depan Milik Islam.

Saat ini, saat melihat betapa rosaknya masyarakat dicengkam sistem jahiliyyah yang terlalu dahsyat dan halus, saat ini keyakinan kita pada Allah perlu lebih maksimum.

Islam pasti akan memayungi alam semula. Seluruhnya akan kembali sejahtera dalam naungan Islam.

Dari Tamim Addari , Rasulullah saw bersabda :

“Sungguh perkara ini ( agama Islam ) akan sampai ke tempat yang di jangkau oleh malam dan siang . Setiap rumah di kota atau desa , Allah akan memasukkan agama ini ke dalamnya dengan kemuliaan orang mulia atau kehinaan orang hina . Kemuliaan di mana Allah telah memuliakan Islam atau kehinaan di mana Allah telah menghina kekufuran .” (hadis riwayat Ahmad)

Berkenaan keyakinan ini, teringat pernah berkongsi dengan adik-adik alFateh (program anjuran PINTAR PERMAI), akan urgensi kita meyakini janji-janji Allah berkenaan masyarakat akan kembali sejahtera dengan kepimpinan Islam.

K 1)Keyakinan ini sangat perlu bagi mereka yang terjun dalam amal Islami sebagai suatu suntikan semangat.

Kita akan merasakan suatu kebahagian dan tenang saat meyakini bahawa kita ini hanyalah penyambung rantai-rantai perjuangan generasi awal dan akan ada generasi kemudian yang akan meneruskan risalah nubuwah ini. Bermakna jika bukan pada zaman kita, insya-Allah zaman generasi kemudian, akan terlaksananya janji Allah yang pasti.

Kita tidak akan kusut dan tertekan saat melihat amal Islami belum lagi membuahkan hasil dan masyarakat masih terus dalam jahiliyyah. Kerana kita yakin bahawa Allah tetap akan membuka jalan kemenangan suatu hari nanti dalam keadaan dan cara yang hanya Allah sahaja yang Maha Menengetahui.

2) 2)Keyakinan ini sangat perlu kerana merupakan suatu ugutan dari Allah dan ancaman jika kita berputus asa dan lemah.

Allah seakan-akan mengatakan bahawa , Islam pasti akan menang. Sama ada kamu mahu bersama atau tidak.

Justeru, jika kita tidak berhajat untuk berada dalam kelompok khafilah dagang ini, Islam tidak akan terusik walaupun sedikit. Tetapi hakikatnya kita yang berhajatkan kepada amal Islami ini untuk Allah nilai saat di Padang Mahsyar, di mana segala amal telah ditimbang dan tidak memberatkan sedikitpun amal kebaikan kita, saat itu kita akan berhajat kepada amal Islami yang akan menjadi bukti untuk meraih syafa’at baginda s.a.w.


Penutup: Bermula dengan apa?


Sungguh, melihat masyarakat hari ini bersama jiwa yang terluka, sedih dan pedih menunjukkan bahawa tidak pernah menunggu waktu untuk kita berfikir lagi dan lagi.

Justeru, apakah yang mampu kita lakukan sebagai pemula?

-Islah nafsaka, Wad’u ghairuka-


Mari sama-sama kita perbaiki diri dan mengajak mereka yang berada di sekeliling. Perlahan-lahan dan berterusan. insya-Allah, dari individu-individu muslim yang berkualitilah akan lahirnya keluarga-keluarga muslim yang terjaga seterusnya membentuk masyarakat muslim yang sejahtera. Sehingga akhirnya pemerintahan adil yang mengambil nilaian Islam.

Yakin. Tidak ada apa yang mustahil kerana bukankah Allah Yang Maha Meyusun Atur perjalanan dunia ini?


nota kaki:

-hidup sendiri membuatkan saya belajar untuk menjadi isteri yang kuat dan yang akan selalu ditinggalkan. Semua dilakukan sendiri. Fikir-fikir balik, rasa seronok pula kalau suami selalu on-call atau out station.

-satu lagi yang sedang belajar. Raya di perantauan. Bonda pesan, "jangan teghiyak (menangis) ya pagi raya nanti. Tak kira kita raya di mana, kita ada Allah".

saya jawab sambil senyum-senyum menahan panas di mata, "tak janji..tengok nanti macam mana".

-Setiap kali pejam mata terlelap, mesti akan mimpi bonda dan adik telah berada di Jordan. Cepatlah November datang..T_T.

Friday, August 12, 2011

Unfortunate Event



"we hope to have you back in arms, darlings..but in case this letter arrives before our return, know that we love you. It feels with prides to know that no matter what happens in this life, that you feel you'll take care each other with kindness and bravery and matter where we are . know that sons, you're having each other, you have your family and you're home.. your lovely parents"

surat akhir yang ditulis oleh ibubapa Violet Baudelaire, Klaus Baudelaire dan Sunny Baudelaire.

Jujur, cerita ini menjadi movie kegemaran saya selain movies seperti Welcome To Dongmakgol, Saving Private Ryan dan Lucunya Negeri Ini.

Awal saya menonton filem ini adalah ketika tahun 2005, iaitu tidak sampai setahun pemergian ayah. Dan sepanjang menontonnya pipi sentiasa basah dengan lelehan air mata.

Islam dan Kemuliaan Anak Yatim.

Menonton filem tidak dapat tidak, hati bagai tercarik melihat betapa pilu mereka terpaksa kuat berhadapan dengan pelbagai ujian meski baru bergelar yatim piatu.

Dan ketika itu baru saya semakin faham dan sedar mengapa Islam begitu mengangkat darjat anak yatim.

"Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang" (adDhuha:9)
262- وعن سهلِ بن سعدٍ رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «أَنَا وكافلُ الْيتِيمِ في الجنَّةِ هَكَذَا » وأَشَار بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى ، وفَرَّجَ بَيْنَهُمَا » . رواه البخاري.

Dari Sahl ra. Ia berkata : Rasulullah SAW Bersabda : “Saya dan orang yang menanggung anak yatim berada di surga seperti begini” Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkan sedikit antara kedua jari tersebut. (H.R Bukhari)

و « كَافِلُ الْيتِيم » : الْقَائِمُ بِأُمُورِهِ .

Kafilul yatim ialah orang yang menanggung segala perkara yang diperlukan oleh anak yatim - baik makan, minum, kediaman, pakaian dan pendidikannya, juga lain-lainnya pula.

263- وعن أَبي هريرة رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «كَافِل الْيتيمِ لَهُ أَوْ لِغَيرِهِ . أَنَا وهُوَ كهَاتَيْنِ في الجَنَّةِ » وَأَشَارَ الرَّاوي وهُو مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ بِالسَّبَّابةِ والْوُسْطى . رواه مسلم .

Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : Rasulullah SAW Bersabda : “Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili ataupun tidak, maka saya dan dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini, di dalam surga.” Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan, beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dari jari tengah. (H.R Muslim)

Mengapa Anak Yatim dimuliakan?

Jujur. Saya pernah merasai perasaan mereka yang kehilangan ayah. Dan saya belajar betapa Islam ini adalah agama yang mengambil berat.

Anak yatim ini secara fitrahnya mempunyai perasaan yang sangat halus dan sensitif. Mungkin kerana mereka merasakan betapa mereka ada kekurangan berbanding masyarakat yang lain.

Benar. Mereka tidak ada ayah sebagai tempat bergantung harap atau mereka tidak punya ibu sebagai tempat berkongsi rasa dan cerita. Dan kehilangan itu bukan sesuatu yang kecil.

Teringat ketika saya di tingkatan 3, setiap kali menjelang 'eid fitri, sekolah akan mengadakan agihan duit raya kepada anak-anak yatim atau yang tidak berkemampuan. Dan tahun itu nama saya dikecualikan.

Sedangkan ada kawan yang mempunyai 10 orang adik beradik namun masih memiliki ibu ayah terpilih. Rasa aneh membuatkan saya bertanya akan hal itu kepada guru yang terlibat. Sekadar untuk kepastian.

"hasna' anak yatim orang kaya, tak layak dapat". jawab cikgu tersebut sambil senyum-senyum. Langsung terbit suatu perasaan pedih dan saya menahan air mata. Ketika pulang, saya menangis sungguh-sungguh pada bonda.

Bukan duit raya itu yang menjadi asbab kerana duit tersebut tidak banyak malah bonda boleh berikan berkali-kali ganda lebih dari jumlah tersebut, Tetapi saat itu jiwa terlalu hiba dan sedih kerana melihat manusia menilai bahawa kasih sayang seorang ayah yang hilang dapat diganti dengan erti 'kaya'.

Apakah kehilangan ayah saya tidak sama dengan kehilangan ayah-ayah yang lain?. Ayah tetap ayah yang sama. Hanya ada satu dan setelah ayah pergi, saya tidak punya ayah lagi sehingga hari ini.

Teringat lagi, ketika cikgu-cikgu mengadakan lawatan ke Kelantan dan Terengganu pada tahun 2007 iaitu semasa saya di tingkatan 4.

Kami bermalam di Sekolah Rendah Ibnu Qayyim, Terengganu. Adik terpisah dari kami kerana dia perlu tidur bersama kaum lelaki manakala saya dan ibu di kawasan perempuan.

Esok pagi, selesai sarapan, kami berkumpul di dalam bas untuk bergerak ke tempat lain. Adik yang ketika itu baru berumur 11 tahun mengadu kepada bonda bahawa dia mengantuk.

"taha tak tidur ke malam semalam?".
"tak..banyak nyamuk.."
"semalam taha tidur dengan siapa?"
"sorang-sorang. mula-mula taha main dengan ****. pastu ayah **** panggil **** untuk tidur sebelah pakcik. Tinggal taha sorang-sorang.."
"tak ada mana-mana pakcik yang ajak taha tidur sekali?" tanya mak dengan nada terkejut.
"tak..". jawapan adik dengan nada yang meruntun hati. Saya masih ingat riak wajah si kecil itu.

Hanya Allah Maha Tahu betapa saat itu air mata mahu mengalir deras. Betapa tidak pekanya mereka terhadap si kecil yatim ini. Saya menangis dalam diam.

Tidak tergambar betapa sanggup mereka menyelimutkan anak masing-masing dan tidur bersama dalam masa yang sama meninggalkan adik keseorangan. Tidakkah mereka tahu betapa hati si kecil ini terluka? Dia tidak punya ayah untuk menyelimutkannya dan memastikan dia terhindar dari gigitan nyamuk. Dan semestinya dia tidak pernah minta untuk kehilangan ayahnya.


adik dan ayah


Anak Yatim dan Penekanan Hubungan Dengan Allah.

Masyarakat hari ini melihat kumpulan anak yatim hanya ketika menjelangnya Ramadhan dan Hari Raya. Ketika itu duit raya dan kuih muih atau jika untung sedikit bekalan makanan akan diagih-agihkan.

Mungkin juga anak-anak yatim ini akan dipanggil ke jamuan-jamuan berbuka puasa bersama pembesar masyarakat atau sebagainya.

Namun, apakah itu sebenarnya erti menyantuni dan mengihsani anak-anak yatim?

Apakah cukup sekadar bermesra dan menghulurkan sekeping dua wang kertas?

Sungguh. Sewajarnya bagi anak-anak yang kehilangan tempat pergantungan ini perlu lebih diihsani dan diberi penekanan tumbesaran keyakinan mereka kepada aturan Allah. Meyakinkan mereka bahawa Allah itu tidak pernah sesekali menzalimi hamba-hambaNya. Dia tidak punya sebarang kepentinganpun malah bagi mereka kemuliaan yang tidak punya pada orang lain.

Anak-anak yatim ini membesar dan dewasa dengan jagaan Allah secara terus. Itu yang perlu atau sangat perlu mereka diberi kesedaran.

Apatah lagi ketika suatu saat mereka berhadapan dengan konflik yang mana kawan-kawan mereka mampu pulang dan mengadu kepada ayah atau ibu masing-masing dan meminta perlindungan atau bantuan, dan mereka tidak mempunyai kesempatan itu sama sekali, ketika itulah mereka perlu yakin bahawa mereka punya Allah, Pemilik dan Pengatur kerajaan langit dan bumi.

Kerana jika mereka tidak ditanam kesedaran tersebut, akan lahirlah rasa ketidak adilan Allah dan mereka akan membesar secara tidak fitrah.

Ketika mereka merasakan suara kecil mereka tidak didengari dalam kalangan manusia, ketika itulah mereka perlu yakin bahawa Yang Bersemayam di 'Arasy sana sentiasa Maha Mendengar dan menunggu-nunggu pengaduan mereka.

Ihsani mereka dengan mengembalikan mereka kepada fitrah dan nilai-nilai Iman.

Wahai adik-adik, kalian tidak berkurang sedikitpun malah kalian dimuliakan !

Saya punya keluarga angkat yang mempunyai 5 orang adik beradik dan paling bongsu berusia 5 tahun saat ini. Ketika awal kami bekenalan, Nur Ain Sakinah masih kecil, 2 bulan iaitu sekitar tamat pantang. Dan ketika itu dia telah kehilangan ayahnya.

Ain tidak pernah melihat ayahnya tetapi dia selalu melihat gambar pakcik sambil tersenyum, "ini abi.."

teringat juga Husna, kakak Ain yang berumur 3 tahun lebih tua. Ketika awal pemergian pakcik, Husna selalu meminta ummi untuk menghantar message kepada abinya untuk lekas-lekas pulang. "cakap, Husna dah rindu".

Sungguh. Tampak zahir dan mungkin terbit dalam hati mereka ketika kawan-kawan sepermainan yang lain bermanja dengan ayah masing-masing, meraka akan rasa kekurangan.
Tetapi ketahuilah adik-adikku, Allah mengambil ayah dari kalian tetapi Allah menghadiakan kalian sesuatu yang tidak ada tolok bandingnya iaitu dekat dengan Allah.. !

Bukankah itu lebih bernilai? Baginda s.a.w. juga yatim malah yatim piatu namun ketika itulah baginda melalui proses pentarbiyahan sebenar. Proses pentarbiyah terus dari Allah.

Penutup: Bukan Unfortunate Event tetapi Fortunate Event.

Pada saya kehilangan ayah bukan suatu musibah tetapi suatu tarbiyah. Kerana dari kehilangan itu saya belajar banyak perkara dan paling panting saya belajar erti kematangan dan erti memahami kehidupan dan kepayahan manusia lain.

Jujur, mungkin jika ayah masih ada, saya tidak seperti saya hari ini malah mungkin saya tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki di bumi gurun sahara ini.

Allahua'lam.

nota kaki:
-menulis kerana melihat fenomena raya dan anak-anak yatim.

Wednesday, August 3, 2011

Hebat sayang Allah.

Zuberto. Buah hati yang telah pergi.

Tadi petang, duduk-duduk sembang dengan housemate, kak Adnin. Membincangkan banyak benda. Merenung banyak perkara.

Dan Allah susun, masuk topik tentang kehebatan Allah yang memiliki kehebatan tunggal. Tidak ada Penguasa, Pemilik, Penyusun, dan Pengatur selain Dia.

Bukti hebatnya Allah: cinta dan Kasih sayangNya.

Perasan atau tidak, betapa hebatnya Allah terpancar dalam cinta dan kasih Dia kepada setiap hamba-hambaNya.

Uniknya cinta Allah, begitu melimpah sama rata dan memenuhi kekosongan jiwa kita tanpa berkurang walaupun sedikit. Sehingga ketika kita sedang mengadu pada Allah, kita merasakan bahawa Allah hanya menumpukan sepenuhnya untuk mendengar keluhan kita. Sedangkan ketika kita menangis itu, masih terdapat jutaan hamba yang menangis dan mengadu sama seperti kita.

Kita merasakan kepuasan betapa telitinya Allah yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui. Betapa kita merasakan betapa terasingnya kita ketika itu dari dunia luar lantaran asyiknya kita. Kita merasakan bahawa hanya kita dan Allah sahaja yang sedang berantara.

Sedangkan ketika itu, Allah masih Allah yang sama yang memiliki jutaan bilion jiwa-jiwa yang lain. Masih Allah yang menyusun dan menjaga orbit-orbit galaksi. Masih Allah yang mentadbir syurga dan neraka. Masih Allah yang segala sesuatu di dunia ini dan di luarnya, semua di bawah aturanNya.

Hebat bukan?

Allah, tidak pernah memerlukan kita TETAPI kita yang sentiasa berhajat kepada Allah.

Saat menghayati semua itu, mentadabbur akan betapa hebatnya Allah, maka semakin jelas dan semakin terang, betapa kerdilnya kita pada pandangan Allah.

Berimannya kita atau kufurnya kita, tidak ada sekelumit kesan dalam kekuasaan Allah. Bahkan jika seluruh bumi bermuafakat untuk mensyirikkan Allah, tidak berlaku sekelumitpun pengurangan dalam kekuasaan dan kehebatan Allah. Begitu juga, jika seluruh isi bumi berpakat untuk beriman kepada Allah, tidak berlaku sedikitpun penambahan dalam pentadbiran kerajaan Allah.

Tetapi, kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. Sangat-sangat dan sentiasa berhajat kepada ihsan dan cinta Allah. Lantaran tanpa semua itu, hidup kita KOSONG. Menjadi bahan bakar api neraka. Na3uzubillah minzalik.

Penutup: Mari bersungguh meraih cinta Allah.

Allah tidak pernah memerlukan kita. Tetapi kita yang sentiasa dan sangat memerlukan Allah. Justeru, pernahkah kita bersungguh-sungguh?

"Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan bersuara yang lembut" (alA'raf:55)

Jom manfaatkan Ramadhan ini insyaAllah..

*tulisan untuk diri sendiri sepenuhnya.


nota kaki:
-4hb last paper untuk final exam. 'Aqad Zawwaj. Semoga Allah permudahkan.
-mak dan adik akan bersama di bumi Jordan selama sebulan bermula 1Nov-1Dec. Ada sesiapa yang sudi menumpangkan adik dan mencarikan untuknya cikgu alQur'an bagi mengisi waktu lapangnya di sini?

Monday, July 25, 2011

Fenomena tercemar



Sebelum kalian membaca lanjut, biar saya jelaskan dahulu bahawa ini adalah pendapat saya yang masih belajar dalam kehidupan.

Pendahuluan: fenomena kahwin.

"awak, saya ada masalah berat ni.."
"insya-Allah, selagi boleh, hasna' akan cuba bantu..^^. Masalah apa ya?"
"saya nak kawin. Apa pandangan awak?".

Terkedu. Ini sudah masuk kali ke berapa ribu (hyperbola) orang-orang di sekeliling saya membicarakan tentang perkahwinan. Dan setiap kali itu jugalah saya akan terdiam. Berfikir. Sebelum menyusun kata. Atau mungkin sebenarnya terdiam. Berfikir. Dan menahan sabar.

Fenomena tercemar.
A: "saya tak mampu la awak.."
B:"daripada buat maksiat baik kawin".
C:"ala, orang lain couple, berdosa. Jadi, saya pilih untuk kawin."
D:"…….sebab ramai kawan-kawan kawin, saya pun nak kahwin la juga".

Antara jawapan yang diterima. Dan saya akan terus sebak.
Sungguh. Jahiliyyah telah benar-benar berjaya. Sehingga ramai yang melihat bahawa perkahwinan adalah jalan terbaik menolak kemaksiatan.
"elok bagi menikah awal, tak payah buat maksiat". Selesai masalah.
Semudah itukah?

Sahabat, itu bukan peperangan sebenar.

Selalu saya bawa isu ini dalam perbincangan dengan sahabat-sahabat terdekat bahawa fenomena 'beriya nak kahwin' ini adalah natijah dari sistem jahiliyyah yang rosak dan bukan sebuah penyelesaian sebenar.

Sistem jahiliyyah yang menggempar gempurkan fenomena seks, cinta, couple, berpegang tangan, berpelukan, ada kekasih sebagai tempat meluahkan perasaan, ada bahu jejaka yang dapat dijadikan tempat menangis dan segala. Lambakan cinta versi Korea, versi Eropah, versi Bollywood, versi Indonesia, versi Malaysia, versi Jepun, versi Thailand dan segala yang menghantui kehidupan sehari-hari masyarakat hari ini.
Sehingga lahirlah jiwa-jiwa anak muda yang goyah dan langsung kecundang. Malah fenomena ini turut menenggelamkan anak-anak muda yang bekerja, lantas terciptanya fenomena 'cinta islami', 'cinta ana anta', 'kahwin awal untuk elak zina' dan segala.

Fenomena anak-anak muda yang sibuk memikirkan tentang rumah tangga, tetapi lupa tentang persediaan –persediaan ke arah rumah tangga. Sehingga lahirlah lambakan kepincangan institusi kekeluargaan kerana awal pembinaannya hanya sebagai jalan mudah untuk melarikan diri dari masalah.

Sahabat, jahiliyyah itu tidak dapat dihapuskan dengan jahiliyyah juga.

Kita melihat maksiat itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa bahawa terburu-buru itu juga jahiliyyah. Kita terlupa, mengabaikan persediaan menjadi muslim mukmin yang sebenar sebelum membina baitul muslim itu adalah jahiliyyah.

Kita melihat zina itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa membina suatu amanah dengan matlamat yang tidak sempurna juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa, ceteknya kepekaan kita terhadap besarnya peranan teliti dalam membina Baitul Muslim itu adalah jahiliyyah.

Kita melihat fenomena membiarkan diri dalam kemaksiatan hati itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa tidak bersungguh-sungguh keluar dari kepompong (cinta dan perasaan) itu dengan meningkatkan tahajjud dan tawakkal juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa memebiarkan diri untuk terus tenggelam dalam fenomena ini juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa, pengabaian kita dari melaksanakan DnT (yang lebih utama) itu adalah jahiliyyah.

Jahiliyyah itu tidak dapat dihapuskan dengan jahiliyyah juga melainkan hanya akan terus memenangkan sistem jahiliyyah itu sendiri.

Maka lahirlah lambakan runtuhan institusi kekeluargaan akibat fenomena terkejut dengan realiti (permasalahan-permaslahan rumahtangga) selepas hilang kenikmatan (fatrah bulan madu) akibat tidak melalui pendedahan awal matlamat rumah tangga sebenar. Lantaran matlamat hanya disandarkan pada cinta dan nafsu, selepas hilang kedua itu, maka tidak ada kekuatan lain yang mampu menampung kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu.

Maka lahirlah rumah tangga-rumah tangga yang pincang dari suasana sebenar yang seharusnya Baitul Muslim itu miliki lantaran tidak melalui pendedahan sebenar ciri-ciri wajib yang perlu ada dalam sesebuah Baitul Muslim itu.

Maka lahirlah kelesuan dalam amal Islami akibat 'amiliin-'amiliin (terutama bahagian akhawat) yang kurang berkemahiran mengimbangkan antara tuntutan rumah dengan tuntutan dakwah, yang sentiasa berhajat kepada tenaga dan masa sehingga mengikat kakinya untuk keluar melaksanakan amanah tersebut.

Maka lahirlah generasi demi generasi yang terus terbiar. Tanpa dididik dengan didikan Islam secara syamil dan kamil, lantaran kecetekan ibu dan ayahnya dalam urgensi ilmu tarbiyatul awlad. Sedangkan anak-anak adalah peluang terbesar kita dalam titik awal untuk membentuk masyarakat muslim.

Perkara asas yang perlu ada sebelum memikirkan rumah tangga: Bina suasana halaqah rumah tangga.

Saya masih muda. Malah belum mendirikan rumah tangga. Dan sejujurnya belum berminat ke arah itu insya-Allah. Namun usaha saya sekarang ini adalah belajar untuk mempersiapkan diri.

Dan perkara penting yang saya lihat, yang WAJIB ada bagi mereka yang berhajat untuk mendirikan baitul muslim (rasanya semua berhajat kan?) ialah proses diri dan tingkatkan kefahaman sehingga mampu untuk menghidupkan halaqah bersama ahli-ahli rumah. Itu adalah minimum.

Kerana hakikat amanah baitul muslim itu ialah, kerahan secara maksimum segala usaha untuk menyelamatkan diri kita dan seluruh keluarga kita dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

يايهاالذين ءا منوا قواانفسكم واهليكم نارا وقودهاالناس والحجا رة
"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (At Tahrim: 6)


Lalu, mustahil kita mampu melaksanakan amanah itu tanpa persediaan yang cukup rapi dan teliti. Mustahil kita mampu jika melihat rumah tangga itu hanya untuk menyalurkan nafsu melalui jalan yang halal, atau melihat rumah tangga itu hanya untuk memiliki seseorang yang dapat melengkapkan kehidupan kita.
Mari keluar dari kepompong itu sahabat..!


Rumah tangga muslim yang sebenar itu adalah Tanggungjawab dan markaz pengamalan Islam.


Sebak membaca hadith riwayat Abu Daud:
Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk solat, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu solat dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya" (hadis sohih)


Alangkah indahnya jika setiap Baitul Muslim itu terbina dengan kefahaman itu.
Petikan dari buku Jalan Dakwah, Mustafa Masyhur:


"Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagai Islam dan seorang muslim yang benar akidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti. Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawab terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka pada setiap peringkat hidup mereka. Kita mahu melihat isteri muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.


Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Taala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya di waktu pagi: "Bertakwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami
makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja".


Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anak dan membentuk mereka menurut acuan Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh manusia. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.


Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada Tuhan. Mereka mentaati Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturrahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita mahu melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.


Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentu yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.


Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik dalam setiap aspek kehidupan. Dengan fesyen pakaian yang Islamik, makanan dan minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikap yang Islamik, gaya yang Islamik dalam setiap adat dan tradisi, di waktu suka dan duka. Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah dan budaya jahiliah yang diimport dari luar. Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah, melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang lapangan kehidupan keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.


Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi pusat dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang akil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendokong dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik. Isteri yang solehah mampu menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.


Bidang dakwah Islam sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini kecuali yang telah mendapat taufik Allah telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan orang lain. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita solehah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar serta menghapuskan yang batil, menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.


Kita menghendaki rumahtangga muslim sebagai rumah api yang memberi panduan dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan dan memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya serta menyinari jalannya untuk dilalui oleh mereka. Dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan bersambung-sambunglah
daerah-daerah nur dan cahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat. Maka dengan demikian keperibadian Islam mampu menyinari masyarakat dan memimpinnya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Barulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan yang bersih dan mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam seterusnya kerajaan Islam yang global.


Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang ideal yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan. "


Penutup: Mari serius dalam membina generasi Rabbani..!


Sungguh. Saya juga masih banyak kelemahan dan kekurangan. Hanya kepada Allah diadukan agar terus diberi kekuatan untuk terus sabar, ikhlas dan istiqamah dalam membina keperibadian muslim yang Allah redha itu.
Jujur. Bukan mudah. Tetapi apakah ada yang lebih baik dari syurga Allah?


"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung" (ali Imran:173)


Paling penting, artikel ini ditulis bukan untuk menakutkan sesebuah pernikahan tetapi mengajak kita untuk sama-sama berfikir sebelum 'beriya untuk bernikah'. Dengan kondisi kita sekarang ini, mampukah kita menjadikan rumahtangga kita sebagai markaz DnT? Jika belum, ayuh terus gandakan usaha dan tawakkal dalam mempersiapkan diri kita ke arah itu insyaAllah.


nota kaki:
-bimbang jika tidak mampu membentuk generasi alFateh.

Thursday, July 21, 2011

semak diri.


Jujur, kehidupan saya hari ini tepu dengan segala perkara berkaitan PINTAR.
700 orang jumlah akhawat PERMAI sesi depan iAllah. Semoga Allah kurniakan kekuatan.


"orang-orang yang berIMAN dan TIDAK mencampurkan SYIRIK, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa AMAN dan mereka mendapat petujuk" (6:82)

Bermakna natijah beriman kepada Allah adalah dicampakkan rasa aman dalam diri kita insyaAllah. Persoalannya, mengapakah dalam kita beriman kepada Allah malah saat kita beramal Islami, kita masih punya kegusaran, rasa celaru, rasa galau dan segala rasa yang lain?

Lihat kepada ciri kedua yang WAJIB kita miliki untuk menghasilkan rasa aman iaitu "TIDAK mencampurkan SYIRIK".

Bermakna dalam beriman kepada Allah, noktah bidayah serta jalan-jalan untuk bergerak ke arah sana MESTI teliti tidak bercampur aduk dengan pensyirikan kepada Allah.

Jelas. Bersih. Berhati-hati. Peka. Jika terkoyak, lekas perlu segera menampal semula agar tidak tercemar walaupun sedikit.

Kerana takut, semua usaha kita hanya kosong dan sia-sia bahkan Allah murka. na'uzubillah minzalik.

Doakan saya sahabat. Terus tembakan doa. Agar tidak tergelincir walaupun sedikit dari apa yang telah Allah gariskan. Semoga Allah terus redha dan kuatkan. Paling penting semoga Allah terus menjaga keikhlasan hati, menguatkan keistiqamahan dan terus memotivasikan kesabaran atas jalan DnT ini. Jalan yang tidak ada pilihan jalan lain.

Peringatan: Jika kita memilih untuk dihisab, kita telah memilih untuk diazab..!

asSyahid Abdullah Azzam pernah berkata yang bermafhum:
"Tidak ada jalan mudah untuk ke syurga melainkan hanya orang yang syahid dan berjihad di jalan Allah".

Sungguh. Tidak ada jalan mudah melainkan berada bersama dalam kafilah dagang Rasulullah s.a.w. agar ketika di hari tidak ada kebergantungan yang lain, amal Islami yang sedikit ini bersama syafaat baginda s.a.w. kita mampu menapak ke dalam syurga terindah.

Apalah sangat dengan ibadah-ibadah kita yang lain. Apakah benar diterima Allah atau sekadar hanya untuk dicampakkan kembali ke wajah kita?

Namun jangan pernah lupa kepada ayat di atas. Ketelitian yang maksima mesti sentiasa ada. Jika tidak hanya kosong dan sia-sia.
Teliti dalam mengikuti risalah baginda.

Teringat seerah sahabat Rasulullah, Huzaifah saat beliau mengikuti baginda s.a.w dalam suatu perjalanan.

Tidak melangkah Huzaifah r.a. melainkan beliau memijak di atas kesan tapak kaki baginda s.a.w. hanya semata tidak mahu melalui jalan atau langkahan melainkan benar-benar jalan da langkahan yang telah dilalui oleh baginda s.a.w.

Sungguh tinggi ketelitian sahabat-sahabat generasi alQur'an yang unik.

Apatah lagi kita yang berhajat untuk memegang risalah nubuwwah ini. Apakah hanya mampu sekadar ala kadar, cincai merbai, terburu-buru dan segala emosi negatif yang lain?

Penutup: ayuh semak diri.

Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok mereka yang sia-sia dan binasa di padang Mahsyar nanti. na'uzubillah minzalik.


nota kaki:
-lagi 32 orang. Allahyusahhil 3alaina.
-ketika melihat banyaknya amanah dan peluang, ketika itu baru terasa betapa proses tarbiyah masih belum dilalui dengan sempurna.

Thursday, July 7, 2011

Oasis yang ditunggu.



Seerah.
  • Rasulullah menaiki mimbar (untuk berkhutbah), menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan "aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan 'aamin? Lalu beliau menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata:" Celaka dan merugilah seseorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucapkan selawat atasmu", lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian malaikat berkata lagi, "celaka dan merugilah orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi (peluang itu) tidak membawanya masuk syurga", lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian katanya lagi, "celaka dan merugilah orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya", lalu aku mengucapkan aamin. Hadits itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Pengajaran.
-menggambarkan betapa mudahnya mendapat keampunan Allah dalam bulan barakah Ramadhan sehingga menjadi orang yang rugi dan celaka jika kita masuk dan keluar tanpa mendapat apa-apa kebaikan walaupun sedikit.

Objektif:
  1. Supaya kita sama-sama faham erti Ramadhan untuk mengelak daripada fenomena adat bukan ibadah.
Pendahuluan.
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa" (alBaqarah: 183)

Allah telah menetapkan bahawa matlamat puasa ialah taqwa. Matlamat ini menjadi tanda aras untuk kita bercita-cita dan penentu setakat mana kejayaan kita memperolehi taqwa setelah selesai Ramadhan.

Apakah erti taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah yang merupakan fitrah dan sesuai dengan jiwa manusia. Apabila takut kepada Allah, jiwa akan tenang dan tingkah laku kita akan menjadi baik dan terjaga. (mahu tahu lebih lanjut, boleh rujuk semula tajuk Taqwa = Takut ^^.)

alQur'an - Ramadhan - Puasa.
"Bulan Ramadhan yang dalamnya diturunkan alQur'an sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan bathil. Sesiapa yang menemuinya hendaklah berpuasa" (alBaqarah:185)

Ayat ini menjelaskan bahawa Ramadhan menjadi agung kerana alQur'an pertama diturunkan dalam bulannya. Setelah Allah menyifatkan Ramadhan sebagai sesuatu yang agung, Allah menyuruh para mukmin menyambut ulang tahun penurunan alQur'an dengan berpuasa.

Mengapa perlu menyambut ulang tahun nuzul alQur'an? Tidak lain dan tidak bukan supaya manusia terus menerus sedar bahawa alQur'an sangat penting untuk manusia.

Mengapa puasa sebagai acara sambutan?
Sudah tentu ini menggambarkan bahawa puasa yang merupakan acara sambutan ulang tahun juga hebat dan agung.

Apakah kehebatan puasa?
Puasa melatih seseorang mengawal nafsu buruk yang menghalang seseorang daripada menghayati alQur'an sebagai panduan hidup,. Justeru, dengan proses penghakisan nafsu buruk itu, seseorang mampu hidup bersama alQur'an secara total.

Erti 'saum' (puasa).
Puasa bererti 'menahan keinginan'. Bermakna puasa merupakan 'self control' kerana keinginan makan, minum, dan lain-lain (yang halal) ditahan semata-mata mematuhi Allah walaupun manusia lain tidak nampak. Hasilnya, dalam bulan-bulan lain, seseorang itu mampu menahan diri daripada keinginan yang makruh dan haram.

Dan mereka yang mampu menundukkan nafsu yang jahat, mudah untuk menyerahkan diri dalam ketaatan kepada Allah secara total, insya-Allah.

Pakej Ibadah Ramadhan.
Terdapat banyak pakej ibadah dalam bulan Ramadhan.

Berpuasa bermula selepas azan Subuh sehingga terbenam matahari pada waktu Maghrib merupakan pakej utama.

Daripada Abdullah bin 'Amru bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Puasa dan alQur'an, pada hari qiyamat akan memberikan syafa'at kepada hamba. Puasa berkata," Rabbi, aku telah mencegahnya dari makan dan syahwat, maka perkenankan aku memberikan syafa'at kepadanya". alQur'an berkata," Rabbi, aku telah mencegahnya dari tidur malam, maka perkenankan aku memberikan syafa'at kepadanya." Maka kedua-duanya diperkenan memberi syafa'at kepadanya."
Hadis riwayat Ahmad

Diterima daripada Abu Hurairah r. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Puasa itu merupakan benteng. Maka jika salah seorang antara kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan mencaci maki! Seandainya ada orang yang mengajaknya berkelahi atau mencaci makinya, hendaklah ia berkata: "saya ini berpuasa" dua kali. Demi Allah yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, -firmanNya-: "ditinggalkannnya makan minum dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa itu adalah untukKu, dan Aku akan memberinya ganjaran, sedang setiap kebajikan itu akan mendapat ganjaran sepuluh kali lipat."
Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud

Selain itu pakej teristimewa ialah Lailatul Qadr yang merupakan malam melebihi 1000 malam. Malam ini perlu diintai-intai dari awal bermulanya Ramadhan agar kita telah siap ketika 10 malam terakhir. 

Beruntunglah bagi mereka yang diiznkan Allah untuk bertemu dengan malam yang penuh barakah ini.

Riwayat oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang ber'ibadah pada malam qadar kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu"

Diriwayatkan dari 'Aisyah r.ha oleh Ahmad, Ibnu Majjah dan Tirmidzi, katanya:
"Saya bertanya:" Ya Rasullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya bertemu malam alqadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu? Maka ujar Nabi, perbanyakkanlah membaca doa ini: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini"
اللّهم انّك عفوّكريم تحبّ العفوا فاعفعنّي"

Termasuk ibadah tarawih, I'tikaf, sedekah, zakat fitrah, tilawah alQur'an, memberi makan berbuka puasa dan memperbanyakkan nawafil atau ibadah sunat.

Salman alFarisi r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami di akhir bulan Sya'aban seraya berkata:
"Wahai manusia! Bulan yang agung
telah menaungi kalian, bulan penuh berkah yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai amalan wajib, dan menetapkan qiyamullailnya (solat tarawih) sebagai sunnah.

Barangsiapa bertaqarrub kepadaNya dengan suatu kebaikan (amalan wajib) ia bagaikan melakukan 70 kali amalan wajib di bulan lainnya. Bulan itu adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan sedeqah, bulan di dalamnya rezeki orang mukmin ditambah.
Barangsiapa yang memberi makan berbuka bagi orang yang berpuasa maka, hal itu akan menjadi pengampunan bagi dosa-dosanya, menjadi pembebasnya dari api neraka, dan akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun".

Gambaran Seharusnya Seorang Muslim itu Menyambut Ramadhan.

Seorang Muslim yang akan memasuki arena Ramadhan hendaknya mempersiapkan segala sesuatu. Dalam dirinya sudah terbayang suasana indah Ramadhan tersebut. Suasana itu tergambar dalam hatinya dan terukir dalam benak fikirannya. Kehadirannya dirindui dan dinanti-nantikan. Ibarat orang di penjara yang selalu menghitung hari pembebasannya, maka setiap hati sangatlah bererti. Begitulah gambaran seorang Muslim, terutama para sahabat Nabi di masa yang lalu.

Saat-saat menanti Ramadhan, para sahabat tidak ada bezanya seperti calon pengantin yang merindui hari-hari pernikahannya. Sepanjang membilang hari sebelum hari pernikahannya, mereka sudah memikirkan hal-hal yang sekecil-kecilnya. Mereka berfikir, gaun apa yang akan dipakai pada saat yang penting itu, apa yang diucapkannya, sampai bagaimana cara jalannya dan menata senyumnya. Begitulah gambaran seorang Muslim yang merindui datangnya Ramadhan. Tiada seorangpun antara kaum Muslimin yang bersedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bersuka cita dan bergembira, menyambutnya dengan penuh cerdas dan semangat yang menyala-nyala.

Merupakan tradisi di masa Rasulullah, pada saat akhir bulan Sya'ban para sahabat berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah sambutan Ramadhan. Saat itu dimanfaatkan oleh kaum Muslimin untuk saling bermaafan antara mereka. Seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang anak kepada orang tuanya, seorang adik kepada kakaknya, dan seterusnya. Mereka ingin memasuki bulan Ramadhan dengan tanpa beban dosa. Mereka ingin berada dalam suasana Ramadhan yang disucikan itu dalam keadaan suci dan bersih.

Membiasakan Diri Dengan Amalan Ramadhan Semenjak Rejab.

Rasulullah s.a.w. menyuruh kita berlatih amalan-amalan dalam Ramadhan semenjak Rejab menerusi hadisnya yang bermaksud:
"Ya Allah berkatilah (apa yang yang kami buat) dalam Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah (umur) kami ke bulan Ramdhan".

Apakah hikmah tersebut?
Agar kebiasaan yang telah mula dilakukan dalam bulan Rejab dan Sya'ban diteruskan apabila sampai kepada Ramadhan dalam keadaan ringan dan gembira. Justeru, kita dalam melaksanakan segala ibadah tersebut dalam keadaan tertingkat dan dapat mengaut sebanyak-banyak pahala dan manfaat Ramadhan.

"Sesiapa yang berpuasa dalam Ramadhan dengan keimanan dan menghitung-hitung (pahala dan manfaatnya) akan diampunkan semua dosa-dosanya yang lampau". Sabda Rasulullah s.a.w. menggambarkan betapa pentingnya persediaan awal agar melahirkan kemanisan dalam beribadah dalam Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Penutup: Jangan tergolong dalam golongan mereka yang rugi.
"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu
SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN
dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN, sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain)."

(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai'e dan al-Baihaqi)

Ramadhan adalah peluang untuk kita menjadi hamba kepada Allah secara total tanpa gangguan syaitan. 

Lalu, mari mengambil peluang sebanyak-banyaknya agar madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui berjaya melahirkan rasa taqwa dalam keperibadian-keperibadian kita, insya-Allah.

Resolusi:
-Jom maksimakan persiapan.
-Semoga kita dalam Ramadhan tahun ini lebih baik daripada kita di Ramadhan yang lepas, insya-Allah.

Nota kaki:
-ini adalah susunan silibus projek IMAN yang terakhir untuk sesi ini. Berkongsi di sini kerana tidak sempat untuk menulis khusus berkenaan Ramadhan dalam blog. Adik-adik semangat Alhamdulillah. (melihat kakak yang menyampaikannya semangat, mana taknya..^^#)
-terlalu teruja untuk menyambut Ramadhan lantaran terlalu penat dalam melalui hari-hari kebelakangan ini. Benar menjadi oasis yang dinanti. Tidak sabar menunggu pesta ibadah dan ampunan Allah itu. Semoga Allah menyempatkan usia kita lagi..insyaAllah.
-Alhamdulillah sudah mula berpuasa semenjak Rejab dan kini berterusan untuk Sya'aban (tapi ponteng puasa hari minggu). Belajar berpuasa dari awal sebab saya pada hakikatnya akan lembik apabila berpuasa apatah lagi jika berpuasa di musim panas. Namun Alhamdulillah, setelah berlatih dari awal, semoga Ramadhan ini dapat berusaha bersungguh-sungguh semaksimanya..
-bakal menyertai skuad tabah Irbid tahun ini insya-Allah..(dalam masa yang sama teruja menunggu November)





Sunday, July 3, 2011

- first exam - rehlah Tarbawi -

hanya post cerita.

First Exam.


Tadi selesai first exam untuk summer sem. Fiqh Ibadaat 2 yang membawa tajuk zakat, puasa dan Hajj. Untuk Imtihan awwal ini yang mengisi kertas peperiksaan hanya tajuk zakat.

Jujur. Tidak susah sebenarnya soalan. Tetapi kecewa kerana jawapan tidak terkeluar. Allah izin, yang keluar adalah bahagian yang hanya sempat saya baca dan tidak hafal. Tawakkal mengisi jawapan.

Sayang. Apatah lagi Dr. Muhammad Faleh adalah doktor kesayangan saya dan pelajar Malaysia amnya. Wajah doktor ada iras-iras Syeikh Ahmad Yasin dan ada 2 perwatakan doktor yang akan saya ingat sampai bila-bila..^^.

1) Setiap kali di awal kelas, doktor akan membacakan doa dan di akhirnya doktor akan menambah doa, "dan jilbab-jilbab kami, panjangkanlah..kulli (katakanlah) ameen". Maka kawan-kawan arab yang majoritinya bertudung kecil akan sengih-sengih...^^.

Tidak terkecuali setiap kali ada pelajar perempuan arab yang berjilbab kecil dan berpakaian ketat lalu di hadapan doktor, doktor Faleh akan mendoakan doa yang sama dan berkata "kulli (katakanlah) ameen..".

Satu keunikan di sini, fenomena saling menasihati masih subur. Saya terfikir, jika di Malaysia, apakah ada pensyarah yang berani berdoa sedemikian di hadapan pelajar-pelajar yang lalu berdekatan dengannya..^^#. Semoga Allah memberikan kita kekuatan insyaAllah..

2) Setiap kali ada pelajar Malaysia yang menjawab soalan doktor di dalam kelas, doktor akan senyum dan menepuk tangan penuh suka sambil berkata: "! عايش مالزيين" (hidup pelajar Malaysia !) sangat comel. ^^.

Baik. doakan insyaAllah imtihan seterusnya 6hb (3aqad zawwaj) dan 10hb July (hasub). 7hb July merupakan hari perasmian Akademi alFateh sekaligus bermulalah perjalanan Akademi insyaAllah. Semoga Allah permudahkan..

nota kaki:
esok insyaAllah nak jumpa semula doktor Faleh..Allahyusahhil 3allayi..

Rehlah Tarbawi -1 July 2011-

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lalu, saya bersama sahabat dan sahibah yang lain seramai hampir 27 orang (22 orang dari Irbid dan 5 orang dari Mu'tah) dengan izin Allah berjaya berehlah bersama-sama di Wadi Ibnu Hammad yang terletak di Mu'tah, hampir 4 jam perjalanan dari bandar Irbid.

Bertolak jam ketika menghampiri pukul 7 pagi menaiki coaster dan tiba sekitar jam 11. Duduk-duduk di pondok sementara menunggu rombongan van dari Mu'tah tiba.

Aktiviti kami adalah 1) trekking, 2) abseiling (turun air terjun), 3) penyampaian dari pakcik Zul yang Allah susun menziarahi anaknya aka menziarahi kami sama, 4) makan tengah hari (3 dan 4 di checkpoint akhir) dan bertolak balik 5) aktiviti mandi 6) abseiling (naik air terjun) 7) trekking semula..




kredit untuk pakcik Google. (sebab dalam album sahibah tiada gambar air terjun)




merindui saat-saat itu..^^.
(di checkpoint akhir)


Pakcik Zul, ayah kak Haninah sedang membuat penyampaian.


terima kasih juga kepada pakcik google.


kasut saya yang berwarna biru setia dari semenjak tingkatan 4. Lebih dari 14 kali lebih berjasa menemani saya meredah sungai dan bukit ketika kem.
(baik mention juga: hadiah dari kakak rm 40 ^^)


terima kasih lagi dan lagi kepada pakcik google.




perjalanan pergi. Masing-masing muka excited..^^.

Perjalanan pergi. di belakang kami air terjun. Sedang menunggu giliran untuk turun.
(kak Michi (Mu'tah) kak Ninah, kak Dnin, kak Zarifah, Izzah, saya dan kak Afifah
duduk: kak syu dan Athiroh.
cameragirl: Afifah Hamdan)

Sangat banyak ibrah diambil. Semoga Allah redha dan paling penting, semoga Allah bersihkan dan ampunkan setiap dosa-dosa yang dilakukan sepanjang rehlah agar benar-benar menjadi suatu program yang diberkahi para malaikat sekaligus menjadi kekuatan untuk kita terus bergerak.

Dan tidak dilupa, semoga rabithah antara hati-hati kita terus diikat dengan kasih sayang dan ihsan Allah insyaAllah..

nota kaki:
antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika abseiling naik semula. Menjadi peserta terakhir sahibah merupakan pengalaman yang paling menakutkan. Hanya yang bermain di minda ketika tangan kuat memegang tali (baca: terketar-ketar) dan kaki menolak (baca: terkuis-kuis sebab batu licin) ke atas ialah: "nak tak nak, kena naik..!" (sebab dah tiada siapa yang boleh tolak dari bawah) . Cermin mata kabur oleh tempias air terjun. Dan yang tinggal di bawah hanyalah sahabat-sahabat. -_-#.

heih~